Nuffnang Ads

Friday, July 6, 2012

Tentera French Foreign Legion




"Legion Etrangere atau French Foreign Legion terbuka kepada semua lelaki tanpa mengira kewarganegaraan termasuk warganegara Perancis sendiri yang berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan kad pengenalan yang sah dan tahap kesihatan yang baik".  Itu adalah kelayakan bagi anda yang berminat untuk menyertai tentera French Foreign Legion. Memang pelik tetapi itulah kelayakan yang diperlukan oleh pasukan tentera ini. Tentera ini mirip kepada tentera upahan walaupun ianya adalah sebahagian dari ketumbukan pasukan tentera negara Perancis.  Terdiri daripada berbagai kerakyatan memberikan sedikit keunikan kepadanya dan ianya lebih mirip seperti Rejimen Renjer Diraja (RRD) kerana terdiri dari berbagai bangsa serta kemasukan ke pasukan ini adalah secara sukarela. Seperti awal penubuhannya dahulu, kebanyakan mereka yang menyertai pasukan ini adalah terdiri daripada penjenayah yang melarikan dari negara masing-masing dan tidak seperti pada hari ini, pemilihan adalah lebih ketat kemasukannya iaitu mereka yang mempunyai rekod jenayah tidak akan diterima memandangkan setiap pemohon harus lulus tapisan keselamatan daripada Polis Antarabangsa (INTERPOL). Seseorang legionaire yang telah dipilih untuk menyertai pasukan ini akan menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun dan boleh menyambung perkhidmatan selama 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 15 tahun atau lebih lama lagi sekiranya masih berminat untuk meneruskan perkhidmatan tetapi bergantung kepada rekod perkhidmatan yang baik.  Legionaire berhak mendapat pencen selepas berkhidmat melebihi 15 tahun dan boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan kerakyatakan Perancis sekiranya berminat untuk menjadi warganegara atau taraf penduduk Perancis (boleh diperbaharui selepas 10 tahun). Hak ini walau bagaimanapun adalah hanya untuk legionaire bukan warganegara Perancis yang memperolehi sijil perkhidmatan tentera yang baik dan tidak menggunakan pengenalan yang diistiharkan (pengenalan negara masing-masing). Seperti di dalam ATM juga, di akhir perkhidmatan seseorang legionaire mereka akan dibantu untuk menyesuaikan diri kembali kepada kehidupan awam.

P/S: Khabar-khabar mengatakan ada terdapat warganegara Malaysia pernah berkhidmat dengan French Foreign Legion ni.. Macam kisah Orang Melayu Didalam Perkhidmatan Tentera US dahulu. Adakah kesetiaan mereka kepada French Foreign Legion ini boleh menjejaskan ketaat setiaan mereka kepada negara masing-masing? Terpulang kepada empunya badan. Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri. Aku tetap sayangkan negaraku sendiri.



Thursday, July 5, 2012

Datuk Lee Chong Wei Ditauliah Lt Kdr Kehormat PSSTLDM


KUALA LUMPUR - Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semalam menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan. Beliau enggan mengulas lanjut tentang rancangan tersebut ketika ini dan akan mengadakan sidang akhbar selepas pulang dari Sukan Olimpik London. ''Buat masa ini saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada Olimpik bagi memenangi pingat emas untuk negara,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas dipakaikan pangkat tauliah kehormat pegawai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di Kementerian Pertahanan di sini, semalam. Menurut beliau, pasangannya itu juga adalah atlet dan wartawan mungkin tahu individu tersebut. Pada majlis tersebut, Chong Wei ditauliahkan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) PSSTLDM berkuat kuasa 1 Mei tahun ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan hadir sama Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Sementara itu, Chong Wei berkata, peluang menyertai PSSTLSM itu akan digunakan untuk berkongsi pengalaman dengan anggota pasukan terlibat tentang kerjayanya sebagai pemain badminton negara. ''Saya akan berkongsi pengalaman termasuk kalah dalam sesuatu pertandingan dan bagaimana mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama empat tahun,'' katanya - Sumber Utusan Malaysia


Friday, June 29, 2012

Dajal Telah Muncul?? Olimpik 2012 apa akan berlaku??

Kita semua sibuk pasal politik sana-sini tetapi kita terlupa yang kita sering dilalaikan dengan perkara-perkara sebegini. Gerakan Illiminati adalah gerakan yang bergerak seperti syaitan dan apabila dunia semakin hampir dengan kiamat, gerakan-gerakan ini menjadi lebih aktif untuk menghancurkan umat manusia. WORLD NEW ORDER adalah cita-cita gerakan ini untuk mempengaruhi minda masyarakat dunia agar menentang kewujudan dan kelahiran Imam Mahdi yang kalau kita tahu, gerakan illuminati ini adalah dibawah kuasa Yahudi laknatullah. Disebabkan mereka ini percaya dengan setiap isi kandungan Al-Quran yang mengatakan Yahudi akan kalah dengan umat Islam pada akhir zaman, maka mereka telah mengatur perancangan teliti dengan mewujudkan gerakan ini bagi mengekang kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa untuk menentang Yahudi. Kalau kita perhatikan pada hari ini, banyak pemimpin-pemimpin negara Timur Tengah telah ditumbangkan dan kita sendiri tidak pasti adakah ini kebetulan ataupun perancangan gerakan-gerakan ini sebagai langkah pertama mengekang kebangkitan pemimpin Islam yang lantang menentang negara barat. Sebenarnya Yahudi amat takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mereka sedar bahawa Allah telah menjanjikan di dalam Al-Quran bahawa mereka akan kalah dengan dengan pahlawan-pahlawan Islam yang akan lahir pada akhir zaman. Di bawah ini terdapat satu video yang sebenarnya mengejutkan aku dan orang yang melihatnya pasti akan membuat andaian ia mungkin adalah betul dan ia jelas melalui simbol dan code rahsia yang digunakan oleh gerakan halus ini di dalam filem dan juga dimana-mana sahaja pada zaman ini. Korang nilaikan sendiri video ini dan aku berpendapat individu yang memuatnaik video ini adalah seorang yang peka kepada gerakan ini dan telah mengkaji setiap simbol dan code rahsia yang tersembunyi selama ini. Adakah kajian dan ramalan individu ini mengenai Olimpik 2012 menjadi kenyataan atau hanya untuk menjatuhkan reputasi London sebagai tuan rumah Olimpik 2012 untuk menimbulkan ketakutan kepada dunia?? Wallahualam. Hanya sekadar berhati-hati. Cuba korang lihat gambar mascot olimpik 2012. Kenapa Mascot tu mata satu??? Kenapa nampak pelik??? Apa kaitan mata satu dengan gerakan ini??? Korang mungkin dah ada jawapannya. Tapi adakah kebetulan?? Bagi menguatkan lagi cerita ini sila BACA LAGI DISINI


Thursday, June 28, 2012

Pahit Manis Zaman Rekrut

Bagi orang awam pengalaman hidup bersama kalangan anggota tentera adalah sesuatu yang menarik. Teringat masa zaman persekolahan aku setiap kali kenderaan tentera yang melewati di hadapan aku bersama konvoi kenderaan tentera ketika menunggu bas untuk kesekolah, pasti aku melambai kepada abg-abg tentera itu. Disebabkan semangat yang menebal untuk menyertai tentera terutama tentera darat, maka selepas tamat peperiksaan SPM aku telah memohon untuk menyertai tentera darat. Zaman aku memohon untuk menyertai tentera tidak sehebat pada hari ini yang semakin ramai untuk menyertainya kerana gaji yang boleh dikatakan lebih baik dari zaman aku dulu. Teringat masa sesi temuduga pertama di Sek Men Khir Johari, Tg Malim ditemani adik aku, hanya terdapat dalam 8 orang sahaja yang memohon untuk ditemuduga. Itulah realiti pada zaman aku dulu kalau nak memohon menyertai tentera.

Rupanya menyertai tentera darat bukanlah seindah yang digambarkan dan semudah abc nak dituturkan tetapi memerlukan komitmen yang jitu dalam melaksanakan latihan selama 6 bulan dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tersebut amat memeritkan. Ada yang sanggup mencederakan diri semata-mata untuk dikeluarkan dari latihan ketenteraan ini. Sepanjang latihan 6 bulan ini 2 sahabat aku telah meninggal dunia disebabkan demam dan minum air ketika badan sedang panas dan berpeluh (mengikut amalan tidak boleh meminum sebaik selepas berlari dan berada dalam keadaan penat kerana apa tak tahu. Doktor mungkin tahu sebabnya). Dalam tempoh latihan ini juga ada sebuah produksi drama telah membuat dramanya disini (PUSASDA) dan kamilah berbaris beramai-ramai dalam rehearsal penuh dengan pakaian istiadat (No 1 Dress) rasa macam nak passing out jer...hehehe.... Sepanjang masa disana, memang tak kering bulu roma dibuatnya....begitulah hidup seorang rekrut yang mendambakan diri untuk berkhidmat kepada negara ini.

Tiba masanya aku dan kawan-kawan bakal menamatkan latihan dan ianya bukanlah pengakhiran aku dalam tentera tetapi adalah permulaan di dalam perkhidmatan yang menuntut pengorbanan yang lebih besar dan amanah yang perlu ditanggung di bahu demi keamanan negara ini. Itulah kehidupan pahit manis dalam sebuah perjalanan seorang rekrut.

P/S: Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat yang telah meninggalkan dunia ini. Bila dalam keadaan begini, kenangan tersebut sebenarnya amat manis untuk dikenang dan akan kekal terpahat di dalam hati buat selamanya. Semoga sahabat-sahabat yang masih berkhidmat dan masih dapat melihat dunia ini, aku doakan kalian berjaya di dalam bidang masing-masing. Moga kita akan bertemu lagi dan janganlah kita lupa siapa kita dulu sebelum kita berjaya kini. TETAP GAGAH TETAP SETIA



Tuesday, June 12, 2012

Sambutan Jubli Perak Kelab Veteran Komando Malaysia

Pada 12 Jun 12 jam 2030H telah diadakan Sambutan Jubli Perak Kelab Veteran Komando Malaysia di PWTC yang telah dihadiri oleh veteran-veteran komando. Disamping itu, sambutan ini juga adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sirraturahim antara veteran-veteran komando, penyampaian Pingat Jasa Malaysia serta pelancaran buku Menjunjung Bere Hijau hasil tulisan Mejar Nazarudin yang juga pemilik blog Komando Kedai Kopi (KKK).  Majlis disempurnakan oleh Penaung Kehormat KVKM iaitu Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada malam tadi (12 Jun 12). Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan dan Pengerusi JHEV. Sebelum melabuhkan tirai, sesi bergambar bersama Mantan PM selaku Penaung Kehormat KVKM.



Monday, May 28, 2012

Siapa Bashar Al-Assad Yang Melakukan Kekejaman Kepada Rakyat Syria







Gambar-gambar kekejaman yang dilakukan oleh tentera-tentera Bashar


Manusia laknat..Bashar Al-Assad


Assalamualaikum wbt pembuka bicara saya pada kali ini kepada kaum muslimin dan muslimat walau dimana sahaja anda berada di dunia Allah ini. Pada kali ini saya nak sampaikan sikit maklumat berkenaan siapa sebenarnya Bashar Al-Assad yang menerajui kepimpinan di Syria ketika ini.  Sebenarnya aku tak ambik "port" sangat pasal si Bashar ni kerana aku beranggapan di ni seorang Muslim yang seagama dengan mana-mana umat Islam di dunia ini. Tetapi apabila aku terpandang beberapa keping foto yang boleh menaikkan darah mana-mana umat Islam di dunia ini di atas kebiadaban dan kekejamannya terhadap umat Islam di Syria aku terpanggil untuk mengetengahkan isu ini kepada rakyat di negara ini dan seluruh nusantara dan juga di bawah kerajaan Islam.  Kalau dilihat kepada foto-foto yang ada jelas kepimpinan Bashar Al-Assad yang juga seorang Syiah Alawiyah sudah terpesong jauh dari realiti hidup seorang muslim dan beliau boleh disamakan dengan Serbia yang pernah membunuh orang Islam Bosnia pada tahun 1992 sehingga 1995. Juga tidak ada bezanya dia dengan Firaun dan Kamal Atarrtuk yang pernah mengubah ayat suci Al-Quran kepada bahasa Turki (baca kisah Kamal Attartuk). Sebak hati melihat kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa diperlakukan seperti binatang oleh tentera-tentera Bashar. Sehingga awal Mei 2012 seramai 14 356 rakyat Syria kebanyakan pengikut Ahlus Sunnah Waljamaah telah menjadi korban dihujung senjata tentera-tentera Bashar. Tidak tahu dimana silapnya, negara Islam hanya membisu jumlah kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Dimanakah keadilan kepada rakyat Syria terutama berfahaman ASWJ. Bersamalah kita berdoa agar saudara se Islam kita mendapat perlindungan daripada Allah SWT dan sebarkanlah maklumat ini sekiranya kamu seorang Ahlus Sunnah Waljamaah.  Janganlah kita sesama Islam di negara ini bergaduh sesama sendiri dan ambillah ikhtibar di atas tragedi yang berlaku di Syria pada ketika ini. Baca seterusnya KLIK SINI

p/s Berjaga-jaga dengan gerakan yang ingin menjatuhkan kerajaan Islam. Mungkin ada dalang disebalik kekejaman di Syria. Tak perlu aku sebutkan kerana banyak sudah negara-negara Islam yang telah ditumbangkan oleh gerakan ini. Korang fikir la sendiri....Wallahualam..

Wednesday, May 23, 2012

Perginya Seorang Pahlawan




Atas: Gambar sebahagian daripada daripada penerjun Ekspedisi Penerjunan Kutub Utara termasuk arwah dalam bulatan dan bawah gambar arwah tidak pasti bila ia diambil.


Datuk Rahim Dahlan atau lebih dikenali Rahim King dikalangan sahabat handai merupakan seorang bekas tentera dari Rejimen Gerak Khas. Bagi masyarakat Malaysia pasti mengenali individu ini melalui rekod penerjunan kutub utara bersama-sama dengan 16 penerjun yang lain pada tahun 98 bersama kereta nasional Malaysia, Proton Wira (klik sini). Bagi aku Datuk Rahim tidak asing bagi keluarga aku kerana beliau adalah majikan kepada abah aku ketika dia membuka sebuah kem latihan bina semangat dengan nama Kem Nur Nikman di Sungkai. Selepas abah aku tidak bekerja dengannya lagi lama juga tak dengar nama dia sehingga beliau membuat penerjunan kutub utara pada tahun 98.  Sekali lagi namanya tidak lagi aku dengar sehinggalah pada bulan ni di dalam FB page EX & KDO namanya disebut-sebut dan saya baru tahun bahawa beliau telah terlantar di Hospital Kluang kerana sakit. Page EX & KDO menjadi sibuk dengan ucapan dan doa agar beliau selamat dan sihat seperti sediakala daripada sahabat-sahabat dari kalangan anggota Rejimen Gerakhas dan Veteran Gerakhas yang mengenali beliau. Pada tanggal 23 Mei 12 beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di Kg Tengah, Kluang disisi isteri dan anak-anak beliau. Dikhabarkan ramai dari kalangan sahabat handai beliau telah berada disisi beliau sejak beliau dimasukkan ke hospital lagi dan ianya berterusan. Segalanya adalah ketentuan yang maha esa dan benarlah kata pepatah HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG DAN MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA. Walau telah lama meninggalkan perkhidmatan tentera namun di atas semangat setiakawan sebagai seorang anggota GREEN BERET ia dibawa sampai ke mati. Teringat sumpah ke 12 Rejimen Gerakhas "Saya akan mengharumkan nama Bere Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memakainya hingga akhir hayat saya". Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan pahlawan-pahlawan lain di atas jasa yang pernah di tabur suatu ketika dahulu. Ucapan takziah juga buat keluarga Allahyarham.  Al-Fatihah