Satu pengalaman yang tidak boleh aku lupakan apabila semalam aku terlibat dengan kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan yang aku naiki bersama-sama dengan anggota pasukan aku terlibat dengan kemalangan. Masa tu rasa seperti ajal aku telah tiba bila sebuah kenderaan awam telah merempuh sebelah kanan kenderaan yang dinaiki aku menyebabkan kenderaan tentera yang dinaiki berguling dua kali menyebabkan beberapa orang dari anggota aku cedera ringan. Walau pada semalamnya tidak ada apa-apa kesakitan dirasai, tetapi hari baru dapat aku rasakan beberapa bahagian badan aku mulai sakit walau aku tidak mengalami luka2 serius.. Allah telah memberi harapan kepada aku untuk bertakwa kepadanya. Aku bersyukur apabila kesemua anggota aku terselamat dalam kejadian tersebut dan pada malam ini pasukan aku akan mengadakan tahlil dan doa selamat serta kesyukuran di atas kejadian ini. Semoga antara kita sentiasa beringat bahawa kemalangan tidak mengira usia, pekerjaan, kaya atau miskin dan apabila Allah berkehendakkan sesuatu itu berlaku maka akan berlakulah ia.
ish...macam teruk je? semoga perjalanan kita dilindungi Allah, yang penting langkah keselamatan seperti memakai tali pinggang keledar sudah dilakukan. selebihnya bertawakkal pada Allah. tapi rasanya kalau duduk di bahagian belakang trak/jeep takde apa2 yg boleh binding passenger kan? kalau berlanggar persen nak terhumban tu memang besar kan?
ReplyDeleteMemang pun...nasib anak2 buah berpaut kuat pada kenderaan...saya teruk kena sebab bahagian depan tempat duduk penumpang.
ReplyDeleteSalam saudara Canang,
ReplyDelete"Kun faya kun"...itulah hakikatnya sebuah kejadian - atas kehendakNya jika itulah rencanaNya. Hikmahnya, hanya Dia yang Lebih Mengetahui. Alhamdullillah tiada yang serius tercedera ataupun kemalangan maut. Anyway, perlulah juga medical check-up jika dikhuatiri internal injuries.
Well, take care then saudara Canang.
terima kasih Nur Emyinda. Alhamdulillah allah masih melindungi.
ReplyDeletemy 2cents, selain daripada kontrak berjuta2 utk peralatan...MINDEF patut beri perhatian kepada aspek2 begini, keselamatan penumpang di bahagian belakang jeep/trak. saya rasa pemasangan talipinggang keledar tak akan memanjakan tentera2 kita, sebaliknya dapat mengelakkan kecederaan/kematian yang sia2 dlm kemalangan yang boleh kita kurangkan risikonya.
ReplyDeleteMungkin ada benarnya cik faye tetapi terserah pada yang melaksanakan
ReplyDelete