Nuffnang Ads

Saturday, April 28, 2012

Demo dan Kesan Kepada Keselamatan Negara


Lihat wajah siapa yang paling banyak kelihatan


Aku sangat bimbang dengan perkembangan negara kita sekarang ini yang rata2 suka berdemo tanpa mengetahui implikasi keselamatan dalam negara jika ini berterusan. Bayangkan dalam ribuan yang hadir pada perhimpunan tersebut terselit la beberapa intel luar negara mengambil kesempatan di atas kekecohan ini. Kita pasti ke yang demo ini adalah demi kebaikan negara atau ia sebagai topeng untuk mengaburi pasukan keselamatan dalam tindakan untuk menyeludup senjata, dadah dan paling penting NGO2 yang kita tidak pasti dari mana asal usulnya mencampuri urusan dalam negara. Sebagai contoh pasukan polis telah menemui bahan letupan di kompleks dayabumi semasa perhimpunan tersebut. Cuba berhimpun cara baik pasti beberapa kes penemuan bahan letupan dan senjata dapat dielakkan...sebenarnya terdapat beberapa golongan subversif yang bertindak dalam diam tanpa kita mengetahuinya. Berhati2 lah dengan segala tindakan kita kerana disebabkan kesilapan kita negara akan menghadapi zaman insurgensi semula...aku nasihat sebagai sahabat dan bukan sebagai penyokong mana2 pihak... kepada adik2 yang masih belajar, banyak lagi garam korang kena makan sebelum korang hendak berteriak pasal reformasi... Baik duduk mentelaah pelajaran daripada mengikuti jejak orang yang kita tidak pasti niat sebenar penganjuran tersebut... Sedih bila aku lihat anak bangsa sendiri turut serta tanpa mengetahui bahawa tindakan mereka tersebut telah mewujudkan lubang2 penyusupan intel-intel yang mungkin hanya menunggu masa untuk menjatuhkan negara ini....Ingat...kebebasan yang kita miliki hanya sekali dan jika ia tergadai sudah terlambat untuk menyesalinya..

1 comment:

  1. dari sekarang kena hafal dan amalkan 'doa mohon dilindungi dari fitnah dajjal' setiap kali selepas tahiyat akhir sebelum salam pertama dan hafal 10 ayat pertama surah al-kahfi. itu sahaja senjata kita yang Allah dah janjikan...aminnn...

    ReplyDelete