Nuffnang Ads

Wednesday, May 23, 2012

Perginya Seorang Pahlawan




Atas: Gambar sebahagian daripada daripada penerjun Ekspedisi Penerjunan Kutub Utara termasuk arwah dalam bulatan dan bawah gambar arwah tidak pasti bila ia diambil.


Datuk Rahim Dahlan atau lebih dikenali Rahim King dikalangan sahabat handai merupakan seorang bekas tentera dari Rejimen Gerak Khas. Bagi masyarakat Malaysia pasti mengenali individu ini melalui rekod penerjunan kutub utara bersama-sama dengan 16 penerjun yang lain pada tahun 98 bersama kereta nasional Malaysia, Proton Wira (klik sini). Bagi aku Datuk Rahim tidak asing bagi keluarga aku kerana beliau adalah majikan kepada abah aku ketika dia membuka sebuah kem latihan bina semangat dengan nama Kem Nur Nikman di Sungkai. Selepas abah aku tidak bekerja dengannya lagi lama juga tak dengar nama dia sehingga beliau membuat penerjunan kutub utara pada tahun 98.  Sekali lagi namanya tidak lagi aku dengar sehinggalah pada bulan ni di dalam FB page EX & KDO namanya disebut-sebut dan saya baru tahun bahawa beliau telah terlantar di Hospital Kluang kerana sakit. Page EX & KDO menjadi sibuk dengan ucapan dan doa agar beliau selamat dan sihat seperti sediakala daripada sahabat-sahabat dari kalangan anggota Rejimen Gerakhas dan Veteran Gerakhas yang mengenali beliau. Pada tanggal 23 Mei 12 beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di Kg Tengah, Kluang disisi isteri dan anak-anak beliau. Dikhabarkan ramai dari kalangan sahabat handai beliau telah berada disisi beliau sejak beliau dimasukkan ke hospital lagi dan ianya berterusan. Segalanya adalah ketentuan yang maha esa dan benarlah kata pepatah HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG DAN MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA. Walau telah lama meninggalkan perkhidmatan tentera namun di atas semangat setiakawan sebagai seorang anggota GREEN BERET ia dibawa sampai ke mati. Teringat sumpah ke 12 Rejimen Gerakhas "Saya akan mengharumkan nama Bere Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memakainya hingga akhir hayat saya". Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan pahlawan-pahlawan lain di atas jasa yang pernah di tabur suatu ketika dahulu. Ucapan takziah juga buat keluarga Allahyarham.  Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment