Nuffnang Ads

Monday, May 2, 2011

Betul ke ini gambar Osama Laden













US rupanya cuba berbohong dengan dunia berkenaan dengan berita kematian Osama Laden. Nampaknya tembelang US terbongkar dengan pengedaran gambar2 yang kononnya jenazah Osama Laden. Jika diperhatikan ketiga-tiga gambar yang dimuat turun ini, anda dapat membuat kesimpulan dan menilai sendiri karya seni US ni. Kalau budak sekolah rendah pun tahu yang sebenarnya US berbohong berkenaan kematian Osama Laden yang mempunyai agenda tertentu. Samada untuk melemahkan rangkaian Al-Qaeda dengan berita kematian Osama Laden atau US mematikan watak utama cerita Al-Qaeda yang tujuan untuk meningkatkan phobia masyarakat Barat kepada Dunia Islam. Yahudi nampaknya telah mula mengatur langkah rapi tapi tidak cukup kemas untuk menipu umat Islam yang kini berpendidikan. Mendabik dada US kononnya pemimpin tertinggi Al-Qaeda telah dibunuh. Ceh... aku sebelum gambar ni dikeluarkan sikit pun aku tak percaya dengan kata2 Barack Obama tu. Berita di stesen Tv swasta sebentar (3 Apr 11 jam 1.30 ptg) tadi menyiarkan bahawa pihak Pakistan tidak terlibat dengan operasi bersama menyerang penempatan Osama bin Laden seperti dan sekeras-kerasnya pembabitan tentera Pakistan dalam operasi tersebut. Macam mana US kata mereka melaksanakan operasi bersama??. US dalam kenyataannya akan menarik balik perbelanjaan melawan keganasan kepada Pakistan yang bernilai berbilion dolar. Aik ugut nampak....Ni yang menjadi persoalan kepada masyarakat dunia sekarang ni

Saturday, April 30, 2011

Latihan Komando Malaysia





Kenaikan gaji tentera dapat bantu tingkat profesionalisme ATM

2011/04/28

CADANGAN Kementerian Pertahanan memperkenalkan skim gaji baru anggota tentera selepas kali terakhir disemak pada 2004 adalah wajar dan kena pada masanya. Sebagai pasukan keselamatan yang berada di barisan hadapan negara, adalah wajar kebajikan anggota tentera diberi perhatian serius oleh kerajaan. Semakan gaji anggota tentera yang dibuat pada Oktober 2004 membabitkan kenaikan antara satu hingga 42.85 peratus atau antara RM44.66 hingga RM719.01, bergantung kepada pangkat dan kelayakan.

Kita percaya anggota tentera mengharapkan skim gaji baru yang dicadangkan itu, jika tidak berlaku kenaikan tinggi sekalipun, setidak-tidaknya menyamai skim gaji penjawat awam lain. Dengan menyediakan skim gaji yang setimpal dengan bidang tugas, sudah pasti ia akan turut menaikkan moral setiap anggota tentera terbabit.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengumumkan cadangan itu kelmarin, menjelaskan jika skim itu diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan, ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 115,000 anggota tentera. Skim baru itu dibuat bagi mengiktiraf sumbangan anggota tentera, terutama dengan kewujudan lebih ramai pegawai bertaraf profesional seperti juruterbang, jurutera, pegawai perubatan dan pelbagai bidang lain.
Kita yakin skim gaji baru yang dicadangkan itu bakal menguntungkan anggota tentera dari segi jangka panjang termasuk soal gaji pokok minimum, gaji maksimum, kenaikan gaji tahunan, penambahan tangga gaji dan kenaikan imbuhan tetap khidmat tentera bagi setiap peringkat, termasuk prebet hingga koperal. Ketika ini, gaji minimum yang diterima prebet hingga Pegawai Waran I (PWI) antara RM880 hingga RM2,303 sebulan masih rendah berbanding penjawat awam lain, termasuk yang diterima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Justeru, dengan kenaikan kos sara hidup semasa adalah perlu skim gaji baru itu diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan. Ini berdasarkan perbelanjaan isi rumah yang perlu ditanggung anggota tentera terbabit. Kita percaya anggota tentera dan keluarga masing-masing juga mahu hidup selesa, apatah lagi yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, yang mana kos sara hidupnya begitu tinggi.

Setiap anggota tentera perlu sentiasa siap siaga bagi memastikan negara dapat menangkis sebarang ancaman musuh secara tiba-tiba, sama ada dari luar mahu pun dalam negara. Khidmat mereka juga boleh dimanfaatkan pada bila-bila masa sekiranya negara dilanda bencana.

Melalui skim gaji yang lebih baik, ia akan turut meningkatkan lagi tahap profesionalisme angkatan tentera kita. Ini secara tidak langsung mampu menarik lebih ramai belia, terutama berpendidikan tinggi menyertai bidang ketenteraan. Kita tentunya tidak mahu melihat ada anggota tentera beralih ke sektor lain, termasuk swasta disebabkan skim gaji ditawarkan lebih menarik. Jika keadaan itu berlaku, ia sudah tentu merugikan negara kerana kehilangan anggota yang cekap dan berpengalaman.
Kita yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab mengumumkan perubahan struktur gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2004, dapat melihat perkara ini dari perspektif yang lebih luas demi menjaga kebajikan anggota tentera. Pada masa sama, kita juga mahu setiap anggota tentera pelbagai jawatan dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka, sekiranya skim gaji baru yang dicadangkan itu mendapat kelulusan kerajaan.

Polis dan Tentera Bergabung Memerangi Jenayah

PUTRAJAYA 7 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal menjalin kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu bentuk mekanisme baru mengatasi masalah jenayah di empat buah negeri 'panas' di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, inisiatif tersebut bertujuan mengurangkan kadar jenayah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang selain mengukuhkan lagi ketenteraman awam.

Menurutnya, dua kem tentera akan digunakan untuk merekrut polis sekali gus akan menyaksikan pertambahan bilangan anggota polis dalam masa terdekat.

''Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perkara ini kerana ia melibatkan kerjasama antara dua buah kementerian, dua orang menteri dan dua orang Ketua Setiausaha.

''Ini merupakan satu lagi peristiwa bersejarah kerana belum pernah kita melihat polis dan ATM bekerjasama begitu rapat dan erat sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan tahun baru kementeriannya di sini hari ini.

Hadir sama dua Timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Datuk Lee Chee Leong, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mahmood Adam dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Hishammuddin turut mengumumkan penempatan semula seramai 8,140 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari sempadan Semenanjung ke Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor secara giliran.

Dalam ucapannya, Hishammuddin turut mengumumkan tujuh komitmen utama KDN tahun ini iaitu memantapkan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah; memberi nilai tambah kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta meningkatkan kecekapan pengurusan isu warga asing.

Turut digariskan ialah menangani ancaman jenayah merentasi sempadan; memerangi pengedaran dan penyalahgunaan dadah; mempertingkatkan keberkesanan pemulihan dan menggerakkan gelombang kesukarelaan di kalangan rakyat.

Tegas beliau, dalam usaha membanteras dadah, undang-undang ketat yang digunapakai masih belum cukup untuk menakutkan pengedar dan belum dapat menginsafkan masyarakat tentang bahaya dadah.

''Sudah tiba masanya dasar anti dadah negara dan segala langkah memerangi pengedaran dan penyalahgunaan dadah dikaji semula kerana ia telah dirangka pada 1996 dan kali terakhir disemak semula pada 2004," katanya.

Hishammuddin berkata, menyedari Malaysia dijadikan pusat transit dan pengedaran dadah, KDN telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Iran untuk membasmi pengedaran dan penagihan dadah di antara kedua-dua negara.

KDN juga, kata beliau, akan menandatangani MoU untuk menubuhkan Pusat Koordinasi Maklumat Asia Pasifik bagi memerangi jenayah di antara Pejabat Pendakwa Raya Tertinggi Republik Korea dan Agensi Anti Narkotik negara-negara anggota ASEAN.



Thursday, April 21, 2011

SAKSIKAN RAKAMAN DETIK CEMAS PASUKAN KHAS LAUT (PASKAL)UNTUK MENYELAMAT TEBUSAN DARI LANUN SOMALIA BARU-BARU INI DI DALAM RANCANGAN MAJALAH TIGA SABTU INI 23 APR 11 JAM 9 MALAM. JANGAN KETINGGALAN MENYAKSIKAN KEUPAYAAN PASUKAN KHAS KITA DALAM MENANGANI LANUN DI TELUK ADEN. SAKSIKAN BAGAIMANA PERTEMPURAN KECIL BERLAKU DIANTARA LANUN SOMALIA DAN PASKAL KETIKA CUBA MEMINTAS KAPAL INDUK LANUN YANG INGIN MENAWAN KESELURUHAN KAPAL MT BUNGA LAUREL. JANGAN LUPA TEMUJANJI ANDA DAN BERI PANDANGAN ANDA BERKENAAN MISI TERSEBUT

Sunday, March 20, 2011

Serangan ke Atas Libya Satu Lagi Agenda Zionis













Malang bagi negara Asia Timur sekali lagi dirundung peperangan yang tidak berkesudahan. Selepas Kuwait, Iraq, Iran, Lubnan dan kini Libya pula. Tindakan ketenteraan yang di ambil oleh Amerika dan sekutunya dengan menyerang negara terbabit meningkatkan kemarahan penduduk di dunia. Pasti ada sesuatu yang menarik minat Amerika (anda fikir sendiri) dan sekutunya untuk melancarkan perang ke atas Libya atas tiket membantu rakyat Libya dan menegakkan keadilan (kononnya). Serangan besar-besaran tentera Amerika, Britain dan Perancis sehingga ke awal pagi, dengan bedilan peluru berpandu Tomahawk amat dikesalkan. Tindakan tersebut seolah-olah dunia ini mereka yang punya dengan sesuka hati menyerang negara terbabit walhal ianya boleh diselesaikan sendiri oleh rakyat negara tersebut. Setakat ini OIC hanya membisu di atas tindakan tersebut dan mungkin menganggap tindakan yang diambil oleh Amerika dan sekutunya adalah betul. Rupanya Yahudi telah mula melaga-lagakan dunia Arab dengan dunia Barat. Yang untung ni si Yahudi laknat ni. Sesuatu yang telah mencetuskan huru-hara di Asia Timur mungkin berkait rapat dengan rancangan terancang pihak Zionis bagi menumbangkan dunia Arab. Adakah mereka sedar perkara ini?? Serangan bermula 1645 GMT (0025 malam waktu Malaysia)dengan melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu sehingga menyebabkan kematian 64 orang dan 150 lagi cedera mengikut laporan rasmi dari sebuah stesyen televisyen di negara tersebut. Amat memalukan, dikala kita sibuk membantu rakyat Jepun yang sengsara dilanda Tsunami, Amerika dan sekutunya sibuk untuk menyerang negara lain. Aku dapat rasakan semua ini adalah tindakan terancang Zionis. Selepas ini Obama pasti tumbang dan tiba masanya Zionis menggantikan boneka dia yang baru untuk menghancurkan dunia Islam yang lain. Mungkin Malaysia diantaranya. Siapa tahu...

Saturday, March 19, 2011

Operasi Menyelamat Tebusan




Sila perhatikan kamera optik yang diletakkan di helmet anggota GGK dalam Eks Thunderbolt yang lalu dimana setiap tindakan dapat diperhatikan pemerintah ketika melaksanakan Operasi Menyelamat tebusan










Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada anggota PASKAL yang telah berjaya menyelamat tebusan kapat MT Bunga Laurel dalam tempoh yang singkat tanpa menunggu arahan panjang jela. Tindakan PASKAL ini sepatutnya dipuji dan bukan dikritik seperti negara Kesatuan Eropah (EU) yang membidas tindakan PASKAL kerana dibimbangi meningkatkan lagi keganasan dilaut (mungkin malu atau tercabar kut atas kemampuan tentera dari dunia ke 3). Memang mengagumkan saya apabila tiada terdapat pun seorang diantara anggota PASKAL yang cedera dan kesemua tebusan berada dalam keadaan selamat. Bila diperhatikan misi ini seolah-olah PASKAL sedang melaksanakan latihan melawan keganasan dilautan tetapi hakikatnya ia adalah situasi sebenar yang menggambarkan betapa anggota PASKAL benar-benar terlatih dalam menangani krisis seperti ini. Seharusnya tentera negara-negara Kesatuan Eropah mencontohi tindakan PASKAL yang tidak mengambil masa yang lama melaksanakan Operasi menyelamat tersebut. Sekiranya kesemua tentera Kesatuan Eropah ini bekerjasama membanteras pelanunan ini, sudah pastilah lanun tidak akan berani lagi bertindak sesuka hati ke atas kapal dagang yang melalui Teluk Eden tersebut dan bukan mengkritik atau mempersoalkan tindakan PASKAL dan Kerajaan Malaysia dalam menangani isu lanun ini. Mereka harus berfikiran lebih matang lagi dalam menanganinya.

Untuk PASKAL, saya mencadangkan agar pada misi-misi yang akan datang ianya dapat dilaksanakan IN REAL TIME iaitu kaedah kawalan anggota PASKAL melalui kapal induk yang dapat dilihat oleh Pemerintah pada masa sebenar ketika PASKAL melaksanakan operasi menyelamat seperti yang pernah di buat oleh anggota GGK dalam Ex-Thunderbolt pada bulan Disember 2010 yang lalu dan rakaman tersebut boleh dibuat ulangkaji oleh pasukan dan sebagai rujukan pada masa-masa akan datang.

P/S: Selepas artikel saya ini dikeluarkan, rupanya pihak TLDM telahpun menggunakan kaedah yang dinyatakan di atas dan rakaman detik cemas tersebut telah disiarkan untuk memberikan gambaran sebenar yang berlaku oleh stesyen tv swasta baru2 ini. Dari gambaran melalui kamera optik tersebut situasi pada masa itu amat genting dengan bedilan peluru dan keadaan amat berbahaya semasa menyekat kapal induk lanun tersebut sebelum menyelamat anak kapal MT Bunga Laurel.

Berita Eksklusif Pertempuran Antara PASKAL dan Lanun Somalia. KLIK SINI