Nuffnang Ads

Friday, July 6, 2012

Kanak-kanak 4 Tahun Diselamatkan oleh Anggota Rejimen Gerakhas

Gambar Hiasan
Jumaat 06 Jul 12 - Kisah ini adalah cerita benar dan baru sahaja berlaku (kelmarin) yang melibatkan seorang anggota Gerakkhas dari 21 komando yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke kem iskandar (kalau tak salah).

Peristiwa ini berlaku pada sekitar jam 6 petang di perhentian Jeti Mersing. Abg komando kita ini baru sahaja sampai di kawasan sekitar itu setelah turun dari bas. Sambil beliau sedang duduk menantikan kenderaan yang dijanjikan oleh salah seorang koperalnya? beliau terdengar satu jeritan orang ramai yang meminta tolong dari Jeti tersebut.

Tanpa berlengah lagi abg komando kita ini terus belari kearah suara orang ramai yang meminta pertolongan tadi, Sesampai sahaja dia di jeti tersebut, beliau terlihat ada seorang budak yang sedang tengelam timbul dipermukaan laut dan seperti sedang kelemasan. Beliau melihat diantara orang2 yang mula berkerumun itu tak ada siapa pun nampak nya ingin membantu selain dari hanya melihat anak kecil itu mati kelemasan dihadapan mereka.

Abg komando kita dengan hanya sempat mengeluarkan dompetnya dari seluar (mungkin takut dompetnya basah) terus terjun kedalam air untuk menyelamatkan anak itu walaupun terjunan itu sebenarnya berisiko kerana ia dibuat di kawasan yang terdapat pokok bakau mati. Dengan latihan dan kepantasan beliau berfikir dalam keadaan kecemasan anak itu akhirnya dapat diselamatkan dan dibawa naik kedarat.

Kejayaan abg komando kita ini menyelamatkanseorang kanak2 yang hampir mati lemas telah disambut dengan tepukan yang bergemuruh oleh orang2 sekitar yang sedang berkerumun menyaksikan adegan REAL DEMO dari anggota gerakhas kita. Seorang wanita telah berlari mendapat kan anak itu dan bersyukur kanak2 itu selamat.

Tak tahu bagaimana hendak membalas budi abg komando kita ini wanita dan teman lelakinya telah menghulurkan RM50.00 diulangi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA sebagai bayaran penghargaan jasa abg komando ini menyelamatkan nyawa.

Abg Komando kita merasa sangat terhina bukan kerana nilai 50 ringgit itu tapi dengan pemberian itu seolah2 jasa nya itu boleh dibayar dgn wang ringgit tak pun memang dia bekerja mencari upah menyelamatkan orang lemas di Jeti Mersing itu. Wang kertas itu telah dikembalikan kepada wanita berkenaan, lalu anggota telah menasihati pasangan tersebut dengan nada yang sedikit marah ( yang mana kanak2 itu adalah anak saudara pada wanita itu dan dia berada disitu untuk berjumpa dgn teman lelaki nya)

Kepada yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut sila lah membetulkan apa sahaja kesalahan fakta yang terdapat dalam cerita ini. Dan kepada wanita itu, cuba lah fikir masak2 bahawa tindakan awak memberi wang itu lebih kepada menghina anggota komando itu daripada menghargai jasa beliau.

Kalau lah admin jadi wanita...budak komando itu automatik jadi anak/saudara admin. kat situ juga admin akan mengaku dia adalah saudara admin dan ingin terus berhubung dengan beliau untuk terus mengeratkan tali persaudaraan yang baru sahaja terikat itu tadi. Admin sendiri akan menelefon ibunya dan memberitahu kepada ibunya bahawa anak kesayangan beliau telah melakukan satu jasa yang tak terbalas oleh admin. TERIMA KASIH KEPADA IBU2 YANG TELAH MELAHIRKAN PERWIRA NEGARA.
P/S Diceritakan sendiri oleh ibu kepada anggota Gerakhas tersebut kepada saya. Cerita di olah oleh Admin Page FB Rejimen Gerak Khas.

Tentera French Foreign Legion




"Legion Etrangere atau French Foreign Legion terbuka kepada semua lelaki tanpa mengira kewarganegaraan termasuk warganegara Perancis sendiri yang berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan kad pengenalan yang sah dan tahap kesihatan yang baik".  Itu adalah kelayakan bagi anda yang berminat untuk menyertai tentera French Foreign Legion. Memang pelik tetapi itulah kelayakan yang diperlukan oleh pasukan tentera ini. Tentera ini mirip kepada tentera upahan walaupun ianya adalah sebahagian dari ketumbukan pasukan tentera negara Perancis.  Terdiri daripada berbagai kerakyatan memberikan sedikit keunikan kepadanya dan ianya lebih mirip seperti Rejimen Renjer Diraja (RRD) kerana terdiri dari berbagai bangsa serta kemasukan ke pasukan ini adalah secara sukarela. Seperti awal penubuhannya dahulu, kebanyakan mereka yang menyertai pasukan ini adalah terdiri daripada penjenayah yang melarikan dari negara masing-masing dan tidak seperti pada hari ini, pemilihan adalah lebih ketat kemasukannya iaitu mereka yang mempunyai rekod jenayah tidak akan diterima memandangkan setiap pemohon harus lulus tapisan keselamatan daripada Polis Antarabangsa (INTERPOL). Seseorang legionaire yang telah dipilih untuk menyertai pasukan ini akan menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun dan boleh menyambung perkhidmatan selama 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 15 tahun atau lebih lama lagi sekiranya masih berminat untuk meneruskan perkhidmatan tetapi bergantung kepada rekod perkhidmatan yang baik.  Legionaire berhak mendapat pencen selepas berkhidmat melebihi 15 tahun dan boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan kerakyatakan Perancis sekiranya berminat untuk menjadi warganegara atau taraf penduduk Perancis (boleh diperbaharui selepas 10 tahun). Hak ini walau bagaimanapun adalah hanya untuk legionaire bukan warganegara Perancis yang memperolehi sijil perkhidmatan tentera yang baik dan tidak menggunakan pengenalan yang diistiharkan (pengenalan negara masing-masing). Seperti di dalam ATM juga, di akhir perkhidmatan seseorang legionaire mereka akan dibantu untuk menyesuaikan diri kembali kepada kehidupan awam.

P/S: Khabar-khabar mengatakan ada terdapat warganegara Malaysia pernah berkhidmat dengan French Foreign Legion ni.. Macam kisah Orang Melayu Didalam Perkhidmatan Tentera US dahulu. Adakah kesetiaan mereka kepada French Foreign Legion ini boleh menjejaskan ketaat setiaan mereka kepada negara masing-masing? Terpulang kepada empunya badan. Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri. Aku tetap sayangkan negaraku sendiri.



Thursday, July 5, 2012

Datuk Lee Chong Wei Ditauliah Lt Kdr Kehormat PSSTLDM


KUALA LUMPUR - Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semalam menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan. Beliau enggan mengulas lanjut tentang rancangan tersebut ketika ini dan akan mengadakan sidang akhbar selepas pulang dari Sukan Olimpik London. ''Buat masa ini saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada Olimpik bagi memenangi pingat emas untuk negara,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas dipakaikan pangkat tauliah kehormat pegawai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di Kementerian Pertahanan di sini, semalam. Menurut beliau, pasangannya itu juga adalah atlet dan wartawan mungkin tahu individu tersebut. Pada majlis tersebut, Chong Wei ditauliahkan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) PSSTLDM berkuat kuasa 1 Mei tahun ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan hadir sama Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Sementara itu, Chong Wei berkata, peluang menyertai PSSTLSM itu akan digunakan untuk berkongsi pengalaman dengan anggota pasukan terlibat tentang kerjayanya sebagai pemain badminton negara. ''Saya akan berkongsi pengalaman termasuk kalah dalam sesuatu pertandingan dan bagaimana mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama empat tahun,'' katanya - Sumber Utusan Malaysia