Nuffnang Ads

Thursday, May 10, 2012

McDonald dan Saya

Hidup dalam perkhidmatan tentera ni banyak pengalaman dan pengajaran buat sesiapa yang pernah berkhidmat dengannya. Begitulah juga dengan aku ni. Dari sebuah negeri ke sebuah negeri aku merantau memberi khidmat kepada Seri Paduka Baginda dan rakyat Malaysia agar sentiasa aman sentosa. Sedarkah anda, walaupun sehebat mana pandangan masyarakat kepada perkhidmatan ketenteraan tetapi mereka juga adalah insan biasa yang perlu menyara kehidupan keluarga dan dalam masa yang sama memberi perkhidmatan keselamatan kepada seluruh rakyat di negara ini. Walau susah atau senang seseorang anggota tentera, rakyat di negara ini tidak akan menyedarinya kerana perspektif mereka tentera bukanlah berpendapatan rendah. Tahukah korang, ketika permulaan perkhidmatan saya sebagai Prebet gaji pokok saya hanya sekitar RM 600.00. Berbeza dengan anggota pada hari ini. Disini aku bukan nak cerita pasal gaji ker, pasal tugas aku ker atau berapa negeri aku dah merantau tetapi nak cerita pengalaman aku dalam perkhidmatan membuat kerja sampingan.

Sebaik aku ditukarkan ke Kuala Lumpur banyak kerja part time yang aku buat. Ye lah kan...kat KL ni semua duit. Masuk tandas pun kena duit. Mana cukup sekadar makan gaji. Untuk makan minum ok tetapi kalau nak berbelanja tak bleh la lebih2... Jadi aku buatlah bermacam part time antaranya menjadi security guard, jaga rumah anak yatim (kat sini paling seronok sebab rasa macam warden asrama plak...hehehehe), catering, penghantaran kelapa ke kedai runcit dan pemasangan peralatan McDonald. Aku nak terus kepada tajuk. Korang mesti biasa makan kat McDOnald tetapi korang mungkin tidak tahu berapa sukarnya untuk set up sesuatu peralatan terutama peralatan dapur sebaik barang2 tersebut itu sampai. Aku adalah antara mereka yang terlibat untuk pemasangan peralatan tersebut. Walaupun sekadar part time, pengalaman tersebut amat berharga kepada diri aku dan memahami kerja seperti ini bukanlah kerja yang senang. Bayangkan aku terpaksa mengangkat dan mengalih peralatan yang semua besar (korang tgk peralatan kat dapur McD tu termasuk pemanas dan sebagainya. Sakit belakang tu...). Memang memenatkan tetapi aku tak kisah sebab aku bekerja untuk cari makan. Yang penting bukanlah kerja yang dilarang. Lokasi yang pernah aku terlibat untuk pemasangan tersebut:

         a.   McDonald tol Sg Besi.

         b.  McDonald KL Sentral.
 
         c.  McDonald Kajang.

         d.  McDonald Shah Alam.

Kadang2  bila singgah di McDonald tol Sg Besi atau McDonald KL Sentral teringat kisah aku disitu suatu ketika dahulu kerana hidup kita bukan selamanya derita kerana suatu masa Allah akan memberi kehidupan yang baik kepada kita andai kita sentiasa sabar dan berusaha. Macam orang selalu cakap, hidup umpama roda, ada ketika kita di atas dan ada ketika kita akan berada di bawah. Begitulah kisah hidup aku mencari nafkah melalui usaha sendiri dan mencari erti hidup susah dan senang. Kisah aku dan McDonald pasti aku akan kenang sebagai kisah yang tidak akan ku lupakan.

6 comments:

  1. wah, tak sangka betol...hebat2...btw, boleh ke askar buat part time atau kerja lain? 'kawan' saya tu kata, boleh asalkan jangan kantoi, tapi officer payah sikit...ye ke? tapi jadi contoh yg baik sbb tak complaint, tak salahkan org lain...tapi terus berusaha.

    ReplyDelete
  2. Nak cari makan ma...asalkan tak ganggu kerja dan menyebabkan prestasi kerja merosot sudah. Yang penting kerja halal.

    ReplyDelete
  3. Salam saudara Canang,

    Tahniah ya Canang! Walaupun ada yang mengibaratkan tentera ini "bertulang besi berurat dawai", namun saya dapat merasakan betapa penatnya untuk melakukan dua tiga malah lebih kerja dalam satu2 masa pada satu hari. Apaytah lagi menguruskan bahan buatan besi seperti di McD tu. Well, satu pengalaman and it's multi-tasking. Kalau overseas memang digalakkan multi-tasking ni sebab mereka mahukan staf mereka mempunyai kepelbagaian kemahiran dan ketahanan diri. Mungkin ATM pun macam tu jugak, asalkan tidak menjejaskan waktu kerja sebenar...lagipun taraf hidup tinggi menuntut kita semua terus lebih berusaha demi kelansungan dan keselesaan hidup.

    p/s...walau apapun, rezeki halal ada di mana2 dan kitalah yang perlu mencari dan mendapatkannya,kan. Saya pernah menaiki teksi bandaraya kosmopolitan yang dipandu seorang akauntan sebuah organisasi semi-gov. Macam2 cerita dan pengalaman yang beliau kongsikan sepanjang perjalanan yang penuh sesak...So, its ok and tidaklah memalukan pun untuk bekerja part-time; waimahpun sebagai tukang sapu. Yang penting, kita tidak sekadar menadah tangan dan meminta. Bersyukur dan berbanggalah saudara Canang kerana saudara masih punya kekuatan dan semangat yang kental biar apa sekalipun pandangan orang yang mengetahuinya...! ;-)

    ReplyDelete
  4. Memang benar Cik Nur_Emyinda. Keja di KL ni kena buat keje sampingan. Tambahan pula bagi individu yang telah memiliki keluarga besar dan memerlukan lebih sumber kewangan. Kalau bujang tu rasanya tak ada masalah dengan satu keje tapi kalau nak kawin cepat kena la berusaha kumpul duit dengan cara macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Canang,

      Selagi ada kudrat dan diizinkan Allah, sesamalah kita terus bekerja dan berusaha juga menabung demi hari tua...Seperti kata pepatah Inggeris, "save some for the rain"...InsyaAllah, berkat berdikit2 lama2 jadi bukit pasti tidak mustahil, berakit2 ke hulu, bersenang2 kemudian pasti akan jadi kenyataan...So,saudara Canang,semoga terus berjaya dengan segala komitmen Canang dan semoga ianya diberkati Illahi ;-)

      Delete
  5. Memang ramai yang bekerja lebih dari satu pekerjaan pada zaman ini

    ReplyDelete