Nuffnang Ads

Friday, July 6, 2012

Kanak-kanak 4 Tahun Diselamatkan oleh Anggota Rejimen Gerakhas

Gambar Hiasan
Jumaat 06 Jul 12 - Kisah ini adalah cerita benar dan baru sahaja berlaku (kelmarin) yang melibatkan seorang anggota Gerakkhas dari 21 komando yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke kem iskandar (kalau tak salah).

Peristiwa ini berlaku pada sekitar jam 6 petang di perhentian Jeti Mersing. Abg komando kita ini baru sahaja sampai di kawasan sekitar itu setelah turun dari bas. Sambil beliau sedang duduk menantikan kenderaan yang dijanjikan oleh salah seorang koperalnya? beliau terdengar satu jeritan orang ramai yang meminta tolong dari Jeti tersebut.

Tanpa berlengah lagi abg komando kita ini terus belari kearah suara orang ramai yang meminta pertolongan tadi, Sesampai sahaja dia di jeti tersebut, beliau terlihat ada seorang budak yang sedang tengelam timbul dipermukaan laut dan seperti sedang kelemasan. Beliau melihat diantara orang2 yang mula berkerumun itu tak ada siapa pun nampak nya ingin membantu selain dari hanya melihat anak kecil itu mati kelemasan dihadapan mereka.

Abg komando kita dengan hanya sempat mengeluarkan dompetnya dari seluar (mungkin takut dompetnya basah) terus terjun kedalam air untuk menyelamatkan anak itu walaupun terjunan itu sebenarnya berisiko kerana ia dibuat di kawasan yang terdapat pokok bakau mati. Dengan latihan dan kepantasan beliau berfikir dalam keadaan kecemasan anak itu akhirnya dapat diselamatkan dan dibawa naik kedarat.

Kejayaan abg komando kita ini menyelamatkanseorang kanak2 yang hampir mati lemas telah disambut dengan tepukan yang bergemuruh oleh orang2 sekitar yang sedang berkerumun menyaksikan adegan REAL DEMO dari anggota gerakhas kita. Seorang wanita telah berlari mendapat kan anak itu dan bersyukur kanak2 itu selamat.

Tak tahu bagaimana hendak membalas budi abg komando kita ini wanita dan teman lelakinya telah menghulurkan RM50.00 diulangi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA sebagai bayaran penghargaan jasa abg komando ini menyelamatkan nyawa.

Abg Komando kita merasa sangat terhina bukan kerana nilai 50 ringgit itu tapi dengan pemberian itu seolah2 jasa nya itu boleh dibayar dgn wang ringgit tak pun memang dia bekerja mencari upah menyelamatkan orang lemas di Jeti Mersing itu. Wang kertas itu telah dikembalikan kepada wanita berkenaan, lalu anggota telah menasihati pasangan tersebut dengan nada yang sedikit marah ( yang mana kanak2 itu adalah anak saudara pada wanita itu dan dia berada disitu untuk berjumpa dgn teman lelaki nya)

Kepada yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut sila lah membetulkan apa sahaja kesalahan fakta yang terdapat dalam cerita ini. Dan kepada wanita itu, cuba lah fikir masak2 bahawa tindakan awak memberi wang itu lebih kepada menghina anggota komando itu daripada menghargai jasa beliau.

Kalau lah admin jadi wanita...budak komando itu automatik jadi anak/saudara admin. kat situ juga admin akan mengaku dia adalah saudara admin dan ingin terus berhubung dengan beliau untuk terus mengeratkan tali persaudaraan yang baru sahaja terikat itu tadi. Admin sendiri akan menelefon ibunya dan memberitahu kepada ibunya bahawa anak kesayangan beliau telah melakukan satu jasa yang tak terbalas oleh admin. TERIMA KASIH KEPADA IBU2 YANG TELAH MELAHIRKAN PERWIRA NEGARA.
P/S Diceritakan sendiri oleh ibu kepada anggota Gerakhas tersebut kepada saya. Cerita di olah oleh Admin Page FB Rejimen Gerak Khas.

14 comments:

  1. waduh, terharu membacanya :3 hebatnya abang komando tu..

    ReplyDelete
  2. cerita2 yang baik macam nilah kena selalu disebarkan pada masyarakat. kalau tak, selak suratkhabar...'bekas tentera bla bla, 'askar itu ini' yang memaparkan banyak perkara negatif saja. saya faham abg komando tu rasa 'terhina' walaupun makcik kanak2 tu mungkin tak bermaksud apa2 bila bagi rm50. ajaklah pi makan kaaaa...ya, ishhh...akaiii mana pi...

    ReplyDelete
  3. Mak anggota ni selalu sembang dengan saya... Mak dia pun baik oranya... Memang bagus didikan mak dia tu

    ReplyDelete
  4. sejuk perut mak dia mengandung...ya didikan keluarga tu salah satu faktor kepada keperibadian yang bagus, selebihnya kesedaran diri individu tu.

    ReplyDelete
  5. Salam saudara Canang,

    Pengorbanan, jasa budi setiap anggota perajurtit, komando dan perwira negara tiada dapat disetarakan dengan apa sekalipun; waimahpun dengan ribuan mahupun jutaan wang ringgit dan harta yang menimbun. Pengorbanan ikhlas komando ini dengan tidak mengharapkan pembalasan dengan wang ringgit perlulah dicontohi oleh masyarakat umum kita. Bagi beliau, "its his duty, responsibility being a man with high morale attitude and a citizen with integrity, to save innocent lives. Despite the danger and the consequences he might face from the mangroves ground, he persists. Kindness and courage are above all money could have and buy".
    BRAVO MR ***** (WHOEVER AND WHERE EVER YOU ARE),KOMANDO, FOR THE EXCELLENT DEED. YOU'VE MADE YOUR MUM AND YOUR FAMILY, IN FACT THE ENTIRE MAF PROUD OF YOU! You are one - pride of the nation ;-D

    ReplyDelete
  6. Salam saudara Canang,

    Pengorbanan, jasa budi setiap anggota perajurtit, komando dan perwira negara tiada dapat disetarakan dengan apa sekalipun; waimahpun dengan ribuan mahupun jutaan wang ringgit dan harta yang menimbun. Pengorbanan ikhlas komando ini dengan tidak mengharapkan pembalasan dengan wang ringgit perlulah dicontohi oleh masyarakat umum kita. Bagi beliau, "its his duty, responsibility as a very high morale citizen with integrity, to save lives. Despite the danger and the consequences he might faced from the mangroves ground, he persists. Kindness and courage are above all money could have and buy".
    BRAVO MR ***** (WHOEVER AND WHERE EVER YOU ARE),KOMANDO, FOR THE EXCELLENT DEED. YOU'VE MADE YOUR MUM AND YOUR FAMILY, IN FACT THE ENTIRE MAF PROUD OF YOU! You are one - pride of the nation ;-D

    ReplyDelete
  7. Kisah yang diceritakan sendiri oleh ibu anggota kepada saya cik Nuremyinda.

    ReplyDelete
  8. Salam kenal. Best baca. Banyak info saya dapat tahu.

    ReplyDelete
  9. en. canang:Selamat berpuasa, lama tak update blog. semoga Ramadhan kali ni membawa perubahan yang lebih baik kepada kita semua.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih naim qlate...Cik faye selamat berpuasa juga...semoga bulan yang mulia ini membawa keinsafan kepada kita semua

    ReplyDelete
  11. Salam...lamanya menyepi en canang, kemana menghilang? Apa pun saya nak ucapkan Selamat Hari Pahlawan! Semoga Allah membalas pengorbanan en canang dan semua perajurit & srikandi kita dengan pahala dan syurga. Amin.

    ReplyDelete
  12. Cik faye...banyak keje bulan puasa ni..masa pun terhad. Ada tadarus, tarawikh dan tazkirah hari2. Belum masuk keje kat pejabat. Insyaallah kalau free bleh update..heee...terima kasih atas ucapan

    ReplyDelete
  13. Yang terkilan sekali, dalam banyak2 orang, Takdak sapa pun nak tolong. Semoga Allah memberkati askar ini. :D

    ReplyDelete
  14. Nilai murni rakyat negara ini dah semakin berkurangan...

    ReplyDelete