Nuffnang Ads

Friday, September 9, 2011

12 SUMPAH PERAJURIT KOMANDO


1. Sebagai seorang anggota Tentera Malaysia, Saya sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.


2. Saya akan sentiasa merasa megah dan tampan sebagai seorang anggota tentera Malaysia.


3. Saya akan sentiasa percaya kepada tuhan serta taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong, Pasukan dan Ketua.

4. Saya akan sentiasa patuh pada undang-undang Negara serta membantu dalam perlaksanaannya.

5. Saya akan mengutamakan kepentingan Negara daripada keperluan peribadi sendiri.

6. Saya akan sentiasa bersikap sopan, ikhlas dan jujur.

7. Saya akan sentiasa menghormati kepercayaan serta tradisi dan adat resam bangsa-bangsa lain dalam masyarakat Malaysia.

8. Saya akan sentiasa membantu rakan-rakan seperjuangan saya dan memimpin mereka jika saya yang terkanan sekali dalam masa yang genting


9. Jika saya di tawan saya akan terus menentang dengan seberapa daya upaya dan apa sahaja cara yang sesuai.


10.
Saya tidak akan sekali-kali menyerah diri selagi saya masih ada kemampuan untuk menentang.

11. Sekiranya saya disoal siasat saya akan memberi tahu nombor tentera, pangkat dan tarikh lahir sahaja dan tidak sekali-kali maklumat- maklumat yang boleh mengancam atau mendatangkan akibat buruk kepada Negara,pasukan, ketua dan rakan-rakan saya.

12. Saya akan mengharumkan nama Bere Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memakainya hingga akhir hayat saya.

8 comments:

  1. Salam saudara canang,

    Banyaknya sumpah tentera komando ni...sebuah pengorbanan besar yang tak mungkin dapat digalas oleh kita yang bukan seorang tentera. pengorbanan murni...pengorbanan diri dan nyawa yang tiada dapat sesekali diganti dengan wangringgit dan emas menggunung sekali pun. Contohnya, No 5,8, 9,10 itulah yang telah jelas terlihat dari tindakan Left Adnan Saidi sehingga beliau dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun. Hmm...besar sungguh pengorbanan beliau. Mampukah kita sedemikian sebagai orang awam...mungkin kita akan cuba mencari helah menuding jari pada yang lain, walaupun itu kawan kita; walaupun hakikat sebenarnya kita yang bersalah...hnaya kerana kita ingin menyelamatkan diri sendiri! Apa yang dapat saya ulaskan...Tersangat kental dan berani walau apapun jua yang dihadapi, " agi idup agi ngelaban" dan Esprit de corps...itulah jiwa tentera komando ini. Sangat2 hebat! ordinary men with extraordinary courage and bravery! RESPECT AND SALUTE THEM! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea memang panjang tapi saya hafal semuanya semua nya sampai akhir hayat saya..

      Delete
  2. Sumpah ni sebenarnya adalah sumpah prajurit komando (REJIMEN GERAK KHAS). Untuk tentera darat dia punya sumpah perajurit tentera darat lain. Ini adalah sumpah perajurit

    1. Beriman Kepada Tuhan dan bertakwa kepadanya.
    2. Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah.
    3. Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera
    4. Mengutamakan pelaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas
    5. Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya

    ReplyDelete
  3. Saudara canang,

    TQVM for the info. Barulah saya tahu tentera ni jugak menjalankan tugas berpaksikan pada sumpah2 yang dipegang dan amanah yang digalaskan kepada mereka...beratnya tanggungjawab mereka ini.Sumpah pasukan Gerak Khas ini lebih banyak...trainingnya seberat sumpah2nya...ini pastinya group berani mati kan. Memang respectlah mereka ni, dan wajar diberikan ganjaran setimpal pengorbanan mereka.

    Anyway, maaf ya saya bertanya, saudara canang ni dari profile seorang kerani, tapi banyaknya tahu mengenai army. Bagusnya... Saudara ni terlibat sebagai Wataniah ke? Maaf ya, am just curious and envy your very much knowledge of military.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya saya adalah seorang anggota tentera. Mula berkhidmat dengan TD pada tahun 1995. Menjalani latihan komando pada tahun berikutnya dan gagal dalam latihan tersebut sebelum sekali lagi mengikutinya pada tahun 1998 tetapi sekali lagi gagal. Seorang sepupu saya telah berjaya dan sekarang berkhidmat dengan unit anti keganasan 11 Rejimen Gerakhas, Sg Udang, Melaka. Berminat dengan dunia ketenteraan sejak dibangku sekolah lagi untuk pengetahuan saudari. Penulisan blog adalah satu cara saya bertukar2 fikiran dengan blogger2 yang lain

    ReplyDelete
  5. Kalau saudari nak lebih info lagi pasal dunia ketenteraan pergi ke blog Military of Malaysia. Penulisan oleh Shah PASKAL. Banyak info menarik terdapat di sana

    ReplyDelete
  6. Salam saudara canang,

    Patutlah saudara banyak tahu info military ya...cuma tak kesampaian untuk ditauliahkan menjadi komando aje. Anyway, training yang telah diikuti pastinya menjadi satu pengalaman amat berguna juga walaupun sebagai tentera biasa.

    Yes, terima kasih saudara canang. memang saya ada ikuti blog Military of Msia dan beberapa yang berkaitan. Sangat menarik berilmu kerana saya takkan dapat tahu ini semua dalam buku2 di rak2 kedai... dan bagi saya ianya lebih menarik dibaca dari hanya entries mengenai kegiatan harian seperti diari peribadi bloggers aje...Penulisan seperti blog saudara ini adalah cetusan pengalaman sebenar yang dilalui wira2 negara yang takkan dapat diketahui kalau kita tak bergaul dengan mereka...satu pengkisahan memori sejarah wira ni...Hmmm...apatah lagi saya ini civilian dan seorang wanita..takkan berani saya nak berdepan bertanya sesiapa saja tentera yang tidak saya kenali.

    Tahniah saudara canang kerana usaha mengadakan entries sebegini dan semoga saudara berjaya dalam karier saudara sebagai wira negara. semoga jasa saudara canang dan rakan2 wira lain dalam ATM sentiasa diberikan perlindungan dari musuh, mendapat keberkatan dan rahmat kasih Allah.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih diatas nasihat dan suntikan semangat kepada wira2 tidak didendang seperti kami. Moga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk menentang apa sahaja anasir dengan berkat doa dari seluruh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete