Nuffnang Ads

Saturday, April 28, 2012

Demo dan Kesan Kepada Keselamatan Negara


Lihat wajah siapa yang paling banyak kelihatan


Aku sangat bimbang dengan perkembangan negara kita sekarang ini yang rata2 suka berdemo tanpa mengetahui implikasi keselamatan dalam negara jika ini berterusan. Bayangkan dalam ribuan yang hadir pada perhimpunan tersebut terselit la beberapa intel luar negara mengambil kesempatan di atas kekecohan ini. Kita pasti ke yang demo ini adalah demi kebaikan negara atau ia sebagai topeng untuk mengaburi pasukan keselamatan dalam tindakan untuk menyeludup senjata, dadah dan paling penting NGO2 yang kita tidak pasti dari mana asal usulnya mencampuri urusan dalam negara. Sebagai contoh pasukan polis telah menemui bahan letupan di kompleks dayabumi semasa perhimpunan tersebut. Cuba berhimpun cara baik pasti beberapa kes penemuan bahan letupan dan senjata dapat dielakkan...sebenarnya terdapat beberapa golongan subversif yang bertindak dalam diam tanpa kita mengetahuinya. Berhati2 lah dengan segala tindakan kita kerana disebabkan kesilapan kita negara akan menghadapi zaman insurgensi semula...aku nasihat sebagai sahabat dan bukan sebagai penyokong mana2 pihak... kepada adik2 yang masih belajar, banyak lagi garam korang kena makan sebelum korang hendak berteriak pasal reformasi... Baik duduk mentelaah pelajaran daripada mengikuti jejak orang yang kita tidak pasti niat sebenar penganjuran tersebut... Sedih bila aku lihat anak bangsa sendiri turut serta tanpa mengetahui bahawa tindakan mereka tersebut telah mewujudkan lubang2 penyusupan intel-intel yang mungkin hanya menunggu masa untuk menjatuhkan negara ini....Ingat...kebebasan yang kita miliki hanya sekali dan jika ia tergadai sudah terlambat untuk menyesalinya..

Thursday, April 26, 2012

Peluang Melanjutkan Pengajian Tinggi di Dalam Perkhidmatan Tentera



Konvokesyen Khas UMTECH untuk anggota tentera

Baucer Buku 1 Malaysia aku punya...heeee

Siapa kata berkhidmat dalam tentera tidak boleh meningkat?? Kalau ada soalan bodoh macam ni dikemukakan pada aku, aku cakap masuk tentera dulu baru tahu berapa banyak faedah dan peluang yang korang akan dapat sepanjang hidup korang dalam tentera. Jangan kita menilai melalui cakap2 orang yang hanya melalui dengar2 cakap. Masa sekolah aku berjaya dalam SPM tetapi memandangkan aku anak yang sulong daripada 9 orang adik beradik maka hasrat aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang tinggi terpaksa lah dikuburkan dan serta merta aku memohon untuk mengikuti temuduga menyertai ATM ketika itu berumur 18 tahun (masa tu lepas paper terakhir SPM Subjek Bahasa Malaysia) bersama-sama adik aku jadi peneman ketika sesi temuduga pertama di Sek Men Khir Johari, Tg Malim. Pada tahun 2007 aku telah memohon untuk mengikuti pengajian tinggi dan tawaran tersebut telah diterima oleh pihak Universiti Tun Abdul Razak dan MINDEF untuk mengikuti pengajian peringkat  Diploma di bawah program K-Force (Knowledge Force) hasil usahasama Kementerian Pertahanan dan UNITAR (sekarang dikenali UMTECH - University of Management and Technology). Walaupun sukar untuk membahagikan masa meneruskan pengajian, tetapi berkat usaha tinggal 3 subjek lagi sebelum aku menghabiskannya. Biasala... otak dah lama tak diperah untuk belajar tetapi untuk berperang jer...heee.... So jangan lagi ada jawapan bodoh mengatakan askar ni tak ada masa depan. Waima orang yang nak bersara pun diberi peluang untuk mengikuti Kursus Peralihan dimana2 kolej atau tempat yang dihajati untuk menuntut ilmu sebagai persediaan menamatkan perkhidmatan. Sebenarnya bukan offer diploma jer aku dapat tetapi aku telah pun mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di bawah MLVK sebelum ni. Syukur sebelum aku menamatkan pengajian, sekurang2 aku ada sedikit kelulusan dan sedikit pengalaman untuk meneruskan kehidupan. Kalau ada dikalangan anggota tentera tidak merebut peluang ini, adalah menjadi satu kerugian buat mereka dan ada juga suara2 sinis "berhenti askar duk rumah jer...buat apa sijil besar ponco"...lantak korang lah...masing2 punya hal...aku bagi lubang cari peluang, nak tak nak korang pikir sendiri. Klik Sini Sekitar Konvo Khas

Muzium Tentera Darat Port Dickson


Trademark Alpha Company

Tahukah anda bahawa banggunan yang telah dijadikan Muzium Tentera Darat adalah merupakan tempat penginapan Kompeni A iaitu kompeni aku semasa menjalani latihan rekrut pada tahun 1995. Tempat ini meninggalkan seribu kenangan menyaksikan aku dan sahabat2 aku menjalani latihan disini dengan berbagai kisah suka duka dan pahit manis. Aku bersyukur kerana masih berpeluang untuk melihat lagi kompeni aku yang kini dijadikan Muzium Tentera Darat walaupun beberapa bangunan kompeni lain terpaksa dirobohkan atas matlamat pembangunan iaitu Kompeni Echo dan Kompeni Foxtrot yang hanya tinggal nama tetapi bangunan asalnya telah robohkan dan dijadikan bangunan penginapan yang baru untuk Perajurit Muda (dulu panggil rekrut). Pernah aku sekali ke bangunan ni tiba-tiba airmata aku berlinang mengingatkan aku kepada sahabat2 aku dulu kerana ada diantara mereka sekarang telah kembali kerahmatullah kerana sakit ataupun kemalangan. Juga tak lupa kepada Jurulatih2 aku yang mendidik aku sehingga aku boleh sampai ke tahap ini. Aku harap mereka sihat2 sahaja dan kalau ada diantaranya yang telah kembali kerahmatullah aku ucapkan takziah kepada keluarga mereka.

p/s: Pertandingan yang pernah aku sertai semasa rekrut adalah pertandingan kawad, merempuh halangan, jalan lasak 16km dan merentas desa. Tinju last minute kena buang sebab terlebih berat yang dikehendaki. Berat untuk kategori aku pin weight sepatutnya. Trademark Kompeni A adalah Komando Rest iaitu cara berehat menggunakan kepala di atas tar.

Statistik Kemalangan Payung Terjun Melibatkan Anggota Tentera


Allahyarhamah Pbt Awanis ketika bersama 10 Bgd PARA

Sejak era perang Dunia Kedua, banyak kemalangan payung terjun dicatatkan dalam sejarah. Aku bukan nak cerita pasal kemalangan payung terjun melibatkan tentera luar negara, tetapi nak sentuh pasal kemalangan yang melibatkan anggota tentera dalam negara ini sepanjang perkhidmatan aku di dalam tentera. Masih teringat aku dengan kisah 3 srikandi 10 Bgd PARA apabila pertama kali dalam sejarah negara, anggota tentera dari kalangan kaum hawa menyertai Pasukan Aturgerak Cepat tersebut iaitu Pbt Talasiah (ketika itu dan sekarang menjadi Jurulatih payung terjun wanita di 10 Bgd PARA), Pbt DIna dan arwah Pbt Awanis sehinggalah pada 31 Jul 98 Pbt Awanis yang ketika itu sedang menjalani latihan penerjunan bebas telah terlibat dengan kemalangan payung terjun apabila payung utama anggota telah gagal berfungsi dan menyebabkan jurulatihnya mengambil tindakan berani terjun dari pesawat untuk memautnya tetapi turut sama terkorban kerana payung nya juga gagal berfungsi dengan baik menyebabkan kedua-duanya terbunuh di Kem Terendak Melaka. Menurut cerita dari sumber tak rasmi, sebelum kejadian anggota telah minta tukar payung terjun dengan seorang pegawai tentera dan tidak disangka payung tersebut gagal berfungsi dengan baik. Wallahualam. Itu adalah salah satu dari siri kemalangan yang melibatkan anggota tentera ketika menjalani latihan payung terjun. Cuba kita lihat pula senarai di bawah ini:

              Kemalangan payung terjun di LIMA 07 Langkawi    

                   a.   Sep 06 - 2 orang anggota komando terbunuh apabila berlaku pelanggaran di udara
                         ketika sesi latihan terjun bebas melibatkan seorang Pegawai Waren dan Lans Koperal.

                   b.   Dis 07 - Semasa demonstrasi penerjunan anggota 10 Bgd PARA semasa LIMA 07
                         3 anggota dari 10 Bgd PARA telah terbunuh apabila payung terjun mereka tiba-tiba
                         telah dibawa angin ke laut menyebabkan mereka lemas dan hiportemia.

                   c.  Jun 09 - Seorang anggota komando dari Rejimen Gerakhas yang menjalani latihan
                        penerjunan bersama 67 anggota termasuk 12 anggota Rejimen Gerakhas telah
                        terbunuh ketika menjalani latihan penerjunan di Kampung Padang Meha, Kulim.

                   d.  Apr 11 - Limit ak Amis, 38 terbunuh ketika menjalani latihan payung terjun di
                        Sandakan Sabah apabila pada ketinggian 2,438.4 meter anggota menghadapi masalah
                        ketika membuka payung terjun dan mayat ditemua di muara sungai.

Walaupun peratus payung kembang bagi payung jenis statik adalah 99% boleh kembang, jika dibandingkan dengan payung penerjunan bebas dianggarkan 50% untuk kembang (menurut pakar payung terjun) tetapi kemalangan seperti ini tidak dapat dielakkan samada ia disebabkan kecuaian manusia mahupun teknikal. Apapun kita serahkan kepada yang esa. Ini adalah diantara kemalangan melibatkan anggota payung terjun yang digazetkan di dada2 akhbar. Mudahan keluarga2 anggota ini diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan terutama yang telah mempunyai anak isteri semoga tabah. Doa kami dari ATM semoga kehidupan anda lebih sempurna dan berbanggalah bahawa anak, suami anda berlatih untuk berperang demi keamanan bumi bertuah ini. Al-Fatihah  

Wednesday, April 25, 2012

Definasi Perjuangan


Perjuangan,
Apa erti perjuangan pada dirimu
Adakah hanya pekikan merdeka...merdeka...merdeka..?
Adakah ianya hanya mengusung senjata?
Ah...banyak sungguh definasinya perjuangan

Bagiku..
Perjuangan adalah sesuatu besar ertinya dalam kehidupan
Menjangkau masa depan memikirkannya
Perjuangan adalah lebih dari segala-galanya..
Bila difikir sedalam-dalam di benak hati ini
Adakah kita seorang pejuang menegak kebenaran?

Biarlah orang menilai siapa kita
Janganlah kita menilai siapa diri kita
Samada pejuang ataupun tidak kepada sesiapa jua
Tidak kira apa asas perjuangannya
Agar dapat memberi manfaat kepada anak bangsa juga negara
Kekal aman seluruh semesta
Itulah erti sebuah perjuangan...




Tuesday, April 24, 2012

Kepelbagaian Tactical Boot




BEBERAPA JENIS BUT TAKTIKAL

Tactical Boot atau dalam bahasa melayunya But Taktikal biasanya hanya dipakai oleh anggota pasukan khas terutama Komando. Aku masih ingat dahulu bila terlihat sahaja beberapa orang komando mengenakan but taktikal ni ianya nampak lebih kemas. But taktikal dipakai oleh anggota pasukan khas adalah dengan tujuan untuk membantu anggota pasukan khas membuat serbuan mengejut dan terjun payung untuk mengurangkan hentakan pada anggota badan.  Bahagian tapak kasut yang lembut (seakan kasut sukan) dapat memberi keselesaan kepada penggunanya. Kalau dulu kasut yang top dalam senarai equipment RGK adalah but taktikal jenama MAGNUM - Hi-Tech. Sekarang didapati banyak kasut taktikal yang banyak dipasaran seperti 5.11, MAGNUM, SWAT, Delta dan sebagainya... Sekarang pun aku tengok banyak dikalangan anggota tentera telah mengenakan kasut taktikal ini kerana ianya lebih selesa dan ringan. Anggota tentera yang berkhidmat di bawah PBB seperti misi UNIFIL dan ISAF telah diissue but taktikal SWAT yang lebih efisyen di kawasan padang pasir. Cuma kalau ada perbarisan rasmi kasut tu kasi simpan la.... :)

Saturday, April 21, 2012

Adakah Anda Gembira Bila Sudah Berpencen Dari Perkhidmatan Tentera??


Soalan yang sentiasa bermain difikiran saya.. Adakah mereka2 yang telah berpencen gembira sekarang dengan hidup diaorang?? Banyak yang telah aku baca dan menyelidik perihal anggota tentera yang berpencen atau tidak berpencen. Yang berjaya diharapkan terus berjaya dan yang kecundang inilah yang menjadi masalah kepada kehidupan. Kadang2 aku terpikir macam mana nasib aku nanti bila sudah berpencen samada aku menjadi seorang yang berjaya atau sebaliknya. Maklumlah aku hidup selama hampir 18 tahun di dalam perkhidmatan tentera dan tidak banyak pengalaman di dalam kehidupan sebagai orang awam. Di dalam perkhidmatan semua rasa plan akan berjalan baik seperti yang kita rancang dan bila sampai masanya apa yang akan jadi pun tak tahu. Sebagai seorang anggota tentera aku mengingatkan kepada sahabat2 diluar sana agar meneruskan perkhidmatan sehingga berpencen. Walau kita tak ada kerja sekalipun bila berpencen nanti, sekurang2 kita telah ada wang pencen untuk menyara kehidupan isteri dan anak2. Kita tidak tahu masa bila kita akan susah dan bila kita akan senang kerana rezeki Allah yang berikan. Maka beringat itu adalah penting dan janganlah kita kecundang selepas berhenti dari perkhidmatan padahal semasa kita berkhidmat kita lah yang terbaik dan terpilih tetapi kenapa berakhir dengan kegagalan bila kita diluar sana. Tidak dinafikan unit tempur dan unit bantuan tempur merupakan unit paling menguji tahap kesabaran kita dengan operasi, latihan sana sini serta tekanan yang dihadapi di tempat kerja. Bersabarlah wahai sahabat semua sama ada susah atau senang. Fikirkanlah keluarga kita sebelum kita membuat sesuatu keputusan yang salah yang akhirnya merugikan kita. Aku mengingatkan diri aku dan sahabat2 semua bertahanlah sehingga sampai umur persaraan demi keluarga dan bukan kerana kepentingan diri kita. Kepada sahabat2 kita yang gagal diluar sana, perjalanan masih jauh dan berusahalah sepertimana anda pernah berkhidmat sepenuh hati di dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda dulu. Jangan mengalah dengan keadaan sebaliknya jadikan kegagalan sebagai permulaan satu kehidupan baru. Klik sini cerita pasal duit pencen

Friday, April 20, 2012

Video Demonstrasi Anggota Komando dari 11 RGK sempena DSA 2012 di PWTC


Mari sama-sama kita saksikan demonstrasi pertunjukan menyelamat tebusan yang dilaksanakan oleh anggota 11 RGK dari Tim Projek Tiger Team Black dan Projek Tiger Shark. Terima kasih kepada bro army reco.

NIlai Murni Dalam Masyarakat Malaysia Makin Terhakis



Berhati-hati itu memang penting terutama bila berhadapan orang ramai yang kita sendiri tidak kenal atau mengenali mereka. Tapi ada kalanya kita harus lebih mengenali seseorang itu samada individu terbabit seorang yang baik atau sebaliknya. Aku ingin berkongsi satu kisah di Terminal Bas Selatan pada 20 Apr 12. Pada hari berkenaan aku ditugaskan untuk ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan beberapa perkara berkaitan pekerjaan aku. Dalam perjalanan ke Terminal Bas Selatan isteri aku memaklumkan bahawa susu anak aku nak habis jadi dia minta masukkan duit sebelum maghrib. Memandangkan aku hanya ada wang tunai masa tu, aku pusing keliling TBS untuk mencari mesin cash deposit. Malang aku tidak menemui mesin tersebut. Jadi aku mendapat idea iaitu memohon tolong dari seseorang untuk transferkan wang tu ke akaun isteri aku. Disitu aku bertemu dengan seorang gentlemen (kononnya kalau cakap dengan wanita) aku memohon bantuan dia untuk transferkan ke akaun isteri aku dan aku telah awal2 memegang wang tunai untuk diberi kepadanya sekiranya dia dapat transfer ke akaun isteri aku (takut dia ingat aku nak kapur duit dia). Dalam aku mintak no akaun isteri aku tu (asalnya ok mamat tu nak tolong katanya la tapi ngangguk macam paksa je) dia bleh kata dia dah keluarkan semua duit dalam akaun dia. Lepas tu boleh kata minta maaf kata nak cepat. Ada akai ka?? Tapi aku redha jer la sebab bukan duit aku. Tapi aku kesal dengan sikap orang sebegini yang terlalu berhati2. Nak hati2 pun tgk keadaan la..bukan aku tak ada wang tunai untuk diberi balik. Masalah aku cuma tak ada duit dalam akaun maybank. Cuma wang tunai sahaja. Takkan lah aku kena tunjuk MyTentera aku dengan uniform aku dulu baru nak tolong kut..... Tapi mamat ni aku tengok macam keret skit...berbeza dengan seorang wanita yang aku mintak tolong kenalpasti lokasi TBS semasa di Stesen LRT Masjid Jamek dengan panjang lebar menceritakan macam mana nak pergi sana. Aku ingat kalau aku menyamar jadi perempuan mesti mamat ni cepat jer nak tolong kan.... Yer la aku muka pun tak berseri asyik kena panas jer, sebijik macam muka orang pecah pintu....hahahaha... Aku harap Allah membalas sikap dan perbuatan mamat ni...aku tak salahkan dia cuma aku kesal dengan perbuatannya itu. Korang bayangkan anak aku nak minum susu pada masa tu duit tak ada nak beli susu. Isteri aku pun bagitahu last minit mana aku nak cari cash deposit kat TBS tu. Harap kalau ada sesiapa yang bekerja di mana2 bank atau di TBS mohon kemukakan cadangan meletakkan mesin cash deposit di TBS kerana tiada tempat lain yang boleh pergi lagi kalau dah sampai kat stesen tu. Ambik lah iktibar dari kejadian ini dan kalau nak berhati-hati pun tengok lah situasi sebenarnya.

Thursday, April 19, 2012

Kemalangan melibatkan kenderaan tentera


Satu pengalaman yang tidak boleh aku lupakan apabila semalam aku terlibat dengan kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan yang aku naiki bersama-sama dengan anggota pasukan aku terlibat dengan kemalangan. Masa tu rasa seperti ajal aku telah tiba bila sebuah kenderaan awam telah merempuh sebelah kanan kenderaan yang dinaiki aku menyebabkan kenderaan tentera yang dinaiki berguling dua kali menyebabkan beberapa orang dari anggota aku cedera ringan. Walau pada semalamnya tidak ada apa-apa kesakitan dirasai, tetapi hari baru dapat aku rasakan beberapa bahagian badan aku mulai sakit walau aku tidak mengalami luka2 serius.. Allah telah memberi harapan kepada aku untuk bertakwa kepadanya. Aku bersyukur apabila kesemua anggota aku terselamat dalam kejadian tersebut dan pada malam ini pasukan aku akan mengadakan tahlil dan doa selamat serta kesyukuran di atas kejadian ini. Semoga antara kita sentiasa beringat bahawa kemalangan tidak mengira usia, pekerjaan, kaya atau miskin dan apabila Allah berkehendakkan sesuatu itu berlaku maka akan berlakulah ia.

Monday, April 16, 2012

Pameran DSA 2012 - Pameran Pertahanan Terbesar Asia

Demo ULK 11 RGK - Gambar oleh NS Shah

Defence Services Asia adalah pameran pertahanan terbesar di asia yang kini sedang berlangsung di PWTC mulai 16 sehingga 19 Apr 12. Pameran ini telah mula dilaksanakan pada tahun 1988 dan sehingga kini, Malaysia telah menyaksikan angkatan tentera kita telah melalui proses permodenan sebagai contoh pembelian Sukhoi, Kapal Selam Scorpene, Persenjataan dan Kenderaan-kenderaan darat untuk kegunaan ATM. Sehubungan itu, kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk mengambil photoshoot boleh la ke PWTC pada tarikh yang dinyatakan. Terdapat beberapa negara mengambil bahagian di dalam acara ini dan Malaysia di wakili DRB Hicom, Sapura Telecomunication, DEFTECH dan beberapa syarikat lagi. Pada pameran itu juga ada dilaksanakan demonstrasi pertunjukan dari unit antikeganasan 11 Rejimen Gerakhas yang cukup dikenali sebagai Man In Black dan pernah membuat demonstrasi menyelamat tebusan di Dataran Merdeka pada tahun lalu. Jangan lepaskan peluang. Enjoy it...

Friday, April 13, 2012

Thursday, April 12, 2012

Future Soldier

Apa gambaran dalam kepala korang bila disebut Future Soldier?? Mesti anda membayangkan bahawa Future Soldier ni mesti nampak seperti ala2 Ironman, Robocop, Captain Future dan sebagainya seperti apa yang anda gambarkan. Untuk menghadapi dunia yang semakin maju, Malaysia tidak terkecuali dengan pembangunan Future Soldier untuk pasukan tenteranya agar tidaklah ketinggalan zaman. Membangunkan teknologi tinggi kepada anggota tentera bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya mengambil masa yang lama untuk mengkaji dari segi persenjataan masa depan, pakaian, gear dan sebagainya. Sebagai contoh, STRIDE kini sedang mengkaji untuk membuat pakaian tentera (celoreng camo digital) bagi kegunaan anggota tentera. Pakaian ini boleh dikatakan amat berteknologi tinggi kerana ianya adalah anti termal yang membolehkan anggota tentera kita tidak dapat dikesan musuh menggunakan teropong malam umpamanya. Sesuatu yang boleh dibanggakan, kerana kita masih mempunyai rakyat yang mempunyai penilaian yang tinggi dalam penghasilan camo untuk pakaian anggota tentera. Bahagian Kajian Teknologi Pertahanan sedang bertungkus lumus untuk menghasilkan Future Soldier ini. Macam mana agaknya yang dikatakan Future Soldier?? Kita tunggu sahaja hasil titik peluh rakyat kita sendiri nanti.

Penyanyi dan Pelakon Korea RAIN Menyertai Tentera

Kalau sebut sahaja nama RAIN pasti rakyat di negara ini mengenali siapa dia. Sapa lagi kalau tak penyanyi K-Pop pujaan wanita...heee...RAIN diberitakan telah menyertai latihan ketenteraan dan seterusnya di kerah untuk menyertai tentera. Kalau kita perhatikan, walau sepopular mana pun RAIN ni tapi hati tetap ada nilai-nilai patriotik untuk mempertahankan negara. Berapa banyakkah artis yang betul-betul komitmen seperti RAIN ni. Sepanjang tempoh 21 bulan, RAIN akan bergiat aktif dengan dunia ketenteraan. Ingat kalau Malaysia buat macam ni ada jer alasan mak bapak tak bagi anaknya terlibat dengan dunia tersebut. Lihat sahaja program PLKN pada asalnya hendak dibuat seperti NS Singapore tetapi terlalu banyak alasan remeh temeh dan kebimbangan mak bapak yang tak tentu pasal. Tidak dinafikan latihan ketenteraan adalah amat mencabar tetapi apa salahnya kalau ia untuk kebaikan negara. Maka fikir-fikirkanlah natijahnya kalau kita tak berubah dari sekarang. Aku berani katakan, kalau rakyat Korea ini diberi senjata, mereka tidak ada masalah menggunakannya disebabkan latihan NS mereka mirip kepada ketenteraan sedangkan PLKN kita tidak ubah seperti kem musim cuti sekolah. Korang fikir lah sendiri

Tuesday, April 10, 2012

Daulat Tuanku. Sembah Tahniah di Atas Perlantikan Sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong


Ampun Tuanku, patik merapat sembah tahniah
kepada Tuanku berdua, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri
Agong.
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU


Sekitar pengambaran filem BRAVO LIMA





Filem Bravo Lima

Filem melayu bergenre perang akan ditayangkan ke layar perak tidak lama lagi. Majlis pelancaran filem tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Wisma Transit Kuala Lumpur pada 09 Apr 12. Diberitakan filem tersebut adalah berdasarkan kisah sebenar dari operasi Rahsia Rejimen Gerakhas semasa penjajahan komunis. Walau pun kita tidak ada lagi pengalaman dalam pembanterasan gerakan pelampau selepas insiden Sauk, kisah-kisah sebegini haruslah sentiasa diketengahkan supaya dapat membuka mata orang ramai betapa tentera kita juga terlibat dengan banyak misi "bunuh diri" yang meletakkan kepentingan negara melebihi keperluan sendiri. Jangan kita terlupa pada kemakmuran yang dikecapi kini kerana ianya pasti suatu masa tidak akan kekal jika ada antara kita masih bermusuhan sesama sendiri. Moga filem ini memberi kejayaan yang baik dan berharap pada tahun 2012 lebih banyak filem epik perang boleh diketengahkan oleh pengarah-pengarah filem muda yang mantap. Harap mutunya adalah lebih baik sekurang2 nya seperti filem Lt Adnan yang diarahkan oleh Aziz M Osman. Pelakon utama filem ini adalah Remy Ishak, memegang watak Lt Azri (RGK - Rejimen Gerakhas).