Kita semua sibuk pasal politik sana-sini tetapi kita terlupa yang kita sering dilalaikan dengan perkara-perkara sebegini. Gerakan Illiminati adalah gerakan yang bergerak seperti syaitan dan apabila dunia semakin hampir dengan kiamat, gerakan-gerakan ini menjadi lebih aktif untuk menghancurkan umat manusia. WORLD NEW ORDER adalah cita-cita gerakan ini untuk mempengaruhi minda masyarakat dunia agar menentang kewujudan dan kelahiran Imam Mahdi yang kalau kita tahu, gerakan illuminati ini adalah dibawah kuasa Yahudi laknatullah. Disebabkan mereka ini percaya dengan setiap isi kandungan Al-Quran yang mengatakan Yahudi akan kalah dengan umat Islam pada akhir zaman, maka mereka telah mengatur perancangan teliti dengan mewujudkan gerakan ini bagi mengekang kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa untuk menentang Yahudi. Kalau kita perhatikan pada hari ini, banyak pemimpin-pemimpin negara Timur Tengah telah ditumbangkan dan kita sendiri tidak pasti adakah ini kebetulan ataupun perancangan gerakan-gerakan ini sebagai langkah pertama mengekang kebangkitan pemimpin Islam yang lantang menentang negara barat. Sebenarnya Yahudi amat takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mereka sedar bahawa Allah telah menjanjikan di dalam Al-Quran bahawa mereka akan kalah dengan dengan pahlawan-pahlawan Islam yang akan lahir pada akhir zaman. Di bawah ini terdapat satu video yang sebenarnya mengejutkan aku dan orang yang melihatnya pasti akan membuat andaian ia mungkin adalah betul dan ia jelas melalui simbol dan code rahsia yang digunakan oleh gerakan halus ini di dalam filem dan juga dimana-mana sahaja pada zaman ini. Korang nilaikan sendiri video ini dan aku berpendapat individu yang memuatnaik video ini adalah seorang yang peka kepada gerakan ini dan telah mengkaji setiap simbol dan code rahsia yang tersembunyi selama ini. Adakah kajian dan ramalan individu ini mengenai Olimpik 2012 menjadi kenyataan atau hanya untuk menjatuhkan reputasi London sebagai tuan rumah Olimpik 2012 untuk menimbulkan ketakutan kepada dunia?? Wallahualam. Hanya sekadar berhati-hati. Cuba korang lihat gambar mascot olimpik 2012. Kenapa Mascot tu mata satu??? Kenapa nampak pelik??? Apa kaitan mata satu dengan gerakan ini??? Korang mungkin dah ada jawapannya. Tapi adakah kebetulan?? Bagi menguatkan lagi cerita ini sila BACA LAGI DISINI
Nuffnang Ads
Friday, June 29, 2012
Thursday, June 28, 2012
Pahit Manis Zaman Rekrut
Bagi orang awam pengalaman hidup bersama kalangan anggota tentera adalah sesuatu yang menarik. Teringat masa zaman persekolahan aku setiap kali kenderaan tentera yang melewati di hadapan aku bersama konvoi kenderaan tentera ketika menunggu bas untuk kesekolah, pasti aku melambai kepada abg-abg tentera itu. Disebabkan semangat yang menebal untuk menyertai tentera terutama tentera darat, maka selepas tamat peperiksaan SPM aku telah memohon untuk menyertai tentera darat. Zaman aku memohon untuk menyertai tentera tidak sehebat pada hari ini yang semakin ramai untuk menyertainya kerana gaji yang boleh dikatakan lebih baik dari zaman aku dulu. Teringat masa sesi temuduga pertama di Sek Men Khir Johari, Tg Malim ditemani adik aku, hanya terdapat dalam 8 orang sahaja yang memohon untuk ditemuduga. Itulah realiti pada zaman aku dulu kalau nak memohon menyertai tentera.
Rupanya menyertai tentera darat bukanlah seindah yang digambarkan dan semudah abc nak dituturkan tetapi memerlukan komitmen yang jitu dalam melaksanakan latihan selama 6 bulan dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tersebut amat memeritkan. Ada yang sanggup mencederakan diri semata-mata untuk dikeluarkan dari latihan ketenteraan ini. Sepanjang latihan 6 bulan ini 2 sahabat aku telah meninggal dunia disebabkan demam dan minum air ketika badan sedang panas dan berpeluh (mengikut amalan tidak boleh meminum sebaik selepas berlari dan berada dalam keadaan penat kerana apa tak tahu. Doktor mungkin tahu sebabnya). Dalam tempoh latihan ini juga ada sebuah produksi drama telah membuat dramanya disini (PUSASDA) dan kamilah berbaris beramai-ramai dalam rehearsal penuh dengan pakaian istiadat (No 1 Dress) rasa macam nak passing out jer...hehehe.... Sepanjang masa disana, memang tak kering bulu roma dibuatnya....begitulah hidup seorang rekrut yang mendambakan diri untuk berkhidmat kepada negara ini.
Tiba masanya aku dan kawan-kawan bakal menamatkan latihan dan ianya bukanlah pengakhiran aku dalam tentera tetapi adalah permulaan di dalam perkhidmatan yang menuntut pengorbanan yang lebih besar dan amanah yang perlu ditanggung di bahu demi keamanan negara ini. Itulah kehidupan pahit manis dalam sebuah perjalanan seorang rekrut.
P/S: Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat yang telah meninggalkan dunia ini. Bila dalam keadaan begini, kenangan tersebut sebenarnya amat manis untuk dikenang dan akan kekal terpahat di dalam hati buat selamanya. Semoga sahabat-sahabat yang masih berkhidmat dan masih dapat melihat dunia ini, aku doakan kalian berjaya di dalam bidang masing-masing. Moga kita akan bertemu lagi dan janganlah kita lupa siapa kita dulu sebelum kita berjaya kini. TETAP GAGAH TETAP SETIA
Tuesday, June 12, 2012
Sambutan Jubli Perak Kelab Veteran Komando Malaysia
Pada 12 Jun 12 jam 2030H telah diadakan Sambutan Jubli Perak Kelab Veteran Komando Malaysia di PWTC yang telah dihadiri oleh veteran-veteran komando. Disamping itu, sambutan ini juga adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sirraturahim antara veteran-veteran komando, penyampaian Pingat Jasa Malaysia serta pelancaran buku Menjunjung Bere Hijau hasil tulisan Mejar Nazarudin yang juga pemilik blog Komando Kedai Kopi (KKK). Majlis disempurnakan oleh Penaung Kehormat KVKM iaitu Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada malam tadi (12 Jun 12). Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan dan Pengerusi JHEV. Sebelum melabuhkan tirai, sesi bergambar bersama Mantan PM selaku Penaung Kehormat KVKM.
Monday, May 28, 2012
Siapa Bashar Al-Assad Yang Melakukan Kekejaman Kepada Rakyat Syria
Gambar-gambar kekejaman yang dilakukan oleh tentera-tentera Bashar
Manusia laknat..Bashar Al-Assad
Assalamualaikum wbt pembuka bicara saya pada kali ini kepada kaum muslimin dan muslimat walau dimana sahaja anda berada di dunia Allah ini. Pada kali ini saya nak sampaikan sikit maklumat berkenaan siapa sebenarnya Bashar Al-Assad yang menerajui kepimpinan di Syria ketika ini. Sebenarnya aku tak ambik "port" sangat pasal si Bashar ni kerana aku beranggapan di ni seorang Muslim yang seagama dengan mana-mana umat Islam di dunia ini. Tetapi apabila aku terpandang beberapa keping foto yang boleh menaikkan darah mana-mana umat Islam di dunia ini di atas kebiadaban dan kekejamannya terhadap umat Islam di Syria aku terpanggil untuk mengetengahkan isu ini kepada rakyat di negara ini dan seluruh nusantara dan juga di bawah kerajaan Islam. Kalau dilihat kepada foto-foto yang ada jelas kepimpinan Bashar Al-Assad yang juga seorang Syiah Alawiyah sudah terpesong jauh dari realiti hidup seorang muslim dan beliau boleh disamakan dengan Serbia yang pernah membunuh orang Islam Bosnia pada tahun 1992 sehingga 1995. Juga tidak ada bezanya dia dengan Firaun dan Kamal Atarrtuk yang pernah mengubah ayat suci Al-Quran kepada bahasa Turki (baca kisah Kamal Attartuk). Sebak hati melihat kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa diperlakukan seperti binatang oleh tentera-tentera Bashar. Sehingga awal Mei 2012 seramai 14 356 rakyat Syria kebanyakan pengikut Ahlus Sunnah Waljamaah telah menjadi korban dihujung senjata tentera-tentera Bashar. Tidak tahu dimana silapnya, negara Islam hanya membisu jumlah kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Dimanakah keadilan kepada rakyat Syria terutama berfahaman ASWJ. Bersamalah kita berdoa agar saudara se Islam kita mendapat perlindungan daripada Allah SWT dan sebarkanlah maklumat ini sekiranya kamu seorang Ahlus Sunnah Waljamaah. Janganlah kita sesama Islam di negara ini bergaduh sesama sendiri dan ambillah ikhtibar di atas tragedi yang berlaku di Syria pada ketika ini. Baca seterusnya KLIK SINI
p/s Berjaga-jaga dengan gerakan yang ingin menjatuhkan kerajaan Islam. Mungkin ada dalang disebalik kekejaman di Syria. Tak perlu aku sebutkan kerana banyak sudah negara-negara Islam yang telah ditumbangkan oleh gerakan ini. Korang fikir la sendiri....Wallahualam..
Wednesday, May 23, 2012
Perginya Seorang Pahlawan
Atas: Gambar sebahagian daripada daripada penerjun Ekspedisi Penerjunan Kutub Utara termasuk arwah dalam bulatan dan bawah gambar arwah tidak pasti bila ia diambil.
Datuk Rahim Dahlan atau lebih dikenali Rahim King dikalangan sahabat handai merupakan seorang bekas tentera dari Rejimen Gerak Khas. Bagi masyarakat Malaysia pasti mengenali individu ini melalui rekod penerjunan kutub utara bersama-sama dengan 16 penerjun yang lain pada tahun 98 bersama kereta nasional Malaysia, Proton Wira (klik sini). Bagi aku Datuk Rahim tidak asing bagi keluarga aku kerana beliau adalah majikan kepada abah aku ketika dia membuka sebuah kem latihan bina semangat dengan nama Kem Nur Nikman di Sungkai. Selepas abah aku tidak bekerja dengannya lagi lama juga tak dengar nama dia sehingga beliau membuat penerjunan kutub utara pada tahun 98. Sekali lagi namanya tidak lagi aku dengar sehinggalah pada bulan ni di dalam FB page EX & KDO namanya disebut-sebut dan saya baru tahun bahawa beliau telah terlantar di Hospital Kluang kerana sakit. Page EX & KDO menjadi sibuk dengan ucapan dan doa agar beliau selamat dan sihat seperti sediakala daripada sahabat-sahabat dari kalangan anggota Rejimen Gerakhas dan Veteran Gerakhas yang mengenali beliau. Pada tanggal 23 Mei 12 beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di Kg Tengah, Kluang disisi isteri dan anak-anak beliau. Dikhabarkan ramai dari kalangan sahabat handai beliau telah berada disisi beliau sejak beliau dimasukkan ke hospital lagi dan ianya berterusan. Segalanya adalah ketentuan yang maha esa dan benarlah kata pepatah HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG DAN MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA. Walau telah lama meninggalkan perkhidmatan tentera namun di atas semangat setiakawan sebagai seorang anggota GREEN BERET ia dibawa sampai ke mati. Teringat sumpah ke 12 Rejimen Gerakhas "Saya akan mengharumkan nama Bere Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memakainya hingga akhir hayat saya". Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan pahlawan-pahlawan lain di atas jasa yang pernah di tabur suatu ketika dahulu. Ucapan takziah juga buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah
Saturday, May 12, 2012
MyWay Filem Perang Yang Menyentuh Perasaan
Antara babak dan pelakon filem My Way
Semalam aku keluar ke bandar untuk makan malam. Boring-boring aku singgah la kat kedai menjual CD. Sambil belek-belek CD aku terpandang CD yang ditayangkan di monitor tv di kedai tersebut dan bertanya pada tokey tu "filem apa ni?? Cerita MyWay bos. Filem Korea". Aku pun apa lagi beli jer la CD tu nak tgk filem perang ni sebab nampak macam menarik. Sebelum tu aku membeli CD filem CHRONICLES, jadi sebaik sampai rumah aku layan la filem CHRONICLES ni dulu. Habis je aku tgk filem tu aku buka pula CD filem MyWay tu.
Filem MyWay mengisahkan kehidupan seorang pelari marathon jepun sebelum meletus perang dunia kedua. Filem diinspirasi dari penemuan gambar seorang lelaki Asia yang bersama-sama dengan tentera Jerman yang ditawan semasa penaklukan tentera bersekutu di Normandy. Kisah bermula bila 2 kanak2 dari 2 negara Jepun dan Korea bertemu. Jun Shik adalah kanak2 berasal dari Korea dan bapanya adalah orang gaji di rumah datuk Hasegawa Tatsuo. Jun Shik sejak kecil bercita-cita untuk menjadi jaguh pelari marathon dan Hasegawa Tatsuo yang di lahirkan dalam keluarga berada juga mendapat latihan profesional sebagai pelari marathon juga mempunyai cita-cita yang sama. Jun Shik menjadi musuh utama kepada Hasegawa Tatsuo apabila bapa Jun Shik dituduh memberi bom kepada datuknya seorang tentera imperial dan bermulalah kisah suka duka dua sahabat ini.
Jun Shik telah dipaksa menjadi tentera imperial Jepun kerana terlibat dengan pergaduhan yang disebabkan oleh keputusan hakim yang memihak kepada Hasegawa Tatsuo didalam larian marathon walaupun sebenarnya Jun Shik adalah pelari marathon yang memenangi larian tersebut. Di dalam dunia ketenteraan Hasegawa Tatsuo merupakan seorang Kolonel di dalam tentera Imperial dan telah menggunakan kuasanya untuk mengenakan Jun Shik yang hanya sebagai perajurit tentera imperial Jepun. Kisah ini sangat panjang sehingga perjuangan mereka bertukar 2 tangan tentera iaitu berkhidmat dengan tentera Soviet dan Jerman.
Pada akhir filem ini, mereka menjadi sahabat yang baik setelah melalui kesukaran menjadi tawanan perang Soviet dan akhirnya tawanan soviet ini pula telah dikerah untuk menjadi tentera Jerman. Sebelum penaklukan tentera bersekutu di pantai Normandy, mereka berdua telah merancang untuk lari dari perang tetapi pada keesokkannya perang telahpun bermula sehingga memaksa mereka lari meninggalkan medan perang bersama. Di dalam hujan peluru dan bahan letupan Jun Shik telah terkena serpihan bom dan mati disisi sahabat dia sejak kecil itu (Hasegawa Tatsuo) dan sebelum Jun Shik mati dia sempat berpesan kepada Hasegawa agar terus menjadi seorang pelari marathon kalau mahu lihat dia (Jun Shik) hidup dalam dirinya. Cerita ini memang menyentuh perasaan dan penuh dengan aksi ngeri. Ia juga lebih kepada cerita sayangkan negara masing-masing dan adakah tentera itu sebenarnya jahat seperti yang digambar melalui sejarah-sejarah.
Sebenarnya cerita ini telah ditayangkan pada bulan April yang lalu tetapi sebab aku ni bukan suka tengok filem korea atau jepun. Bila aku menonton filem ni, ia telah menarik aku untuk menontonnya sehingga akhir cerita tersebut. Memang terbaik... Tak hairanlah bahawa filem ini telah mencapai kutipan RM 104 billion.
Thursday, May 10, 2012
McDonald dan Saya
Hidup dalam perkhidmatan tentera ni banyak pengalaman dan pengajaran buat sesiapa yang pernah berkhidmat dengannya. Begitulah juga dengan aku ni. Dari sebuah negeri ke sebuah negeri aku merantau memberi khidmat kepada Seri Paduka Baginda dan rakyat Malaysia agar sentiasa aman sentosa. Sedarkah anda, walaupun sehebat mana pandangan masyarakat kepada perkhidmatan ketenteraan tetapi mereka juga adalah insan biasa yang perlu menyara kehidupan keluarga dan dalam masa yang sama memberi perkhidmatan keselamatan kepada seluruh rakyat di negara ini. Walau susah atau senang seseorang anggota tentera, rakyat di negara ini tidak akan menyedarinya kerana perspektif mereka tentera bukanlah berpendapatan rendah. Tahukah korang, ketika permulaan perkhidmatan saya sebagai Prebet gaji pokok saya hanya sekitar RM 600.00. Berbeza dengan anggota pada hari ini. Disini aku bukan nak cerita pasal gaji ker, pasal tugas aku ker atau berapa negeri aku dah merantau tetapi nak cerita pengalaman aku dalam perkhidmatan membuat kerja sampingan.
Sebaik aku ditukarkan ke Kuala Lumpur banyak kerja part time yang aku buat. Ye lah kan...kat KL ni semua duit. Masuk tandas pun kena duit. Mana cukup sekadar makan gaji. Untuk makan minum ok tetapi kalau nak berbelanja tak bleh la lebih2... Jadi aku buatlah bermacam part time antaranya menjadi security guard, jaga rumah anak yatim (kat sini paling seronok sebab rasa macam warden asrama plak...hehehehe), catering, penghantaran kelapa ke kedai runcit dan pemasangan peralatan McDonald. Aku nak terus kepada tajuk. Korang mesti biasa makan kat McDOnald tetapi korang mungkin tidak tahu berapa sukarnya untuk set up sesuatu peralatan terutama peralatan dapur sebaik barang2 tersebut itu sampai. Aku adalah antara mereka yang terlibat untuk pemasangan peralatan tersebut. Walaupun sekadar part time, pengalaman tersebut amat berharga kepada diri aku dan memahami kerja seperti ini bukanlah kerja yang senang. Bayangkan aku terpaksa mengangkat dan mengalih peralatan yang semua besar (korang tgk peralatan kat dapur McD tu termasuk pemanas dan sebagainya. Sakit belakang tu...). Memang memenatkan tetapi aku tak kisah sebab aku bekerja untuk cari makan. Yang penting bukanlah kerja yang dilarang. Lokasi yang pernah aku terlibat untuk pemasangan tersebut:
a. McDonald tol Sg Besi.
b. McDonald KL Sentral.
c. McDonald Kajang.
d. McDonald Shah Alam.
Kadang2 bila singgah di McDonald tol Sg Besi atau McDonald KL Sentral teringat kisah aku disitu suatu ketika dahulu kerana hidup kita bukan selamanya derita kerana suatu masa Allah akan memberi kehidupan yang baik kepada kita andai kita sentiasa sabar dan berusaha. Macam orang selalu cakap, hidup umpama roda, ada ketika kita di atas dan ada ketika kita akan berada di bawah. Begitulah kisah hidup aku mencari nafkah melalui usaha sendiri dan mencari erti hidup susah dan senang. Kisah aku dan McDonald pasti aku akan kenang sebagai kisah yang tidak akan ku lupakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)













