Wednesday, July 15, 2009

Keabadian Cinta


Kehidupan ini begitu indah untuk dikenang. Jatuh dan bangun setiap kali meredah kehidupan adalah kehendak yang maha esa. Sabarlah.....dengan apa yang berlaku ke atas diri kita pasti ada sesuatu yang lebih indah dan lebih bererti pada kehidupan yang akan datang. Jangan dikesal dengan setiap kegagalan kerana kegagalan adalah kunci kepada pengalaman menempuh kehidupan. Jangan bersedih temanku kerana apa yang menanti di depan pasti membawa sinar baru buat dirimu teman. Belajarlah dari kesilapan kita nescaya dirimu kan bertemu keabadian cinta yang tak terperi. Kehidupan di sini bukanlah abadi temanku...jadi janganlah kau bersedih hanya kerana kehidupan palsu yang tidak ada penghujungnya. Yang pasti di sana adalah abadi dan selamanya.........

Thursday, June 25, 2009

Jom Tengok Movie Transformers Revenge of The Fallen





Sesiapa yang menonton transformers kali ini pasti ada masa anda tak kering gusi dan ada ketikanya anda lihat seperti satu pertembungan autobot yang terhebat. Aku tengok filem ni boleh diberi 5 bintang la.....memang dahsyat giler.....memang aksinya banyak. Yang aku paling suspen bila optimus prime mati kena tikam dengan autobot deceptagon.... Masa tu aku tengok emosi orang2 yang menonton ni macam sedih giler...heeee...tapi aku rilek sebab tu filem jer...heeee... Setiap babak diselangselikan dengan serangan demi serangan. Audio dan musik yang dimuatkan untuk filem tersebut memang amat bertepatan. Tidak hairanlah pada hari pertama tayangan aku pergi, punya la ramai orang termasuk la kita punya celebriti yang pergi masa tu Diana Danial, Farid Kamil dan 2 lagi rakan mereka. Pergi lah menonton anda pasti tidak rasa kecewa. Kalau anda pergi ke TGV KLCC ada dijual cenderamata berupa t shirt, payung, topi, pendrive 2GB dan windbreaker. Pawagam lain aku tak tau plak ada jual ke tak....

Friday, June 12, 2009

Cameron Highland











Disini aku paparkan beberapa gambar menarik sepanjang aku berada di cameron highland. Memang meninggalkan seribu kenangan buat diri aku. Rasa damai betul bila berada kat sini. Korang tengok la kalau2 ada hajat nak pergi cameron highland. Masa aku masukkan post ni aku masih lagi di cameron highland. Jam sekarang menunjukkan pukul 1.10 min pagi. Member aku tido macam kapal terbang nak berlepas..... berdengkur satu dunia dengar...hahahaha

Tuesday, June 2, 2009

Stesyen Keretapi Sungkai












Sungkai kini mempunyai sebuah stesyen keretapi yang lebih maju berbanding dulu. Tu lah satu-satunya perkara yang membanggakan aku sebagai anak jati sungkai. Sungkai tempat yang begitu elok bagi aku.

Sunday, May 31, 2009

Tiara Beach Resort

Tempat ni memang menarik. Aku dah pergi dah ke sana semasa bengkel kat sana. Cuma aku tak berkesempatan nak mandi kat taman tema air buatan manusia tu jer....kalau ada family elok sangat bawa ke sana. Tempat pun jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk kenderaan. Di dalam terdapat juga sewaan basikal, permainan komputer, bistro dan macam-macam lagi. Cuba la ke sana. Nice place to holiday..



Gambar ni diambil masa sebelum aku balik KL

Saturday, May 30, 2009

Kampung Muhibbah Motocross




Aku tengok bebudak ni beraksi rasa macam aku pulak sekali nak join... Memang berani bebudak ni. Elok juga tak buang masa dengan merempit kat jalanraya. Ni la bagusnya orang yang tinggal di kampung.... Berani betul bebudak ni...... Tengok tu pakai seluar pendek jer dia buat aksi ngeri tu....heee






Ada nilai seni gambar yang aku ambik ni.... helmet dan motosikal tak boleh dipisahkan....apa macam...ada berani

Friday, May 29, 2009

Tentang Seseorang



Lirik Lagu Tentang Seseorang

Teruntukmu hatiku
Diriku bersuara
merangkai semua tanya
imaji yang terlintas
berjalan pada satu
tanya slalu menggangguku
seseorang itukah dirimu kasih

kepada yang tercinta
di dirinya ku mengeluh
semua resah di diri
mencari jawab pasti
akankah seseorang
yang ku impikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta
akankah seseorang
yang ku impikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimuku bersumpah akan mencinta