Gambar Hiasan
Ini adalah pengalaman sebenar sahabat saya yang baru pulang dari misi ISAF di Afghanistan. Beliau menceritakan bagaimana buat pertama kali dia bertemu dengan seorang Melayu warganegara Amerika yang berkhidmat dengan USAF yang berpangkat Sarjan. Memang tidak dinafikan mungkin ramai dikalangan orang Melayu di sana (Amerika) yang menjadi warganegara Amerika berkhidmat dengan tentera US. Sahabat saya ini terlibat dengan ISAF sejak akhir 2010 dan banyak perhubungan diantara tentera Malaysia dengan tentera luar negara seperti Amerika, NZ dan beberapa negara lain. Sahabat saya memberitahu ketika dia sedang berbaris untuk mengambil makanan di Kiwi Base NZ kalau tak silap saya telah disapa oleh seseorang menggunakan bahasa melayu. Dia pun hairan kerana pada ketika itu, hanya dia dan seorang pegawai dari Malaysia sahaja yang berada disitu sedangkan yang lain adalah tentera asing dari US dan NZ. Alangkah terkejutnya kawan saya ini bila dia lihat rupa-rupanya anggota tentera USAF berpangkat Sarjan adalah seorang Melayu. Inilah yang dikatakan budaya Melayu. Walau dimana berada budi bahasa tetap dijaga dan tidak dilupa. Sahabat saya ini berbual dengannya dan bertanya macam mana dia boleh menjadi tentera US. Rupanya keluarga anggota tentera ni telah menetap di Amerika dan telah pun menjadi warganegara Amerika yang sah. Moralnya disini, beliau tidak melupakan asal usul dia walau pun berkhidmat dengan tentera seteru dunia. Yang penting ingatan kepada tanahair adalah lebih penting dari segalanya. Pasti mamat ni teringat lemang, rendang tok dia kut...hehehehe.... Itulah pengalaman berharga sahabat saya ini yang telah diceritakan sendiri kepada saya.
Salam Saudara Canang,
ReplyDeleteSatu entry yang menarik tentang tentera USA Melayu ini...Pengalaman yang pasti lebih menarik oleh rakan saudara yang berada di sana ketika itu. Biasanya, bila kita berada jauh di perantauan, kita pasti akan rindukan negara dan orang2 kita jugak. Di ketika beginilah, sebuah pertemuan dan sapaan itu akan lebih memberi makna dan memori yang kekal indah selamanya. Mana mungkin kita boleh lupa bumi di mana kita dilahirkan, budaya yang selama ini kita amalkan dan bahasa yang sering kita tuturkan...insyaAllah. Semoga kita semua bangsa Melayu mempunyai dan terus mengekalkan jati diri kita walaupun berada jauh di rantau orang...
p/s...sesungguhnya takkan Melayu hilang di bumi...
Mudahan bila perang Melayu ni sokong kita... :-)
ReplyDeletesalam...mohon izin linkkan blog saudara ke blog saya. saya suka dengan penulisan saudara...keep updating.
ReplyDeletecarry on miss...saya pun dah follow blog cik faye ni.... Who follow me then i follow u...hehehehe
ReplyDelete