Nuffnang Ads

Tuesday, December 14, 2010

Diari Penuntut Komando




Gambar Hiasan


Sudah 15 tahun berlalu ketika aku menjalani latihan komando. Bukan niat aku nak bangga diri untuk menceritakan perjalanan dalam latihan ini tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan sebagai menghargai setiap jasa jurulatih serta kawan-kawan yang sama-sama menjalani latihan ini. Agak sukar untuk membuangnya dari memori aku yang akhirnya aku titipkan ke dalam bentuk diari sebagai  tatapan kepada rakyat Malaysia.

Selepas kemasukan aku ke dalam Tentera Darat diterima pada tahun 1995 dan menamatkan latihan dengan jayanya, aku kemudiannya dimasukkan ke Unit. Sepanjang berada di Unit baru hati aku berkobar-kobar untuk menyertai latihan komando seterusnya meneruskan perkhidmatan di dalam rejimen tersebut. Akhirnya cita-cita aku tercapai pada tahun 1996 apabila permohonan aku untuk mengikuti latihan komando diluluskan oleh orang atasan aku. Gembira tidak terkata kerana diberi peluang untuk menjalani pemilihan tersebut sebelum meneruskan latihan. Sepanjang pemilihan untuk menjadi pelatih komando banyak yang aku kena lalui seperti berlari sejauh 2.5 km dalam masa 18 min, berenang sejauh 100 m, menyelam 100 meter, terjun botol dari ketinggian 30 kaki di terendak, panjat tali dengan kelengkapan pack setinggi 30 kaki di hangar payung terjun PULPAK, mengapung badan dalam air 5 min, memikul kawan sambil berlari sejuh 100 meter menggunakan kaedah fireman lift, unta dan darling carry. Setelah keputusan diumumkan, bahawa aku adalah diantara yang terpilih untuk menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Peperangan Khas (PULPAK). Tidak dapat aku membayangkan lagi bagaimana bentuk latihan pada ketika itu cuma aku sedar yang latihan komando jauh lebih tough dari latihan ketenteraan biasa.

Sebaik pembukaan latihan komando di padang kawad PULPAK, kami terus berlari dari Betutu Darat (kawasan berpaya tepi laut di PULPAK) tempat tinggal penuntut mengelilingi kem 21 Komando dengan kelengkapan tentera termasuk senjata sejauh 3.5km (jarak aku tak pasti sebab dah lama tinggalkan, barangkali jarak 5 km). Latihan sentiasa berterusan. Dan bermula la episod suka duka aku dalam latihan siang dan malam tanpa henti. Dari latihan didikan ketabahan (halangan 30 kaki sebanyak 11 halangan), berlari sejauh 8, 10, 16 km, merentas dataran (latihan berlari dengan kelengkapan tentera di dalam kawasan hutan), merempuh halangan di bukit mentago, map reading lorong jerangkap samar, tembak dan gerak, menembak, sehingga berakhirnya sebulan di peringkat kem.

Peringkat Hutan

Setelah jurulatih membuat penelitian terhadap semua penuntut pada peringkat kem, hanya tinggal 31 pelatih yang layak meneruskan termasuk aku daripada 60 orang yang mengikuti latihan sepanjang peringkat kem. Kami dilatih bukan setakat fizikal malahan mental dan ini adalah salah satu cara menguji kekuatan seseorang anggota tentera yang ingin menjadi seorang anggota komando. Sepanjang tempoh tersebut aku pernah untuk menarik diri dari latihan tersebut semasa diperingkat hutan apabila aku terpaksa tidur dalam lumpur pada waktu malam bilamana hujan turun dengan lebat sehingga aku hampir hipotermia...dahsyat sungguh waktu itu hanya tuhan yang tahu. Berkat nasihat jurulatih dia menasihatkan aku supaya meneruskan latihan tersebut. Masa latihan aku dikenali sebagai anak komando kerana aku paling junior di kalangan pelatih pada masa itu. Sepanjang menjalani latihan diperingkat hutan, kami terpaksa menahan lapar dan makan bila perlu sahaja. Itupun hanya makan makanan dari sumber hutan seperti rebung2 dari buluh dan sebagainya. Setelah berakhirnya tempoh latihan di hutan, kami meneruskan latihan long march iaitu larian dan perjalanan menggunakan kelengkapan ketenteraan selama 3 hari sejauh 200km. Sehingga ada diantara kawan aku yang menitiskan airmata ketika latihan ini. Masa ini timbul rasa kasihan pada rakan2 seperjuangan bagaimana payahnya melalui saat itu bersama. Kami terpaksa memikul kawan2 yang lemah dan cedera. Pada peringkat ini aku terpaksa disingkirkan kerana aku mengalami kecederaan dibawah tapak kaki. Tapak kaki aku mengelupas kulitnya sehingga cebisan kulit melekat di stokin yang di pakai serta sembilan dari sepuluh kuku jari aku tercabut semasa latihan ini... Aku sedih masa tu kerana terpaksa meninggalkan rakan2 lain meneruskan perjuangan mereka.

Peringkat Paya

Pada peringkat ini, aku dah demam teruk dah...tak dapat nak tgk kawan2 aku meneruskan latihan.

Peringkat Laut

Walau bagaimanapun, atas jasa baik jurulatih aku, mereka membenarkan aku menyertai jurulatih untuk bersama-sama menyaksikan kawan2 aku meneruskan latihan. Sebaik sahaja aku diturunkan skuad (dalam komando istilah TANGGO) aku demam panas yang teruk selama seminggu. Sempat juga aku menyaksikan kawan2 aku menjalani latihan bagi peringkat laut di Betutu Laut seperti berlari mengangkat perahu tempur yang steel tu diangkat secara beramai2 ramai tanpa memakai kasut melalui jalan batu kerikil (korang bayangkan lah), baca perintah untuk latihan mendayung melalui sungai muar johor. Pernah aku menyaksikan pada peringkat tersebut, kawan aku terpaksa merangkak untuk ke perigi kerana kakinya telah hancur sebab latihan long march yang dilalui selama 3 hari itu. Aku amat kasihan pada kawanku itu. Mujur pada ketika itu, ada kawan2 lain yang simpati memangkunya ke perigi untuk mengambil air. Memang aku sedih betul masa tu... :-(

Escape and Evasion

Masa ni gambaran aku tak dapat sangat cuma yang aku dapat cerita dari kawan2 aku, peringkat ni mereka telah bertembung dengan pelaku sebagai musuh dari X-RAY Skuadron Rejimen 21 Komando dan Rejimen 22 Komando sebagai wasit (atau pengadil). latihan ini adalah latihan untuk menghindarkan diri dari kedudukan musuh ketika melaksanakan sesuatu misi yang telah diarahkan. Sekiranya ada diantaranya yang ditangkap, mereka akan di jadikan seperti tawanan perang. Bayangkan kalau jadi tawanan perang dan musuh nak korek rahsia kita. Perjalanan latihan ini aku tak dapat saksikan kerana aku dah pun TANGGO masa peringkat hutan.

Peringkat Penamat

Pada peringkat ini aku dapat juga menyaksikan kawan2 aku menamatkan latihan. Tapi untuk latihan introgation (penyeksaan) aku tak dapat ler tgk sebab aku dah TANGGO. Mana bleh ikut. Selepas itu tekanan semakin teruk dihadapi kawan2 aku sebaik tamat latihan semakin menghampiri. Mereka terpaksa melaksanakan latihan berterusan bagi memastikan tamat latihan mereka berjalan dengan lancar dan jaya. Segala tekanan samada dalam bentuk fizikal atau mental bagai sudah tidak ada erti bagi mereka. Ia seperti biasa2 sahaja. Mungkin pada padangan masyarakat luar ia seperti keterlaluan. Akhirnya ibu bapa dijemput untuk menghadiri majlis tamat latihan komando siri AKK/1/96. Pada hari yang dinantikan aku dapat menyaksikan kawan2 aku membuat demonstrasi pada ketika itu jam masih menunjukkan 6.30 pagi dengan penuh semangat sekali. Demonstrasi masa itu adalah menyerang pangkalan musuh. Sungguh membanggakan kerana kawan2 aku dapat melaksanakan dengan penuh semangat dan jayanya. Cuma aku sedih kerana tidak dapat bersama-sama mereka. Akhirnya mereka keluar dari kawasan demo untuk menerima beret hijau, pisau komando, lineyard biru dan diploma komando. Sebaik sahaja tamat pemakaian beret hijau, ia diteruskan dengan bertafakur dan deklamasi sajak yang menyentuh perasaan para hadirin pada ketika itu. Masa sajak dibacakan dan semua anggota komando tunduk bertafakur, masa itu kami menitiskan airmata mengenangkan kawan2 yang tidak dapat meneruskan perjuangan dan terimbas kenangan ketika melalui kepayahan menjalani latihan. Aku pun turut sedih masa itu. Jurulatih tidak pernah memandang rendah keupayaan aku dan mereka sedar mungkin rezeki tidak menyebelahi aku.

Mengakhiri diari aku, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih yang pernah melatih aku dan kawan-kawanku. Antara jurulatih yang aku ingat arwah SSjn (Kaler) Nasir, SSjn (kaler) Razak 22 Kdo (pakar motivasi tapi ganas), SSjn (kaler) Sulaiman 21 Komando, SSjn (kaler) Yusof (Paling ganas - aku tak bleh lupa dia ni), Sjn Ironman 11 RGK (aku tak ingat nama dia sebab ganas..hee), Sjn Razak 22 Komando, Sjn Jong (21 Komando), Sjn Zakaria dan beberapa lagi yang aku dah lupa nama mereka tapi tetap dalam ingatan aku. Kepada yang berjaya, teruskan perjuangan anda menerajui Tentera Darat Malaysia sempena 78 tahun. 1 Angkatan: Tetap Gagah, Tetap Setia

9 comments:

  1. cerita yg menarik ..!
    datangmu tidak diundang..
    ragu-ragu, sila pulang..!

    ReplyDelete
  2. Yup tepat sekali...kata-kata keramat dipintu masuk Pusat Latihan Peperangan Khusus..

    ReplyDelete
  3. bleh x ajar aku teknik2 yg dipelajari masa train latihan komando 2.??

    ReplyDelete
  4. Kebanyak berbentuk fizikal emailku....salah satu yang boleh dipraktik kalau kawasan paya memang banyak agas...jadi lumur lumpur untuk elak agas..

    ReplyDelete
  5. Tksh kpd anda. Sebenarnya ada yg lbh pahit yg turut dialami oleh kami mantan2 Kdo pd zaman 80ab dulu. Malah kepala kami ada yg berdarah, lebam dan sebagainya atas gara2 JL mahukan yg terbaik dr yg baik. GGK aku bangga menjadi salah sorg dr wargaMU. 22tahun hidupku bersamaMU byk suka duka disimpul rapat sebagai lipatan sejarah hidupKU setelah bersara kini. Slmt maju jaya GERAKHAS jiwa tetap bersamaMU.

    ReplyDelete
  6. mcm ni lah hidup seorang komando....BERJUANGLAH SAMPAI KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR

    ReplyDelete
  7. Kalau kadet wanita pon sama jgk ke latihan dgn kadet lelaki

    ReplyDelete
  8. Penulis apa fb id penulis ? Saya nk add friend

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete