Nuffnang Ads
Saturday, March 19, 2011
Pembangunan Tenaga Nuclear di Malaysia
Sebagai rakyat biasa saya tidak tahu apa kelebihan menggunakan tenaga nuclear ini dalam menjanakan kuasa elektrik kepada sesebuah negara. Mungkin nuclear ni lebih power kut...apa pun pada pandangan saya sebagai rakyat Malaysia berkenaan isu ini bahawa nuclear bukanlah satu sumber tenaga yang stabil dan ia memerlukan kepakaran yang khusus dalam menanganinya apabila berlaku kebocoran radiasi terhadap loji tersebut. Mengambil contoh dan iktibar apa yang berlaku kepada negara Jepun ketika ini menunjukkan bahawa nuclear bukan sahaja merbahaya kepada negara yang menggunakan sumber tenaga tersebut tetapi juga kepada negara berjiran dengannya. Memang benar pendapat Tun Dr Mahathir mengenai perkara ini. Pada beliau, nuclear bukanlah satu sumber tenaga yang stabil dan untuk melaksanakan projek ini, kerajaan harus memandang jauh sebelum sesuatu berlaku kepada loji yang dirancang hendak dibangunkan kerana kesannya amat dahsyat sekiranya berlaku kebocoron radiasi. Sepanjang pemerintahan beliau sendiri, beliau tidak membenarkan pembangunan loji nuclear di negara di kerana beliau sedar akan implikasi yang akan dihadapi. Itu tidak termasuk kemungkinan terdapat bantahan dari rakyat di negara sendiri atau negara berjiran yang lain. Pada pendapat saya, menggunakan sumber tenaga yang sedia adalah lebih baik bagi menjamin keselamatan serantau dari pencemaran radiasi sekiranya berlaku kebocoron. Diharapkan pemimpin-pemimpin kita akan menilai perkara ini sedalam-dalamnya dan jadikan iktibar dengan apa yang berlaku di Jepun. Ada rahmat disebalik apa yang berlaku.
Monday, March 14, 2011
Imej Satelit Sebelum dan Selepas Tsunami di Jepun 2011
Sunday, March 13, 2011
Imej Satelit Sebelum dan Selepas Tsunami di Jepun 2011
Imej yang anda perhatikan sekarang adalah imej satelit beberapa wilayah di Jepun sebelum dan selepas Tsunami. Kalau diperhatikan pada imej pertama terdapat banyak bangunan yang didirikan telah musnah dilanda tsunami melalui imej yang kedua. Kekuatan sebenar gempa bumi di Jepun adalah 9 pada skala ritcher. 8.9 pada skala ritcher adalah amaran pertama yang diterima dari Pusat Amaran Gempa Bumi di Amerika Syarikat. Ambil iktibar di atas kemusnahan ini dan ingatlah bahawa kita sememangnya tidak akan kekal di dunia ini. Dunia sudah tua dan banyak research barat mengatakan sebahagian dari kawasan berais telah mulai mencair dan dianggarkan 100 tahun dari sekarang suhu dunia boleh meningkat sehingga memusnahkan kehidupan didunia...
Yuriage di Natori

Yuriage di Natori (dari Barat)

Kawasan Reaktor Nuklear Fukushima

Saturday, March 12, 2011
Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : Dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.
Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
2. Rahsia seterusnya yang menunjukkan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.
Dan di dalam jepun juga terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.
3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
masa yang di laporkan oleh Jabatan Meteorologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.
4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.
Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya mahupun di dunia atau pun akhirat. Mohon pandangan orang bijak agamaa mengenai perkara ini. Subhanallah
Monday, February 14, 2011
Lanun Somalia DItumpaskan

Sebahagian senjata yang dirampas serta beberapa anggota PASKAL sedang mengawal lanun yang berjaya ditumpaskan (kelihatan salah seorang daripada lanun cedera dikaki ketika berbalas tembakan dengan anggota PASKAL)
Kuala Lumpur 21 Jan: Markas Tentera Laut Diraja Malaysia hari ini mengesahkankan,Kapal BM 5 berjaya menyelamatkan kapal MT BUNGA LAUREL yang dirampas lanun di perairan Teluk Aden.
Dalam satu kenyataan akhbar,kejadian ini berlaku pada 21 Jan 2011.
Kapal MT BUNGA LAUREL adalah kapal jenis Chemical Tanker yang disewa oleh MISC bagi membawa muatan minyak pelincir dan ethylene dichloride dari Timur Tengah ke Singapura.
Kejadian berlaku pada 20 Jan 11 jam 11:40 malam, kira-kira 300 batu nautika Timur negara Oman, 2 jam selepas Kapal MT BUNGA LAUREL dipisahkan di kawasan ‘selamat’ setelah selesai diiringi Kapal Auxiliary TLDM BM 5 melalui perairan Teluk Aden.
Kapal MT BUNGA LAUREL telah dinaiki oleh 7 orang lanun yang berasal dari Somalia bersenjatakan senapang AK-47 dan pistol dengan menaiki bot jenis ‘skiff’. Dalam masa yang sama, pihak lanun dipercayai menggunakan sebuah kapal induk bagi melancarkan serangan ini yang secara keseluruhan melibatkan seramai 18 orang lanun.
Krew Kapal MT BUNGA LAUREL sempat mengaktifkan Ship Security Alert System sebelum berlindung di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal.
Bertindak dari pangilan kecemasan ini, Kapal Auxiliary TLDM BM 5 yang berada kira-kira 14 batu nautika dari Kapal MT BUNGA LAUREL bergegas ke tempat kejadian untuk mengamankan keadaan.
Helikopter Fennec TLDM yang dilancarkan dari Kapal Auxiliary TLDM BM 5 turut terlibat di dalam operasi ini dengan memberi bantuan pemantauan dan tembakan dari udara.ke arah kapal induk lanun telah berjaya menghalangnya dari memberi bantuan kepada lanun di atas Kapal MT BUNGA LAUREL.
Kerosakan kapal induk dan kecederaan pada lanun yang berada di atasnya pada ketika ini tidak dapat dipastikan oleh sebab serangan dilakukan pada waktu malam.
Pasukan Perlindungan Khas ATM yang berada di atas Kapal Auxiliary TLDM BM 5 telah diatur gerakkan untuk menggempur lanun di atas Kapal MT BUNGA LAUREL.
Perlindungan Khas ATM berjaya menawan kembali dan menyelamatkan semua 23 orang krew Kapal MT BUNGA LAUREL. Seramai 3 orang lanun mengalami kecederaan di dalam kejadian ini dan diberi rawatan di atas Kapal Auxiliary TLDM BM 5.
Pasukan Perlindungan Khas ATM telah berjaya mengamankan keadaan di dalam masa 2 jam selepas Kapal MT BUNGA LAUREL dinaiki lanun tanpa melibatkan sebarang kecederaan di pihak Pasukan Perlindungan Khas ATM.
Thursday, January 6, 2011
Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan
Seorang anggota ATM sedang membuat pemerhatian ketika menjalankan tugas di LubnanArtikel 132 Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan bahawa Perkhidmatan ATM merupakan perkhidmatan terkanan di antara Perkhidmatan Awam yang lain. Ini bermaksud kedudukan ATM lebih tinggi dari PDRM dan Perkhidmatan Awam. Dengan keputusan ini, gaji Tentera adalah lebih ‘superior’ dari gaji awam dan polis, dengan mengikut ranking seperti berikut:
- Perkhidmatan Tentera;
- Perkhidmatan Polis; dan
- Perkhidmatan Awam.
Keputusan ini dibuat berdasarkan fakta bahawa tempoh perkhidmatan Tentera adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan perkhidmatan Polis dan Awam, di samping risiko tugas dan persekitaran tempat kerja yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, perbezaan di antara ketiga-tiga perkhidmatan itu perlulah dikekalkan dengan memberi gaji permulaan yang lebih baik kepada Angkatan Tentera
Berkhidmat untuk negara, 24 jam sehari dan 365 hari sepanjang tahun. Ini bermakna, anggota tentera mempunyai tangggungjawab untuk memberikan perkhidmatan tanpa had masa tertentu dan boleh dipanggil bila-bila masa untuk bertugas.
Anggota ATM tidak boleh meletak jawatan walaupun telah berhenti dari perkhidmatan. Mereka boleh dipanggil balik untuk berkhidmat semula sekiranya negara dalam keadaan huru hara atau terlibat dalam kancah peperangan.
Kemudahan cuti yang diberikan kepada setiap anggota ATM sekarang hanyalah suatu keistimewaan dan bukannya hak mutlak. Ini menyebabkan seseorang anggota ATM mestilah akur dengan arahan memanggilnya untuk bertugas sekiranya keadaan memerlukan walaupun mereka sedang bercuti.
Anggota ATM tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri atau menyertai mana-mana parti atau pertubuhan politik sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang dalam perkhidmatan.
Anggota ATM tidak mempunyai kebebasan selain daripada mengikut perintah dan arahan. Anggota ATM telah ditanamkan dengan sifat-sifat taat dan setia kepada pemerintah dan negara serta sedia berkhidmat pada sebilang masa demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.
Anggota yang berkhidmat dalam mana-mana perkhidmatan ATM mestilah sihat dari segi mental dan fizikal untuk menjalani latihan serta menghadapi peperangan. Setiap anggota tentera perlu memastikan tahap kesihatan sentiasa dikekalkan pada tahap yang tinggi supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ATM dan negara.
Tuesday, January 4, 2011
PERTEMPURAN DI BAKARA MARKET
PENGENALAN
1. Pertempuran di Pasar Bakara Market, Mogadishu Somalia telah menjadi satu titik di dalam diari penglibatan Tentera Darat di dalam misi PBB khususnya 19 RAMD Mekanis. Walaupun kelengkapan tempur serba kekurangan pertempuran pada 03 dan 04 oktober 1993 di tengah-tengah Kota Mogadishu itu benar-benar memberikan satu pengalaman peperangan baru kepada 11 Pegawai dan 103 Lain-lain Pangkat secara langsung dan keseluruhan Pegawai anggota MALBAT I, UNOSOM II Somalia.
Gambar Krew Super 64 sebulan sebelum pertempuran di Mogadhishu. Super 64 adalah punca kepada kekalutan operasi yang pada mulanya berjalan dengan baik hingga memaksa Malaysia dan Pakistan terlibat dengan operasi menyelamat Rangers Amerika di Bakara Market
2. Kejayaan pasukan MALBAT membantu pasukan tentera Amerika adalah suatu perkara yang diluar dugaan dan sangat membanggakan. Pengiktirafan dari negara Amerika dan lain-lain negara telah berjaya menbuktikan kebolehan anggota Tentera Darat Malaysia di mata antarabangsa.
SKOP
1.Pendahuluan.
2.Pengalaman sebelum operasi menyelamat.
3.Pengalaman semasa operasi menyelamat.
4.Pandangan dari sudut seorang crewman.
Pegawai Tentera Darat yang pernah terlibat dengan operasi menyelamat Rangers Amerika di Bakara Market yang masih berkhidmat iaitu Mej Mohd Halim Khalid (Kanan) dan Lt Kol Muhammad Juraimy Aripin
PENDAHULUAN
3. Pengumuman kerajaan Malaysia menyertai kumpulan Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia UNSOM II dan seterusnya memberi mandat kepada Tentera Darat untuk memilih pasukan yang terbaik dan bersesuaian memikul tanggungjawab tugasan tersebut. Pasukan 19 RAMD Mekanis berpengkalan di Sungai Petani dipilih memikul dan menerima tanggungjawab yang diamanahkan kepada seluruh warga pasukan itu. Rasa syukur dan hormat semangat keperwiraan pasukan menerima tangungjawab tersebut dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Tentera Darat khususnya kerajaan Malaysia dengan tidak merasa sangsi keupayaan Pasukan 19 RAMD Mekanis bagi menjalankan tugas yang diberikan. Pemilihan Pasukan 19 RAMD tersebut bukanlah dianggap satu masalah pada warga pasukan, malahan ianya satu kejayaan dan dihormati oleh pasukan-pasukan tempur lainnya.
PENGALAMAN SEBELUM OPERASI MENYELAMAT
4. Saya 1082037 Sarjan Sulaiman bin Barry mula berkhidmat dalam tentera 22 Feb 1990. Setelah tamat menjalani latihan di Pusat Latihan Rekrut Port Dickson saya telah ditempatkan untuk bertugas ke Batalion 19 RAMD Mekanis berpangkalan di Sungai Petani Kedah. Saya berasal dari Masjid Tanah Melaka, mempunyai lima adik beradik taraf pendidikan SAP. Setelah tamat menjalani kursus Memandu dan Senggaraan kelas II A bermulah kerjaya saya sebagai anggota pemandu kenderaan A di dalam Kompeni C, banyak latihan dan pengalaman dapat saya pelajari sebagai pemandu kenderaan A. Apabila 19 RAMD diberi kepercayaan menjalankan tugas di bawah PBB.
5. Saya merasa teruja apabila turut diberi peluang dan kepercayaan terpilih bersama pasukan19 RAMD bertugas di Somalia didalam Kompeni A dibawah perintah Mejar Abd Aziz bin Abd Latif dan berada didalam Platun 3 yang diketuai Leftenan Muda Juraimi bin Ariffin. Kegembiraan dan peluang ini tidak mahu saya elakkan untuk berkhidmat bersama-sama pasukan tentera pengaman dari negara lain, pengalaman yang bakal diperolehi ini cukup bererti yang tidak akan saya lupakan. Bagaimana pun keresahan tetap ada, walaupun sebelum menyertai pengaman saya dan rakan-rakan sentiasa menjalani latihan sebagai persiapan.
6. Terfikir juga adakah saya mampu menjalankan tugas di sana untuk menghadapi pelbagai risiko samada bentuk muka bumi, pergaulan, keranah masyarakat setempat, tugas dan tanggungjawab.Pergolakan dan situasi yang berlaku di antara kaum disana tidaklah penting untuk difikirkan kerana telah sedia dimaklumkan. Setelah diberi kata nasihat dan peransang keyakinan juga semangat mula meninggi, peluang yang diberi mesti direbut mungkin ianya tidak berulang lagi. Pada 30 Jun 1993 jam 2100H seramai 204 anggota kumpulan besar pertama termasuk saya berlepas dari Pangkalan TUDM Butterworth menaiki sebanyak tiga kali C130.
7. Dalam perjalanan masing-masing bagaikan terkedu untuk berkata menanyakan soalan, memikir dan memberi jawapannya sendiri amat meletihkan. Setelah berhenti beberapa destinasi akhir kami sampai ruang udara negara bergolak Somalia dan berlegar-legar seketika di Bandar Mogadishu yang amat daif seperti kawasan baru untuk dibangunkan angkara peperangan bagaikan terkena kejutan elektrik masing-masing memikir ada yang dapat merumuskan sendiri.
8. 1 Julai 1993 melangkahkan kaki di bumi Somalia dengan semangat bercampur kegerunan walau disambut oleh kumpulan kecil pertama seolah tiada perkara berat untuk difikirkan dan dengan sendirinya kami menonton upacara menghantar pulang tentera yang tidak bernasib baik. Ada di antara kami dapat menerima kenyataan ini dan bersedia dengan ketentuannya dan ada yang sebaliknya. Apa yang berlaku adalah asam garam dalam tentera, keyakinan dan keazaman tidak akan luntur.
9. Secara rasminya bermulalah tugas saya sebagai pemandu kenderaan A tempur RPZ serang hendap di kawasan yang sama cuma waktu yang berbeza, kami di tembak dicelah-celah bangunan Misi Pengaman dan membuat rondaan yang dinamakan ‘Outskirt’ sekitar Mogadishu siang dan malam dalam jangkamasa 10 jam. Tiap-tiap rondaan selama dua jam, lima kali sehari melibatkan tiga platun dalam satu Kompeni.Tugas pertama selamat
dilaksanakan walaupun di awal rondaan melibatkan platun satu mengalami sedikit masalah semasa mejalankan tugas.
10. Sebelah malamnya adalah satu tugas yang tidak akan saya lupakan di mana kami tidak dibenarkan memandu mengunakan cahaya lampu kerana mengambil kira aspek keselamatan. Walaupun telah dilatih kami belum dapat menyesuaikan diri, di sinilah bermula kerjasama krewmen antara Ketua Kereta dan pemandu. Kerisauan mula melanda kerana peranan Ketua Kereta dan pemandu tidak berfungsi dengan baik, sungguh pun dibekalkan alat pandangan malam. Terbukti kami menggunakan peralatan moden tetapi penyesuai dan penggendalian yang terhad telah mencacatkan dan boleh mengurangkan keyakinan menjalankan tugas.
11. Akhirnya kami tidak mengunakan bantuan pandang malam sebaliknya menggunakan pengalaman memandu malam untuk menyesuaikan keadaan. Detik mencabar menduga mental dan fizikal bermula apabila kami meronda kawasan kawalan pasukan Pakistan, secara tiba-tiba kawasan itu diserang secara tidak langsung kami bagaikan kehilangan arah didalam kegelapan malam mencari tempat perlindungan sebalik bangunan namun keselamatan tetap tidak memberi jaminan. Serangan itu tertumpu pada pos kawalan pasukan Pakistan bagaimana pun tempias tidak dapat dielakan.
12. Keesokan harinya kawasan yang sama ribuan manusia menjalankan aktiviti harian meskipun kami nampak beberapa orang bersenjata, kami tidak melatah malahan bersedia menghadapi apa pun risikonya. Akhirnya letupan tembakan berlaku dikesibukan orang ramai keadaan yang sangat teruja ketika itu seolah-olah tidak memberi ruang untuk membuat keputusan membalas atau terus memecut, seakan telah mendapat arahan ketika itu kami membalas tembakan tersebut tanpa merasa ragu-ragu. Saya memandu kenderaan kedua jelas nampak apa yang berlaku seakan sesuatu yang tidak kena dan kami terus memberi tentangan.
13. Saya berpendapat dan memaklumkan kepada Ketua Platun memberhentikan tembakan dan keluar dari kawasan tersebut kerana saya membayangkan platun di dalam keadaan terlalu terdedah dan kealpaan membalas tembakan dengan membabi-buta kami terdedah kepada kecekapan militan mengunakan senjata anti kereta kebal. Saya cukup gembira walaupun sebagai seorang pemandu kenderaan, Ketua Platun sependapat dengan saya lalu Ketua Platun mengarahkan meninggalkan kawasan tersebut.
PENGALAMAN SEMASA OPERASI MENYELAMAT
14. Dengan keyakinan dan kesungguhan yang di tonjolkan oleh MALBAT misi bantuan keamanan telah bertukar menjadi penguatkuasaan, ianya satu cabaran pada kami pada awalnya menjadi pertikaian antara kami. Ini terbukti apabila MALBAT secara langsung terlibat operasi penggeledahan pertama bernama ‘TARGET FISH’ di kawasan perumahan. Sebelum memulakan pergerakan kami telah diberi taklimat oleh Ketua Kompeni dan Ketua Platun terhadap tugas masing-masing. Saya dari Platun No 3 Kompeni A diarahkan membuat kepongan dan pengawasan.
15. Nada bunyi mudah untuk dilaksanakan, hakikatnya kesukaran yang dialami kerana terpaksa melayan kerenah masyarakat setempat yang segelintirnya tidak menyenangi kedatangan kami dan ada juga yang membantu bagi memudahkan pekerjaan kami. Namun ianya merupakan kejayaan yang besar buat MALBAT berjaya merampas beberapa senjata dan bahan letupan. Keupayaan dan kesungguhan MALBAT menjalankan tugas dan tanggungjawab itu membuka mata PBB dan kepercayaan diberi dengan banyak lagi operasi-operasi yang dilaksanakan.
16. Saya merasakan sepanjang menjalankan tugas sesingkat ini dengan berbagai pahit maung sebagai seorang pemandu APC banyak pengalaman yang dapat membantu saya sebagai seorang tentera yang cukup berilmu, bersemangat dan berani. Sememangnya tidak akan saya lupakan penglibatan MALBAT pertempuran di Pasar Bakara Market yang menempuh berbagai situasi. Pada 3 Oktober 1993 1 Kompeni Renjer Tentera Amerika telah menjalankan operasi bersendirian dan telah terkepung, keadaan seakan tidak memihak kepada tentera Amerika.
17. Situasi tersebut meletakkan MALBAT di dalam keadaan siap sedia untuk membantu. 2 Kompeni dari MALBAT telah diarahkan bergerak dan berkumpul di New Port. Di sana saya dan rakan-rakan sabar menunggu arahan dan rancangan yang akan diberi. Kemuncaknya tiba juga apabila kami mendapat arahan hanya melibatkan anggota crewmen sahaja tidak kepada anggota seksyen MALBAT, malah membawa pula tentera dari Amerika. Saya masih merasa terpinga-pinga dan tidak memahami apa yang akan berlaku seterusnya.
18. Akhirnya saya mendapat arahan untuk bergerak walaupun sebelum itu telah diberi taklimat ringkas oleh Ketua Platun tetapi persoalan pada diri kami masih belum mendapat jawapan. Pergerakan kami bermula agak perlahan di dahului oleh dua buah kereta kebal Pakistan dan 2 Kompeni MALBAT yang hanya mengikut, kepada pengiring hanya menanti episod yang akan belaku. Sepanjang pergerakan, kami disambut dengan tembakan dari senjata kecil pihak militia Somali sehinggalah keadaan sudah tidak terkawal, bermula dari semangat yang berani menjadi semakin luntur.
19. Ketakutan dan keresahan tidak bertahan lama sebaliknya kami merasakan menerima semangat baru apabila tentangan yang diberi dapat disaingi walaupun kelengkapan persenjataan pihak lawan lebih baik. Rancangan dan arahan juga kesetiaan kami tonjolkan dapat menyaingi lawan dengan pergerakan yang teratur. Anehnya masyarakat sekeliling merasakan tidak ada apa yang berlaku mereka tetap bersahaja mengonggong puntung rokok. Keadaan makin rancak dan sempat menyaksikan pengendalian senjata belakang kenderaan hadapan berbalas siulan berapi, akhirnya mengalah mendapat sedikit kecederaan, bagaimanapun tentera Amerika datang membantu. Semangat bagaikan disentap apabila mengetahui kemalangan dialami pasukan, bagaimanapun hanya untuk sementara semangat melawan tetap membara.
20. Semangat dan keberanian saya semakin teruja apabila Platun 3 yang diketuai oleh Leftenan Muda Juraimi bin Ariffin diarahkan terus kehadapan unuk mengambil dan menyelamat tentera Amerika. Kebuntuan timbul apabila kami tidak diberitahu lokasi, seolah bergerak menjadi satu umpan kepada pihak lawan. Sangkaan saya tetap betul, kami ditembak bertalu-talu berbagai arah, sebagai seorang pemandu berpengalaman tanpa diarah kami sepantas kilat berpusing untuk berundur.
21. Bagaimanapun Platun 3 diarah kembali menjalankan misi menyelamat setelah kedudukan pasukan Amerika dapat dipastikan. Seakan tidak peduli risiko yang akan dialami kami memecut laju kearah yang ditujui dan sepantas yang boleh kami bergerak berundur. Kepantasan dan kecekapan kami tersekat apabila kenderaan beberapa kali gagal untuk bergerak, saya mula merasakan sesuatu yang tidak kena apatah lagi tentera amerika mengharapkan perkara yang baik berlaku.
22. Hari semakin cerah tembakan tak henti-henti bagaikan mendapat rahmat saya mengetahui kesilapannya secara tidak sedar kenderaan panduan saya telah melebihi muatan dan bergerak mendaki bukit tidak sesuai untuk pergerakan awal kenderaan dengan gear 3 seperti lazim dengan memasuki gear yang paling rendah, saya berjaya memandu ke kawasan selamat.
23. Apa yang merasakan saya berbangga dan megah tidak putu-putus, saya mendapat pujian dari rakan dari Amerika berjaya membawa mereka dengan selamat. Kejayaan dan merasa bangga tidak boleh dinafikan penglibatan MALBAT khususnya saya salah seorang penyumbang kegemilangan.dan kepercayaan yang diberi oleh Tentera darat juga kerajaan Malaysia tidak dipersiakan malah kegagahan tentera kita membuka mata dunia.
PANDANGAN DARI SUDUT SEORANG CREWMAN
24. Setelah apa yang berlaku dan dilalui juga pengalaman yang diperolehi banyak membantu.untuk meningkatkan tahap professionalisma tentera kita. Meskipun kita tidak meletakkan kepercayaan sepenuhnya, pengunaan kenderaan A seperti kelengkapan, keupayaan tetapi dengan berbekalkan disiplin, pengalaman mengendalikan, kepantasan dan berfikiran tajam menonjolkan keupayaan kenderaan tersebut. Pada hakikatnya kita mengetahui kebolehan sebenar.
Salah sebuah condor milik Tentera Darat Malaysia yang musnah dalam pertempuran dasyat tersebut.
25. Sememangnya kita mengetahui kelengkapan kenderaan tempur tidak mempunyai pengunaan alat pandang malam terutama APC RPZ Condor 4 x 4 menjadi masalah yang besar. Penggunaan peralatan yang tidak bersesuaian boleh menganggu tumpuan penggendalian dan perlaksanaan tugas iaitu pemandu mengunakan alat pandang malam anggota tempur. Keduanya kita tidak dilatih secukupnya mengendali dan mengunakan peralatan itu, pelaksanaan tugasan malam seperti pemerhatian menampakkan kegagalan. Kesesuaian kenderaan dengan bentuk muka bumi haruslah diambil kira, kita tidak boleh beranggapan boleh pakai sahaja.
26. Seharusnya kenderaan itu mestilah ditingkatkan keupayaannya selaras memikul tugas yang besar, ketahanan dan kemampuan kenderaan menghadapi apa jua keadaan cuaca dan bentuk muka bumi. Pertukaran alat ganti kenderaan turut membebankan ini membolehkan kelicinan rancangan terganggu. Keperluan kenderaan tempur simpanan sememangnya perlu sebagai menampung keperluan operasi. Ciri-ciri keselamatan tiada seperti laser amaran perlu ada.
27. Sistem persenjataan pada kenderaan tempur sememangnya amat jauh ketinggalan apalah ada pada twin 7.62mm lebih banyak digunakan sebagai membalas sahutan tembakan musuh yang mengunakan senjata berkaliber lebih besar, kekurangan dan penggunaan terhad senjata 20mm Orlinkon (AKK) ternyata gagal menyaingi kehabatan musuh. Tugas penguatkuasaan seperti rondaan boleh mengundang kemalangan kerana kawasan yang terhad perlu diawasi memakan masa yang lama, ini amat meletihkan tumpuan pemanduan menjadi tidak konsisten.
Kemusnahan condor ini menunjukkan betapa hebat tentangan yang diterima oleh Tentera Darat Malaysia dalam misi menyelamat tersebut.
28. Bagaimanapun pentingnya adalah arahan, rancangan dan keserasian antara crewman tersebut. Taklimat harus diberi dengan betul dan mudah difahami, ini membolehkan pemandu dan Ketua Kereta memikir dan merancang apa yang bakal berlaku. Seharusnya bantuan tembakan dari Kereta Kebal dapat membantu memusnahkan sasaran atau halangan sebagai pengiring hadapan. Penggunaan senjata Anti Kereta Kebal (AKK) ringan amatlah penting pada operasi-operasi FIBUA keberkesanan amatlah baik.
PENUTUP
29. Dalam pertempuran yang berlaku selama lima jam itu, anggota MALBAT mengalami seorang kehilangan jiwa dan sepuluh anggota tercedera (termasuk 4 cedera parah). Angka terkorban dan kecederaan telah membuktikan bahawa kita cukup terlatih, berdisplin dan sentiasa bersedia di mana saja digerakkan walaupun bergabung dengan tentera asing. Ini juga membuktikan kemampuan Tentera Darat. Kita mempunyai kekuatan mental, fizikal dan siap siaga yang baik terkenal di mata antarabangsa.
Known casualties
Malaysia
Private Mat Aznan Awang, driver of a Malaysian Condor armoured personnel carrier, was killed when his vehicle was hit by an RPG on October 3. He was posthumously promoted to corporal, and awarded the Seri Pahlawan Gagah Perkasa medal. Sumber dari http://military-photos.blogspot.com/2009/08/battle-of-mogadishu-1993.html
asei ini dari pengelaman seorang pemandu APC Condor SSjn Sulamian bin Barry PJK, yang terlibat secara langsung pertempuran BAKARA Market pada 13 Okt 1993.
1. Pertempuran di Pasar Bakara Market, Mogadishu Somalia telah menjadi satu titik di dalam diari penglibatan Tentera Darat di dalam misi PBB khususnya 19 RAMD Mekanis. Walaupun kelengkapan tempur serba kekurangan pertempuran pada 03 dan 04 oktober 1993 di tengah-tengah Kota Mogadishu itu benar-benar memberikan satu pengalaman peperangan baru kepada 11 Pegawai dan 103 Lain-lain Pangkat secara langsung dan keseluruhan Pegawai anggota MALBAT I, UNOSOM II Somalia.
Gambar Krew Super 64 sebulan sebelum pertempuran di Mogadhishu. Super 64 adalah punca kepada kekalutan operasi yang pada mulanya berjalan dengan baik hingga memaksa Malaysia dan Pakistan terlibat dengan operasi menyelamat Rangers Amerika di Bakara Market2. Kejayaan pasukan MALBAT membantu pasukan tentera Amerika adalah suatu perkara yang diluar dugaan dan sangat membanggakan. Pengiktirafan dari negara Amerika dan lain-lain negara telah berjaya menbuktikan kebolehan anggota Tentera Darat Malaysia di mata antarabangsa.
SKOP
1.Pendahuluan.
2.Pengalaman sebelum operasi menyelamat.
3.Pengalaman semasa operasi menyelamat.
4.Pandangan dari sudut seorang crewman.
Pegawai Tentera Darat yang pernah terlibat dengan operasi menyelamat Rangers Amerika di Bakara Market yang masih berkhidmat iaitu Mej Mohd Halim Khalid (Kanan) dan Lt Kol Muhammad Juraimy Aripin PENDAHULUAN
3. Pengumuman kerajaan Malaysia menyertai kumpulan Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia UNSOM II dan seterusnya memberi mandat kepada Tentera Darat untuk memilih pasukan yang terbaik dan bersesuaian memikul tanggungjawab tugasan tersebut. Pasukan 19 RAMD Mekanis berpengkalan di Sungai Petani dipilih memikul dan menerima tanggungjawab yang diamanahkan kepada seluruh warga pasukan itu. Rasa syukur dan hormat semangat keperwiraan pasukan menerima tangungjawab tersebut dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Tentera Darat khususnya kerajaan Malaysia dengan tidak merasa sangsi keupayaan Pasukan 19 RAMD Mekanis bagi menjalankan tugas yang diberikan. Pemilihan Pasukan 19 RAMD tersebut bukanlah dianggap satu masalah pada warga pasukan, malahan ianya satu kejayaan dan dihormati oleh pasukan-pasukan tempur lainnya.
PENGALAMAN SEBELUM OPERASI MENYELAMAT
4. Saya 1082037 Sarjan Sulaiman bin Barry mula berkhidmat dalam tentera 22 Feb 1990. Setelah tamat menjalani latihan di Pusat Latihan Rekrut Port Dickson saya telah ditempatkan untuk bertugas ke Batalion 19 RAMD Mekanis berpangkalan di Sungai Petani Kedah. Saya berasal dari Masjid Tanah Melaka, mempunyai lima adik beradik taraf pendidikan SAP. Setelah tamat menjalani kursus Memandu dan Senggaraan kelas II A bermulah kerjaya saya sebagai anggota pemandu kenderaan A di dalam Kompeni C, banyak latihan dan pengalaman dapat saya pelajari sebagai pemandu kenderaan A. Apabila 19 RAMD diberi kepercayaan menjalankan tugas di bawah PBB.
5. Saya merasa teruja apabila turut diberi peluang dan kepercayaan terpilih bersama pasukan19 RAMD bertugas di Somalia didalam Kompeni A dibawah perintah Mejar Abd Aziz bin Abd Latif dan berada didalam Platun 3 yang diketuai Leftenan Muda Juraimi bin Ariffin. Kegembiraan dan peluang ini tidak mahu saya elakkan untuk berkhidmat bersama-sama pasukan tentera pengaman dari negara lain, pengalaman yang bakal diperolehi ini cukup bererti yang tidak akan saya lupakan. Bagaimana pun keresahan tetap ada, walaupun sebelum menyertai pengaman saya dan rakan-rakan sentiasa menjalani latihan sebagai persiapan.
6. Terfikir juga adakah saya mampu menjalankan tugas di sana untuk menghadapi pelbagai risiko samada bentuk muka bumi, pergaulan, keranah masyarakat setempat, tugas dan tanggungjawab.Pergolakan dan situasi yang berlaku di antara kaum disana tidaklah penting untuk difikirkan kerana telah sedia dimaklumkan. Setelah diberi kata nasihat dan peransang keyakinan juga semangat mula meninggi, peluang yang diberi mesti direbut mungkin ianya tidak berulang lagi. Pada 30 Jun 1993 jam 2100H seramai 204 anggota kumpulan besar pertama termasuk saya berlepas dari Pangkalan TUDM Butterworth menaiki sebanyak tiga kali C130.
7. Dalam perjalanan masing-masing bagaikan terkedu untuk berkata menanyakan soalan, memikir dan memberi jawapannya sendiri amat meletihkan. Setelah berhenti beberapa destinasi akhir kami sampai ruang udara negara bergolak Somalia dan berlegar-legar seketika di Bandar Mogadishu yang amat daif seperti kawasan baru untuk dibangunkan angkara peperangan bagaikan terkena kejutan elektrik masing-masing memikir ada yang dapat merumuskan sendiri.
8. 1 Julai 1993 melangkahkan kaki di bumi Somalia dengan semangat bercampur kegerunan walau disambut oleh kumpulan kecil pertama seolah tiada perkara berat untuk difikirkan dan dengan sendirinya kami menonton upacara menghantar pulang tentera yang tidak bernasib baik. Ada di antara kami dapat menerima kenyataan ini dan bersedia dengan ketentuannya dan ada yang sebaliknya. Apa yang berlaku adalah asam garam dalam tentera, keyakinan dan keazaman tidak akan luntur.
9. Secara rasminya bermulalah tugas saya sebagai pemandu kenderaan A tempur RPZ serang hendap di kawasan yang sama cuma waktu yang berbeza, kami di tembak dicelah-celah bangunan Misi Pengaman dan membuat rondaan yang dinamakan ‘Outskirt’ sekitar Mogadishu siang dan malam dalam jangkamasa 10 jam. Tiap-tiap rondaan selama dua jam, lima kali sehari melibatkan tiga platun dalam satu Kompeni.Tugas pertama selamat
dilaksanakan walaupun di awal rondaan melibatkan platun satu mengalami sedikit masalah semasa mejalankan tugas.
10. Sebelah malamnya adalah satu tugas yang tidak akan saya lupakan di mana kami tidak dibenarkan memandu mengunakan cahaya lampu kerana mengambil kira aspek keselamatan. Walaupun telah dilatih kami belum dapat menyesuaikan diri, di sinilah bermula kerjasama krewmen antara Ketua Kereta dan pemandu. Kerisauan mula melanda kerana peranan Ketua Kereta dan pemandu tidak berfungsi dengan baik, sungguh pun dibekalkan alat pandangan malam. Terbukti kami menggunakan peralatan moden tetapi penyesuai dan penggendalian yang terhad telah mencacatkan dan boleh mengurangkan keyakinan menjalankan tugas.
11. Akhirnya kami tidak mengunakan bantuan pandang malam sebaliknya menggunakan pengalaman memandu malam untuk menyesuaikan keadaan. Detik mencabar menduga mental dan fizikal bermula apabila kami meronda kawasan kawalan pasukan Pakistan, secara tiba-tiba kawasan itu diserang secara tidak langsung kami bagaikan kehilangan arah didalam kegelapan malam mencari tempat perlindungan sebalik bangunan namun keselamatan tetap tidak memberi jaminan. Serangan itu tertumpu pada pos kawalan pasukan Pakistan bagaimana pun tempias tidak dapat dielakan.
12. Keesokan harinya kawasan yang sama ribuan manusia menjalankan aktiviti harian meskipun kami nampak beberapa orang bersenjata, kami tidak melatah malahan bersedia menghadapi apa pun risikonya. Akhirnya letupan tembakan berlaku dikesibukan orang ramai keadaan yang sangat teruja ketika itu seolah-olah tidak memberi ruang untuk membuat keputusan membalas atau terus memecut, seakan telah mendapat arahan ketika itu kami membalas tembakan tersebut tanpa merasa ragu-ragu. Saya memandu kenderaan kedua jelas nampak apa yang berlaku seakan sesuatu yang tidak kena dan kami terus memberi tentangan.
13. Saya berpendapat dan memaklumkan kepada Ketua Platun memberhentikan tembakan dan keluar dari kawasan tersebut kerana saya membayangkan platun di dalam keadaan terlalu terdedah dan kealpaan membalas tembakan dengan membabi-buta kami terdedah kepada kecekapan militan mengunakan senjata anti kereta kebal. Saya cukup gembira walaupun sebagai seorang pemandu kenderaan, Ketua Platun sependapat dengan saya lalu Ketua Platun mengarahkan meninggalkan kawasan tersebut.
PENGALAMAN SEMASA OPERASI MENYELAMAT
14. Dengan keyakinan dan kesungguhan yang di tonjolkan oleh MALBAT misi bantuan keamanan telah bertukar menjadi penguatkuasaan, ianya satu cabaran pada kami pada awalnya menjadi pertikaian antara kami. Ini terbukti apabila MALBAT secara langsung terlibat operasi penggeledahan pertama bernama ‘TARGET FISH’ di kawasan perumahan. Sebelum memulakan pergerakan kami telah diberi taklimat oleh Ketua Kompeni dan Ketua Platun terhadap tugas masing-masing. Saya dari Platun No 3 Kompeni A diarahkan membuat kepongan dan pengawasan.
15. Nada bunyi mudah untuk dilaksanakan, hakikatnya kesukaran yang dialami kerana terpaksa melayan kerenah masyarakat setempat yang segelintirnya tidak menyenangi kedatangan kami dan ada juga yang membantu bagi memudahkan pekerjaan kami. Namun ianya merupakan kejayaan yang besar buat MALBAT berjaya merampas beberapa senjata dan bahan letupan. Keupayaan dan kesungguhan MALBAT menjalankan tugas dan tanggungjawab itu membuka mata PBB dan kepercayaan diberi dengan banyak lagi operasi-operasi yang dilaksanakan.
16. Saya merasakan sepanjang menjalankan tugas sesingkat ini dengan berbagai pahit maung sebagai seorang pemandu APC banyak pengalaman yang dapat membantu saya sebagai seorang tentera yang cukup berilmu, bersemangat dan berani. Sememangnya tidak akan saya lupakan penglibatan MALBAT pertempuran di Pasar Bakara Market yang menempuh berbagai situasi. Pada 3 Oktober 1993 1 Kompeni Renjer Tentera Amerika telah menjalankan operasi bersendirian dan telah terkepung, keadaan seakan tidak memihak kepada tentera Amerika.
17. Situasi tersebut meletakkan MALBAT di dalam keadaan siap sedia untuk membantu. 2 Kompeni dari MALBAT telah diarahkan bergerak dan berkumpul di New Port. Di sana saya dan rakan-rakan sabar menunggu arahan dan rancangan yang akan diberi. Kemuncaknya tiba juga apabila kami mendapat arahan hanya melibatkan anggota crewmen sahaja tidak kepada anggota seksyen MALBAT, malah membawa pula tentera dari Amerika. Saya masih merasa terpinga-pinga dan tidak memahami apa yang akan berlaku seterusnya.
18. Akhirnya saya mendapat arahan untuk bergerak walaupun sebelum itu telah diberi taklimat ringkas oleh Ketua Platun tetapi persoalan pada diri kami masih belum mendapat jawapan. Pergerakan kami bermula agak perlahan di dahului oleh dua buah kereta kebal Pakistan dan 2 Kompeni MALBAT yang hanya mengikut, kepada pengiring hanya menanti episod yang akan belaku. Sepanjang pergerakan, kami disambut dengan tembakan dari senjata kecil pihak militia Somali sehinggalah keadaan sudah tidak terkawal, bermula dari semangat yang berani menjadi semakin luntur.
19. Ketakutan dan keresahan tidak bertahan lama sebaliknya kami merasakan menerima semangat baru apabila tentangan yang diberi dapat disaingi walaupun kelengkapan persenjataan pihak lawan lebih baik. Rancangan dan arahan juga kesetiaan kami tonjolkan dapat menyaingi lawan dengan pergerakan yang teratur. Anehnya masyarakat sekeliling merasakan tidak ada apa yang berlaku mereka tetap bersahaja mengonggong puntung rokok. Keadaan makin rancak dan sempat menyaksikan pengendalian senjata belakang kenderaan hadapan berbalas siulan berapi, akhirnya mengalah mendapat sedikit kecederaan, bagaimanapun tentera Amerika datang membantu. Semangat bagaikan disentap apabila mengetahui kemalangan dialami pasukan, bagaimanapun hanya untuk sementara semangat melawan tetap membara.
20. Semangat dan keberanian saya semakin teruja apabila Platun 3 yang diketuai oleh Leftenan Muda Juraimi bin Ariffin diarahkan terus kehadapan unuk mengambil dan menyelamat tentera Amerika. Kebuntuan timbul apabila kami tidak diberitahu lokasi, seolah bergerak menjadi satu umpan kepada pihak lawan. Sangkaan saya tetap betul, kami ditembak bertalu-talu berbagai arah, sebagai seorang pemandu berpengalaman tanpa diarah kami sepantas kilat berpusing untuk berundur.
21. Bagaimanapun Platun 3 diarah kembali menjalankan misi menyelamat setelah kedudukan pasukan Amerika dapat dipastikan. Seakan tidak peduli risiko yang akan dialami kami memecut laju kearah yang ditujui dan sepantas yang boleh kami bergerak berundur. Kepantasan dan kecekapan kami tersekat apabila kenderaan beberapa kali gagal untuk bergerak, saya mula merasakan sesuatu yang tidak kena apatah lagi tentera amerika mengharapkan perkara yang baik berlaku.
22. Hari semakin cerah tembakan tak henti-henti bagaikan mendapat rahmat saya mengetahui kesilapannya secara tidak sedar kenderaan panduan saya telah melebihi muatan dan bergerak mendaki bukit tidak sesuai untuk pergerakan awal kenderaan dengan gear 3 seperti lazim dengan memasuki gear yang paling rendah, saya berjaya memandu ke kawasan selamat.
23. Apa yang merasakan saya berbangga dan megah tidak putu-putus, saya mendapat pujian dari rakan dari Amerika berjaya membawa mereka dengan selamat. Kejayaan dan merasa bangga tidak boleh dinafikan penglibatan MALBAT khususnya saya salah seorang penyumbang kegemilangan.dan kepercayaan yang diberi oleh Tentera darat juga kerajaan Malaysia tidak dipersiakan malah kegagahan tentera kita membuka mata dunia.
PANDANGAN DARI SUDUT SEORANG CREWMAN
24. Setelah apa yang berlaku dan dilalui juga pengalaman yang diperolehi banyak membantu.untuk meningkatkan tahap professionalisma tentera kita. Meskipun kita tidak meletakkan kepercayaan sepenuhnya, pengunaan kenderaan A seperti kelengkapan, keupayaan tetapi dengan berbekalkan disiplin, pengalaman mengendalikan, kepantasan dan berfikiran tajam menonjolkan keupayaan kenderaan tersebut. Pada hakikatnya kita mengetahui kebolehan sebenar.
Salah sebuah condor milik Tentera Darat Malaysia yang musnah dalam pertempuran dasyat tersebut.25. Sememangnya kita mengetahui kelengkapan kenderaan tempur tidak mempunyai pengunaan alat pandang malam terutama APC RPZ Condor 4 x 4 menjadi masalah yang besar. Penggunaan peralatan yang tidak bersesuaian boleh menganggu tumpuan penggendalian dan perlaksanaan tugas iaitu pemandu mengunakan alat pandang malam anggota tempur. Keduanya kita tidak dilatih secukupnya mengendali dan mengunakan peralatan itu, pelaksanaan tugasan malam seperti pemerhatian menampakkan kegagalan. Kesesuaian kenderaan dengan bentuk muka bumi haruslah diambil kira, kita tidak boleh beranggapan boleh pakai sahaja.
26. Seharusnya kenderaan itu mestilah ditingkatkan keupayaannya selaras memikul tugas yang besar, ketahanan dan kemampuan kenderaan menghadapi apa jua keadaan cuaca dan bentuk muka bumi. Pertukaran alat ganti kenderaan turut membebankan ini membolehkan kelicinan rancangan terganggu. Keperluan kenderaan tempur simpanan sememangnya perlu sebagai menampung keperluan operasi. Ciri-ciri keselamatan tiada seperti laser amaran perlu ada.
27. Sistem persenjataan pada kenderaan tempur sememangnya amat jauh ketinggalan apalah ada pada twin 7.62mm lebih banyak digunakan sebagai membalas sahutan tembakan musuh yang mengunakan senjata berkaliber lebih besar, kekurangan dan penggunaan terhad senjata 20mm Orlinkon (AKK) ternyata gagal menyaingi kehabatan musuh. Tugas penguatkuasaan seperti rondaan boleh mengundang kemalangan kerana kawasan yang terhad perlu diawasi memakan masa yang lama, ini amat meletihkan tumpuan pemanduan menjadi tidak konsisten.
Kemusnahan condor ini menunjukkan betapa hebat tentangan yang diterima oleh Tentera Darat Malaysia dalam misi menyelamat tersebut.28. Bagaimanapun pentingnya adalah arahan, rancangan dan keserasian antara crewman tersebut. Taklimat harus diberi dengan betul dan mudah difahami, ini membolehkan pemandu dan Ketua Kereta memikir dan merancang apa yang bakal berlaku. Seharusnya bantuan tembakan dari Kereta Kebal dapat membantu memusnahkan sasaran atau halangan sebagai pengiring hadapan. Penggunaan senjata Anti Kereta Kebal (AKK) ringan amatlah penting pada operasi-operasi FIBUA keberkesanan amatlah baik.
PENUTUP
29. Dalam pertempuran yang berlaku selama lima jam itu, anggota MALBAT mengalami seorang kehilangan jiwa dan sepuluh anggota tercedera (termasuk 4 cedera parah). Angka terkorban dan kecederaan telah membuktikan bahawa kita cukup terlatih, berdisplin dan sentiasa bersedia di mana saja digerakkan walaupun bergabung dengan tentera asing. Ini juga membuktikan kemampuan Tentera Darat. Kita mempunyai kekuatan mental, fizikal dan siap siaga yang baik terkenal di mata antarabangsa.
Known casualties
Malaysia
Private Mat Aznan Awang, driver of a Malaysian Condor armoured personnel carrier, was killed when his vehicle was hit by an RPG on October 3. He was posthumously promoted to corporal, and awarded the Seri Pahlawan Gagah Perkasa medal. Sumber dari http://military-photos.blogspot.com/2009/08/battle-of-mogadishu-1993.html
asei ini dari pengelaman seorang pemandu APC Condor SSjn Sulamian bin Barry PJK, yang terlibat secara langsung pertempuran BAKARA Market pada 13 Okt 1993.
Tuesday, December 14, 2010
Diari Penuntut Komando
Gambar Hiasan
Sudah 15 tahun berlalu ketika aku menjalani latihan komando. Bukan niat aku nak bangga diri untuk menceritakan perjalanan dalam latihan ini tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan sebagai menghargai setiap jasa jurulatih serta kawan-kawan yang sama-sama menjalani latihan ini. Agak sukar untuk membuangnya dari memori aku yang akhirnya aku titipkan ke dalam bentuk diari sebagai tatapan kepada rakyat Malaysia.
Selepas kemasukan aku ke dalam Tentera Darat diterima pada tahun 1995 dan menamatkan latihan dengan jayanya, aku kemudiannya dimasukkan ke Unit. Sepanjang berada di Unit baru hati aku berkobar-kobar untuk menyertai latihan komando seterusnya meneruskan perkhidmatan di dalam rejimen tersebut. Akhirnya cita-cita aku tercapai pada tahun 1996 apabila permohonan aku untuk mengikuti latihan komando diluluskan oleh orang atasan aku. Gembira tidak terkata kerana diberi peluang untuk menjalani pemilihan tersebut sebelum meneruskan latihan. Sepanjang pemilihan untuk menjadi pelatih komando banyak yang aku kena lalui seperti berlari sejauh 2.5 km dalam masa 18 min, berenang sejauh 100 m, menyelam 100 meter, terjun botol dari ketinggian 30 kaki di terendak, panjat tali dengan kelengkapan pack setinggi 30 kaki di hangar payung terjun PULPAK, mengapung badan dalam air 5 min, memikul kawan sambil berlari sejuh 100 meter menggunakan kaedah fireman lift, unta dan darling carry. Setelah keputusan diumumkan, bahawa aku adalah diantara yang terpilih untuk menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Peperangan Khas (PULPAK). Tidak dapat aku membayangkan lagi bagaimana bentuk latihan pada ketika itu cuma aku sedar yang latihan komando jauh lebih tough dari latihan ketenteraan biasa.
Sebaik pembukaan latihan komando di padang kawad PULPAK, kami terus berlari dari Betutu Darat (kawasan berpaya tepi laut di PULPAK) tempat tinggal penuntut mengelilingi kem 21 Komando dengan kelengkapan tentera termasuk senjata sejauh 3.5km (jarak aku tak pasti sebab dah lama tinggalkan, barangkali jarak 5 km). Latihan sentiasa berterusan. Dan bermula la episod suka duka aku dalam latihan siang dan malam tanpa henti. Dari latihan didikan ketabahan (halangan 30 kaki sebanyak 11 halangan), berlari sejauh 8, 10, 16 km, merentas dataran (latihan berlari dengan kelengkapan tentera di dalam kawasan hutan), merempuh halangan di bukit mentago, map reading lorong jerangkap samar, tembak dan gerak, menembak, sehingga berakhirnya sebulan di peringkat kem.
Peringkat Hutan
Setelah jurulatih membuat penelitian terhadap semua penuntut pada peringkat kem, hanya tinggal 31 pelatih yang layak meneruskan termasuk aku daripada 60 orang yang mengikuti latihan sepanjang peringkat kem. Kami dilatih bukan setakat fizikal malahan mental dan ini adalah salah satu cara menguji kekuatan seseorang anggota tentera yang ingin menjadi seorang anggota komando. Sepanjang tempoh tersebut aku pernah untuk menarik diri dari latihan tersebut semasa diperingkat hutan apabila aku terpaksa tidur dalam lumpur pada waktu malam bilamana hujan turun dengan lebat sehingga aku hampir hipotermia...dahsyat sungguh waktu itu hanya tuhan yang tahu. Berkat nasihat jurulatih dia menasihatkan aku supaya meneruskan latihan tersebut. Masa latihan aku dikenali sebagai anak komando kerana aku paling junior di kalangan pelatih pada masa itu. Sepanjang menjalani latihan diperingkat hutan, kami terpaksa menahan lapar dan makan bila perlu sahaja. Itupun hanya makan makanan dari sumber hutan seperti rebung2 dari buluh dan sebagainya. Setelah berakhirnya tempoh latihan di hutan, kami meneruskan latihan long march iaitu larian dan perjalanan menggunakan kelengkapan ketenteraan selama 3 hari sejauh 200km. Sehingga ada diantara kawan aku yang menitiskan airmata ketika latihan ini. Masa ini timbul rasa kasihan pada rakan2 seperjuangan bagaimana payahnya melalui saat itu bersama. Kami terpaksa memikul kawan2 yang lemah dan cedera. Pada peringkat ini aku terpaksa disingkirkan kerana aku mengalami kecederaan dibawah tapak kaki. Tapak kaki aku mengelupas kulitnya sehingga cebisan kulit melekat di stokin yang di pakai serta sembilan dari sepuluh kuku jari aku tercabut semasa latihan ini... Aku sedih masa tu kerana terpaksa meninggalkan rakan2 lain meneruskan perjuangan mereka.
Peringkat Paya
Pada peringkat ini, aku dah demam teruk dah...tak dapat nak tgk kawan2 aku meneruskan latihan.
Peringkat Laut
Walau bagaimanapun, atas jasa baik jurulatih aku, mereka membenarkan aku menyertai jurulatih untuk bersama-sama menyaksikan kawan2 aku meneruskan latihan. Sebaik sahaja aku diturunkan skuad (dalam komando istilah TANGGO) aku demam panas yang teruk selama seminggu. Sempat juga aku menyaksikan kawan2 aku menjalani latihan bagi peringkat laut di Betutu Laut seperti berlari mengangkat perahu tempur yang steel tu diangkat secara beramai2 ramai tanpa memakai kasut melalui jalan batu kerikil (korang bayangkan lah), baca perintah untuk latihan mendayung melalui sungai muar johor. Pernah aku menyaksikan pada peringkat tersebut, kawan aku terpaksa merangkak untuk ke perigi kerana kakinya telah hancur sebab latihan long march yang dilalui selama 3 hari itu. Aku amat kasihan pada kawanku itu. Mujur pada ketika itu, ada kawan2 lain yang simpati memangkunya ke perigi untuk mengambil air. Memang aku sedih betul masa tu... :-(
Escape and Evasion
Masa ni gambaran aku tak dapat sangat cuma yang aku dapat cerita dari kawan2 aku, peringkat ni mereka telah bertembung dengan pelaku sebagai musuh dari X-RAY Skuadron Rejimen 21 Komando dan Rejimen 22 Komando sebagai wasit (atau pengadil). latihan ini adalah latihan untuk menghindarkan diri dari kedudukan musuh ketika melaksanakan sesuatu misi yang telah diarahkan. Sekiranya ada diantaranya yang ditangkap, mereka akan di jadikan seperti tawanan perang. Bayangkan kalau jadi tawanan perang dan musuh nak korek rahsia kita. Perjalanan latihan ini aku tak dapat saksikan kerana aku dah pun TANGGO masa peringkat hutan.
Peringkat Penamat
Pada peringkat ini aku dapat juga menyaksikan kawan2 aku menamatkan latihan. Tapi untuk latihan introgation (penyeksaan) aku tak dapat ler tgk sebab aku dah TANGGO. Mana bleh ikut. Selepas itu tekanan semakin teruk dihadapi kawan2 aku sebaik tamat latihan semakin menghampiri. Mereka terpaksa melaksanakan latihan berterusan bagi memastikan tamat latihan mereka berjalan dengan lancar dan jaya. Segala tekanan samada dalam bentuk fizikal atau mental bagai sudah tidak ada erti bagi mereka. Ia seperti biasa2 sahaja. Mungkin pada padangan masyarakat luar ia seperti keterlaluan. Akhirnya ibu bapa dijemput untuk menghadiri majlis tamat latihan komando siri AKK/1/96. Pada hari yang dinantikan aku dapat menyaksikan kawan2 aku membuat demonstrasi pada ketika itu jam masih menunjukkan 6.30 pagi dengan penuh semangat sekali. Demonstrasi masa itu adalah menyerang pangkalan musuh. Sungguh membanggakan kerana kawan2 aku dapat melaksanakan dengan penuh semangat dan jayanya. Cuma aku sedih kerana tidak dapat bersama-sama mereka. Akhirnya mereka keluar dari kawasan demo untuk menerima beret hijau, pisau komando, lineyard biru dan diploma komando. Sebaik sahaja tamat pemakaian beret hijau, ia diteruskan dengan bertafakur dan deklamasi sajak yang menyentuh perasaan para hadirin pada ketika itu. Masa sajak dibacakan dan semua anggota komando tunduk bertafakur, masa itu kami menitiskan airmata mengenangkan kawan2 yang tidak dapat meneruskan perjuangan dan terimbas kenangan ketika melalui kepayahan menjalani latihan. Aku pun turut sedih masa itu. Jurulatih tidak pernah memandang rendah keupayaan aku dan mereka sedar mungkin rezeki tidak menyebelahi aku.
Mengakhiri diari aku, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih yang pernah melatih aku dan kawan-kawanku. Antara jurulatih yang aku ingat arwah SSjn (Kaler) Nasir, SSjn (kaler) Razak 22 Kdo (pakar motivasi tapi ganas), SSjn (kaler) Sulaiman 21 Komando, SSjn (kaler) Yusof (Paling ganas - aku tak bleh lupa dia ni), Sjn Ironman 11 RGK (aku tak ingat nama dia sebab ganas..hee), Sjn Razak 22 Komando, Sjn Jong (21 Komando), Sjn Zakaria dan beberapa lagi yang aku dah lupa nama mereka tapi tetap dalam ingatan aku. Kepada yang berjaya, teruskan perjuangan anda menerajui Tentera Darat Malaysia sempena 78 tahun. 1 Angkatan: Tetap Gagah, Tetap Setia

Subscribe to:
Posts (Atom)