Selasa, 03/05/2011 -Timbaan Ketua Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata bahawa pergerakannya mencapai persetujuan dengan delegasi Fatah di Kaherah dan paksi Palestin itu akan bertemu pada Rabu untuk menandatangani persetujuan untuk bergabung.
Abu Marzouk berkata pada sidang media selepas menandatangani persefahaman tentang petang Rabu lepas di Kaherah. Beliau berkata bahawa persefahaman yang telah dipersetuju oleh delegasi Fatah dan Hamas termasuk pembentukan kerajaan bersatu, penyambungan tugas ahli Parlimen di Tebing Barat dan melaksanakan pilihanraya.
Ketua delegasi Fatah ke Kaherah, Azzam al-Ahmed menyuarakan kegembiraan apabila Palestin yang berpecah akan tamat, dan Israel mula memberi amaran kepada Mahmoud Abbas tentang hal ini kerana penglibatan Hamas. Dalam konteks yang sama, paksi pejuang Palestin yang lain menyokong Hamas dan Fatah kerana menandatangani perjanjian itu di Kaherah pada Rabu lepas.
“Kami sangat menerima perkembangan yang penting dan pantas ini dan menghargai usaha yang telah dibuat untuk menamatkan perpisahan dalaman dan membuang penderitaan besar yang ditanggng oleh rakyat Palestin kerana perpecahan ini,” kata pegawai tinggi Jihad Islam Khaled al-Batsh kepada Pusat Info Palestin (PIC)
“Kami menyeru penggabungan berlaku dengan cepat atas dasar mengekalkan pergerakan negara, meluruskan perjuangan rakyat palestin dan melindungi penentangan dan menutup kes penahanan politik antara kedua pihak,” tambah Batsh lagi.
Beliau juga menekankan kepentingan mempertahan dasar-dasar dalam perjanjian penggabungan itu.
Pegawai tinggi Pasukan Pembebasan Popular Palestin, Rabah Muhanna berkata bahawa Kaherah akan menjemput paksi itu berbincang dalam masa dua hari dan bersetuju dalam pembentukan kerajaan yang bersatu dan persediaan untuk pilihanraya dalam masa setahun.
Khaled Abu Hilal, ketua Pergerakan Pembebasan (Ahrar Movement), menyatakan keyakinan dalam kemampuan Hamas untuk mencapai persetujuan ke atas persefahaman itu dan melindungi pergerakan penentang dan memenuhi aspirasi penduduk Palestin.
Lihat Sini
No comments:
Post a Comment