Nuffnang Ads

Tuesday, December 14, 2010

Diari Penuntut Komando




Gambar Hiasan


Sudah 15 tahun berlalu ketika aku menjalani latihan komando. Bukan niat aku nak bangga diri untuk menceritakan perjalanan dalam latihan ini tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan sebagai menghargai setiap jasa jurulatih serta kawan-kawan yang sama-sama menjalani latihan ini. Agak sukar untuk membuangnya dari memori aku yang akhirnya aku titipkan ke dalam bentuk diari sebagai  tatapan kepada rakyat Malaysia.

Selepas kemasukan aku ke dalam Tentera Darat diterima pada tahun 1995 dan menamatkan latihan dengan jayanya, aku kemudiannya dimasukkan ke Unit. Sepanjang berada di Unit baru hati aku berkobar-kobar untuk menyertai latihan komando seterusnya meneruskan perkhidmatan di dalam rejimen tersebut. Akhirnya cita-cita aku tercapai pada tahun 1996 apabila permohonan aku untuk mengikuti latihan komando diluluskan oleh orang atasan aku. Gembira tidak terkata kerana diberi peluang untuk menjalani pemilihan tersebut sebelum meneruskan latihan. Sepanjang pemilihan untuk menjadi pelatih komando banyak yang aku kena lalui seperti berlari sejauh 2.5 km dalam masa 18 min, berenang sejauh 100 m, menyelam 100 meter, terjun botol dari ketinggian 30 kaki di terendak, panjat tali dengan kelengkapan pack setinggi 30 kaki di hangar payung terjun PULPAK, mengapung badan dalam air 5 min, memikul kawan sambil berlari sejuh 100 meter menggunakan kaedah fireman lift, unta dan darling carry. Setelah keputusan diumumkan, bahawa aku adalah diantara yang terpilih untuk menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Peperangan Khas (PULPAK). Tidak dapat aku membayangkan lagi bagaimana bentuk latihan pada ketika itu cuma aku sedar yang latihan komando jauh lebih tough dari latihan ketenteraan biasa.

Sebaik pembukaan latihan komando di padang kawad PULPAK, kami terus berlari dari Betutu Darat (kawasan berpaya tepi laut di PULPAK) tempat tinggal penuntut mengelilingi kem 21 Komando dengan kelengkapan tentera termasuk senjata sejauh 3.5km (jarak aku tak pasti sebab dah lama tinggalkan, barangkali jarak 5 km). Latihan sentiasa berterusan. Dan bermula la episod suka duka aku dalam latihan siang dan malam tanpa henti. Dari latihan didikan ketabahan (halangan 30 kaki sebanyak 11 halangan), berlari sejauh 8, 10, 16 km, merentas dataran (latihan berlari dengan kelengkapan tentera di dalam kawasan hutan), merempuh halangan di bukit mentago, map reading lorong jerangkap samar, tembak dan gerak, menembak, sehingga berakhirnya sebulan di peringkat kem.

Peringkat Hutan

Setelah jurulatih membuat penelitian terhadap semua penuntut pada peringkat kem, hanya tinggal 31 pelatih yang layak meneruskan termasuk aku daripada 60 orang yang mengikuti latihan sepanjang peringkat kem. Kami dilatih bukan setakat fizikal malahan mental dan ini adalah salah satu cara menguji kekuatan seseorang anggota tentera yang ingin menjadi seorang anggota komando. Sepanjang tempoh tersebut aku pernah untuk menarik diri dari latihan tersebut semasa diperingkat hutan apabila aku terpaksa tidur dalam lumpur pada waktu malam bilamana hujan turun dengan lebat sehingga aku hampir hipotermia...dahsyat sungguh waktu itu hanya tuhan yang tahu. Berkat nasihat jurulatih dia menasihatkan aku supaya meneruskan latihan tersebut. Masa latihan aku dikenali sebagai anak komando kerana aku paling junior di kalangan pelatih pada masa itu. Sepanjang menjalani latihan diperingkat hutan, kami terpaksa menahan lapar dan makan bila perlu sahaja. Itupun hanya makan makanan dari sumber hutan seperti rebung2 dari buluh dan sebagainya. Setelah berakhirnya tempoh latihan di hutan, kami meneruskan latihan long march iaitu larian dan perjalanan menggunakan kelengkapan ketenteraan selama 3 hari sejauh 200km. Sehingga ada diantara kawan aku yang menitiskan airmata ketika latihan ini. Masa ini timbul rasa kasihan pada rakan2 seperjuangan bagaimana payahnya melalui saat itu bersama. Kami terpaksa memikul kawan2 yang lemah dan cedera. Pada peringkat ini aku terpaksa disingkirkan kerana aku mengalami kecederaan dibawah tapak kaki. Tapak kaki aku mengelupas kulitnya sehingga cebisan kulit melekat di stokin yang di pakai serta sembilan dari sepuluh kuku jari aku tercabut semasa latihan ini... Aku sedih masa tu kerana terpaksa meninggalkan rakan2 lain meneruskan perjuangan mereka.

Peringkat Paya

Pada peringkat ini, aku dah demam teruk dah...tak dapat nak tgk kawan2 aku meneruskan latihan.

Peringkat Laut

Walau bagaimanapun, atas jasa baik jurulatih aku, mereka membenarkan aku menyertai jurulatih untuk bersama-sama menyaksikan kawan2 aku meneruskan latihan. Sebaik sahaja aku diturunkan skuad (dalam komando istilah TANGGO) aku demam panas yang teruk selama seminggu. Sempat juga aku menyaksikan kawan2 aku menjalani latihan bagi peringkat laut di Betutu Laut seperti berlari mengangkat perahu tempur yang steel tu diangkat secara beramai2 ramai tanpa memakai kasut melalui jalan batu kerikil (korang bayangkan lah), baca perintah untuk latihan mendayung melalui sungai muar johor. Pernah aku menyaksikan pada peringkat tersebut, kawan aku terpaksa merangkak untuk ke perigi kerana kakinya telah hancur sebab latihan long march yang dilalui selama 3 hari itu. Aku amat kasihan pada kawanku itu. Mujur pada ketika itu, ada kawan2 lain yang simpati memangkunya ke perigi untuk mengambil air. Memang aku sedih betul masa tu... :-(

Escape and Evasion

Masa ni gambaran aku tak dapat sangat cuma yang aku dapat cerita dari kawan2 aku, peringkat ni mereka telah bertembung dengan pelaku sebagai musuh dari X-RAY Skuadron Rejimen 21 Komando dan Rejimen 22 Komando sebagai wasit (atau pengadil). latihan ini adalah latihan untuk menghindarkan diri dari kedudukan musuh ketika melaksanakan sesuatu misi yang telah diarahkan. Sekiranya ada diantaranya yang ditangkap, mereka akan di jadikan seperti tawanan perang. Bayangkan kalau jadi tawanan perang dan musuh nak korek rahsia kita. Perjalanan latihan ini aku tak dapat saksikan kerana aku dah pun TANGGO masa peringkat hutan.

Peringkat Penamat

Pada peringkat ini aku dapat juga menyaksikan kawan2 aku menamatkan latihan. Tapi untuk latihan introgation (penyeksaan) aku tak dapat ler tgk sebab aku dah TANGGO. Mana bleh ikut. Selepas itu tekanan semakin teruk dihadapi kawan2 aku sebaik tamat latihan semakin menghampiri. Mereka terpaksa melaksanakan latihan berterusan bagi memastikan tamat latihan mereka berjalan dengan lancar dan jaya. Segala tekanan samada dalam bentuk fizikal atau mental bagai sudah tidak ada erti bagi mereka. Ia seperti biasa2 sahaja. Mungkin pada padangan masyarakat luar ia seperti keterlaluan. Akhirnya ibu bapa dijemput untuk menghadiri majlis tamat latihan komando siri AKK/1/96. Pada hari yang dinantikan aku dapat menyaksikan kawan2 aku membuat demonstrasi pada ketika itu jam masih menunjukkan 6.30 pagi dengan penuh semangat sekali. Demonstrasi masa itu adalah menyerang pangkalan musuh. Sungguh membanggakan kerana kawan2 aku dapat melaksanakan dengan penuh semangat dan jayanya. Cuma aku sedih kerana tidak dapat bersama-sama mereka. Akhirnya mereka keluar dari kawasan demo untuk menerima beret hijau, pisau komando, lineyard biru dan diploma komando. Sebaik sahaja tamat pemakaian beret hijau, ia diteruskan dengan bertafakur dan deklamasi sajak yang menyentuh perasaan para hadirin pada ketika itu. Masa sajak dibacakan dan semua anggota komando tunduk bertafakur, masa itu kami menitiskan airmata mengenangkan kawan2 yang tidak dapat meneruskan perjuangan dan terimbas kenangan ketika melalui kepayahan menjalani latihan. Aku pun turut sedih masa itu. Jurulatih tidak pernah memandang rendah keupayaan aku dan mereka sedar mungkin rezeki tidak menyebelahi aku.

Mengakhiri diari aku, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih yang pernah melatih aku dan kawan-kawanku. Antara jurulatih yang aku ingat arwah SSjn (Kaler) Nasir, SSjn (kaler) Razak 22 Kdo (pakar motivasi tapi ganas), SSjn (kaler) Sulaiman 21 Komando, SSjn (kaler) Yusof (Paling ganas - aku tak bleh lupa dia ni), Sjn Ironman 11 RGK (aku tak ingat nama dia sebab ganas..hee), Sjn Razak 22 Komando, Sjn Jong (21 Komando), Sjn Zakaria dan beberapa lagi yang aku dah lupa nama mereka tapi tetap dalam ingatan aku. Kepada yang berjaya, teruskan perjuangan anda menerajui Tentera Darat Malaysia sempena 78 tahun. 1 Angkatan: Tetap Gagah, Tetap Setia

Sunday, December 12, 2010

GAJI BARU TENTERA

Jangan pertikai selaras gaji baru tentera - Zahid
KUALA TERENGGANU 11 Dis. - Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan pelarasan skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji anggota tentera.

Katanya, warga ATM berhak mendapat pelarasan skim gaji baru sekurang-kurangnya menyamai gaji anggota polis memandangkan ia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Ahmad berkata, berdasarkan Perlembagaan Malaysia, gaji anggota tentera sepatutnya lebih tinggi berbanding gaji kakitangan perkhidmatan awam lain.

Katanya, atas asas itulah beliau berharap supaya kerajaan mempertimbangkan bagi membolehkan anggota tentera mendapat pelarasan skim gaji baru seperti yang dikemukakan kementerian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Parlimen Kemaman, Dungun, Setiu dan Besut di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Penaung Askar Wataniah Terengganu dan Pemangku Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim.

Pada majlis itu juga, Ahmad turut menerima pengurniaan pemakaian pangkat Kolonel Kehormat (K) daripada Ahmad Zahid yang berkuatkuasa 25 Jun tahun lalu dan dijangka dikurniakan pangkat Brigedier Jeneral Askar Wataniah selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.

Ahmad Zahid seterusnya berharap semua pihak supaya memperbetulkan persepsi negatif berhubung permohonan pelarasan skim gaji baru tentera itu kerana anggota keselamatan itu tetap memainkan peranan penting kepada rakyat dan negara.

"Walaupun ada yang mempertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji kononnya askar banyak berehat dan tak banyak perang, tapi adakah perlu berperang dulu baru nak naik gaji?.

"Jadi, dalam perkara ini persepsi masyarakat perlu diperbetulkan dan ATM adalah sebuah pasukan profesional dan banyak memainkan peranan menjaga keamanan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, bermula tahun depan, pihaknya merancang melaksanakan program jiwa murni dalam membantu kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan pedalaman di seluruh negara.

Beliau berkata, usaha itu merupakan sebahagian sumbangan angkatan tentera membantu agensi kerajaan lain dalam membantu memulih serta menambah baik prasarana untuk dinikmati penduduk luar bandar termasuk Orang Asli.

Wednesday, October 20, 2010

Wallpaper Military

Koleksi wallpaper tentera yang menarik.




Tuesday, August 31, 2010

TINDAKAN MEMBAKAR JALUR GEMILANG

Apa yang berlaku di Indonesia pada ketika ini amat mendukacitakan dan memalukan Kerajaan Malaysia. Perbuatan biadap mereka ini sepatutnya dihalang oleh pihak keselamatan negara tersebut dengan lebih komited dan agresif..Tindakan rakyat negara itu membakar Jalur Gemilang tidak seharusnya berlaku kerana rakyat Malaysia sendiri menghormati dan tidak sewenang-wenangnya membakar bendera negara lain, tambahan pula ia sebuah negara yang berdaulat yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Kebanyakan dari rakyat mereka ini sebenarnya tidak mengetahui atau sengaja tidak mahu ambil tahu kedudukan sebenar kejadian penahanan Pegawai Jabatan Laut negara tersebut telah dimanipulasi pihak-pihak yang mempunyai kepentingan lain mereka-reka cerita sehingga ada rakyat di negara tersebut terpedaya dengan cakap-cakap tersebut. Membaling najis ke Kedutaan kita di sana mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati rakan sejiran dengan negara mereka. Media massa swasta di negara itu juga bertanggungjawab menggembar-gemburkan isu ini dan mengambil kesempatan di atas kekecohan ini demi untuk menaikkan ranking stesyen televisyen tersebut tanpa memikirkan akibat tindakan mereka yang sengaja mencetus provokasi dikalangan rakyat di negara tersebut. Pastinya ada dalang disebalik semua ini sepertimana yang berlaku di Thailand.

Tuesday, June 1, 2010

NAK JADI KOMANDO??

Kematian pegawai PTD yang berlaku baru2 ini amat mendukacitakan dan menyedihkan. Bayangkan seorang ibu yang dilatih macam seorang tentera. Cukup la sekadar melatih tentang asas ketenteraan. Ini akibatnya kalau lagak nak latih orang macam nak latih seorang komando. Ukur badan sendiri kalau nak buat latihan macam tu. Macam kami sebelum benar2 dilatih dengan lebih teruk kami diberi latihan fizikal seperti senaman perang bagi menguatkan bahagian dalaman dan otot badan agar badan sentiasa fit untuk melakukan latihan. Ini keje di pejabat nak dilanyaknyer macam tentera. Gila aper....sapa yang melatih pegawai2 PTD ni fikir la dulu sebelum nak melanyak orang lain. Tengok keadaan fizikal orang tu dulu. Tanya sihat ke tidak untuk menjalankan latihan. Ni tak, hentam kromo jer....Aku pernah dilatih untuk menjalani latihan komando (bukan rekaan) dimana setiap habis sesuatu sesi latihan pasti jurulatih akan bertanya samada ada masalah kesihatan atau tidak. Kalau ada masalah kesihatan dengan segera kami akan dihantar ke pusat perubatan tentera. Ni kan orang biasa. Kita manusia pasti ada kelemahan. Bukan robot yang sentiasa digerakkan atas arahan penciptanya. Kepada keluargaNorhashimah Wahid, 31 diharapkan kalian sabar dengan apa yang berlaku. Allah maha mengetahui. Diharapkan apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada orang yang berlagak macam bagus dalam melatih orang....lu pk la sendiri

Thursday, May 6, 2010

ARMED FORCES MOST TRUSTED INSTITUTION


Transformasi Markas Taktikal 749 di Tasik Banding





PERALIHAN zaman secara tidak langsung memaksa kepada perubahan persekitaran dan gaya hidup manusia.Tentera Darat Malaysia (TDM) sama sekali tidak terkecuali daripada menyertai arus pemodenan ini. Menyedari hakikat ini, Panglima Medan, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang ketika itu Panglima 2 Divisyen, telah mengambil inisiatif ke arah pemodenan dengan mencetuskan idea untuk menaiktaraf Kem Banding, Perak.Kem berkonsepkan resort ini sejajar dengan pembangunan di persekitaran Banding, Gerik Perak. Banding ketika ini adalah kawasan destinasi untuk beriadah dan bercuti terutama buat para pencinta alam sekitar. Markas Taktikal 749 yang terdapat di kawasan itu dinaik taraf agar dapat memberi keselesaan kepada pasukan-pasukan dan anggota-anggota yang melaksanakan operasi di barisan hadapan agar lebih efisien, selesa dan terus meningkatkan daya juang anggota. Sebagai sebuah kem di penempatan operasi kawasan utara, Kem Banding atau nama asalnya Kem Sri Banding dulunya adalah sebuah Markas Taktikal yang hanya dilengkapi kemudahan paling asas.
Namun pada tahun 2008, dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM400,000, Kem Sri Banding mula mendapat sentuhan dari Pemerintah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 2 Divisyen, Leftenan Kolonel Kamarrudin Ibrahim selaku Pengurus Projek. Beliau diberi kepercayaan oleh Raja Mohamed Affandi untuk mentransformasikan kem itu agar seiring dengan pembangunan di kawasan persekitaran Banding. Pada peringkat awal pembinaan, hanya dua trup sahaja yang terlibat iaitu dua orang pegawai dan 60 anggota lain-lain pangkat. Melihat kepada kemajuan kerja yang begitu membanggakan, tambahan sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan.Markas Taktikal 749 yang suatu ketika dahulu hanya bangunan-bangunan kayu usang, kini tersergam pula dinding-dinding konkrit yang berdiri megah di Tasik Banding.Dalam projek besar seperti ini, RAJD 2 Divisyen mengamalkan konsep 'Projek Perdana' di mana unit-unit di bawah pasukan yang terdiri daripada Skuadron 1, 2, 6 dan 7 RAJD bekerjasama bagi melancarkan pembinaan Markas Taktikal 749. Apa yang menarik di Markas Taktikal 749 adalah maskot gajah, di mana sebuah patung kepala gajah telah didirikan di pintu masuk kem ini. Maskot ini mempunyai kisahnya tersendiri, di mana dari dahulu hingga sekarang kawasan ini menjadi laluan utama kumpulan gajah yang mencari makanan sekitar hutan Tasik Banding. Untuk itu, Kamarrudin turut membina sebuah pintu pagar khas bagi laluan gajah-gajah ini turun dan naik dari Tasik Banding ke kawasan hutan.Antara bangunan baru yang dibina pula ialah bangunan logistik untuk penyimpanan stok makanan tempur (rangsum), stor bahan api untuk menempatkan minyak pesawat dan rumah bot yang dilengkapi tempat penyimpanan enjin bot tempur. Keluasan keseluruhan Markas Taktikal 749 adalah empat hektar persegi kini mempunyai jalan raya berturap menggantikan jalan tanah merah. Keseluruhan pembinaan Markas Taktikal 749 ini mengambil masa selama 242 hari bermula pada 15 Julai 2008 sehingga siap pada tanggal 20 Mac 2009. Menurut Kamarrudin, beliau berpuas hati kerana dapat menyiapkan Projek Perdana ini dalam masa yang telah dijadualkan. Katanya, projek ini merupakan satu latihan buat para anggota dan pegawai dalam memahirkan kepakaran masing-masing dan secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri untuk setaraf dengan kontraktor awam. "Mereka yang bertanggungjawab merubah wajah kem ini telah bekerja tanpa mengira waktu, keadaan cuaca, siang atau malam kerana Markas Taktikal 749 mempunyai nilai sejarah yang cukup bererti bagi mengenang pengorbanan anggota Tentera Darat sebelum ini,'' katanya. Pembinaan kem ini turut menyumbang kepada ekonomi kawasan Banding dan Gerik kerana hampir kesemua bahan mentah yang digunakan dibekalkan oleh pengeluar-pengeluar tempatan.Sebagai tanda penghargaan kepada warga RAJD 2 Divisyen, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin telah menyampaikan penghargaan sebagai mengiktiraf pencapaian prestasi cemerlang kepada Kamarrudin yang mewakili seluruh warga RAJD 2 Divisyen.Keringat dan komitmen anggota-anggota yang terlibat akan pastinya terpahat pada lakaran sejarah TDM.

Monday, May 3, 2010

H1N1 Pembunuh Dalam Diam
Penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang amat merbahaya kepada kesihatan masyarakat kita pada masa kini. Bila dunia makin maju maka semakin banyak pula penyakit berjangkit yang merbahaya ini timbul. Pecah kepala la saintis-saintis kita mencipta vaksin bagi membunuh atau menuteralkan penyakit tersebut. Jika diperhatikan rakyat dinegara ini memandang rendah perkara ini. Kita boleh lihat berapa ramai yang memakai topeng hidung dan mulut ketika berada dikhalayak ramai... Ramai yang masih tidak menyedari bahawa penyakit ini boleh berjangkit bila-bila masa. Sebagai langkah pencegahan anda hendaklah mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai topeng penutup hidung dan mulut, jangan berada di khalayak ramai jika tidak ada keperluan. Kalau terpaksa, pakailah topeng penutup hidung dan mulut. Sekiranya anda mendapat tanda-tanda berikut, segeralah berjumpa doktor.
Tanda-tanda atau simptom H1N1.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti. Vaksin untuk virus ini ada cuma segalanya terserah pada Allah swt. Dia yang menentukan.

Tuesday, April 27, 2010

Tempur Jarak Dekat

Tempur Jarak Dekat atau dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Close Quarter Battle (CQB) pada pandangan aku adalah Gerakan Taktikal bagi Pasukan Khas dalam memerangi keganasan. Kebiasaan team ini sinonim dengan pakaian hitam yang dilengkapi dengan baju kalis peluru, senjata khas dan bertopeng. Topeng adalah sebagai satu kaedah melindungi identiti team ini dari dikenali kerana kebanyakan operasi mereka adalah rahsia. Dikatakan keseluruhan pasukan khas di Malaysia seperti Gerak Khas, PASKAL, PASKAU, VAT 66, UGERIN dan STAR (Pasukan Khas Maritim Malaysia). menggunakan taktikal ini. Kenapa ianya dipanggil Tempur Jarak Dekat?? Kerana taktik peperangan melawan keganasan yang berkehendakkan mereka bergerak dalam keadaan rapat. Aku meminati unit taktikal ini. Cara mereka mengatasi atau bertindak amat pantas dan mengujakan aku. Aku harap kalau ada komando2 lain yang diluar sana mempunyai pendapatnya sendiri boleh lah kita berkongsi pengalaman. GOOD GUYS WEAR BLACK


Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination







Kalau diberi peluang untuk memilih tempat aku nak melancong mestilah aku pilih Tanah Suci Mekah dan Paris ....Dua lokasi ini adalah tempat yang memberi banyak kelebihannya terutama tanah suci mekah yang penuh dengan nilai sejarah Islam manakala Paris tempat yang bagi aku macam best jer.....Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Tuesday, April 20, 2010

Fast Roping

Apa dia Fast Roping?? Tentu anda tertanya-tanya apa sebenarnya fast roping. Fast roping adalah satu teknik menurunkan anggota tentera ke kawasan berisiko dengan pantas sama ada di atas banggunan atau di atas tanah. Kebiasaan ia digunakan oleh pasukan khas bagi misi dan operasi pantas untuk menewaskan musuh. Mula digunakan semasa perang Falkland diperkenalkan oleh tentera British pada ketika itu. Teknik ini adalah lebih pantas jika dibandingkan dengan teknik Rapelling atau abselling. Sebagai contoh untuk menurunkan anggota pasukan ke dalam kapal hanya mengambil masa 30 saat sahaja dan ianya amat bersesuaian dengan tugas pasukan khas itu sendiri. Teknik ini telah banyak digunakan oleh tentera di seluruh dunia. Dalam filem Black Hawk Down contohnya, teknik ini digunakan untuk menurunkan anggota dalam keadaan kritikal tetapi perlu berhati-hati kerana jika tersilap langkah anda akan jatuh ke tanah pada ketinggian 10 kaki dari paras bumi.


DSA 2010

DSA 2010 kembali pada tahun ini mempamerkan peralatan ketenteraan dari seluruh dunia. Pada tahun ini pameran tersebut masih dilaksanakan di PWTC dan tidak seperti sebelum itu banyak diadakan di luar seperti di Subang dan The Mines... Walau sederhana tetapi penyertaan dari luar negara amat menggalakkan. Orang awam boleh menyaksikan peralatan ketenteraan terkini di pameran tersebut. Dengan adanya pendedahan seperti ini dapat memberi pengetahuan yang luas berkenaan dengan dunia ketenteraan. Ia juga sebagai batu loncatan kepada usahawan dalam negara dalam industri ini untuk membawa produk mereka ke luar negara. Sebarang maklumat dan pertanyaan anda boleh terus ke search engine DSA 2010

Monday, April 19, 2010

My Version of Grooming Tips












Sebagai seorang anggota tentera aku terdedah dengan kekotoran yang kadang-kadang mendatangkan masalah kepada kesihatan aku. Bagi mengelakkan kesihatan terganggu ketika menjalankan latihan aku akan mencuci muka dan mandi selepas setiap sesi latihan (tengok keadaan...heee) tapi apapun yang penting pada fizikal dalam keadaan dan situasi macam ni wajah, kulit dan kaki kena jaga. Kalau muka dah tentu kena basuh dengan pencuci muka. Kulit pulak kalau part nak kawad tu kena la pakai losyen ultra ungu dan kaki hendaklah disapu minyak atau krim...walau lasak kesihatan kena jaga juga. Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Perolehan Kenderaan Berperisai

Angkatan Tentera Malaysia sekali lagi akan memperkukuhkan kekuatan ketenteraan dengan bakal memperolehi 500 buah kereta perisai jenis AV8 buatan Turki. Sebelum ini Malaysia telah memantapkan sistem pertahanan Udara dan Laut dengan memiliki pesawat pejuang Sukhoi 30MKM buatan Rusia dan Kapal Selam Scorpene buatan Peranchis. Malaysia bukanlah negara yang berlumba untuk membangunkan sistem pertahanan yang lebih baik tetapi sebagai persiapan menghadapi sebarang tentangan dari dalam atau luar negara. Sebagai negara yang semakin maju adalah amat bertepatan kerajaan membangunkan sistem pertahanan di negara ini dengan lebih progresif.

KERETA PERISAI 8 X 8 FNSS PARS
Pengeluar: FNSS
Krew: 14
Perisai Asas: 7.62mm AP di sekeliling sehingga STANAG-4569 Tahap 4
Senjata Utama: 25mm M242 Bushmaster
Senjata Kedua: Mesingan sepaksi 7.62mm
Enjin: Enjin diesel Deutz atau Caterpillar (500 - 600hrp)
Berat: 16,000 hingga 24,500 kg
Jarak Operasi: 1,000 km
Kelajuan: 100 km/j




Wednesday, April 14, 2010

LIMA 09

Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) adalah pameran Maritim hasil cetusan idea Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Dalam ni aku nak berkongsi pengalaman aku bersama-sama sahabat aku yang lain bertugas di LIMA 09 yang boleh dikatakan meriah dengan kehadiran orang ramai. Sorry sebab lewat nak kongsi pengalaman ini. Maklumlah aku jarang berblogging ni.... First time aku terlibat dengan LIMA ni. Sebelum ni tak diberi peluang pun untuk melibatkan diri... Sepanjang berada kat sana merasa la aku menyaksikan bermacam demonstrasi melibatkan aset maritim dan udara. Kehadiran penduduk setempat dan pelancong asing memeriahkan lagi pameran tersebut.








SEKITAR LIMA 2009

Hidup Komando

Aku ingin menceritakan pengalaman aku ketika menjalani Kursus Asas Komando pada tahun 1996 dan 1998. Tujuan saya ini adalah ingin mengangkat serta memberikan sudut pandangan dari mata aku tentang kehidupan Komando yang penuh misteri.

Pada tahun 1996 aku telah dipilih untuk mengikuti Kursus Asas Komando. Alangkah gembiranya akupada ketika itu adalah di kalangan insan terpilih mengikuti latihan intensif ini. Daripada 160 yang menghadiri sesi pemilihan cuma 60 sahaja yang berjaya untuk memulakan latihan. Awal mula pertama mula saja dah kena berlari sejauh 3.4 km. Memang semput aku dibuatnya. Maklumlah aku ni bukan dari unit pasukan elit atau infantri. Selepas itu hidup la aku dalam serba kekurangan dan keperitan mengharungi latihan yang menuntut kesabaran dan ketabahan.

Segalanya aku lalui penuh dengan ketakutan dan kesakitan. Tapi aku sedar apa yang aku jalani adalah demi kebaikan aku dan sahabat2 aku. Perit tapi itulah kehidupan sebagai pelatih komando. Berpatah arang berkerat rotan....itulah pepatah melayu yang sesuai bagi kehidupan tentera

Tuesday, April 13, 2010

Buang Anak

Dilihat sejak akhir2 ini banyak anak luar nikah yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bukan hanya membuang tapi membunuh. Nasib sekiranya anak itu hidup dan dijumpai oleh orang yang berperikemanusiaan. Macam mana pula kalau anak itu ditemui oleh haiwan liar atau sebagainya?? Kehidupan yang semakin maju ini membuatkan pemikiran anak2 muda hari ni semakin mundur. Inilah tanda2 kehidupan di dunia ni akan berakhir. Apalah salah dan dosa anak2 ini...... Rasa tidak sanggup aku nak tatap di dada-dada akhbar yang menyiarkan gambar2 anak2 ini dalam keadaan yang menyayat hati.... Ini lah yang jadi bila nafsu menguasai diri. Sepatutnya lelaki juga harus dipersalahkan kerana membiarkan wanita ini menanggung sengsara sendiri. Diharapkan tuhan akan menunjukkan kekuasaanya kepada manusia2 berhati binatang ini.