Nuffnang Ads

Sunday, May 31, 2009

Tiara Beach Resort

Tempat ni memang menarik. Aku dah pergi dah ke sana semasa bengkel kat sana. Cuma aku tak berkesempatan nak mandi kat taman tema air buatan manusia tu jer....kalau ada family elok sangat bawa ke sana. Tempat pun jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk kenderaan. Di dalam terdapat juga sewaan basikal, permainan komputer, bistro dan macam-macam lagi. Cuba la ke sana. Nice place to holiday..



Gambar ni diambil masa sebelum aku balik KL

Saturday, May 30, 2009

Kampung Muhibbah Motocross




Aku tengok bebudak ni beraksi rasa macam aku pulak sekali nak join... Memang berani bebudak ni. Elok juga tak buang masa dengan merempit kat jalanraya. Ni la bagusnya orang yang tinggal di kampung.... Berani betul bebudak ni...... Tengok tu pakai seluar pendek jer dia buat aksi ngeri tu....heee






Ada nilai seni gambar yang aku ambik ni.... helmet dan motosikal tak boleh dipisahkan....apa macam...ada berani

Friday, May 29, 2009

Tentang Seseorang



Lirik Lagu Tentang Seseorang

Teruntukmu hatiku
Diriku bersuara
merangkai semua tanya
imaji yang terlintas
berjalan pada satu
tanya slalu menggangguku
seseorang itukah dirimu kasih

kepada yang tercinta
di dirinya ku mengeluh
semua resah di diri
mencari jawab pasti
akankah seseorang
yang ku impikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta
akankah seseorang
yang ku impikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimuku bersumpah akan mencinta


Thursday, May 28, 2009

Ghost vs Human











Wednesday, May 27, 2009

Kenapa Chin Peng??

Apa dah jadi dengan pemimpin Malaysia sekarang?? Aku pun tak paham atau pemimpin yang ingin membawa masuk Chin Peng balik ke Tanah Melayu ini yang tak paham atau buta sejarah.. Sepatutnya dia sebagai pemimpin faham akan hati dan perasaan mangsa kekejaman PKM dulu. Buta sejarah kerana kepentingan politik atau mungkin tidak belajar sejarah tentang kekejaman PKM dulu aku pun tak tau.... Aku yang pendidikan yang tak tinggi mana ni pun tahu susah payahnya nenek moyang kita menjaga dan mempertahankan negara dari ancaman komunis. Termasuk Tentera dan Polis yang terlibat dalam pembanterasan komunis. Masih segar lagi ingatan mangsa-mangsa ini apabila negara dalam cengkaman komunis yang dulunya menjadi musuh no 1 sebelum dadah mengambilalih sebagai musuh no 1 negara. Sedar atau tidak bahawa keamanan adalah hak mutlak masyarakat di negara ini. Walau Chin Peng tidak lagi mengancam tetapi ideologi komunis masih kuat terpahat di memorinya. Sebagaimana kuatnya ingatan mangsa-mangsa terhadap kekejaman PKM. Tindakan PM tidak membenarkan kemasukan Chin Peng kembali ke Malaysia walau apa pun alasan yang diberi adalah satu keputusan yang amat bijak dan jangan sesekali termakan pujuk rayunya. Mungkin beliau mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan politik di negara ini.. Ingat!! pejuang sebenar adalah rakyat yang setia kepada raja dan negaranya sendiri.
Sudah hilang akal agaknya. Idola aku adalah pejuang-pejuang kemerdekaan. Setiap kali aku mengimbas sejarah kekejaman komunis di Tanah Melayu, hati aku tersentuh dan hiba. Bagaimana pula seorang pemimpin yang terkenal boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu. Lebih elok kalau difikirkan cara membangunkan negara daripada membawa masuk Chin Peng yang tidak membawa apa-apa faedah langsung. Kenapa Chin Peng tidak memikirkan semua ini dari dulu lagi. Tak payahlah.........sudahlah.......sebagai pemimpin cari lah jalan untuk membangunkan negara.

Untukmu Perak



Perak adalah sebuah negeri yang unik. Unik dari segala-galanya. Dari segi undang-undang, rakyatnya dan pemikirannya. Aku berbangga dilahirkan di sebuah negeri yang makmur walaupun sekarang krisis politik seperti tidak nampak penghujungnya. Bersama-sama lah rakyat negeri ini mendoakan kesejahteraan negeri perak agar aman dan sentosa. Elakkanlah perebutan kuasa yang tidak menguntungkan sesiapa. Aku tak kisah sesiapa sahaja yang jadi pemimpin asal ianya biarlah acuan sendiri untuk membangunkan negeri Perak dan bukan di bawah telunjuk sesiapa. Moga Allah merahmati Sultan Perak dan kerabat serta rakyat negeri Perak. Amin