Nuffnang Ads

Friday, April 20, 2012

NIlai Murni Dalam Masyarakat Malaysia Makin Terhakis



Berhati-hati itu memang penting terutama bila berhadapan orang ramai yang kita sendiri tidak kenal atau mengenali mereka. Tapi ada kalanya kita harus lebih mengenali seseorang itu samada individu terbabit seorang yang baik atau sebaliknya. Aku ingin berkongsi satu kisah di Terminal Bas Selatan pada 20 Apr 12. Pada hari berkenaan aku ditugaskan untuk ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan beberapa perkara berkaitan pekerjaan aku. Dalam perjalanan ke Terminal Bas Selatan isteri aku memaklumkan bahawa susu anak aku nak habis jadi dia minta masukkan duit sebelum maghrib. Memandangkan aku hanya ada wang tunai masa tu, aku pusing keliling TBS untuk mencari mesin cash deposit. Malang aku tidak menemui mesin tersebut. Jadi aku mendapat idea iaitu memohon tolong dari seseorang untuk transferkan wang tu ke akaun isteri aku. Disitu aku bertemu dengan seorang gentlemen (kononnya kalau cakap dengan wanita) aku memohon bantuan dia untuk transferkan ke akaun isteri aku dan aku telah awal2 memegang wang tunai untuk diberi kepadanya sekiranya dia dapat transfer ke akaun isteri aku (takut dia ingat aku nak kapur duit dia). Dalam aku mintak no akaun isteri aku tu (asalnya ok mamat tu nak tolong katanya la tapi ngangguk macam paksa je) dia bleh kata dia dah keluarkan semua duit dalam akaun dia. Lepas tu boleh kata minta maaf kata nak cepat. Ada akai ka?? Tapi aku redha jer la sebab bukan duit aku. Tapi aku kesal dengan sikap orang sebegini yang terlalu berhati2. Nak hati2 pun tgk keadaan la..bukan aku tak ada wang tunai untuk diberi balik. Masalah aku cuma tak ada duit dalam akaun maybank. Cuma wang tunai sahaja. Takkan lah aku kena tunjuk MyTentera aku dengan uniform aku dulu baru nak tolong kut..... Tapi mamat ni aku tengok macam keret skit...berbeza dengan seorang wanita yang aku mintak tolong kenalpasti lokasi TBS semasa di Stesen LRT Masjid Jamek dengan panjang lebar menceritakan macam mana nak pergi sana. Aku ingat kalau aku menyamar jadi perempuan mesti mamat ni cepat jer nak tolong kan.... Yer la aku muka pun tak berseri asyik kena panas jer, sebijik macam muka orang pecah pintu....hahahaha... Aku harap Allah membalas sikap dan perbuatan mamat ni...aku tak salahkan dia cuma aku kesal dengan perbuatannya itu. Korang bayangkan anak aku nak minum susu pada masa tu duit tak ada nak beli susu. Isteri aku pun bagitahu last minit mana aku nak cari cash deposit kat TBS tu. Harap kalau ada sesiapa yang bekerja di mana2 bank atau di TBS mohon kemukakan cadangan meletakkan mesin cash deposit di TBS kerana tiada tempat lain yang boleh pergi lagi kalau dah sampai kat stesen tu. Ambik lah iktibar dari kejadian ini dan kalau nak berhati-hati pun tengok lah situasi sebenarnya.

5 comments:

  1. hmmm...maybe x boleh salahkan juga mereka yg terlampau berhati2, sbb org jahat merata2 zaman skrg ni. tapi saya setuju mamat tu, takde akai...sbb kita dah siap prepare duit cash, kira nak ganti baliklah duit yg dia transfer tu.

    pasal CDM kat TBS, apa kata tulis kat wall FB agensi yg berkaitan atau akhbar. mmg laju response. macam mak saya, buat aduan pasal masalah air selalu takde kat asrama sekolah my sister di wall FB YB, heheh cepat je YB ambik tindakan...maklumlah nak pilihanraya katakan.

    haaa...ni skot tahun brp takde akaun Maybank ni? mesti pakai BSN tak? erghh mmg leceh huhu :-)

    ReplyDelete
  2. Saya akaun Bank Muamalat...hehehehe... Kena kemukakan hal ni sebab memberi masalah kepada sesiapa yang nak transfer duit masa tu cash deposit tak ada. Kena la buat muka seposen mintak tolong orang tolong transfer....kacau kacau... Blog cik faye ok dah ker???kata under instruction

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Canang,

      Segala sesuatu yang dianggap baik bagi kita tak semestinya baik bagi yang lain... "Ones man's meat is another man's poison", termasuklah tindakan yang kita ambil dan lakukan. Hati dan naluri manusia tak dapat kita tentukan. Namun demikian saya yakin dan percaya, setiap kebaikan yang kita lakukan kepada seseorang; tanpa rasa terbeban atau terpaksa dan dengan penuh ikhlas dan redha, pasti ada ganjarannya, insyaAllah. Segalanya itu akan kita perolehi tanpa kita jangkakan. Selagi kita hidup kita tetap akan diuji dan ujian kesabaran ini sememangnya ada tahapnya yang tersendiri. So, pada hari ini, saudara Canang diuji sedemikian caranya...

      Moral of the story is:

      * Kita perlu terima hakikat bahawa setiap insan manusia itu berbeza - sikap, tatacara, citarasa dsbnya. Yang menjadikan kita hebat dan cemerlang ialah bilamana kita berfikir, berusaha, bersabar. Pemikiran kita itulah yang membezakan antara kita manusia. Kebaikan kita pada seseorang tak semestinya kita di balas dengan baik sekelip mata... Allah Lebih Tahu rencanaNya...InsyaAllah, pasti suatu masa nanti kebaikan/ jasabakti saudara Canang pasti dibals jua tanpa perlu mengenakan pakaian celoreng atau military ;-)

      Delete
  3. blog dah okay hehe, gatal tangan tekan sana sini...nampaknya kena buat satu akaun Maybanklah. mmg susah jugak kalau x de maybank sbb bank utama negara kita kan...

    ReplyDelete
  4. Nuremynda: Terima kasih di atas ulasan panjang lebar itu.. Biarlah masa yang menetukannya. Budi baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat..

    ReplyDelete