Nuffnang Ads

Wednesday, May 2, 2012

Perang Saraf


Pada pemahaman aku Perang Saraf (Psy-War) adalah salah satu kaedah peperangan mempengaruhi minda seseorang melalui kata2 peransang meyakinkan serta memberi gambaran benar walaupun sebenarnya ia adalah sesuatu  pembohongan pemikiran daripada realitinya. Maksud Perang Saraf ini mungkin luas tetapi itu berdasarkan kepada pemahaman aku. Perang Saraf telah digunakan oleh pihak tentera barat melalui beberapa konspirasi bagi menghalalkan serangan terhadap sesebuah negara sebagai alasan kukuh untuk meyakinkan rakyat bahawa negara ni dan negara itu adalah negara yang melahirkan pengganas ataupun menaikkan semula populariti seseorang individu yang imejnya semakin jatuh. Sebagai contoh serangan ke atas bangunan WTC adalah konspirasi terancang (menurut beberapa pihak) yang menyebabkan ribuan orang terbunuh serta konspirasi serangan Pearl Harbour yang dikatakan beberapa pihak sebenarnya pihak barat telah mengetahui akan serangan yang akan dilakukan oleh tentera Jepun tetapi dengan niat untuk melancarkan serangan bom atom ke atas bandar Hiroshima dan Nagasaki konspirasi tersebut terpaksa dilaksanakan walaupun ianya melibatkan nyawa tentera yang tidak bersalah. Tak perlulah aku cerita panjang lebar mengenai negara yang suka berkonspirasi ni (tak dapat dipastikan kesahihan. Sekadar sebagai rujukan)
 
 
Pada hari ini Malaysia telah menuju ke negara maju dan penggunaan jalur lebar dan wujudnya dunia tanpa sempadan telah memberi ruang kepada pengkarya-pengkarya melalui penulisan blog-blog samada untuk politik, kekeluargaan, pertahanan dan sebagainya. Apa yang aku nak tekankan sekarang adalah Perang Saraf melalui media ini yang dilihat semakin kritikal mempengaruhi pemikiran rakyat di seluruh dunia terutama aku nak tekankan adalah rakyat di negara ini. Betapa bahayanya Perang Saraf ni adalah lebih bahaya dari face to face battle kerana melalui penulisan dan pengolahan blog yang berkesan ianya boleh mempengaruhi pemikiran dan ideologi seseorang itu. Sebagai contoh, situasi politik di negara ini begitu hangat dengan kehadiran blogger-blogger yang berperang untuk memenangi pemikiran pengikut dan orang lain selain dari pengikutnya agar bersama dengan parti si polan dan sipolan. Bagi aku ianya adalah sangat merbahaya kerana dari pemerhatian aku terdapat blog yang berunsurkan komunisme dan berfahaman revolusi telah mula menular. Jika pihak berwajib tidak memantau perkara ini ia boleh memberi banyak impak yang buruk kepada situasi politik negara hari ini.

Aku pasti dan yakin terdapatnya gerakan sulit dari luar negara ini telah menyusup masuk melalui penulisan blog yang menghasut untuk menjatuhkan negara tercinta ini. Apa pun aku berharap badan-badan perisikan negara seperti DISD dan KDN dapat memantau aktiviti blogger2 yang cenderung kepada keganasan serta gerakan yang boleh menjatuhkan negara ini. Kita lihat bagaimana terdapat gerakan menggunakan medium internet di Mesir sedikit masa dulu untuk menjalankan gerakan penentangan terhadap kerajaan sedia ada pada ketika itu melalui keganasan sehingga menyebabkan ramai yang terkorban dan banyak kerosakan yang berlaku. Memang diakui mereka berjaya tetapi apa yang berlaku sehingga hari ini?? Akhirnya rakyat yang rugi dan aku mengingatkan kepada kawan2 semua, jika anda memberi ruang yang luas kepada gerakan luar sebenarnya anda telah memberi masa depan yang buruk kepada negara dan anak cucu kita. Mungkin ada kawan2 kita diluar sana boleh memberi pendapat yang lebih bernas mengenai Perang Saraf ini.

6 comments:

  1. Salam saudara Canang,

    There are but two powers in the world, the sword and the mind. In the long run the sword is always beaten by the mind (Napoleon Bonaparte). For example, the British bombarded the frontline not only with drum-fire of shells, but also with a drum-fire of printed paper. Besides bombs which kill the body, they drop from the air leaflets which are intended to kill the soul. Sir General Templer ada menyatakan, "untuk memenangi peperangan, kita mesti memenangi hati dan minda rakyat" Capture their minds and their hearts and souls will follow. Lihatlah juga apa yang berlaku dengan tentera Amerika di Perang Vietnam. Amerika tewas bukan kerana kelemahan kuasa tentera tetapi mereka kurang gerak perang saraf. Rakyat Vietnam diabai, banyak masalah sosial berlaku akibat perbuatan askar Amerika sendiri. Baca, fikir dan renungilah...janganlah sampai sejarah ini berulang; di bumi Msia tercinta ini. Hargailah keamanan yang telah sekian lama kita kecapi ini hasil dari titsan darah, keringat dan pengorbanan nyawa pejuang terdahulu. Bukan semudah yang disangkakan... Dalam apa-apa peperangan, pergaduhan atau pertelingkahan, perkara utama yang mesti dilakukan ialah memenangi hati dan minda rakyat. Gerak perang saraf ini tak ada hadnya. Macam-macam boleh dilakukan. Bijaklah membezakan antara memenangi atau meracuni! Kombinasi jaringan bersepadu tentera, polis dan orang awam dengan menggunakan asas psikologi menghasilkan kejayaan dalam mengekalkan kestabilan perpaduan berbilang kaum.

    p/s In PsyOp, if our opponent is of choleric temper, try to irritate him. If he is arrogant try to encourage his egotism. If the enemy troops are well prepared after reorganization, try to wear them down. If they are united, try to sow dissension among them. To capture the enemy's entire army is better than to destroy it; to take intact a regiment, a company, or a squad is better than to destroy them. For to win one hundred victories in one hundred battles is not the supreme of excellence. To subdue the enemy without fighting is the supreme excellence. (from Sun Tzu The Art Of War) . Don't get hypnotized by the enemy's propaganda as a rabbit is by a snake. “Thus, there was no point in seeking to convert the intellectuals. For intellectuals would never be converted and would anyway always yield to the stronger, 'and this will always be the man in the street. Arguments must therefore be crude, clear and forcible, and appeal to emotions and instincts, not the intellect. Truth was unimportant and entirely subordinate to tactics and psychology...Hatred and contempt must be directed at particular individuals” (H. Trevor-Roper - in Great Military Disasters). So, be psyop-smart…unless we want to jeopardise this land of peace. No regrets coz then it would mean nothing!

    Saudara Canang, in my humble opinion, your perspectives of PsyOp or PsyWar is definitely is true. Well then Canang, I now rest my case ;-D.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas ulasan nur_emyinda yang panjang lebar itu.. Saya baru2 ni semasa hendak menukarkan baucer buku BB1M terjumpa buku Sun Tzu The Art of War. Banyak orang dah bercerita pasal buku ini tetapi saya tak pernah baca pun isi kandungannya... Nampak menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Canang,

      Sun Tzu The Art of War - memang menarik! Bagi saya, ianya tidak menjemukan, berulang kali saya membacanya. Sebuah buku berbaloi dibeli dan dimiliki; saiz = harga = isi kandungannya. Nanti boleh bawa bersama ke Congo ;-D.

      Delete
  3. Salam saudara Canang,

    Tahniah! Very dynamic blog with ever changing template and background. Sejak kenal blog ni rasanya dah tiga kali blog ni berubah wajah. Baru semalam tengok hari ni dah lain pulak headernya. Anyway, i love the phrase - Hidup penuh dugaan dan mati adalah ketentuan. True indeed! Well done Canang!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih nur_emyinda. Sekali sekala kena berubah jugak...jemu plak tgk macam tu jer...

    ReplyDelete
  5. Mn no dapat buku military watcher?? Nk beli..

    ReplyDelete