Nuffnang Ads

Monday, September 5, 2011

Masih Adakah Keikhlasan

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat ".

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku".

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu

Beberapa bulan kemudian


Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu" kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu".


Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

10 comments:

  1. Salam saudara canang,

    Sebuah cerita yang sangat menarik dan mempunyai maksud tersirat yang indah. "Beauty is in the eyes of the beholder"...kecantikan itu adalah pada pandangan mata sipemiliknya. cantik bagi kita belum tentu cantik bagi orang lain...sama macam " one man's meat is another man's poison"..."pada seseorang itu adalah makanan baginya, tapi bagi yang lain mungkin itu racun baginya".

    Pada pandangan saya, kecantikan itu terletak di hati dan pada budi bahasa dan pekerti. Hati yang suci bersih, tatacara yang penuh kesantunan dan adab berbicara dan berbahasa akan terpancar kecantikan semulajadi lahiriah. Seperti peribahasa "bahasa melambangkan jiwa dan peribadi". Inilah kecantikan abadi yang tak ramai miliki. Dan inilah jua asas yang dicari nenek moyang kita dalam memilih menantu mereka masa dulu2 (termasuklah agama).

    Untuk itu, jika ditinjau2, diperhati dan diamati, semua tadi tidak lagi menjadi priority dalam memilih pasangan masa kini. Kecantikan luaran lebih menjadi keutamaan, biarpun miliki sikap dan peribadi yang bertentangan dengan apa yang saya nyatakan awal tadi. Hmmm...sekarang ini macam2 ada FB, networking dsbnya...kenal, dating and etc etc...begitu mudah sekali diajak ke sana sini... alasan konon untuk mengenali lebih rapat lagi. Atau teman berjalan berhibur mengisi kekosongan diri. Atau mungkin mengambil kesempatan lantaran tahu kedudukan pangkat, harta dan kerjaya pasangan yang dikenali??? Mungkin berjumpa tak salah jika masih tau menjaga adab pergaulan dan batasan agama mahram muhrim...tapi apa tujuan sebenarnya yang dicari?
    Cerita saudara canang perihal pemuda ini pasti tidak lagi dan tak mungkin ada di masa kini. Saya setuju dengan tajuk posting saudara canang...masih adakah keikhlasan dan keluhuran sebegitu jika tetiba berjumpa insan yang selama ini dikenali di maya tak seindah secantik imaginasi realitinya? pasti sijejaka akan mula mencari alasan untuk menjauhkan diri, biarpun sebelumnya rindu separuh mati nak berjumpa, biarpun sudah terang2 diketahui insan dikenali seorang yang miliki ciri2 x-factor 'benchmark tradisi' yang saya nyatakan tadi. Yang menjadi halangan...fizikal dan rupa tak secantik diidami. Apakah ini agenda utama yang dapat memberi ketenangan dan bahagia.
    Itulah fitrah kejadian manusia...tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Kekadang kita lupa, mungkin itulah jodoh kita yang ditemukan secara tak sengaja... tanpa kita duga. Datang ia hanya untuk seketika...u take it, grab it, hold it, keep it or leave it! tapi jangan menyesal jika itulah insan terbaik yang telah ditemukan pada kita...Bila ianya berlalu pergi barulah kita sedari dan menyesali...Bagi jejaka dalam cerita saudara canang ini, satu dalam seribu...yang ikhlas dalam perhubungan dan perasaannya.Kesudahannya dia diberikan ganjaran setimpal dengan keikhlasan tersebut. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui...

    hmmm...teringat saya akan kisah realiti di negara kita tahun lalu, seorang nenek tua berharta yang bertemu jodoh dengan seorang jejaka muda penagih dadah...fikir2 natijah la...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas comment saudari. Memang benar bukan mudah mencari cinta yang sejati masa kini. Sebenarnya terletak pada hati dan sekuat mana kita memegang janji itu terhadap pasangan masing2. Manusia tidak selalunya sempurna kerana ada ketika kita akan tersilap langkah dan melupai apa yang kita janjikan.

    ReplyDelete
  3. Saudara canang,

    Terima kasih kembali. True enough...tidak ada manusia yang sempurna. No human is perfect ,yet always striving towards perfection. Henceforth, not to forget and realising that perfection has its own limitations. Well, perhaps to some, promises are made to be broken…Tak baiknya jenis manusia camni :p

    Maaf saudara canang, saya nak komen ni aje...header blog saudara canang...Military Watcher looks fine and catchy...but those words regarding the heroes were really GOOD, WELL THOUGHT! I do like it ;-) so much! Ia akan jadi permanent blog header ke ni? Magnifique! Setuju dengan kata2 tersebut. Heroes are made, not borne! Kita semua terhutang budi kepada mereka pejuang2 yang tidak didendangkan ini...seperti kata2 Pena Celoreng "anak pertiwi dan rakyatnya bernafas dan hidup dengan nyawanya..." dalam bukunya Platun Harimau 1. Pengorbanan mereka tiada galang gantinya...Semoga Allah swt merahmati mereka ini...

    ReplyDelete
  4. Royal Malay Regiment has a history of VALOR. 40 Men against 13000 japanese soldiers in WW2,hold the Opium hill for 2 days without food and ammunition.I salute the bravery!See General Percival remarks and from an Australian Officer who was there"when every one has already fled,the Malays never move an inch,they fought to the last man,they are first class fighters,"LT Penrod V Dean.

    Respect.!

    Petikan ini saya ambil dari sebuah kisah..Macam mana orang putih sendiri mengiktiraf tentera kita pada WWII sebagai First Class Fighters...

    ReplyDelete
  5. Saya ni tak pasti sama ada mengekalkan atau tidak header tu...saya mungkin akan menukar2 nya agar orang tak jemu tgk blog saya ni...

    ReplyDelete
  6. Saudara Canang,

    The Malay Regiment showed what esprit de corps and discipline can achieve. I cant agree more...1st Class Fighters sure they are!
    For example, Left Adnan bin Saidi fought to his last breadth of a 48 hr struggle! He was a true brave soldier...Very brave indeed! The Hero....yet to be forgotten by the ungrateful.

    May Allah swt bless his soul and together with his other friends in the 1st Battalion Charlie Company. They should and are always to be remembered, cherished and honoured!.

    ReplyDelete
  7. Orang melayu ni kalau mengamuk sampai mati... Dah jadi macam sebati dengan orang melayu ni kan... Sebenarnya saya tahu banyak lagi pasal pasukan tentera kita yang pernah bertugas di luar dan dalam negara yang boleh dikatakan di classified.. Biar saya jer la yang tahu.. Cuma memang pasukan tentera kita banyak terlibat dengan misi2 bunuh diri...terutama melibatkan komando. Seorang PW 2 pernah menceritakan kepada saya satu kisah yang saya rasa memang orang tak tahu betapa beraninya tentera kita. Kebanyakan misi2 macam ni tak didedahkan untuk keselamatan negara...

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya saya amat sedih dengan keadaan negara kita sekarang. Betapa rakyat pada negara ini tidak menghargai kemerdekaan yang kita kecapi. Tidak terfikirkah mereka betapa susah payahnya orang2 dulu nak hadapi semua onak dan duri untuk memerdekakan negara ini. Dengan sewenang2nya mengangkat komunis sebagai idola diorang.

    ReplyDelete
  9. Salam saudara canang,

    "Takkan Melayu hilang di dunia"...Hang Tuah.

    Bab mengamuk Melayu...masih saya ingat terbaca kisah “Prebet Adam” yang mengamuk di Chow Kit dengan raifel M16 nya, hingga mencetuskan Operasi Lalang. Ketika itu saya masih student lagi dan saya catat dalam diari saya . Itulah mentaliti dan jiwa seorang askar Melayu sebagai pedoman dan peringatan pada kita semua. Jangan sesekali mengejutkan harimau yang sedang tidur kerana tidurnya dengan telinga dan pancainderanya yang lain tetap amat berjaga2! So AWAS! hargailah keamanan dan jangan ambil mudah!

    Hmm...diharap saudara canang dapat adakan posting dengan cerita2 perjuangan wira2 negara ini agar yang singgah di laman blog ini mendapat ilmu dan iktibar dari kisah perjuangan tersebut.

    Blog saudara canang adalah antara beberapa sahaja yang ada dengan pengkisahan2 wira sebegini.
    Tahniah dan selamat maju jaya saudara canang.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih...komen begini amat membina bagi blog saya..

    ReplyDelete