Nuffnang Ads

Thursday, May 6, 2010

ARMED FORCES MOST TRUSTED INSTITUTION


Transformasi Markas Taktikal 749 di Tasik Banding





PERALIHAN zaman secara tidak langsung memaksa kepada perubahan persekitaran dan gaya hidup manusia.Tentera Darat Malaysia (TDM) sama sekali tidak terkecuali daripada menyertai arus pemodenan ini. Menyedari hakikat ini, Panglima Medan, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang ketika itu Panglima 2 Divisyen, telah mengambil inisiatif ke arah pemodenan dengan mencetuskan idea untuk menaiktaraf Kem Banding, Perak.Kem berkonsepkan resort ini sejajar dengan pembangunan di persekitaran Banding, Gerik Perak. Banding ketika ini adalah kawasan destinasi untuk beriadah dan bercuti terutama buat para pencinta alam sekitar. Markas Taktikal 749 yang terdapat di kawasan itu dinaik taraf agar dapat memberi keselesaan kepada pasukan-pasukan dan anggota-anggota yang melaksanakan operasi di barisan hadapan agar lebih efisien, selesa dan terus meningkatkan daya juang anggota. Sebagai sebuah kem di penempatan operasi kawasan utara, Kem Banding atau nama asalnya Kem Sri Banding dulunya adalah sebuah Markas Taktikal yang hanya dilengkapi kemudahan paling asas.
Namun pada tahun 2008, dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM400,000, Kem Sri Banding mula mendapat sentuhan dari Pemerintah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 2 Divisyen, Leftenan Kolonel Kamarrudin Ibrahim selaku Pengurus Projek. Beliau diberi kepercayaan oleh Raja Mohamed Affandi untuk mentransformasikan kem itu agar seiring dengan pembangunan di kawasan persekitaran Banding. Pada peringkat awal pembinaan, hanya dua trup sahaja yang terlibat iaitu dua orang pegawai dan 60 anggota lain-lain pangkat. Melihat kepada kemajuan kerja yang begitu membanggakan, tambahan sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan.Markas Taktikal 749 yang suatu ketika dahulu hanya bangunan-bangunan kayu usang, kini tersergam pula dinding-dinding konkrit yang berdiri megah di Tasik Banding.Dalam projek besar seperti ini, RAJD 2 Divisyen mengamalkan konsep 'Projek Perdana' di mana unit-unit di bawah pasukan yang terdiri daripada Skuadron 1, 2, 6 dan 7 RAJD bekerjasama bagi melancarkan pembinaan Markas Taktikal 749. Apa yang menarik di Markas Taktikal 749 adalah maskot gajah, di mana sebuah patung kepala gajah telah didirikan di pintu masuk kem ini. Maskot ini mempunyai kisahnya tersendiri, di mana dari dahulu hingga sekarang kawasan ini menjadi laluan utama kumpulan gajah yang mencari makanan sekitar hutan Tasik Banding. Untuk itu, Kamarrudin turut membina sebuah pintu pagar khas bagi laluan gajah-gajah ini turun dan naik dari Tasik Banding ke kawasan hutan.Antara bangunan baru yang dibina pula ialah bangunan logistik untuk penyimpanan stok makanan tempur (rangsum), stor bahan api untuk menempatkan minyak pesawat dan rumah bot yang dilengkapi tempat penyimpanan enjin bot tempur. Keluasan keseluruhan Markas Taktikal 749 adalah empat hektar persegi kini mempunyai jalan raya berturap menggantikan jalan tanah merah. Keseluruhan pembinaan Markas Taktikal 749 ini mengambil masa selama 242 hari bermula pada 15 Julai 2008 sehingga siap pada tanggal 20 Mac 2009. Menurut Kamarrudin, beliau berpuas hati kerana dapat menyiapkan Projek Perdana ini dalam masa yang telah dijadualkan. Katanya, projek ini merupakan satu latihan buat para anggota dan pegawai dalam memahirkan kepakaran masing-masing dan secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri untuk setaraf dengan kontraktor awam. "Mereka yang bertanggungjawab merubah wajah kem ini telah bekerja tanpa mengira waktu, keadaan cuaca, siang atau malam kerana Markas Taktikal 749 mempunyai nilai sejarah yang cukup bererti bagi mengenang pengorbanan anggota Tentera Darat sebelum ini,'' katanya. Pembinaan kem ini turut menyumbang kepada ekonomi kawasan Banding dan Gerik kerana hampir kesemua bahan mentah yang digunakan dibekalkan oleh pengeluar-pengeluar tempatan.Sebagai tanda penghargaan kepada warga RAJD 2 Divisyen, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin telah menyampaikan penghargaan sebagai mengiktiraf pencapaian prestasi cemerlang kepada Kamarrudin yang mewakili seluruh warga RAJD 2 Divisyen.Keringat dan komitmen anggota-anggota yang terlibat akan pastinya terpahat pada lakaran sejarah TDM.

Monday, May 3, 2010

H1N1 Pembunuh Dalam Diam
Penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang amat merbahaya kepada kesihatan masyarakat kita pada masa kini. Bila dunia makin maju maka semakin banyak pula penyakit berjangkit yang merbahaya ini timbul. Pecah kepala la saintis-saintis kita mencipta vaksin bagi membunuh atau menuteralkan penyakit tersebut. Jika diperhatikan rakyat dinegara ini memandang rendah perkara ini. Kita boleh lihat berapa ramai yang memakai topeng hidung dan mulut ketika berada dikhalayak ramai... Ramai yang masih tidak menyedari bahawa penyakit ini boleh berjangkit bila-bila masa. Sebagai langkah pencegahan anda hendaklah mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai topeng penutup hidung dan mulut, jangan berada di khalayak ramai jika tidak ada keperluan. Kalau terpaksa, pakailah topeng penutup hidung dan mulut. Sekiranya anda mendapat tanda-tanda berikut, segeralah berjumpa doktor.
Tanda-tanda atau simptom H1N1.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti. Vaksin untuk virus ini ada cuma segalanya terserah pada Allah swt. Dia yang menentukan.