Demo ULK 11 RGK - Gambar oleh NS Shah
Defence Services Asia adalah pameran pertahanan terbesar di asia yang kini sedang berlangsung di PWTC mulai 16 sehingga 19 Apr 12. Pameran ini telah mula dilaksanakan pada tahun 1988 dan sehingga kini, Malaysia telah menyaksikan angkatan tentera kita telah melalui proses permodenan sebagai contoh pembelian Sukhoi, Kapal Selam Scorpene, Persenjataan dan Kenderaan-kenderaan darat untuk kegunaan ATM. Sehubungan itu, kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk mengambil photoshoot boleh la ke PWTC pada tarikh yang dinyatakan. Terdapat beberapa negara mengambil bahagian di dalam acara ini dan Malaysia di wakili DRB Hicom, Sapura Telecomunication, DEFTECH dan beberapa syarikat lagi. Pada pameran itu juga ada dilaksanakan demonstrasi pertunjukan dari unit antikeganasan 11 Rejimen Gerakhas yang cukup dikenali sebagai Man In Black dan pernah membuat demonstrasi menyelamat tebusan di Dataran Merdeka pada tahun lalu. Jangan lepaskan peluang. Enjoy it...
DSA is open for invitation only. Patutnya diorang buatlah satu seksyen utk public yang interested mcm kita ni kan...kan...kan hehe...
ReplyDeleteKakitangan awam yang berkhidmat dengan kementerian pertahanan boleh masuk. Cuba la tanya buah hati kut boleh masuk....
ReplyDeletedah tanyooo...dia kata, TAK BOLEH! hahaa...pastu dia kata, DSA takde kepentingan untuk orang awam...ehh, lupa lak nak balas kat dia...'hello, kita semua bayar cukai tau, how dare u all kata takde kepentingan awam..." hahaha...tapi terlupaaa...so redha jela.
ReplyDeletesabor jer lah...
ReplyDeleteSalam saudara Canang,
ReplyDeleteDSA Events - memang menjadi impian dan harapan tinggi untuk hadiri dan melihat sendiri kehebatan teknologi persenjataan pertahanan military. Well, anyway, perhaps there must be and there are some elements of top secrecy/confidential that need to be reserved from the public. So, i'll just settled myself by just going to LIMA in Langkawi then! ;-D
p/s ...a fan/follower of some military mags - Perajurit and Tempur.
Nur emyinda: Mungkin akan datang agaknya
ReplyDeleteSalam saudara Canang,
ReplyDeleteTerima kasih banyak atas kata2 yang baik saudara Canang...saya anggap ianya satu doa tu... insyaallah...Amiiiiiiiiiinnn ;-D
DSA terbuka juga untuk orang awam. Saya dgn kwn saya orang awam, kami ke sana 17hb bertemu sekali dengan shahpaskal dan ahli forum panggilan pertiwi yang lain. Saya diberitahu DSA dibuat 2tahun sekali. ;-D
ReplyDeleteyer ke jumpa shah paskal...rugi la...kalau tak bleh borak2 panjang..heee
Deleteyer saya jumpa dia di sana. kami pusing2 sana pastu pergi restoran dkt perkim utk makan tengah hari. Sembang2 apa yang patut. Sebelum pernah jumpa kat luar pergi minum bersama. Tuan selalu ke sembang dan berjumpa dia.
DeleteTak...saya peminat blog shah paskal yang berinformasi serta menarik
ReplyDeleteTuan pernah jumpa shahpaskal? Nak tanya tuan bertugas di pasukan mana sekarang ni. Yup saya pun peminat blog dia, betul kata tuan blog shahpaskal penuh informasi dan menarik. Saya suka baca dan adalah terjawap beberapa kemusykilan. Apa yang kawan tanya tu, dapat saya jawapnya. Sebelum ni jumpa shahpaskal di seremban sebab dia bertugas di bernama di sana, dia ada tegur dan ajar saya susunan tulis artikel. Sekarang dia bertugas di KL. Memang seronok sembang2 dgn dia, banyak info dapat. Saya pun ada terfikir tawaran dia jadi pembaca berita sambilan bernama TV sebab sekarang ni saya tiada pekerjaan tetap hanya bantu kawan berniaga.
DeleteKalau dah diberi peluang tu eloklah di ambil...peluang datang sekali kan... Sekurang2 nya bila tuan hamba dah jadi pemberita bleh gak dijadikan sebagai batu loncatan ke stesen tv lain
DeleteSaya rasa tak layak untuk berada d sana sbb tak reti nak speaking, loghat saya kuat timur.... nak cakap KL mesti ada loghat sana... :)
ReplyDelete