Nuffnang Ads

Wednesday, November 21, 2012

HOSPITAL HADAPAN ARPA 52/ALU7

Lama betul aku tak berblog ni...Saya memohon maaf kerana lama tak update entry dalam blog ni. Bukan tak  ada bahan cuma saya nak masukkan yang betul2 sesuai dan memberikan minat kepada orang yang membacanya sahaja. 

Hospital Hadapan adalah sebuah hospital barisan hadapan terutamanya di dalam peperangan dan bencana alam sebagai tempat untuk memberi bantuan rawatan pertama sebelum pesakit dipindahkan ke hospital sebenar... Kalau dalam tentera ianya dikenali sebagai Hospital Medan yang berada behind enemy line untuk menyambut anggota tentera yang cedera dari garisan musuh yang di bawa oleh Unit Pemindahan Kasualti. Bagi Hospital Hadapan ARPA 52/ALU7 adalah hospital sementara bagi tujuan bencana alam dan sebagai hospital bergerak samada menggunakan pesawat udara atau menggunakan kenderaan darat. Bagi Hospital Hadapan jenis ARPA 52/ALU7 adalah berasal dari Sepanyol dan kerajaan melalu Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membeli khemah jenis ini bersama kelengkapan lain untuk kegunaan bencana alam yang pada asalnya hendak diserahkan kepada Pasukan SMART Team. Ketidakmampuan pasukan tersebut untuk mengendalikan kelengkapan ini selain penugasan yang tidak menentu, maka MKN telah melihat Kor Kesihatan Diraja di bawah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM sebagai sebuah pasukan yang boleh di beri tanggungjawab tersebut. Batalion Ketiga Perubatan yang berpengkalan di Kem Mahkota Kluang telah diberi tanggungjawab tersebut untuk menggunakan kelengkapan tersebut dan boleh diaturgerakkan dalam masa 24 jam sama ada menggunakan pesawat udara ataupun kenderaan darat.  Pada 01 Okt 12 hingga 12 Okt 12 yang lalu telah dilaksanakan Eks Hospital Hadapan tersebut dengan penyertaan 50 anggota termasuk pegawai dan anggota dari pasukan Batalion Ketiga Perubatan. Ia adalah sebagai latihan tahunan dan sebagai memastikan kelengkapan tersebut sentiasa baik di dalam simpanan. Dalam Eks ini aku turut serta dan ia adalah pengalaman kedua untuk mengendalikan sebuah hospital bergerak samada Hospital Medan ataupun Hospital Hadapan....








Tuesday, September 4, 2012

Special Forces: Malaysia GGK in HISTORY CHANNEL

Pada 02 Sept 12 yang lalu Astro telah menyiarkan satu rancangan khas dan eksklusif bagaimana seorang anggota komando itu dilatih. Rancangan ini pada dasarnya tidak menampilkan keseluruhan latihan tetapi cukup memberi gambaran kepada rakyat Malaysia yang mereka seharusnya berbangga dengan pasukan khas sendiri dari mengagung-agungkan pasukan khas negara luar. Walaupun produksi yang membuat pengambaran ini adalah dari negara luar, kita sebagai rakyat Malaysia berterima kasih kerana mereka mempunyai inisiatif untuk mengetengahkan latihan komando kita. Apa yang dipaparkan hanyalah 30% sahaja daripada latihan sebenar dan dokumentari ini adalah cerita benar penuntut Asas Gerakhas dan bukan dilakon semula oleh anggota komando. Video dari siaran tersebut aku letakkan di bawah dan anda nilaikan sendiri pengorbanan anggota Gerakhas yang menyabung nyawa berlatih demi keamanan dan keselesaan anda semua. Bravo to GGK.
 
 

Sunday, August 5, 2012

Laman Web Myanmar Diserang Oleh Penggodam Antarabangsa



Seperti yang kita sedia maklum , kita telah di gemparkan mengenai isu pergolakkan yang berlaku di negara Myanmar di mana ramai umat Islam di bunuh . Kami cuba melihat dan meneliti tindakkan pengodam - pengodam Malaysia dan negara luar ini , adakah mereka hanya berdiam diri ataupun melakukan sesuatu .

Selepas penelitian pihak MD telah menemukan banyak laman sesawang kerajaan milik Myanmar telah di serang oleh pengodam - pengodam yang tidak dapat dikenal pasti identiti mereka . Mereka banyak meninggalkan mesej memberi tahu untuk menghentikan serangan terhadap umat Islam .

Antara negara - negara yang kami kesan terlibat dalam serangan ini adalah dari Malaysia , Indonesia , Brunei , Pakistan , Turki , Bangladesh , Arab Saudi dan negara Islam yang lain . Mereka membantah perbuatan kerajaan Myanmar yang hanya berdiam diri dan menutup kes ini begitu sahaja . Mereka mengeluarkan pendapat mereka melalui defacement yang diletakkan di laman sesawang tersebut .

Kami cuba mendapatkan pendapat pengemar - pengemar IT di Malaysia dengan kerjasama Malaysian Cyber Conference dan rata - rata daripada hasil tinjauan kami , mereka menyokong dengan tindakkan untuk menyerang laman kerajaan tersebut untuk menunjuk bantahan mereka terhadap perbuatan kerajaan negara Myanmar . Mereka bukan sahaja mengodam laman sesawang milik kerajaan Myanmar tetapi turut melakukan operasi " Denial of Service " atau di panggil DDoS . Jurucakap MD juga memaklumkan kepada kami kemungkinan besar Dragonforce , RileksCrew , Dotmy Team , Phantom Crew , Kelantan Hacking Crew dan pelbagai kumpulan - kumpulan pengodam di Malaysia akan menyertai serangan ini .

Info yang terkini kami terima pada , 10 Ogos 2012 bersamaan pada hari jumaat , ramai pengodam dari pelbagai negara akan bekerjasama menyerang semua laman sesawang negara Myanmar untuk menuntukkan tanda protes atas tindakkan tersebut . Mereka juga memberi kemudahan seperti sofwere DDoS dan laman - laman kerajaan yang akan di serang . Mereka menamakan " #Op Myanmar " .

Antara yang menjadi sasaran utama mereka ialah :-

http://www.mofa.gov.mm/
www.ncgub.net/
http://www.erepublic.org/egovincountriesmoni/myanmarformerlyburma.html
http://www.myanmar.com/ministries/index.html.

Bagi kami di pihak MD , mengharap keadilan dapat di tegakkan . Mereka semua bekerjasama untuk membela nasib orang Islam yang teraniaya . Jadi kami mengharap , pihak Kerajaan Malaysia khususnya memberi bantuan kepada negara tersebut untuk menghentikan serang serta penindasan terhadap umat Islam di Myanmar . Semoga nasib mereka yang teraniaya sentiasa terbela . Amin.

Antara defacement yang dilakukan oleh pengodam yang menyerang laman sesawang kerajaan Myanmar :- KLIK SINI untuk maklumat.

Sumber blog MyDefacer. Thank you for information

Saturday, August 4, 2012

Projek Pusat Industri Pertahanan Nasional Malaysia



lokasi projek : Sungkai, Perak
objektif : membangunkan R&D termaju ketenteraan

"Ia satu komitmen antarabangsa dan setakat ini penglibatan syarikat-syarikat pertahanan dari Eropah, Amerika Utara, Korea Selatan dan Jepun memperlihatkan petanda yang baik. Jangkaan awal jumlah pelaburan sebanyak AS$ 1 bilion (RM3.3 bilion) akan dapat dilihat dalam waktu terdekat.

"Bagi tempoh lima tahun pertama, kita sasar pelaburan berjumlah AS$ 5 bilion (RM15.3 bilion) sebaik syarikat multinasional mula melabur," katanya selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Masterplan Consulting Sdn. Bhd. dengan Blenheim Capital. KLIK SINI

P/S Bangga jadi anak Perak jika projek ini siap nanti.... Tapi dalam masa bimbang juga kepada masalah-masalah lain seperti peningkatan harga barangan dan masalah kebanjiran orang asing dari berbagai negara yang datang ke sini untuk membuat R&D kerana ia adalah HUB termaju ketenteraan.  Apa pun moga maju jaya kepada Masterplan Consulting Sdn Bhd dan Blenheim Capital. Teringin gak nak tgk hasilnya nanti.

ATM Merentas Selat Inggeris


Pada 16 September 2012 Angkatan Tentera Malaysia akan mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila 14 anggota tentera yang terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan akan melakukan renangan merentasi Selat Inggeris. Penyerahan bendera Malaysia telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera kepada wakil ATM untuk misi tersebut. Anggota tentera ini telah diberikan latihan yang mencukupi termasuk melaksanakan latihan di dalam kolam yang diisi dengan ketulan ais bagi membiasakan mereka dengan suhu sejuk air di Selat Inggeris tersebut. Menurut Muhamad Muqharabin selaku penganjur ekspedisi, kesemua anggota akan berenang secara berganti-ganti sejauh 80km dengan suhu diantara 16 hingga 18 darjah celcius. Apa yang dibimbangkan beliau bukanlah kerana keadaan suhu kerana beliau yakin anggota tentera tersebut dapat mengatasinya tetapi yang dibimbangkan adalah gelombang laut yang bergelora yang boleh membataskan pergerakan dan mengurangkan momentom renangan anggota terbabit. Renangan dimulai dari Dover UK ke Cap Gris Nez, Calais, Perancis sebelum berpatah balik ke Dover UK. KLIK SINI berita selanjutnya. Sumber Kosmo

Friday, July 6, 2012

Kanak-kanak 4 Tahun Diselamatkan oleh Anggota Rejimen Gerakhas

Gambar Hiasan
Jumaat 06 Jul 12 - Kisah ini adalah cerita benar dan baru sahaja berlaku (kelmarin) yang melibatkan seorang anggota Gerakkhas dari 21 komando yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke kem iskandar (kalau tak salah).

Peristiwa ini berlaku pada sekitar jam 6 petang di perhentian Jeti Mersing. Abg komando kita ini baru sahaja sampai di kawasan sekitar itu setelah turun dari bas. Sambil beliau sedang duduk menantikan kenderaan yang dijanjikan oleh salah seorang koperalnya? beliau terdengar satu jeritan orang ramai yang meminta tolong dari Jeti tersebut.

Tanpa berlengah lagi abg komando kita ini terus belari kearah suara orang ramai yang meminta pertolongan tadi, Sesampai sahaja dia di jeti tersebut, beliau terlihat ada seorang budak yang sedang tengelam timbul dipermukaan laut dan seperti sedang kelemasan. Beliau melihat diantara orang2 yang mula berkerumun itu tak ada siapa pun nampak nya ingin membantu selain dari hanya melihat anak kecil itu mati kelemasan dihadapan mereka.

Abg komando kita dengan hanya sempat mengeluarkan dompetnya dari seluar (mungkin takut dompetnya basah) terus terjun kedalam air untuk menyelamatkan anak itu walaupun terjunan itu sebenarnya berisiko kerana ia dibuat di kawasan yang terdapat pokok bakau mati. Dengan latihan dan kepantasan beliau berfikir dalam keadaan kecemasan anak itu akhirnya dapat diselamatkan dan dibawa naik kedarat.

Kejayaan abg komando kita ini menyelamatkanseorang kanak2 yang hampir mati lemas telah disambut dengan tepukan yang bergemuruh oleh orang2 sekitar yang sedang berkerumun menyaksikan adegan REAL DEMO dari anggota gerakhas kita. Seorang wanita telah berlari mendapat kan anak itu dan bersyukur kanak2 itu selamat.

Tak tahu bagaimana hendak membalas budi abg komando kita ini wanita dan teman lelakinya telah menghulurkan RM50.00 diulangi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA sebagai bayaran penghargaan jasa abg komando ini menyelamatkan nyawa.

Abg Komando kita merasa sangat terhina bukan kerana nilai 50 ringgit itu tapi dengan pemberian itu seolah2 jasa nya itu boleh dibayar dgn wang ringgit tak pun memang dia bekerja mencari upah menyelamatkan orang lemas di Jeti Mersing itu. Wang kertas itu telah dikembalikan kepada wanita berkenaan, lalu anggota telah menasihati pasangan tersebut dengan nada yang sedikit marah ( yang mana kanak2 itu adalah anak saudara pada wanita itu dan dia berada disitu untuk berjumpa dgn teman lelaki nya)

Kepada yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut sila lah membetulkan apa sahaja kesalahan fakta yang terdapat dalam cerita ini. Dan kepada wanita itu, cuba lah fikir masak2 bahawa tindakan awak memberi wang itu lebih kepada menghina anggota komando itu daripada menghargai jasa beliau.

Kalau lah admin jadi wanita...budak komando itu automatik jadi anak/saudara admin. kat situ juga admin akan mengaku dia adalah saudara admin dan ingin terus berhubung dengan beliau untuk terus mengeratkan tali persaudaraan yang baru sahaja terikat itu tadi. Admin sendiri akan menelefon ibunya dan memberitahu kepada ibunya bahawa anak kesayangan beliau telah melakukan satu jasa yang tak terbalas oleh admin. TERIMA KASIH KEPADA IBU2 YANG TELAH MELAHIRKAN PERWIRA NEGARA.
P/S Diceritakan sendiri oleh ibu kepada anggota Gerakhas tersebut kepada saya. Cerita di olah oleh Admin Page FB Rejimen Gerak Khas.

Tentera French Foreign Legion




"Legion Etrangere atau French Foreign Legion terbuka kepada semua lelaki tanpa mengira kewarganegaraan termasuk warganegara Perancis sendiri yang berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan kad pengenalan yang sah dan tahap kesihatan yang baik".  Itu adalah kelayakan bagi anda yang berminat untuk menyertai tentera French Foreign Legion. Memang pelik tetapi itulah kelayakan yang diperlukan oleh pasukan tentera ini. Tentera ini mirip kepada tentera upahan walaupun ianya adalah sebahagian dari ketumbukan pasukan tentera negara Perancis.  Terdiri daripada berbagai kerakyatan memberikan sedikit keunikan kepadanya dan ianya lebih mirip seperti Rejimen Renjer Diraja (RRD) kerana terdiri dari berbagai bangsa serta kemasukan ke pasukan ini adalah secara sukarela. Seperti awal penubuhannya dahulu, kebanyakan mereka yang menyertai pasukan ini adalah terdiri daripada penjenayah yang melarikan dari negara masing-masing dan tidak seperti pada hari ini, pemilihan adalah lebih ketat kemasukannya iaitu mereka yang mempunyai rekod jenayah tidak akan diterima memandangkan setiap pemohon harus lulus tapisan keselamatan daripada Polis Antarabangsa (INTERPOL). Seseorang legionaire yang telah dipilih untuk menyertai pasukan ini akan menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun dan boleh menyambung perkhidmatan selama 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 15 tahun atau lebih lama lagi sekiranya masih berminat untuk meneruskan perkhidmatan tetapi bergantung kepada rekod perkhidmatan yang baik.  Legionaire berhak mendapat pencen selepas berkhidmat melebihi 15 tahun dan boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan kerakyatakan Perancis sekiranya berminat untuk menjadi warganegara atau taraf penduduk Perancis (boleh diperbaharui selepas 10 tahun). Hak ini walau bagaimanapun adalah hanya untuk legionaire bukan warganegara Perancis yang memperolehi sijil perkhidmatan tentera yang baik dan tidak menggunakan pengenalan yang diistiharkan (pengenalan negara masing-masing). Seperti di dalam ATM juga, di akhir perkhidmatan seseorang legionaire mereka akan dibantu untuk menyesuaikan diri kembali kepada kehidupan awam.

P/S: Khabar-khabar mengatakan ada terdapat warganegara Malaysia pernah berkhidmat dengan French Foreign Legion ni.. Macam kisah Orang Melayu Didalam Perkhidmatan Tentera US dahulu. Adakah kesetiaan mereka kepada French Foreign Legion ini boleh menjejaskan ketaat setiaan mereka kepada negara masing-masing? Terpulang kepada empunya badan. Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri. Aku tetap sayangkan negaraku sendiri.



Thursday, July 5, 2012

Datuk Lee Chong Wei Ditauliah Lt Kdr Kehormat PSSTLDM


KUALA LUMPUR - Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semalam menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan. Beliau enggan mengulas lanjut tentang rancangan tersebut ketika ini dan akan mengadakan sidang akhbar selepas pulang dari Sukan Olimpik London. ''Buat masa ini saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada Olimpik bagi memenangi pingat emas untuk negara,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas dipakaikan pangkat tauliah kehormat pegawai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di Kementerian Pertahanan di sini, semalam. Menurut beliau, pasangannya itu juga adalah atlet dan wartawan mungkin tahu individu tersebut. Pada majlis tersebut, Chong Wei ditauliahkan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) PSSTLDM berkuat kuasa 1 Mei tahun ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan hadir sama Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Sementara itu, Chong Wei berkata, peluang menyertai PSSTLSM itu akan digunakan untuk berkongsi pengalaman dengan anggota pasukan terlibat tentang kerjayanya sebagai pemain badminton negara. ''Saya akan berkongsi pengalaman termasuk kalah dalam sesuatu pertandingan dan bagaimana mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama empat tahun,'' katanya - Sumber Utusan Malaysia


Friday, June 29, 2012

Dajal Telah Muncul?? Olimpik 2012 apa akan berlaku??

Kita semua sibuk pasal politik sana-sini tetapi kita terlupa yang kita sering dilalaikan dengan perkara-perkara sebegini. Gerakan Illiminati adalah gerakan yang bergerak seperti syaitan dan apabila dunia semakin hampir dengan kiamat, gerakan-gerakan ini menjadi lebih aktif untuk menghancurkan umat manusia. WORLD NEW ORDER adalah cita-cita gerakan ini untuk mempengaruhi minda masyarakat dunia agar menentang kewujudan dan kelahiran Imam Mahdi yang kalau kita tahu, gerakan illuminati ini adalah dibawah kuasa Yahudi laknatullah. Disebabkan mereka ini percaya dengan setiap isi kandungan Al-Quran yang mengatakan Yahudi akan kalah dengan umat Islam pada akhir zaman, maka mereka telah mengatur perancangan teliti dengan mewujudkan gerakan ini bagi mengekang kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa untuk menentang Yahudi. Kalau kita perhatikan pada hari ini, banyak pemimpin-pemimpin negara Timur Tengah telah ditumbangkan dan kita sendiri tidak pasti adakah ini kebetulan ataupun perancangan gerakan-gerakan ini sebagai langkah pertama mengekang kebangkitan pemimpin Islam yang lantang menentang negara barat. Sebenarnya Yahudi amat takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mereka sedar bahawa Allah telah menjanjikan di dalam Al-Quran bahawa mereka akan kalah dengan dengan pahlawan-pahlawan Islam yang akan lahir pada akhir zaman. Di bawah ini terdapat satu video yang sebenarnya mengejutkan aku dan orang yang melihatnya pasti akan membuat andaian ia mungkin adalah betul dan ia jelas melalui simbol dan code rahsia yang digunakan oleh gerakan halus ini di dalam filem dan juga dimana-mana sahaja pada zaman ini. Korang nilaikan sendiri video ini dan aku berpendapat individu yang memuatnaik video ini adalah seorang yang peka kepada gerakan ini dan telah mengkaji setiap simbol dan code rahsia yang tersembunyi selama ini. Adakah kajian dan ramalan individu ini mengenai Olimpik 2012 menjadi kenyataan atau hanya untuk menjatuhkan reputasi London sebagai tuan rumah Olimpik 2012 untuk menimbulkan ketakutan kepada dunia?? Wallahualam. Hanya sekadar berhati-hati. Cuba korang lihat gambar mascot olimpik 2012. Kenapa Mascot tu mata satu??? Kenapa nampak pelik??? Apa kaitan mata satu dengan gerakan ini??? Korang mungkin dah ada jawapannya. Tapi adakah kebetulan?? Bagi menguatkan lagi cerita ini sila BACA LAGI DISINI


Thursday, June 28, 2012

Pahit Manis Zaman Rekrut

Bagi orang awam pengalaman hidup bersama kalangan anggota tentera adalah sesuatu yang menarik. Teringat masa zaman persekolahan aku setiap kali kenderaan tentera yang melewati di hadapan aku bersama konvoi kenderaan tentera ketika menunggu bas untuk kesekolah, pasti aku melambai kepada abg-abg tentera itu. Disebabkan semangat yang menebal untuk menyertai tentera terutama tentera darat, maka selepas tamat peperiksaan SPM aku telah memohon untuk menyertai tentera darat. Zaman aku memohon untuk menyertai tentera tidak sehebat pada hari ini yang semakin ramai untuk menyertainya kerana gaji yang boleh dikatakan lebih baik dari zaman aku dulu. Teringat masa sesi temuduga pertama di Sek Men Khir Johari, Tg Malim ditemani adik aku, hanya terdapat dalam 8 orang sahaja yang memohon untuk ditemuduga. Itulah realiti pada zaman aku dulu kalau nak memohon menyertai tentera.

Rupanya menyertai tentera darat bukanlah seindah yang digambarkan dan semudah abc nak dituturkan tetapi memerlukan komitmen yang jitu dalam melaksanakan latihan selama 6 bulan dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tersebut amat memeritkan. Ada yang sanggup mencederakan diri semata-mata untuk dikeluarkan dari latihan ketenteraan ini. Sepanjang latihan 6 bulan ini 2 sahabat aku telah meninggal dunia disebabkan demam dan minum air ketika badan sedang panas dan berpeluh (mengikut amalan tidak boleh meminum sebaik selepas berlari dan berada dalam keadaan penat kerana apa tak tahu. Doktor mungkin tahu sebabnya). Dalam tempoh latihan ini juga ada sebuah produksi drama telah membuat dramanya disini (PUSASDA) dan kamilah berbaris beramai-ramai dalam rehearsal penuh dengan pakaian istiadat (No 1 Dress) rasa macam nak passing out jer...hehehe.... Sepanjang masa disana, memang tak kering bulu roma dibuatnya....begitulah hidup seorang rekrut yang mendambakan diri untuk berkhidmat kepada negara ini.

Tiba masanya aku dan kawan-kawan bakal menamatkan latihan dan ianya bukanlah pengakhiran aku dalam tentera tetapi adalah permulaan di dalam perkhidmatan yang menuntut pengorbanan yang lebih besar dan amanah yang perlu ditanggung di bahu demi keamanan negara ini. Itulah kehidupan pahit manis dalam sebuah perjalanan seorang rekrut.

P/S: Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat yang telah meninggalkan dunia ini. Bila dalam keadaan begini, kenangan tersebut sebenarnya amat manis untuk dikenang dan akan kekal terpahat di dalam hati buat selamanya. Semoga sahabat-sahabat yang masih berkhidmat dan masih dapat melihat dunia ini, aku doakan kalian berjaya di dalam bidang masing-masing. Moga kita akan bertemu lagi dan janganlah kita lupa siapa kita dulu sebelum kita berjaya kini. TETAP GAGAH TETAP SETIA



Tuesday, June 12, 2012

Sambutan Jubli Perak Kelab Veteran Komando Malaysia

Pada 12 Jun 12 jam 2030H telah diadakan Sambutan Jubli Perak Kelab Veteran Komando Malaysia di PWTC yang telah dihadiri oleh veteran-veteran komando. Disamping itu, sambutan ini juga adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sirraturahim antara veteran-veteran komando, penyampaian Pingat Jasa Malaysia serta pelancaran buku Menjunjung Bere Hijau hasil tulisan Mejar Nazarudin yang juga pemilik blog Komando Kedai Kopi (KKK).  Majlis disempurnakan oleh Penaung Kehormat KVKM iaitu Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada malam tadi (12 Jun 12). Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan dan Pengerusi JHEV. Sebelum melabuhkan tirai, sesi bergambar bersama Mantan PM selaku Penaung Kehormat KVKM.



Monday, May 28, 2012

Siapa Bashar Al-Assad Yang Melakukan Kekejaman Kepada Rakyat Syria







Gambar-gambar kekejaman yang dilakukan oleh tentera-tentera Bashar


Manusia laknat..Bashar Al-Assad


Assalamualaikum wbt pembuka bicara saya pada kali ini kepada kaum muslimin dan muslimat walau dimana sahaja anda berada di dunia Allah ini. Pada kali ini saya nak sampaikan sikit maklumat berkenaan siapa sebenarnya Bashar Al-Assad yang menerajui kepimpinan di Syria ketika ini.  Sebenarnya aku tak ambik "port" sangat pasal si Bashar ni kerana aku beranggapan di ni seorang Muslim yang seagama dengan mana-mana umat Islam di dunia ini. Tetapi apabila aku terpandang beberapa keping foto yang boleh menaikkan darah mana-mana umat Islam di dunia ini di atas kebiadaban dan kekejamannya terhadap umat Islam di Syria aku terpanggil untuk mengetengahkan isu ini kepada rakyat di negara ini dan seluruh nusantara dan juga di bawah kerajaan Islam.  Kalau dilihat kepada foto-foto yang ada jelas kepimpinan Bashar Al-Assad yang juga seorang Syiah Alawiyah sudah terpesong jauh dari realiti hidup seorang muslim dan beliau boleh disamakan dengan Serbia yang pernah membunuh orang Islam Bosnia pada tahun 1992 sehingga 1995. Juga tidak ada bezanya dia dengan Firaun dan Kamal Atarrtuk yang pernah mengubah ayat suci Al-Quran kepada bahasa Turki (baca kisah Kamal Attartuk). Sebak hati melihat kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa diperlakukan seperti binatang oleh tentera-tentera Bashar. Sehingga awal Mei 2012 seramai 14 356 rakyat Syria kebanyakan pengikut Ahlus Sunnah Waljamaah telah menjadi korban dihujung senjata tentera-tentera Bashar. Tidak tahu dimana silapnya, negara Islam hanya membisu jumlah kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Dimanakah keadilan kepada rakyat Syria terutama berfahaman ASWJ. Bersamalah kita berdoa agar saudara se Islam kita mendapat perlindungan daripada Allah SWT dan sebarkanlah maklumat ini sekiranya kamu seorang Ahlus Sunnah Waljamaah.  Janganlah kita sesama Islam di negara ini bergaduh sesama sendiri dan ambillah ikhtibar di atas tragedi yang berlaku di Syria pada ketika ini. Baca seterusnya KLIK SINI

p/s Berjaga-jaga dengan gerakan yang ingin menjatuhkan kerajaan Islam. Mungkin ada dalang disebalik kekejaman di Syria. Tak perlu aku sebutkan kerana banyak sudah negara-negara Islam yang telah ditumbangkan oleh gerakan ini. Korang fikir la sendiri....Wallahualam..

Wednesday, May 23, 2012

Perginya Seorang Pahlawan




Atas: Gambar sebahagian daripada daripada penerjun Ekspedisi Penerjunan Kutub Utara termasuk arwah dalam bulatan dan bawah gambar arwah tidak pasti bila ia diambil.


Datuk Rahim Dahlan atau lebih dikenali Rahim King dikalangan sahabat handai merupakan seorang bekas tentera dari Rejimen Gerak Khas. Bagi masyarakat Malaysia pasti mengenali individu ini melalui rekod penerjunan kutub utara bersama-sama dengan 16 penerjun yang lain pada tahun 98 bersama kereta nasional Malaysia, Proton Wira (klik sini). Bagi aku Datuk Rahim tidak asing bagi keluarga aku kerana beliau adalah majikan kepada abah aku ketika dia membuka sebuah kem latihan bina semangat dengan nama Kem Nur Nikman di Sungkai. Selepas abah aku tidak bekerja dengannya lagi lama juga tak dengar nama dia sehingga beliau membuat penerjunan kutub utara pada tahun 98.  Sekali lagi namanya tidak lagi aku dengar sehinggalah pada bulan ni di dalam FB page EX & KDO namanya disebut-sebut dan saya baru tahun bahawa beliau telah terlantar di Hospital Kluang kerana sakit. Page EX & KDO menjadi sibuk dengan ucapan dan doa agar beliau selamat dan sihat seperti sediakala daripada sahabat-sahabat dari kalangan anggota Rejimen Gerakhas dan Veteran Gerakhas yang mengenali beliau. Pada tanggal 23 Mei 12 beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di Kg Tengah, Kluang disisi isteri dan anak-anak beliau. Dikhabarkan ramai dari kalangan sahabat handai beliau telah berada disisi beliau sejak beliau dimasukkan ke hospital lagi dan ianya berterusan. Segalanya adalah ketentuan yang maha esa dan benarlah kata pepatah HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG DAN MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA. Walau telah lama meninggalkan perkhidmatan tentera namun di atas semangat setiakawan sebagai seorang anggota GREEN BERET ia dibawa sampai ke mati. Teringat sumpah ke 12 Rejimen Gerakhas "Saya akan mengharumkan nama Bere Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memakainya hingga akhir hayat saya". Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan pahlawan-pahlawan lain di atas jasa yang pernah di tabur suatu ketika dahulu. Ucapan takziah juga buat keluarga Allahyarham.  Al-Fatihah

Saturday, May 12, 2012

MyWay Filem Perang Yang Menyentuh Perasaan






Antara babak dan pelakon filem My Way


Semalam aku keluar ke bandar untuk makan malam. Boring-boring aku singgah la kat kedai menjual CD. Sambil belek-belek CD aku terpandang CD yang ditayangkan di monitor tv di kedai tersebut dan bertanya pada tokey tu "filem apa ni?? Cerita MyWay bos. Filem Korea". Aku pun apa lagi beli jer la CD tu nak tgk filem perang ni sebab nampak macam menarik. Sebelum tu aku membeli CD filem CHRONICLES, jadi sebaik sampai rumah aku layan la filem CHRONICLES ni dulu. Habis je aku tgk filem tu aku buka pula CD filem MyWay tu.

Filem MyWay mengisahkan kehidupan seorang pelari marathon jepun sebelum meletus perang dunia kedua. Filem diinspirasi dari penemuan gambar seorang lelaki Asia yang bersama-sama dengan tentera Jerman yang ditawan semasa penaklukan tentera bersekutu di Normandy. Kisah bermula bila 2 kanak2 dari 2 negara Jepun dan Korea bertemu. Jun Shik adalah kanak2 berasal dari Korea dan bapanya adalah orang gaji di rumah datuk Hasegawa Tatsuo. Jun Shik sejak kecil bercita-cita untuk menjadi jaguh pelari marathon dan Hasegawa Tatsuo yang di lahirkan dalam keluarga berada juga mendapat latihan profesional sebagai pelari marathon juga mempunyai cita-cita yang sama. Jun Shik menjadi musuh utama kepada Hasegawa Tatsuo apabila bapa Jun Shik dituduh memberi bom kepada datuknya seorang tentera imperial dan bermulalah kisah suka duka dua sahabat ini.  

Jun Shik telah dipaksa menjadi tentera imperial Jepun kerana terlibat dengan pergaduhan yang disebabkan oleh keputusan hakim yang memihak kepada Hasegawa Tatsuo didalam larian marathon walaupun sebenarnya Jun Shik adalah pelari marathon yang memenangi larian tersebut. Di dalam dunia ketenteraan Hasegawa Tatsuo merupakan seorang Kolonel di dalam tentera Imperial dan telah menggunakan kuasanya untuk mengenakan Jun Shik yang hanya sebagai perajurit tentera imperial Jepun. Kisah ini sangat panjang sehingga perjuangan mereka bertukar 2 tangan tentera iaitu berkhidmat dengan tentera Soviet dan Jerman.

Pada akhir filem ini, mereka menjadi sahabat yang baik setelah melalui kesukaran menjadi tawanan perang Soviet dan akhirnya tawanan soviet ini pula telah dikerah untuk menjadi tentera Jerman. Sebelum penaklukan tentera bersekutu di pantai Normandy, mereka berdua telah merancang untuk lari dari perang tetapi pada keesokkannya perang telahpun bermula sehingga memaksa mereka lari meninggalkan medan perang bersama. Di dalam hujan peluru dan bahan letupan Jun Shik telah terkena serpihan bom dan mati disisi sahabat dia sejak kecil itu (Hasegawa Tatsuo) dan sebelum Jun Shik mati dia sempat berpesan kepada Hasegawa agar terus menjadi seorang pelari marathon kalau mahu lihat dia (Jun Shik) hidup dalam dirinya. Cerita ini memang menyentuh perasaan dan penuh dengan aksi ngeri. Ia juga lebih kepada cerita sayangkan negara masing-masing dan adakah tentera itu sebenarnya jahat seperti yang digambar melalui sejarah-sejarah.

Sebenarnya cerita ini telah ditayangkan pada bulan April yang lalu tetapi sebab aku ni bukan suka tengok filem korea atau jepun. Bila aku menonton filem ni, ia telah menarik aku untuk menontonnya sehingga akhir cerita tersebut. Memang terbaik... Tak hairanlah bahawa filem ini telah mencapai kutipan RM 104 billion.

Thursday, May 10, 2012

McDonald dan Saya

Hidup dalam perkhidmatan tentera ni banyak pengalaman dan pengajaran buat sesiapa yang pernah berkhidmat dengannya. Begitulah juga dengan aku ni. Dari sebuah negeri ke sebuah negeri aku merantau memberi khidmat kepada Seri Paduka Baginda dan rakyat Malaysia agar sentiasa aman sentosa. Sedarkah anda, walaupun sehebat mana pandangan masyarakat kepada perkhidmatan ketenteraan tetapi mereka juga adalah insan biasa yang perlu menyara kehidupan keluarga dan dalam masa yang sama memberi perkhidmatan keselamatan kepada seluruh rakyat di negara ini. Walau susah atau senang seseorang anggota tentera, rakyat di negara ini tidak akan menyedarinya kerana perspektif mereka tentera bukanlah berpendapatan rendah. Tahukah korang, ketika permulaan perkhidmatan saya sebagai Prebet gaji pokok saya hanya sekitar RM 600.00. Berbeza dengan anggota pada hari ini. Disini aku bukan nak cerita pasal gaji ker, pasal tugas aku ker atau berapa negeri aku dah merantau tetapi nak cerita pengalaman aku dalam perkhidmatan membuat kerja sampingan.

Sebaik aku ditukarkan ke Kuala Lumpur banyak kerja part time yang aku buat. Ye lah kan...kat KL ni semua duit. Masuk tandas pun kena duit. Mana cukup sekadar makan gaji. Untuk makan minum ok tetapi kalau nak berbelanja tak bleh la lebih2... Jadi aku buatlah bermacam part time antaranya menjadi security guard, jaga rumah anak yatim (kat sini paling seronok sebab rasa macam warden asrama plak...hehehehe), catering, penghantaran kelapa ke kedai runcit dan pemasangan peralatan McDonald. Aku nak terus kepada tajuk. Korang mesti biasa makan kat McDOnald tetapi korang mungkin tidak tahu berapa sukarnya untuk set up sesuatu peralatan terutama peralatan dapur sebaik barang2 tersebut itu sampai. Aku adalah antara mereka yang terlibat untuk pemasangan peralatan tersebut. Walaupun sekadar part time, pengalaman tersebut amat berharga kepada diri aku dan memahami kerja seperti ini bukanlah kerja yang senang. Bayangkan aku terpaksa mengangkat dan mengalih peralatan yang semua besar (korang tgk peralatan kat dapur McD tu termasuk pemanas dan sebagainya. Sakit belakang tu...). Memang memenatkan tetapi aku tak kisah sebab aku bekerja untuk cari makan. Yang penting bukanlah kerja yang dilarang. Lokasi yang pernah aku terlibat untuk pemasangan tersebut:

         a.   McDonald tol Sg Besi.

         b.  McDonald KL Sentral.
 
         c.  McDonald Kajang.

         d.  McDonald Shah Alam.

Kadang2  bila singgah di McDonald tol Sg Besi atau McDonald KL Sentral teringat kisah aku disitu suatu ketika dahulu kerana hidup kita bukan selamanya derita kerana suatu masa Allah akan memberi kehidupan yang baik kepada kita andai kita sentiasa sabar dan berusaha. Macam orang selalu cakap, hidup umpama roda, ada ketika kita di atas dan ada ketika kita akan berada di bawah. Begitulah kisah hidup aku mencari nafkah melalui usaha sendiri dan mencari erti hidup susah dan senang. Kisah aku dan McDonald pasti aku akan kenang sebagai kisah yang tidak akan ku lupakan.

Friday, May 4, 2012

Armor Meet 2012






Gambar atas antara peminat kenderaan armor berskala. Gambar bawah
N.S. Shah orang kuat ARMOR MEET 2012
Acara julung-julung kalinya bagi pengumpul dan peminat kenderaan armor RC dan armor berskala pada 1 Mei 12 jam 2.00 hingga 4.30 ptg di Megan Avanue II, Jalan Yap Kuan Seng (berhampiran bangunan KUB lama. Pada pertemuan tersebut, dapat disaksikan berbagai bentuk dan model kenderaan armor. Pertunjukan ini telah mendapat perhatian ramai termasuk pelancong yang melalui kawasan tersebut. Pengumpul serta peminat kenderaan armor ini terdiri daripada orang perseorangan, anggota tentera dan penuntut UPNM. Pertunjukan seperti ini boleh dijadikan acara tahunan atau dipamerkan semasa LIMA atau DSA pada masa-masa akan datang. Ia adalah atas usaha N.S Shah, Editor Associate (Projek Khas) dan Pengiklanan majalah PERAJURIT bersama beberapa individu lain merealisasikan pertemuan ini. Kepada pengumpul-pengumpul kenderaan berperisai berskala boleh add Perajurit Penjana Pemikiran Pertahanan di FB untuk maklumat lebih lanjut mengenai ARMOR MEET 2012.

Wednesday, May 2, 2012

Perang Saraf


Pada pemahaman aku Perang Saraf (Psy-War) adalah salah satu kaedah peperangan mempengaruhi minda seseorang melalui kata2 peransang meyakinkan serta memberi gambaran benar walaupun sebenarnya ia adalah sesuatu  pembohongan pemikiran daripada realitinya. Maksud Perang Saraf ini mungkin luas tetapi itu berdasarkan kepada pemahaman aku. Perang Saraf telah digunakan oleh pihak tentera barat melalui beberapa konspirasi bagi menghalalkan serangan terhadap sesebuah negara sebagai alasan kukuh untuk meyakinkan rakyat bahawa negara ni dan negara itu adalah negara yang melahirkan pengganas ataupun menaikkan semula populariti seseorang individu yang imejnya semakin jatuh. Sebagai contoh serangan ke atas bangunan WTC adalah konspirasi terancang (menurut beberapa pihak) yang menyebabkan ribuan orang terbunuh serta konspirasi serangan Pearl Harbour yang dikatakan beberapa pihak sebenarnya pihak barat telah mengetahui akan serangan yang akan dilakukan oleh tentera Jepun tetapi dengan niat untuk melancarkan serangan bom atom ke atas bandar Hiroshima dan Nagasaki konspirasi tersebut terpaksa dilaksanakan walaupun ianya melibatkan nyawa tentera yang tidak bersalah. Tak perlulah aku cerita panjang lebar mengenai negara yang suka berkonspirasi ni (tak dapat dipastikan kesahihan. Sekadar sebagai rujukan)
 
 
Pada hari ini Malaysia telah menuju ke negara maju dan penggunaan jalur lebar dan wujudnya dunia tanpa sempadan telah memberi ruang kepada pengkarya-pengkarya melalui penulisan blog-blog samada untuk politik, kekeluargaan, pertahanan dan sebagainya. Apa yang aku nak tekankan sekarang adalah Perang Saraf melalui media ini yang dilihat semakin kritikal mempengaruhi pemikiran rakyat di seluruh dunia terutama aku nak tekankan adalah rakyat di negara ini. Betapa bahayanya Perang Saraf ni adalah lebih bahaya dari face to face battle kerana melalui penulisan dan pengolahan blog yang berkesan ianya boleh mempengaruhi pemikiran dan ideologi seseorang itu. Sebagai contoh, situasi politik di negara ini begitu hangat dengan kehadiran blogger-blogger yang berperang untuk memenangi pemikiran pengikut dan orang lain selain dari pengikutnya agar bersama dengan parti si polan dan sipolan. Bagi aku ianya adalah sangat merbahaya kerana dari pemerhatian aku terdapat blog yang berunsurkan komunisme dan berfahaman revolusi telah mula menular. Jika pihak berwajib tidak memantau perkara ini ia boleh memberi banyak impak yang buruk kepada situasi politik negara hari ini.

Aku pasti dan yakin terdapatnya gerakan sulit dari luar negara ini telah menyusup masuk melalui penulisan blog yang menghasut untuk menjatuhkan negara tercinta ini. Apa pun aku berharap badan-badan perisikan negara seperti DISD dan KDN dapat memantau aktiviti blogger2 yang cenderung kepada keganasan serta gerakan yang boleh menjatuhkan negara ini. Kita lihat bagaimana terdapat gerakan menggunakan medium internet di Mesir sedikit masa dulu untuk menjalankan gerakan penentangan terhadap kerajaan sedia ada pada ketika itu melalui keganasan sehingga menyebabkan ramai yang terkorban dan banyak kerosakan yang berlaku. Memang diakui mereka berjaya tetapi apa yang berlaku sehingga hari ini?? Akhirnya rakyat yang rugi dan aku mengingatkan kepada kawan2 semua, jika anda memberi ruang yang luas kepada gerakan luar sebenarnya anda telah memberi masa depan yang buruk kepada negara dan anak cucu kita. Mungkin ada kawan2 kita diluar sana boleh memberi pendapat yang lebih bernas mengenai Perang Saraf ini.

Tuesday, May 1, 2012

Filem Lama - Darah Satria

Filem yang aku rasa terbaik pada era 80an. Leftenan Abdullah (yang bercakap dengan radio pada awal babak filem) adalah bekas Kem Komandan Mk Latihan TD. Kepada yang tidak pernah menyaksikan filem ini, layan....

Saturday, April 28, 2012

Demo dan Kesan Kepada Keselamatan Negara


Lihat wajah siapa yang paling banyak kelihatan


Aku sangat bimbang dengan perkembangan negara kita sekarang ini yang rata2 suka berdemo tanpa mengetahui implikasi keselamatan dalam negara jika ini berterusan. Bayangkan dalam ribuan yang hadir pada perhimpunan tersebut terselit la beberapa intel luar negara mengambil kesempatan di atas kekecohan ini. Kita pasti ke yang demo ini adalah demi kebaikan negara atau ia sebagai topeng untuk mengaburi pasukan keselamatan dalam tindakan untuk menyeludup senjata, dadah dan paling penting NGO2 yang kita tidak pasti dari mana asal usulnya mencampuri urusan dalam negara. Sebagai contoh pasukan polis telah menemui bahan letupan di kompleks dayabumi semasa perhimpunan tersebut. Cuba berhimpun cara baik pasti beberapa kes penemuan bahan letupan dan senjata dapat dielakkan...sebenarnya terdapat beberapa golongan subversif yang bertindak dalam diam tanpa kita mengetahuinya. Berhati2 lah dengan segala tindakan kita kerana disebabkan kesilapan kita negara akan menghadapi zaman insurgensi semula...aku nasihat sebagai sahabat dan bukan sebagai penyokong mana2 pihak... kepada adik2 yang masih belajar, banyak lagi garam korang kena makan sebelum korang hendak berteriak pasal reformasi... Baik duduk mentelaah pelajaran daripada mengikuti jejak orang yang kita tidak pasti niat sebenar penganjuran tersebut... Sedih bila aku lihat anak bangsa sendiri turut serta tanpa mengetahui bahawa tindakan mereka tersebut telah mewujudkan lubang2 penyusupan intel-intel yang mungkin hanya menunggu masa untuk menjatuhkan negara ini....Ingat...kebebasan yang kita miliki hanya sekali dan jika ia tergadai sudah terlambat untuk menyesalinya..

Thursday, April 26, 2012

Peluang Melanjutkan Pengajian Tinggi di Dalam Perkhidmatan Tentera



Konvokesyen Khas UMTECH untuk anggota tentera

Baucer Buku 1 Malaysia aku punya...heeee

Siapa kata berkhidmat dalam tentera tidak boleh meningkat?? Kalau ada soalan bodoh macam ni dikemukakan pada aku, aku cakap masuk tentera dulu baru tahu berapa banyak faedah dan peluang yang korang akan dapat sepanjang hidup korang dalam tentera. Jangan kita menilai melalui cakap2 orang yang hanya melalui dengar2 cakap. Masa sekolah aku berjaya dalam SPM tetapi memandangkan aku anak yang sulong daripada 9 orang adik beradik maka hasrat aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang tinggi terpaksa lah dikuburkan dan serta merta aku memohon untuk mengikuti temuduga menyertai ATM ketika itu berumur 18 tahun (masa tu lepas paper terakhir SPM Subjek Bahasa Malaysia) bersama-sama adik aku jadi peneman ketika sesi temuduga pertama di Sek Men Khir Johari, Tg Malim. Pada tahun 2007 aku telah memohon untuk mengikuti pengajian tinggi dan tawaran tersebut telah diterima oleh pihak Universiti Tun Abdul Razak dan MINDEF untuk mengikuti pengajian peringkat  Diploma di bawah program K-Force (Knowledge Force) hasil usahasama Kementerian Pertahanan dan UNITAR (sekarang dikenali UMTECH - University of Management and Technology). Walaupun sukar untuk membahagikan masa meneruskan pengajian, tetapi berkat usaha tinggal 3 subjek lagi sebelum aku menghabiskannya. Biasala... otak dah lama tak diperah untuk belajar tetapi untuk berperang jer...heee.... So jangan lagi ada jawapan bodoh mengatakan askar ni tak ada masa depan. Waima orang yang nak bersara pun diberi peluang untuk mengikuti Kursus Peralihan dimana2 kolej atau tempat yang dihajati untuk menuntut ilmu sebagai persediaan menamatkan perkhidmatan. Sebenarnya bukan offer diploma jer aku dapat tetapi aku telah pun mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di bawah MLVK sebelum ni. Syukur sebelum aku menamatkan pengajian, sekurang2 aku ada sedikit kelulusan dan sedikit pengalaman untuk meneruskan kehidupan. Kalau ada dikalangan anggota tentera tidak merebut peluang ini, adalah menjadi satu kerugian buat mereka dan ada juga suara2 sinis "berhenti askar duk rumah jer...buat apa sijil besar ponco"...lantak korang lah...masing2 punya hal...aku bagi lubang cari peluang, nak tak nak korang pikir sendiri. Klik Sini Sekitar Konvo Khas

Muzium Tentera Darat Port Dickson


Trademark Alpha Company

Tahukah anda bahawa banggunan yang telah dijadikan Muzium Tentera Darat adalah merupakan tempat penginapan Kompeni A iaitu kompeni aku semasa menjalani latihan rekrut pada tahun 1995. Tempat ini meninggalkan seribu kenangan menyaksikan aku dan sahabat2 aku menjalani latihan disini dengan berbagai kisah suka duka dan pahit manis. Aku bersyukur kerana masih berpeluang untuk melihat lagi kompeni aku yang kini dijadikan Muzium Tentera Darat walaupun beberapa bangunan kompeni lain terpaksa dirobohkan atas matlamat pembangunan iaitu Kompeni Echo dan Kompeni Foxtrot yang hanya tinggal nama tetapi bangunan asalnya telah robohkan dan dijadikan bangunan penginapan yang baru untuk Perajurit Muda (dulu panggil rekrut). Pernah aku sekali ke bangunan ni tiba-tiba airmata aku berlinang mengingatkan aku kepada sahabat2 aku dulu kerana ada diantara mereka sekarang telah kembali kerahmatullah kerana sakit ataupun kemalangan. Juga tak lupa kepada Jurulatih2 aku yang mendidik aku sehingga aku boleh sampai ke tahap ini. Aku harap mereka sihat2 sahaja dan kalau ada diantaranya yang telah kembali kerahmatullah aku ucapkan takziah kepada keluarga mereka.

p/s: Pertandingan yang pernah aku sertai semasa rekrut adalah pertandingan kawad, merempuh halangan, jalan lasak 16km dan merentas desa. Tinju last minute kena buang sebab terlebih berat yang dikehendaki. Berat untuk kategori aku pin weight sepatutnya. Trademark Kompeni A adalah Komando Rest iaitu cara berehat menggunakan kepala di atas tar.

Statistik Kemalangan Payung Terjun Melibatkan Anggota Tentera


Allahyarhamah Pbt Awanis ketika bersama 10 Bgd PARA

Sejak era perang Dunia Kedua, banyak kemalangan payung terjun dicatatkan dalam sejarah. Aku bukan nak cerita pasal kemalangan payung terjun melibatkan tentera luar negara, tetapi nak sentuh pasal kemalangan yang melibatkan anggota tentera dalam negara ini sepanjang perkhidmatan aku di dalam tentera. Masih teringat aku dengan kisah 3 srikandi 10 Bgd PARA apabila pertama kali dalam sejarah negara, anggota tentera dari kalangan kaum hawa menyertai Pasukan Aturgerak Cepat tersebut iaitu Pbt Talasiah (ketika itu dan sekarang menjadi Jurulatih payung terjun wanita di 10 Bgd PARA), Pbt DIna dan arwah Pbt Awanis sehinggalah pada 31 Jul 98 Pbt Awanis yang ketika itu sedang menjalani latihan penerjunan bebas telah terlibat dengan kemalangan payung terjun apabila payung utama anggota telah gagal berfungsi dan menyebabkan jurulatihnya mengambil tindakan berani terjun dari pesawat untuk memautnya tetapi turut sama terkorban kerana payung nya juga gagal berfungsi dengan baik menyebabkan kedua-duanya terbunuh di Kem Terendak Melaka. Menurut cerita dari sumber tak rasmi, sebelum kejadian anggota telah minta tukar payung terjun dengan seorang pegawai tentera dan tidak disangka payung tersebut gagal berfungsi dengan baik. Wallahualam. Itu adalah salah satu dari siri kemalangan yang melibatkan anggota tentera ketika menjalani latihan payung terjun. Cuba kita lihat pula senarai di bawah ini:

              Kemalangan payung terjun di LIMA 07 Langkawi    

                   a.   Sep 06 - 2 orang anggota komando terbunuh apabila berlaku pelanggaran di udara
                         ketika sesi latihan terjun bebas melibatkan seorang Pegawai Waren dan Lans Koperal.

                   b.   Dis 07 - Semasa demonstrasi penerjunan anggota 10 Bgd PARA semasa LIMA 07
                         3 anggota dari 10 Bgd PARA telah terbunuh apabila payung terjun mereka tiba-tiba
                         telah dibawa angin ke laut menyebabkan mereka lemas dan hiportemia.

                   c.  Jun 09 - Seorang anggota komando dari Rejimen Gerakhas yang menjalani latihan
                        penerjunan bersama 67 anggota termasuk 12 anggota Rejimen Gerakhas telah
                        terbunuh ketika menjalani latihan penerjunan di Kampung Padang Meha, Kulim.

                   d.  Apr 11 - Limit ak Amis, 38 terbunuh ketika menjalani latihan payung terjun di
                        Sandakan Sabah apabila pada ketinggian 2,438.4 meter anggota menghadapi masalah
                        ketika membuka payung terjun dan mayat ditemua di muara sungai.

Walaupun peratus payung kembang bagi payung jenis statik adalah 99% boleh kembang, jika dibandingkan dengan payung penerjunan bebas dianggarkan 50% untuk kembang (menurut pakar payung terjun) tetapi kemalangan seperti ini tidak dapat dielakkan samada ia disebabkan kecuaian manusia mahupun teknikal. Apapun kita serahkan kepada yang esa. Ini adalah diantara kemalangan melibatkan anggota payung terjun yang digazetkan di dada2 akhbar. Mudahan keluarga2 anggota ini diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan terutama yang telah mempunyai anak isteri semoga tabah. Doa kami dari ATM semoga kehidupan anda lebih sempurna dan berbanggalah bahawa anak, suami anda berlatih untuk berperang demi keamanan bumi bertuah ini. Al-Fatihah  

Wednesday, April 25, 2012

Definasi Perjuangan


Perjuangan,
Apa erti perjuangan pada dirimu
Adakah hanya pekikan merdeka...merdeka...merdeka..?
Adakah ianya hanya mengusung senjata?
Ah...banyak sungguh definasinya perjuangan

Bagiku..
Perjuangan adalah sesuatu besar ertinya dalam kehidupan
Menjangkau masa depan memikirkannya
Perjuangan adalah lebih dari segala-galanya..
Bila difikir sedalam-dalam di benak hati ini
Adakah kita seorang pejuang menegak kebenaran?

Biarlah orang menilai siapa kita
Janganlah kita menilai siapa diri kita
Samada pejuang ataupun tidak kepada sesiapa jua
Tidak kira apa asas perjuangannya
Agar dapat memberi manfaat kepada anak bangsa juga negara
Kekal aman seluruh semesta
Itulah erti sebuah perjuangan...




Tuesday, April 24, 2012

Kepelbagaian Tactical Boot




BEBERAPA JENIS BUT TAKTIKAL

Tactical Boot atau dalam bahasa melayunya But Taktikal biasanya hanya dipakai oleh anggota pasukan khas terutama Komando. Aku masih ingat dahulu bila terlihat sahaja beberapa orang komando mengenakan but taktikal ni ianya nampak lebih kemas. But taktikal dipakai oleh anggota pasukan khas adalah dengan tujuan untuk membantu anggota pasukan khas membuat serbuan mengejut dan terjun payung untuk mengurangkan hentakan pada anggota badan.  Bahagian tapak kasut yang lembut (seakan kasut sukan) dapat memberi keselesaan kepada penggunanya. Kalau dulu kasut yang top dalam senarai equipment RGK adalah but taktikal jenama MAGNUM - Hi-Tech. Sekarang didapati banyak kasut taktikal yang banyak dipasaran seperti 5.11, MAGNUM, SWAT, Delta dan sebagainya... Sekarang pun aku tengok banyak dikalangan anggota tentera telah mengenakan kasut taktikal ini kerana ianya lebih selesa dan ringan. Anggota tentera yang berkhidmat di bawah PBB seperti misi UNIFIL dan ISAF telah diissue but taktikal SWAT yang lebih efisyen di kawasan padang pasir. Cuma kalau ada perbarisan rasmi kasut tu kasi simpan la.... :)

Saturday, April 21, 2012

Adakah Anda Gembira Bila Sudah Berpencen Dari Perkhidmatan Tentera??


Soalan yang sentiasa bermain difikiran saya.. Adakah mereka2 yang telah berpencen gembira sekarang dengan hidup diaorang?? Banyak yang telah aku baca dan menyelidik perihal anggota tentera yang berpencen atau tidak berpencen. Yang berjaya diharapkan terus berjaya dan yang kecundang inilah yang menjadi masalah kepada kehidupan. Kadang2 aku terpikir macam mana nasib aku nanti bila sudah berpencen samada aku menjadi seorang yang berjaya atau sebaliknya. Maklumlah aku hidup selama hampir 18 tahun di dalam perkhidmatan tentera dan tidak banyak pengalaman di dalam kehidupan sebagai orang awam. Di dalam perkhidmatan semua rasa plan akan berjalan baik seperti yang kita rancang dan bila sampai masanya apa yang akan jadi pun tak tahu. Sebagai seorang anggota tentera aku mengingatkan kepada sahabat2 diluar sana agar meneruskan perkhidmatan sehingga berpencen. Walau kita tak ada kerja sekalipun bila berpencen nanti, sekurang2 kita telah ada wang pencen untuk menyara kehidupan isteri dan anak2. Kita tidak tahu masa bila kita akan susah dan bila kita akan senang kerana rezeki Allah yang berikan. Maka beringat itu adalah penting dan janganlah kita kecundang selepas berhenti dari perkhidmatan padahal semasa kita berkhidmat kita lah yang terbaik dan terpilih tetapi kenapa berakhir dengan kegagalan bila kita diluar sana. Tidak dinafikan unit tempur dan unit bantuan tempur merupakan unit paling menguji tahap kesabaran kita dengan operasi, latihan sana sini serta tekanan yang dihadapi di tempat kerja. Bersabarlah wahai sahabat semua sama ada susah atau senang. Fikirkanlah keluarga kita sebelum kita membuat sesuatu keputusan yang salah yang akhirnya merugikan kita. Aku mengingatkan diri aku dan sahabat2 semua bertahanlah sehingga sampai umur persaraan demi keluarga dan bukan kerana kepentingan diri kita. Kepada sahabat2 kita yang gagal diluar sana, perjalanan masih jauh dan berusahalah sepertimana anda pernah berkhidmat sepenuh hati di dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda dulu. Jangan mengalah dengan keadaan sebaliknya jadikan kegagalan sebagai permulaan satu kehidupan baru. Klik sini cerita pasal duit pencen

Friday, April 20, 2012

Video Demonstrasi Anggota Komando dari 11 RGK sempena DSA 2012 di PWTC


Mari sama-sama kita saksikan demonstrasi pertunjukan menyelamat tebusan yang dilaksanakan oleh anggota 11 RGK dari Tim Projek Tiger Team Black dan Projek Tiger Shark. Terima kasih kepada bro army reco.

NIlai Murni Dalam Masyarakat Malaysia Makin Terhakis



Berhati-hati itu memang penting terutama bila berhadapan orang ramai yang kita sendiri tidak kenal atau mengenali mereka. Tapi ada kalanya kita harus lebih mengenali seseorang itu samada individu terbabit seorang yang baik atau sebaliknya. Aku ingin berkongsi satu kisah di Terminal Bas Selatan pada 20 Apr 12. Pada hari berkenaan aku ditugaskan untuk ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan beberapa perkara berkaitan pekerjaan aku. Dalam perjalanan ke Terminal Bas Selatan isteri aku memaklumkan bahawa susu anak aku nak habis jadi dia minta masukkan duit sebelum maghrib. Memandangkan aku hanya ada wang tunai masa tu, aku pusing keliling TBS untuk mencari mesin cash deposit. Malang aku tidak menemui mesin tersebut. Jadi aku mendapat idea iaitu memohon tolong dari seseorang untuk transferkan wang tu ke akaun isteri aku. Disitu aku bertemu dengan seorang gentlemen (kononnya kalau cakap dengan wanita) aku memohon bantuan dia untuk transferkan ke akaun isteri aku dan aku telah awal2 memegang wang tunai untuk diberi kepadanya sekiranya dia dapat transfer ke akaun isteri aku (takut dia ingat aku nak kapur duit dia). Dalam aku mintak no akaun isteri aku tu (asalnya ok mamat tu nak tolong katanya la tapi ngangguk macam paksa je) dia bleh kata dia dah keluarkan semua duit dalam akaun dia. Lepas tu boleh kata minta maaf kata nak cepat. Ada akai ka?? Tapi aku redha jer la sebab bukan duit aku. Tapi aku kesal dengan sikap orang sebegini yang terlalu berhati2. Nak hati2 pun tgk keadaan la..bukan aku tak ada wang tunai untuk diberi balik. Masalah aku cuma tak ada duit dalam akaun maybank. Cuma wang tunai sahaja. Takkan lah aku kena tunjuk MyTentera aku dengan uniform aku dulu baru nak tolong kut..... Tapi mamat ni aku tengok macam keret skit...berbeza dengan seorang wanita yang aku mintak tolong kenalpasti lokasi TBS semasa di Stesen LRT Masjid Jamek dengan panjang lebar menceritakan macam mana nak pergi sana. Aku ingat kalau aku menyamar jadi perempuan mesti mamat ni cepat jer nak tolong kan.... Yer la aku muka pun tak berseri asyik kena panas jer, sebijik macam muka orang pecah pintu....hahahaha... Aku harap Allah membalas sikap dan perbuatan mamat ni...aku tak salahkan dia cuma aku kesal dengan perbuatannya itu. Korang bayangkan anak aku nak minum susu pada masa tu duit tak ada nak beli susu. Isteri aku pun bagitahu last minit mana aku nak cari cash deposit kat TBS tu. Harap kalau ada sesiapa yang bekerja di mana2 bank atau di TBS mohon kemukakan cadangan meletakkan mesin cash deposit di TBS kerana tiada tempat lain yang boleh pergi lagi kalau dah sampai kat stesen tu. Ambik lah iktibar dari kejadian ini dan kalau nak berhati-hati pun tengok lah situasi sebenarnya.

Thursday, April 19, 2012

Kemalangan melibatkan kenderaan tentera


Satu pengalaman yang tidak boleh aku lupakan apabila semalam aku terlibat dengan kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan yang aku naiki bersama-sama dengan anggota pasukan aku terlibat dengan kemalangan. Masa tu rasa seperti ajal aku telah tiba bila sebuah kenderaan awam telah merempuh sebelah kanan kenderaan yang dinaiki aku menyebabkan kenderaan tentera yang dinaiki berguling dua kali menyebabkan beberapa orang dari anggota aku cedera ringan. Walau pada semalamnya tidak ada apa-apa kesakitan dirasai, tetapi hari baru dapat aku rasakan beberapa bahagian badan aku mulai sakit walau aku tidak mengalami luka2 serius.. Allah telah memberi harapan kepada aku untuk bertakwa kepadanya. Aku bersyukur apabila kesemua anggota aku terselamat dalam kejadian tersebut dan pada malam ini pasukan aku akan mengadakan tahlil dan doa selamat serta kesyukuran di atas kejadian ini. Semoga antara kita sentiasa beringat bahawa kemalangan tidak mengira usia, pekerjaan, kaya atau miskin dan apabila Allah berkehendakkan sesuatu itu berlaku maka akan berlakulah ia.