MILITARY WATCHER
HIDUP PENUH DUGAAN DAN MATI ADALAH KETENTUAN
Nuffnang Ads
Thursday, June 5, 2014
MAJLIS KONVOKESYEN UNITAR KE-13 SIDANG KE 3 2014
Fuh...lama sungguh aku menyepi...hehehe...setelah sekian lama tak berblog akhirnya kepada yg rindukan blog aku (kalau ada la) aku minta maaf sbb dah lama menyepi...Sibuk dgn tugasan dan pelajaran. Ni aku nak lari tajuk skit.. Alhamdulillah setelah sekian lama berhempas pulas dan memerah otak dgn pelajaran akhirnya tamat juga pengajian aku..bleh laa rehat selama-lamanya...hahaha...ucapan terima kasih kepada semua tutor yg selama ini banyak memberi tunjuk ajar dlm pelajaran. Jasa kalian akan ku kenang selamanya.
Wednesday, November 21, 2012
HOSPITAL HADAPAN ARPA 52/ALU7
Lama betul aku tak berblog ni...Saya memohon maaf kerana lama tak update entry dalam blog ni. Bukan tak ada bahan cuma saya nak masukkan yang betul2 sesuai dan memberikan minat kepada orang yang membacanya sahaja.
Hospital Hadapan adalah sebuah hospital barisan hadapan terutamanya di dalam peperangan dan bencana alam sebagai tempat untuk memberi bantuan rawatan pertama sebelum pesakit dipindahkan ke hospital sebenar... Kalau dalam tentera ianya dikenali sebagai Hospital Medan yang berada behind enemy line untuk menyambut anggota tentera yang cedera dari garisan musuh yang di bawa oleh Unit Pemindahan Kasualti. Bagi Hospital Hadapan ARPA 52/ALU7 adalah hospital sementara bagi tujuan bencana alam dan sebagai hospital bergerak samada menggunakan pesawat udara atau menggunakan kenderaan darat. Bagi Hospital Hadapan jenis ARPA 52/ALU7 adalah berasal dari Sepanyol dan kerajaan melalu Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membeli khemah jenis ini bersama kelengkapan lain untuk kegunaan bencana alam yang pada asalnya hendak diserahkan kepada Pasukan SMART Team. Ketidakmampuan pasukan tersebut untuk mengendalikan kelengkapan ini selain penugasan yang tidak menentu, maka MKN telah melihat Kor Kesihatan Diraja di bawah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM sebagai sebuah pasukan yang boleh di beri tanggungjawab tersebut. Batalion Ketiga Perubatan yang berpengkalan di Kem Mahkota Kluang telah diberi tanggungjawab tersebut untuk menggunakan kelengkapan tersebut dan boleh diaturgerakkan dalam masa 24 jam sama ada menggunakan pesawat udara ataupun kenderaan darat. Pada 01 Okt 12 hingga 12 Okt 12 yang lalu telah dilaksanakan Eks Hospital Hadapan tersebut dengan penyertaan 50 anggota termasuk pegawai dan anggota dari pasukan Batalion Ketiga Perubatan. Ia adalah sebagai latihan tahunan dan sebagai memastikan kelengkapan tersebut sentiasa baik di dalam simpanan. Dalam Eks ini aku turut serta dan ia adalah pengalaman kedua untuk mengendalikan sebuah hospital bergerak samada Hospital Medan ataupun Hospital Hadapan....
Tuesday, September 4, 2012
Special Forces: Malaysia GGK in HISTORY CHANNEL
Pada 02 Sept 12 yang lalu Astro telah menyiarkan satu rancangan khas dan eksklusif bagaimana seorang anggota komando itu dilatih. Rancangan ini pada dasarnya tidak menampilkan keseluruhan latihan tetapi cukup memberi gambaran kepada rakyat Malaysia yang mereka seharusnya berbangga dengan pasukan khas sendiri dari mengagung-agungkan pasukan khas negara luar. Walaupun produksi yang membuat pengambaran ini adalah dari negara luar, kita sebagai rakyat Malaysia berterima kasih kerana mereka mempunyai inisiatif untuk mengetengahkan latihan komando kita. Apa yang dipaparkan hanyalah 30% sahaja daripada latihan sebenar dan dokumentari ini adalah cerita benar penuntut Asas Gerakhas dan bukan dilakon semula oleh anggota komando. Video dari siaran tersebut aku letakkan di bawah dan anda nilaikan sendiri pengorbanan anggota Gerakhas yang menyabung nyawa berlatih demi keamanan dan keselesaan anda semua. Bravo to GGK.
Sunday, August 5, 2012
Laman Web Myanmar Diserang Oleh Penggodam Antarabangsa
Seperti yang kita sedia maklum , kita telah di gemparkan mengenai isu pergolakkan yang berlaku di negara Myanmar di mana ramai umat Islam di bunuh . Kami cuba melihat dan meneliti tindakkan pengodam - pengodam Malaysia dan negara luar ini , adakah mereka hanya berdiam diri ataupun melakukan sesuatu .
Selepas penelitian pihak MD telah menemukan banyak laman sesawang kerajaan milik Myanmar telah di serang oleh pengodam - pengodam yang tidak dapat dikenal pasti identiti mereka . Mereka banyak meninggalkan mesej memberi tahu untuk menghentikan serangan terhadap umat Islam .
Antara negara - negara yang kami kesan terlibat dalam serangan ini adalah dari Malaysia , Indonesia , Brunei , Pakistan , Turki , Bangladesh , Arab Saudi dan negara Islam yang lain . Mereka membantah perbuatan kerajaan Myanmar yang hanya berdiam diri dan menutup kes ini begitu sahaja . Mereka mengeluarkan pendapat mereka melalui defacement yang diletakkan di laman sesawang tersebut .
Kami cuba mendapatkan pendapat pengemar - pengemar IT di Malaysia dengan kerjasama Malaysian Cyber Conference dan rata - rata daripada hasil tinjauan kami , mereka menyokong dengan tindakkan untuk menyerang laman kerajaan tersebut untuk menunjuk bantahan mereka terhadap perbuatan kerajaan negara Myanmar . Mereka bukan sahaja mengodam laman sesawang milik kerajaan Myanmar tetapi turut melakukan operasi " Denial of Service " atau di panggil DDoS . Jurucakap MD juga memaklumkan kepada kami kemungkinan besar Dragonforce , RileksCrew , Dotmy Team , Phantom Crew , Kelantan Hacking Crew dan pelbagai kumpulan - kumpulan pengodam di Malaysia akan menyertai serangan ini .
Info yang terkini kami terima pada , 10 Ogos 2012 bersamaan pada hari jumaat , ramai pengodam dari pelbagai negara akan bekerjasama menyerang semua laman sesawang negara Myanmar untuk menuntukkan tanda protes atas tindakkan tersebut . Mereka juga memberi kemudahan seperti sofwere DDoS dan laman - laman kerajaan yang akan di serang . Mereka menamakan " #Op Myanmar " .
Antara yang menjadi sasaran utama mereka ialah :-
http://www.mofa.gov.mm/
www.ncgub.net/
http://www.erepublic.org/egovincountriesmoni/myanmarformerlyburma.html
http://www.myanmar.com/ministries/index.html.
Bagi kami di pihak MD , mengharap keadilan dapat di tegakkan . Mereka semua bekerjasama untuk membela nasib orang Islam yang teraniaya . Jadi kami mengharap , pihak Kerajaan Malaysia khususnya memberi bantuan kepada negara tersebut untuk menghentikan serang serta penindasan terhadap umat Islam di Myanmar . Semoga nasib mereka yang teraniaya sentiasa terbela . Amin.
Antara defacement yang dilakukan oleh pengodam yang menyerang laman sesawang kerajaan Myanmar :- KLIK SINI untuk maklumat.
Sumber blog MyDefacer. Thank you for information
Saturday, August 4, 2012
Projek Pusat Industri Pertahanan Nasional Malaysia
lokasi projek : Sungkai, Perak
objektif : membangunkan R&D termaju ketenteraan
"Ia satu komitmen antarabangsa dan setakat ini penglibatan syarikat-syarikat pertahanan dari Eropah, Amerika Utara, Korea Selatan dan Jepun memperlihatkan petanda yang baik. Jangkaan awal jumlah pelaburan sebanyak AS$ 1 bilion (RM3.3 bilion) akan dapat dilihat dalam waktu terdekat.
"Bagi tempoh lima tahun pertama, kita sasar pelaburan berjumlah AS$ 5 bilion (RM15.3 bilion) sebaik syarikat multinasional mula melabur," katanya selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Masterplan Consulting Sdn. Bhd. dengan Blenheim Capital. KLIK SINI

P/S Bangga jadi anak Perak jika projek ini siap nanti.... Tapi dalam masa bimbang juga kepada masalah-masalah lain seperti peningkatan harga barangan dan masalah kebanjiran orang asing dari berbagai negara yang datang ke sini untuk membuat R&D kerana ia adalah HUB termaju ketenteraan. Apa pun moga maju jaya kepada Masterplan Consulting Sdn Bhd dan Blenheim Capital. Teringin gak nak tgk hasilnya nanti.
ATM Merentas Selat Inggeris
Pada 16 September 2012 Angkatan Tentera Malaysia akan mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila 14 anggota tentera yang terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan akan melakukan renangan merentasi Selat Inggeris. Penyerahan bendera Malaysia telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera kepada wakil ATM untuk misi tersebut. Anggota tentera ini telah diberikan latihan yang mencukupi termasuk melaksanakan latihan di dalam kolam yang diisi dengan ketulan ais bagi membiasakan mereka dengan suhu sejuk air di Selat Inggeris tersebut. Menurut Muhamad Muqharabin selaku penganjur ekspedisi, kesemua anggota akan berenang secara berganti-ganti sejauh 80km dengan suhu diantara 16 hingga 18 darjah celcius. Apa yang dibimbangkan beliau bukanlah kerana keadaan suhu kerana beliau yakin anggota tentera tersebut dapat mengatasinya tetapi yang dibimbangkan adalah gelombang laut yang bergelora yang boleh membataskan pergerakan dan mengurangkan momentom renangan anggota terbabit. Renangan dimulai dari Dover UK ke Cap Gris Nez, Calais, Perancis sebelum berpatah balik ke Dover UK. KLIK SINI berita selanjutnya. Sumber Kosmo
Friday, July 6, 2012
Kanak-kanak 4 Tahun Diselamatkan oleh Anggota Rejimen Gerakhas
Gambar Hiasan
Jumaat 06 Jul 12 - Kisah ini adalah cerita benar dan baru sahaja berlaku (kelmarin) yang melibatkan seorang anggota Gerakkhas dari 21 komando yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke kem iskandar (kalau tak salah).
Peristiwa ini berlaku pada sekitar jam 6 petang di perhentian Jeti Mersing. Abg komando kita ini baru sahaja sampai di kawasan sekitar itu setelah turun dari bas. Sambil beliau sedang duduk menantikan kenderaan yang dijanjikan oleh salah seorang koperalnya? beliau terdengar satu jeritan orang ramai yang meminta tolong dari Jeti tersebut.
Tanpa berlengah lagi abg komando kita ini terus belari kearah suara orang ramai yang meminta pertolongan tadi, Sesampai sahaja dia di jeti tersebut, beliau terlihat ada seorang budak yang sedang tengelam timbul dipermukaan laut dan seperti sedang kelemasan. Beliau melihat diantara orang2 yang mula berkerumun itu tak ada siapa pun nampak nya ingin membantu selain dari hanya melihat anak kecil itu mati kelemasan dihadapan mereka.
Abg komando kita dengan hanya sempat mengeluarkan dompetnya dari seluar (mungkin takut dompetnya basah) terus terjun kedalam air untuk menyelamatkan anak itu walaupun terjunan itu sebenarnya berisiko kerana ia dibuat di kawasan yang terdapat pokok bakau mati. Dengan latihan dan kepantasan beliau berfikir dalam keadaan kecemasan anak itu akhirnya dapat diselamatkan dan dibawa naik kedarat.
Kejayaan abg komando kita ini menyelamatkanseorang kanak2 yang hampir mati lemas telah disambut dengan tepukan yang bergemuruh oleh orang2 sekitar yang sedang berkerumun menyaksikan adegan REAL DEMO dari anggota gerakhas kita. Seorang wanita telah berlari mendapat kan anak itu dan bersyukur kanak2 itu selamat.
Tak tahu bagaimana hendak membalas budi abg komando kita ini wanita dan teman lelakinya telah menghulurkan RM50.00 diulangi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA sebagai bayaran penghargaan jasa abg komando ini menyelamatkan nyawa.
Abg Komando kita merasa sangat terhina bukan kerana nilai 50 ringgit itu tapi dengan pemberian itu seolah2 jasa nya itu boleh dibayar dgn wang ringgit tak pun memang dia bekerja mencari upah menyelamatkan orang lemas di Jeti Mersing itu. Wang kertas itu telah dikembalikan kepada wanita berkenaan, lalu anggota telah menasihati pasangan tersebut dengan nada yang sedikit marah ( yang mana kanak2 itu adalah anak saudara pada wanita itu dan dia berada disitu untuk berjumpa dgn teman lelaki nya)
Kepada yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut sila lah membetulkan apa sahaja kesalahan fakta yang terdapat dalam cerita ini. Dan kepada wanita itu, cuba lah fikir masak2 bahawa tindakan awak memberi wang itu lebih kepada menghina anggota komando itu daripada menghargai jasa beliau.
Kalau lah admin jadi wanita...budak komando itu automatik jadi anak/saudara admin. kat situ juga admin akan mengaku dia adalah saudara admin dan ingin terus berhubung dengan beliau untuk terus mengeratkan tali persaudaraan yang baru sahaja terikat itu tadi. Admin sendiri akan menelefon ibunya dan memberitahu kepada ibunya bahawa anak kesayangan beliau telah melakukan satu jasa yang tak terbalas oleh admin. TERIMA KASIH KEPADA IBU2 YANG TELAH MELAHIRKAN PERWIRA NEGARA.

P/S Diceritakan sendiri oleh ibu kepada anggota Gerakhas tersebut kepada saya. Cerita di olah oleh Admin Page FB Rejimen Gerak Khas.
Subscribe to:
Posts (Atom)