Pada 16 September 2012 Angkatan Tentera Malaysia akan mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila 14 anggota tentera yang terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan akan melakukan renangan merentasi Selat Inggeris. Penyerahan bendera Malaysia telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera kepada wakil ATM untuk misi tersebut. Anggota tentera ini telah diberikan latihan yang mencukupi termasuk melaksanakan latihan di dalam kolam yang diisi dengan ketulan ais bagi membiasakan mereka dengan suhu sejuk air di Selat Inggeris tersebut. Menurut Muhamad Muqharabin selaku penganjur ekspedisi, kesemua anggota akan berenang secara berganti-ganti sejauh 80km dengan suhu diantara 16 hingga 18 darjah celcius. Apa yang dibimbangkan beliau bukanlah kerana keadaan suhu kerana beliau yakin anggota tentera tersebut dapat mengatasinya tetapi yang dibimbangkan adalah gelombang laut yang bergelora yang boleh membataskan pergerakan dan mengurangkan momentom renangan anggota terbabit. Renangan dimulai dari Dover UK ke Cap Gris Nez, Calais, Perancis sebelum berpatah balik ke Dover UK. KLIK SINI berita selanjutnya. Sumber Kosmo
Nuffnang Ads
Saturday, August 4, 2012
Friday, July 6, 2012
Kanak-kanak 4 Tahun Diselamatkan oleh Anggota Rejimen Gerakhas
Gambar Hiasan
Jumaat 06 Jul 12 - Kisah ini adalah cerita benar dan baru sahaja berlaku (kelmarin) yang melibatkan seorang anggota Gerakkhas dari 21 komando yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke kem iskandar (kalau tak salah).
Peristiwa ini berlaku pada sekitar jam 6 petang di perhentian Jeti Mersing. Abg komando kita ini baru sahaja sampai di kawasan sekitar itu setelah turun dari bas. Sambil beliau sedang duduk menantikan kenderaan yang dijanjikan oleh salah seorang koperalnya? beliau terdengar satu jeritan orang ramai yang meminta tolong dari Jeti tersebut.
Tanpa berlengah lagi abg komando kita ini terus belari kearah suara orang ramai yang meminta pertolongan tadi, Sesampai sahaja dia di jeti tersebut, beliau terlihat ada seorang budak yang sedang tengelam timbul dipermukaan laut dan seperti sedang kelemasan. Beliau melihat diantara orang2 yang mula berkerumun itu tak ada siapa pun nampak nya ingin membantu selain dari hanya melihat anak kecil itu mati kelemasan dihadapan mereka.
Abg komando kita dengan hanya sempat mengeluarkan dompetnya dari seluar (mungkin takut dompetnya basah) terus terjun kedalam air untuk menyelamatkan anak itu walaupun terjunan itu sebenarnya berisiko kerana ia dibuat di kawasan yang terdapat pokok bakau mati. Dengan latihan dan kepantasan beliau berfikir dalam keadaan kecemasan anak itu akhirnya dapat diselamatkan dan dibawa naik kedarat.
Kejayaan abg komando kita ini menyelamatkanseorang kanak2 yang hampir mati lemas telah disambut dengan tepukan yang bergemuruh oleh orang2 sekitar yang sedang berkerumun menyaksikan adegan REAL DEMO dari anggota gerakhas kita. Seorang wanita telah berlari mendapat kan anak itu dan bersyukur kanak2 itu selamat.
Tak tahu bagaimana hendak membalas budi abg komando kita ini wanita dan teman lelakinya telah menghulurkan RM50.00 diulangi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA sebagai bayaran penghargaan jasa abg komando ini menyelamatkan nyawa.
Abg Komando kita merasa sangat terhina bukan kerana nilai 50 ringgit itu tapi dengan pemberian itu seolah2 jasa nya itu boleh dibayar dgn wang ringgit tak pun memang dia bekerja mencari upah menyelamatkan orang lemas di Jeti Mersing itu. Wang kertas itu telah dikembalikan kepada wanita berkenaan, lalu anggota telah menasihati pasangan tersebut dengan nada yang sedikit marah ( yang mana kanak2 itu adalah anak saudara pada wanita itu dan dia berada disitu untuk berjumpa dgn teman lelaki nya)
Kepada yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut sila lah membetulkan apa sahaja kesalahan fakta yang terdapat dalam cerita ini. Dan kepada wanita itu, cuba lah fikir masak2 bahawa tindakan awak memberi wang itu lebih kepada menghina anggota komando itu daripada menghargai jasa beliau.
Kalau lah admin jadi wanita...budak komando itu automatik jadi anak/saudara admin. kat situ juga admin akan mengaku dia adalah saudara admin dan ingin terus berhubung dengan beliau untuk terus mengeratkan tali persaudaraan yang baru sahaja terikat itu tadi. Admin sendiri akan menelefon ibunya dan memberitahu kepada ibunya bahawa anak kesayangan beliau telah melakukan satu jasa yang tak terbalas oleh admin. TERIMA KASIH KEPADA IBU2 YANG TELAH MELAHIRKAN PERWIRA NEGARA.

P/S Diceritakan sendiri oleh ibu kepada anggota Gerakhas tersebut kepada saya. Cerita di olah oleh Admin Page FB Rejimen Gerak Khas.
Tentera French Foreign Legion
"Legion Etrangere atau French Foreign Legion terbuka kepada semua lelaki tanpa mengira kewarganegaraan termasuk warganegara Perancis sendiri yang berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan kad pengenalan yang sah dan tahap kesihatan yang baik". Itu adalah kelayakan bagi anda yang berminat untuk menyertai tentera French Foreign Legion. Memang pelik tetapi itulah kelayakan yang diperlukan oleh pasukan tentera ini. Tentera ini mirip kepada tentera upahan walaupun ianya adalah sebahagian dari ketumbukan pasukan tentera negara Perancis. Terdiri daripada berbagai kerakyatan memberikan sedikit keunikan kepadanya dan ianya lebih mirip seperti Rejimen Renjer Diraja (RRD) kerana terdiri dari berbagai bangsa serta kemasukan ke pasukan ini adalah secara sukarela. Seperti awal penubuhannya dahulu, kebanyakan mereka yang menyertai pasukan ini adalah terdiri daripada penjenayah yang melarikan dari negara masing-masing dan tidak seperti pada hari ini, pemilihan adalah lebih ketat kemasukannya iaitu mereka yang mempunyai rekod jenayah tidak akan diterima memandangkan setiap pemohon harus lulus tapisan keselamatan daripada Polis Antarabangsa (INTERPOL). Seseorang legionaire yang telah dipilih untuk menyertai pasukan ini akan menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun dan boleh menyambung perkhidmatan selama 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 15 tahun atau lebih lama lagi sekiranya masih berminat untuk meneruskan perkhidmatan tetapi bergantung kepada rekod perkhidmatan yang baik. Legionaire berhak mendapat pencen selepas berkhidmat melebihi 15 tahun dan boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan kerakyatakan Perancis sekiranya berminat untuk menjadi warganegara atau taraf penduduk Perancis (boleh diperbaharui selepas 10 tahun). Hak ini walau bagaimanapun adalah hanya untuk legionaire bukan warganegara Perancis yang memperolehi sijil perkhidmatan tentera yang baik dan tidak menggunakan pengenalan yang diistiharkan (pengenalan negara masing-masing). Seperti di dalam ATM juga, di akhir perkhidmatan seseorang legionaire mereka akan dibantu untuk menyesuaikan diri kembali kepada kehidupan awam.
P/S: Khabar-khabar mengatakan ada terdapat warganegara Malaysia pernah berkhidmat dengan French Foreign Legion ni.. Macam kisah Orang Melayu Didalam Perkhidmatan Tentera US dahulu. Adakah kesetiaan mereka kepada French Foreign Legion ini boleh menjejaskan ketaat setiaan mereka kepada negara masing-masing? Terpulang kepada empunya badan. Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri. Aku tetap sayangkan negaraku sendiri.
Thursday, July 5, 2012
Datuk Lee Chong Wei Ditauliah Lt Kdr Kehormat PSSTLDM
KUALA LUMPUR - Jaguh
badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semalam menyatakan hasrat
untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan. Beliau enggan mengulas
lanjut tentang rancangan tersebut ketika ini dan akan mengadakan sidang akhbar
selepas pulang dari Sukan Olimpik London. ''Buat masa ini saya
mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada Olimpik bagi memenangi pingat emas untuk
negara,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas dipakaikan pangkat
tauliah kehormat pegawai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia
(PSSTLDM) di Kementerian Pertahanan di sini, semalam. Menurut beliau,
pasangannya itu juga adalah atlet dan wartawan mungkin tahu individu
tersebut. Pada majlis tersebut,
Chong Wei ditauliahkan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) PSSTLDM berkuat
kuasa 1 Mei tahun ini. Majlis tersebut
disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan
hadir sama Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Sementara itu, Chong
Wei berkata, peluang menyertai PSSTLSM itu akan digunakan untuk berkongsi
pengalaman dengan anggota pasukan terlibat tentang kerjayanya sebagai pemain
badminton negara. ''Saya akan berkongsi
pengalaman termasuk kalah dalam sesuatu pertandingan dan bagaimana mengekalkan
kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama empat tahun,''
katanya - Sumber Utusan Malaysia
Friday, June 29, 2012
Dajal Telah Muncul?? Olimpik 2012 apa akan berlaku??
Kita semua sibuk pasal politik sana-sini tetapi kita terlupa yang kita sering dilalaikan dengan perkara-perkara sebegini. Gerakan Illiminati adalah gerakan yang bergerak seperti syaitan dan apabila dunia semakin hampir dengan kiamat, gerakan-gerakan ini menjadi lebih aktif untuk menghancurkan umat manusia. WORLD NEW ORDER adalah cita-cita gerakan ini untuk mempengaruhi minda masyarakat dunia agar menentang kewujudan dan kelahiran Imam Mahdi yang kalau kita tahu, gerakan illuminati ini adalah dibawah kuasa Yahudi laknatullah. Disebabkan mereka ini percaya dengan setiap isi kandungan Al-Quran yang mengatakan Yahudi akan kalah dengan umat Islam pada akhir zaman, maka mereka telah mengatur perancangan teliti dengan mewujudkan gerakan ini bagi mengekang kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa untuk menentang Yahudi. Kalau kita perhatikan pada hari ini, banyak pemimpin-pemimpin negara Timur Tengah telah ditumbangkan dan kita sendiri tidak pasti adakah ini kebetulan ataupun perancangan gerakan-gerakan ini sebagai langkah pertama mengekang kebangkitan pemimpin Islam yang lantang menentang negara barat. Sebenarnya Yahudi amat takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mereka sedar bahawa Allah telah menjanjikan di dalam Al-Quran bahawa mereka akan kalah dengan dengan pahlawan-pahlawan Islam yang akan lahir pada akhir zaman. Di bawah ini terdapat satu video yang sebenarnya mengejutkan aku dan orang yang melihatnya pasti akan membuat andaian ia mungkin adalah betul dan ia jelas melalui simbol dan code rahsia yang digunakan oleh gerakan halus ini di dalam filem dan juga dimana-mana sahaja pada zaman ini. Korang nilaikan sendiri video ini dan aku berpendapat individu yang memuatnaik video ini adalah seorang yang peka kepada gerakan ini dan telah mengkaji setiap simbol dan code rahsia yang tersembunyi selama ini. Adakah kajian dan ramalan individu ini mengenai Olimpik 2012 menjadi kenyataan atau hanya untuk menjatuhkan reputasi London sebagai tuan rumah Olimpik 2012 untuk menimbulkan ketakutan kepada dunia?? Wallahualam. Hanya sekadar berhati-hati. Cuba korang lihat gambar mascot olimpik 2012. Kenapa Mascot tu mata satu??? Kenapa nampak pelik??? Apa kaitan mata satu dengan gerakan ini??? Korang mungkin dah ada jawapannya. Tapi adakah kebetulan?? Bagi menguatkan lagi cerita ini sila BACA LAGI DISINI
Thursday, June 28, 2012
Pahit Manis Zaman Rekrut
Bagi orang awam pengalaman hidup bersama kalangan anggota tentera adalah sesuatu yang menarik. Teringat masa zaman persekolahan aku setiap kali kenderaan tentera yang melewati di hadapan aku bersama konvoi kenderaan tentera ketika menunggu bas untuk kesekolah, pasti aku melambai kepada abg-abg tentera itu. Disebabkan semangat yang menebal untuk menyertai tentera terutama tentera darat, maka selepas tamat peperiksaan SPM aku telah memohon untuk menyertai tentera darat. Zaman aku memohon untuk menyertai tentera tidak sehebat pada hari ini yang semakin ramai untuk menyertainya kerana gaji yang boleh dikatakan lebih baik dari zaman aku dulu. Teringat masa sesi temuduga pertama di Sek Men Khir Johari, Tg Malim ditemani adik aku, hanya terdapat dalam 8 orang sahaja yang memohon untuk ditemuduga. Itulah realiti pada zaman aku dulu kalau nak memohon menyertai tentera.
Rupanya menyertai tentera darat bukanlah seindah yang digambarkan dan semudah abc nak dituturkan tetapi memerlukan komitmen yang jitu dalam melaksanakan latihan selama 6 bulan dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tersebut amat memeritkan. Ada yang sanggup mencederakan diri semata-mata untuk dikeluarkan dari latihan ketenteraan ini. Sepanjang latihan 6 bulan ini 2 sahabat aku telah meninggal dunia disebabkan demam dan minum air ketika badan sedang panas dan berpeluh (mengikut amalan tidak boleh meminum sebaik selepas berlari dan berada dalam keadaan penat kerana apa tak tahu. Doktor mungkin tahu sebabnya). Dalam tempoh latihan ini juga ada sebuah produksi drama telah membuat dramanya disini (PUSASDA) dan kamilah berbaris beramai-ramai dalam rehearsal penuh dengan pakaian istiadat (No 1 Dress) rasa macam nak passing out jer...hehehe.... Sepanjang masa disana, memang tak kering bulu roma dibuatnya....begitulah hidup seorang rekrut yang mendambakan diri untuk berkhidmat kepada negara ini.
Tiba masanya aku dan kawan-kawan bakal menamatkan latihan dan ianya bukanlah pengakhiran aku dalam tentera tetapi adalah permulaan di dalam perkhidmatan yang menuntut pengorbanan yang lebih besar dan amanah yang perlu ditanggung di bahu demi keamanan negara ini. Itulah kehidupan pahit manis dalam sebuah perjalanan seorang rekrut.
P/S: Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat yang telah meninggalkan dunia ini. Bila dalam keadaan begini, kenangan tersebut sebenarnya amat manis untuk dikenang dan akan kekal terpahat di dalam hati buat selamanya. Semoga sahabat-sahabat yang masih berkhidmat dan masih dapat melihat dunia ini, aku doakan kalian berjaya di dalam bidang masing-masing. Moga kita akan bertemu lagi dan janganlah kita lupa siapa kita dulu sebelum kita berjaya kini. TETAP GAGAH TETAP SETIA
Tuesday, June 12, 2012
Sambutan Jubli Perak Kelab Veteran Komando Malaysia
Pada 12 Jun 12 jam 2030H telah diadakan Sambutan Jubli Perak Kelab Veteran Komando Malaysia di PWTC yang telah dihadiri oleh veteran-veteran komando. Disamping itu, sambutan ini juga adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sirraturahim antara veteran-veteran komando, penyampaian Pingat Jasa Malaysia serta pelancaran buku Menjunjung Bere Hijau hasil tulisan Mejar Nazarudin yang juga pemilik blog Komando Kedai Kopi (KKK). Majlis disempurnakan oleh Penaung Kehormat KVKM iaitu Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada malam tadi (12 Jun 12). Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan dan Pengerusi JHEV. Sebelum melabuhkan tirai, sesi bergambar bersama Mantan PM selaku Penaung Kehormat KVKM.
Subscribe to:
Posts (Atom)