Nuffnang Ads

Wednesday, November 21, 2012

HOSPITAL HADAPAN ARPA 52/ALU7

Lama betul aku tak berblog ni...Saya memohon maaf kerana lama tak update entry dalam blog ni. Bukan tak  ada bahan cuma saya nak masukkan yang betul2 sesuai dan memberikan minat kepada orang yang membacanya sahaja. 

Hospital Hadapan adalah sebuah hospital barisan hadapan terutamanya di dalam peperangan dan bencana alam sebagai tempat untuk memberi bantuan rawatan pertama sebelum pesakit dipindahkan ke hospital sebenar... Kalau dalam tentera ianya dikenali sebagai Hospital Medan yang berada behind enemy line untuk menyambut anggota tentera yang cedera dari garisan musuh yang di bawa oleh Unit Pemindahan Kasualti. Bagi Hospital Hadapan ARPA 52/ALU7 adalah hospital sementara bagi tujuan bencana alam dan sebagai hospital bergerak samada menggunakan pesawat udara atau menggunakan kenderaan darat. Bagi Hospital Hadapan jenis ARPA 52/ALU7 adalah berasal dari Sepanyol dan kerajaan melalu Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membeli khemah jenis ini bersama kelengkapan lain untuk kegunaan bencana alam yang pada asalnya hendak diserahkan kepada Pasukan SMART Team. Ketidakmampuan pasukan tersebut untuk mengendalikan kelengkapan ini selain penugasan yang tidak menentu, maka MKN telah melihat Kor Kesihatan Diraja di bawah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM sebagai sebuah pasukan yang boleh di beri tanggungjawab tersebut. Batalion Ketiga Perubatan yang berpengkalan di Kem Mahkota Kluang telah diberi tanggungjawab tersebut untuk menggunakan kelengkapan tersebut dan boleh diaturgerakkan dalam masa 24 jam sama ada menggunakan pesawat udara ataupun kenderaan darat.  Pada 01 Okt 12 hingga 12 Okt 12 yang lalu telah dilaksanakan Eks Hospital Hadapan tersebut dengan penyertaan 50 anggota termasuk pegawai dan anggota dari pasukan Batalion Ketiga Perubatan. Ia adalah sebagai latihan tahunan dan sebagai memastikan kelengkapan tersebut sentiasa baik di dalam simpanan. Dalam Eks ini aku turut serta dan ia adalah pengalaman kedua untuk mengendalikan sebuah hospital bergerak samada Hospital Medan ataupun Hospital Hadapan....