Nuffnang Ads

Monday, May 28, 2012

Siapa Bashar Al-Assad Yang Melakukan Kekejaman Kepada Rakyat Syria







Gambar-gambar kekejaman yang dilakukan oleh tentera-tentera Bashar


Manusia laknat..Bashar Al-Assad


Assalamualaikum wbt pembuka bicara saya pada kali ini kepada kaum muslimin dan muslimat walau dimana sahaja anda berada di dunia Allah ini. Pada kali ini saya nak sampaikan sikit maklumat berkenaan siapa sebenarnya Bashar Al-Assad yang menerajui kepimpinan di Syria ketika ini.  Sebenarnya aku tak ambik "port" sangat pasal si Bashar ni kerana aku beranggapan di ni seorang Muslim yang seagama dengan mana-mana umat Islam di dunia ini. Tetapi apabila aku terpandang beberapa keping foto yang boleh menaikkan darah mana-mana umat Islam di dunia ini di atas kebiadaban dan kekejamannya terhadap umat Islam di Syria aku terpanggil untuk mengetengahkan isu ini kepada rakyat di negara ini dan seluruh nusantara dan juga di bawah kerajaan Islam.  Kalau dilihat kepada foto-foto yang ada jelas kepimpinan Bashar Al-Assad yang juga seorang Syiah Alawiyah sudah terpesong jauh dari realiti hidup seorang muslim dan beliau boleh disamakan dengan Serbia yang pernah membunuh orang Islam Bosnia pada tahun 1992 sehingga 1995. Juga tidak ada bezanya dia dengan Firaun dan Kamal Atarrtuk yang pernah mengubah ayat suci Al-Quran kepada bahasa Turki (baca kisah Kamal Attartuk). Sebak hati melihat kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa diperlakukan seperti binatang oleh tentera-tentera Bashar. Sehingga awal Mei 2012 seramai 14 356 rakyat Syria kebanyakan pengikut Ahlus Sunnah Waljamaah telah menjadi korban dihujung senjata tentera-tentera Bashar. Tidak tahu dimana silapnya, negara Islam hanya membisu jumlah kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Dimanakah keadilan kepada rakyat Syria terutama berfahaman ASWJ. Bersamalah kita berdoa agar saudara se Islam kita mendapat perlindungan daripada Allah SWT dan sebarkanlah maklumat ini sekiranya kamu seorang Ahlus Sunnah Waljamaah.  Janganlah kita sesama Islam di negara ini bergaduh sesama sendiri dan ambillah ikhtibar di atas tragedi yang berlaku di Syria pada ketika ini. Baca seterusnya KLIK SINI

p/s Berjaga-jaga dengan gerakan yang ingin menjatuhkan kerajaan Islam. Mungkin ada dalang disebalik kekejaman di Syria. Tak perlu aku sebutkan kerana banyak sudah negara-negara Islam yang telah ditumbangkan oleh gerakan ini. Korang fikir la sendiri....Wallahualam..

5 comments:

  1. Salam saudara Canang,

    Satu entri yang sungguh menyayat hati dan membuka minda sesiapa jua yang "berhati manusia". Apalah dosanya anak2 kecil yang baru ingin mengenali dunia dan kehidupan ini ...Mereka2 yang melakukan kekejaman ini lupa atau sengaja menafikan kalimah dan perintah Allah swt...Firman-Nya,

    "Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatkannya, dan menyediakan bagi mereka azab yang besar." (4:93) .

    Ketentuan Allah swt pasti akan tiba jua...Justeru, sebagai hambaNya, banyak2lah beringat akan perintahNya. Semoga kita tidak hilang rahmat kasihNya sehinggakan kita juga ditimpa kebinasaan dan kehancuran. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. Moga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman dan kepada yang melakukan kekejaman tersebut moga Allah memberi balasan yang amat pedih terhadap mereka

    ReplyDelete
  3. lama tak update blog en Anuar? busy yaa??? tak tergamak nak tgk posting ni, byk sgt gambar mengerikan. Syria sekarang, kita tak tahu siapa benar siapa betul...betulkah Assad tu kejam seperti digembar-gemburkan oleh media US? Atau cuma sebahagian daripada perancangan US & Israel utk NWO...ngeri bila fikir...

    ReplyDelete
  4. Yer cik faye..sibuk sikit la sekarang ni...semalam baru balik dari Pangkalan TLDM lumut. Sukan Intra Kor. 4 hari berkampung di sana... Wallahualam...banyak negara Islam ditumbangkan dengan cara begini...mungkin ada dalangnya

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang mula berpuasa hari ini, Moga ibadah kita dipenuhi dengan keberkatan.

    Dengan kedatangan Ramadhan, kita juga berharap umat Islam di negara-negara yang bergolak akibat peperangan khususnya perang saudara di Syria dan pergolakan di Mesir akan bersama-sama menerima seruan agar menghentikan segala bentuk pertelingkahan sesama Islam.

    Saya juga telah melengkapkan analisa mengenai ketiga-tiga negara yang bergolak iaitu Mesir, Syria dan Turki seperti di bawah :

    1. Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniah kini bergolak
    2. Krisis politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II
    3. Perang saudara di Syria : Perang proksi AS dan Russia

    Moga kita di Malaysia mendapat iktibar daripada pergolakan tersebut dan menginsafi keamanan yang kita kecapi hari ini.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/perang-saudara-di-syria-perang-proksi.html

    ReplyDelete