Nuffnang Ads

Saturday, May 12, 2012

MyWay Filem Perang Yang Menyentuh Perasaan






Antara babak dan pelakon filem My Way


Semalam aku keluar ke bandar untuk makan malam. Boring-boring aku singgah la kat kedai menjual CD. Sambil belek-belek CD aku terpandang CD yang ditayangkan di monitor tv di kedai tersebut dan bertanya pada tokey tu "filem apa ni?? Cerita MyWay bos. Filem Korea". Aku pun apa lagi beli jer la CD tu nak tgk filem perang ni sebab nampak macam menarik. Sebelum tu aku membeli CD filem CHRONICLES, jadi sebaik sampai rumah aku layan la filem CHRONICLES ni dulu. Habis je aku tgk filem tu aku buka pula CD filem MyWay tu.

Filem MyWay mengisahkan kehidupan seorang pelari marathon jepun sebelum meletus perang dunia kedua. Filem diinspirasi dari penemuan gambar seorang lelaki Asia yang bersama-sama dengan tentera Jerman yang ditawan semasa penaklukan tentera bersekutu di Normandy. Kisah bermula bila 2 kanak2 dari 2 negara Jepun dan Korea bertemu. Jun Shik adalah kanak2 berasal dari Korea dan bapanya adalah orang gaji di rumah datuk Hasegawa Tatsuo. Jun Shik sejak kecil bercita-cita untuk menjadi jaguh pelari marathon dan Hasegawa Tatsuo yang di lahirkan dalam keluarga berada juga mendapat latihan profesional sebagai pelari marathon juga mempunyai cita-cita yang sama. Jun Shik menjadi musuh utama kepada Hasegawa Tatsuo apabila bapa Jun Shik dituduh memberi bom kepada datuknya seorang tentera imperial dan bermulalah kisah suka duka dua sahabat ini.  

Jun Shik telah dipaksa menjadi tentera imperial Jepun kerana terlibat dengan pergaduhan yang disebabkan oleh keputusan hakim yang memihak kepada Hasegawa Tatsuo didalam larian marathon walaupun sebenarnya Jun Shik adalah pelari marathon yang memenangi larian tersebut. Di dalam dunia ketenteraan Hasegawa Tatsuo merupakan seorang Kolonel di dalam tentera Imperial dan telah menggunakan kuasanya untuk mengenakan Jun Shik yang hanya sebagai perajurit tentera imperial Jepun. Kisah ini sangat panjang sehingga perjuangan mereka bertukar 2 tangan tentera iaitu berkhidmat dengan tentera Soviet dan Jerman.

Pada akhir filem ini, mereka menjadi sahabat yang baik setelah melalui kesukaran menjadi tawanan perang Soviet dan akhirnya tawanan soviet ini pula telah dikerah untuk menjadi tentera Jerman. Sebelum penaklukan tentera bersekutu di pantai Normandy, mereka berdua telah merancang untuk lari dari perang tetapi pada keesokkannya perang telahpun bermula sehingga memaksa mereka lari meninggalkan medan perang bersama. Di dalam hujan peluru dan bahan letupan Jun Shik telah terkena serpihan bom dan mati disisi sahabat dia sejak kecil itu (Hasegawa Tatsuo) dan sebelum Jun Shik mati dia sempat berpesan kepada Hasegawa agar terus menjadi seorang pelari marathon kalau mahu lihat dia (Jun Shik) hidup dalam dirinya. Cerita ini memang menyentuh perasaan dan penuh dengan aksi ngeri. Ia juga lebih kepada cerita sayangkan negara masing-masing dan adakah tentera itu sebenarnya jahat seperti yang digambar melalui sejarah-sejarah.

Sebenarnya cerita ini telah ditayangkan pada bulan April yang lalu tetapi sebab aku ni bukan suka tengok filem korea atau jepun. Bila aku menonton filem ni, ia telah menarik aku untuk menontonnya sehingga akhir cerita tersebut. Memang terbaik... Tak hairanlah bahawa filem ini telah mencapai kutipan RM 104 billion.

4 comments:

  1. nak sangat tengok movie ni,1st time tgk preview da jatuh hati...thanx mr canang explain jalan ceritanya...;)

    ReplyDelete
  2. sama-sama. Memang sebuah filem yang menyentuh perasaan melibatkan persahabatan dan jaringan hubungan antara negara...

    ReplyDelete
  3. mesti sedih kan citernya...malas nak tengok hahaha...nnt banjir dlm panggung, kalau tgk Bukit Kepong tu...walaupun dah berpuluh/beratus kali tengok still bergenang2 air mata hehehe wek...(gelakkan diri sendiri).

    ReplyDelete
  4. Memang sedih...cd pirate keluar dah...gambar A la...saya tgk 2 kali dah tak jemu lagi

    ReplyDelete