Lihat wajah siapa yang paling banyak kelihatan
Nuffnang Ads
Saturday, April 28, 2012
Demo dan Kesan Kepada Keselamatan Negara
Thursday, April 26, 2012
Peluang Melanjutkan Pengajian Tinggi di Dalam Perkhidmatan Tentera
Konvokesyen Khas UMTECH untuk anggota tentera
Baucer Buku 1 Malaysia aku punya...heeee
Siapa kata berkhidmat dalam tentera tidak boleh meningkat?? Kalau ada soalan bodoh macam ni dikemukakan pada aku, aku cakap masuk tentera dulu baru tahu berapa banyak faedah dan peluang yang korang akan dapat sepanjang hidup korang dalam tentera. Jangan kita menilai melalui cakap2 orang yang hanya melalui dengar2 cakap. Masa sekolah aku berjaya dalam SPM tetapi memandangkan aku anak yang sulong daripada 9 orang adik beradik maka hasrat aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang tinggi terpaksa lah dikuburkan dan serta merta aku memohon untuk mengikuti temuduga menyertai ATM ketika itu berumur 18 tahun (masa tu lepas paper terakhir SPM Subjek Bahasa Malaysia) bersama-sama adik aku jadi peneman ketika sesi temuduga pertama di Sek Men Khir Johari, Tg Malim. Pada tahun 2007 aku telah memohon untuk mengikuti pengajian tinggi dan tawaran tersebut telah diterima oleh pihak Universiti Tun Abdul Razak dan MINDEF untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di bawah program K-Force (Knowledge Force) hasil usahasama Kementerian Pertahanan dan UNITAR (sekarang dikenali UMTECH - University of Management and Technology). Walaupun sukar untuk membahagikan masa meneruskan pengajian, tetapi berkat usaha tinggal 3 subjek lagi sebelum aku menghabiskannya. Biasala... otak dah lama tak diperah untuk belajar tetapi untuk berperang jer...heee.... So jangan lagi ada jawapan bodoh mengatakan askar ni tak ada masa depan. Waima orang yang nak bersara pun diberi peluang untuk mengikuti Kursus Peralihan dimana2 kolej atau tempat yang dihajati untuk menuntut ilmu sebagai persediaan menamatkan perkhidmatan. Sebenarnya bukan offer diploma jer aku dapat tetapi aku telah pun mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di bawah MLVK sebelum ni. Syukur sebelum aku menamatkan pengajian, sekurang2 aku ada sedikit kelulusan dan sedikit pengalaman untuk meneruskan kehidupan. Kalau ada dikalangan anggota tentera tidak merebut peluang ini, adalah menjadi satu kerugian buat mereka dan ada juga suara2 sinis "berhenti askar duk rumah jer...buat apa sijil besar ponco"...lantak korang lah...masing2 punya hal...aku bagi lubang cari peluang, nak tak nak korang pikir sendiri. Klik Sini Sekitar Konvo Khas
Muzium Tentera Darat Port Dickson
Trademark Alpha Company
Tahukah anda bahawa banggunan yang telah dijadikan Muzium Tentera Darat adalah merupakan tempat penginapan Kompeni A iaitu kompeni aku semasa menjalani latihan rekrut pada tahun 1995. Tempat ini meninggalkan seribu kenangan menyaksikan aku dan sahabat2 aku menjalani latihan disini dengan berbagai kisah suka duka dan pahit manis. Aku bersyukur kerana masih berpeluang untuk melihat lagi kompeni aku yang kini dijadikan Muzium Tentera Darat walaupun beberapa bangunan kompeni lain terpaksa dirobohkan atas matlamat pembangunan iaitu Kompeni Echo dan Kompeni Foxtrot yang hanya tinggal nama tetapi bangunan asalnya telah robohkan dan dijadikan bangunan penginapan yang baru untuk Perajurit Muda (dulu panggil rekrut). Pernah aku sekali ke bangunan ni tiba-tiba airmata aku berlinang mengingatkan aku kepada sahabat2 aku dulu kerana ada diantara mereka sekarang telah kembali kerahmatullah kerana sakit ataupun kemalangan. Juga tak lupa kepada Jurulatih2 aku yang mendidik aku sehingga aku boleh sampai ke tahap ini. Aku harap mereka sihat2 sahaja dan kalau ada diantaranya yang telah kembali kerahmatullah aku ucapkan takziah kepada keluarga mereka.
p/s: Pertandingan yang pernah aku sertai semasa rekrut adalah pertandingan kawad, merempuh halangan, jalan lasak 16km dan merentas desa. Tinju last minute kena buang sebab terlebih berat yang dikehendaki. Berat untuk kategori aku pin weight sepatutnya. Trademark Kompeni A adalah Komando Rest iaitu cara berehat menggunakan kepala di atas tar.
Statistik Kemalangan Payung Terjun Melibatkan Anggota Tentera
Allahyarhamah Pbt Awanis ketika bersama 10 Bgd PARA
Sejak era perang Dunia Kedua, banyak kemalangan payung terjun dicatatkan dalam sejarah. Aku bukan nak cerita pasal kemalangan payung terjun melibatkan tentera luar negara, tetapi nak sentuh pasal kemalangan yang melibatkan anggota tentera dalam negara ini sepanjang perkhidmatan aku di dalam tentera. Masih teringat aku dengan kisah 3 srikandi 10 Bgd PARA apabila pertama kali dalam sejarah negara, anggota tentera dari kalangan kaum hawa menyertai Pasukan Aturgerak Cepat tersebut iaitu Pbt Talasiah (ketika itu dan sekarang menjadi Jurulatih payung terjun wanita di 10 Bgd PARA), Pbt DIna dan arwah Pbt Awanis sehinggalah pada 31 Jul 98 Pbt Awanis yang ketika itu sedang menjalani latihan penerjunan bebas telah terlibat dengan kemalangan payung terjun apabila payung utama anggota telah gagal berfungsi dan menyebabkan jurulatihnya mengambil tindakan berani terjun dari pesawat untuk memautnya tetapi turut sama terkorban kerana payung nya juga gagal berfungsi dengan baik menyebabkan kedua-duanya terbunuh di Kem Terendak Melaka. Menurut cerita dari sumber tak rasmi, sebelum kejadian anggota telah minta tukar payung terjun dengan seorang pegawai tentera dan tidak disangka payung tersebut gagal berfungsi dengan baik. Wallahualam. Itu adalah salah satu dari siri kemalangan yang melibatkan anggota tentera ketika menjalani latihan payung terjun. Cuba kita lihat pula senarai di bawah ini:
Kemalangan payung terjun di LIMA 07 Langkawi
a. Sep 06 - 2 orang anggota komando terbunuh apabila berlaku pelanggaran di udara
ketika sesi latihan terjun bebas melibatkan seorang Pegawai Waren dan Lans Koperal.
b. Dis 07 - Semasa demonstrasi penerjunan anggota 10 Bgd PARA semasa LIMA 07
3 anggota dari 10 Bgd PARA telah terbunuh apabila payung terjun mereka tiba-tiba
telah dibawa angin ke laut menyebabkan mereka lemas dan hiportemia.
c. Jun 09 - Seorang anggota komando dari Rejimen Gerakhas yang menjalani latihan
penerjunan bersama 67 anggota termasuk 12 anggota Rejimen Gerakhas telah
terbunuh ketika menjalani latihan penerjunan di Kampung Padang Meha, Kulim.
d. Apr 11 - Limit ak Amis, 38 terbunuh ketika menjalani latihan payung terjun di
Sandakan Sabah apabila pada ketinggian 2,438.4 meter anggota menghadapi masalah
ketika membuka payung terjun dan mayat ditemua di muara sungai.
Walaupun peratus payung kembang bagi payung jenis statik adalah 99% boleh kembang, jika dibandingkan dengan payung penerjunan bebas dianggarkan 50% untuk kembang (menurut pakar payung terjun) tetapi kemalangan seperti ini tidak dapat dielakkan samada ia disebabkan kecuaian manusia mahupun teknikal. Apapun kita serahkan kepada yang esa. Ini adalah diantara kemalangan melibatkan anggota payung terjun yang digazetkan di dada2 akhbar. Mudahan keluarga2 anggota ini diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan terutama yang telah mempunyai anak isteri semoga tabah. Doa kami dari ATM semoga kehidupan anda lebih sempurna dan berbanggalah bahawa anak, suami anda berlatih untuk berperang demi keamanan bumi bertuah ini. Al-Fatihah
Wednesday, April 25, 2012
Definasi Perjuangan
Perjuangan,
Apa erti perjuangan pada dirimu
Adakah hanya pekikan merdeka...merdeka...merdeka..?
Adakah ianya hanya mengusung senjata?
Ah...banyak sungguh definasinya perjuangan
Bagiku..
Perjuangan adalah sesuatu besar ertinya dalam kehidupan
Menjangkau masa depan memikirkannya
Perjuangan adalah lebih dari segala-galanya..
Bila difikir sedalam-dalam di benak hati ini
Adakah kita seorang pejuang menegak kebenaran?
Biarlah orang menilai siapa kita
Janganlah kita menilai siapa diri kita
Samada pejuang ataupun tidak kepada sesiapa jua
Tidak kira apa asas perjuangannya
Agar dapat memberi manfaat kepada anak bangsa juga negara
Kekal aman seluruh semesta
Itulah erti sebuah perjuangan...
Tuesday, April 24, 2012
Kepelbagaian Tactical Boot
BEBERAPA JENIS BUT TAKTIKAL
Tactical Boot atau dalam bahasa melayunya But Taktikal biasanya hanya dipakai oleh anggota pasukan khas terutama Komando. Aku masih ingat dahulu bila terlihat sahaja beberapa orang komando mengenakan but taktikal ni ianya nampak lebih kemas. But taktikal dipakai oleh anggota pasukan khas adalah dengan tujuan untuk membantu anggota pasukan khas membuat serbuan mengejut dan terjun payung untuk mengurangkan hentakan pada anggota badan. Bahagian tapak kasut yang lembut (seakan kasut sukan) dapat memberi keselesaan kepada penggunanya. Kalau dulu kasut yang top dalam senarai equipment RGK adalah but taktikal jenama MAGNUM - Hi-Tech. Sekarang didapati banyak kasut taktikal yang banyak dipasaran seperti 5.11, MAGNUM, SWAT, Delta dan sebagainya... Sekarang pun aku tengok banyak dikalangan anggota tentera telah mengenakan kasut taktikal ini kerana ianya lebih selesa dan ringan. Anggota tentera yang berkhidmat di bawah PBB seperti misi UNIFIL dan ISAF telah diissue but taktikal SWAT yang lebih efisyen di kawasan padang pasir. Cuma kalau ada perbarisan rasmi kasut tu kasi simpan la.... :)
Saturday, April 21, 2012
Adakah Anda Gembira Bila Sudah Berpencen Dari Perkhidmatan Tentera??
Soalan yang sentiasa bermain difikiran saya.. Adakah mereka2 yang telah berpencen gembira sekarang dengan hidup diaorang?? Banyak yang telah aku baca dan menyelidik perihal anggota tentera yang berpencen atau tidak berpencen. Yang berjaya diharapkan terus berjaya dan yang kecundang inilah yang menjadi masalah kepada kehidupan. Kadang2 aku terpikir macam mana nasib aku nanti bila sudah berpencen samada aku menjadi seorang yang berjaya atau sebaliknya. Maklumlah aku hidup selama hampir 18 tahun di dalam perkhidmatan tentera dan tidak banyak pengalaman di dalam kehidupan sebagai orang awam. Di dalam perkhidmatan semua rasa plan akan berjalan baik seperti yang kita rancang dan bila sampai masanya apa yang akan jadi pun tak tahu. Sebagai seorang anggota tentera aku mengingatkan kepada sahabat2 diluar sana agar meneruskan perkhidmatan sehingga berpencen. Walau kita tak ada kerja sekalipun bila berpencen nanti, sekurang2 kita telah ada wang pencen untuk menyara kehidupan isteri dan anak2. Kita tidak tahu masa bila kita akan susah dan bila kita akan senang kerana rezeki Allah yang berikan. Maka beringat itu adalah penting dan janganlah kita kecundang selepas berhenti dari perkhidmatan padahal semasa kita berkhidmat kita lah yang terbaik dan terpilih tetapi kenapa berakhir dengan kegagalan bila kita diluar sana. Tidak dinafikan unit tempur dan unit bantuan tempur merupakan unit paling menguji tahap kesabaran kita dengan operasi, latihan sana sini serta tekanan yang dihadapi di tempat kerja. Bersabarlah wahai sahabat semua sama ada susah atau senang. Fikirkanlah keluarga kita sebelum kita membuat sesuatu keputusan yang salah yang akhirnya merugikan kita. Aku mengingatkan diri aku dan sahabat2 semua bertahanlah sehingga sampai umur persaraan demi keluarga dan bukan kerana kepentingan diri kita. Kepada sahabat2 kita yang gagal diluar sana, perjalanan masih jauh dan berusahalah sepertimana anda pernah berkhidmat sepenuh hati di dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda dulu. Jangan mengalah dengan keadaan sebaliknya jadikan kegagalan sebagai permulaan satu kehidupan baru. Klik sini cerita pasal duit pencen
Subscribe to:
Posts (Atom)














