Mari sama-sama kita saksikan demonstrasi pertunjukan menyelamat tebusan yang dilaksanakan oleh anggota 11 RGK dari Tim Projek Tiger Team Black dan Projek Tiger Shark. Terima kasih kepada bro army reco.
Nuffnang Ads
Friday, April 20, 2012
Video Demonstrasi Anggota Komando dari 11 RGK sempena DSA 2012 di PWTC
Mari sama-sama kita saksikan demonstrasi pertunjukan menyelamat tebusan yang dilaksanakan oleh anggota 11 RGK dari Tim Projek Tiger Team Black dan Projek Tiger Shark. Terima kasih kepada bro army reco.
NIlai Murni Dalam Masyarakat Malaysia Makin Terhakis
Berhati-hati itu memang penting terutama bila berhadapan orang ramai yang kita sendiri tidak kenal atau mengenali mereka. Tapi ada kalanya kita harus lebih mengenali seseorang itu samada individu terbabit seorang yang baik atau sebaliknya. Aku ingin berkongsi satu kisah di Terminal Bas Selatan pada 20 Apr 12. Pada hari berkenaan aku ditugaskan untuk ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan beberapa perkara berkaitan pekerjaan aku. Dalam perjalanan ke Terminal Bas Selatan isteri aku memaklumkan bahawa susu anak aku nak habis jadi dia minta masukkan duit sebelum maghrib. Memandangkan aku hanya ada wang tunai masa tu, aku pusing keliling TBS untuk mencari mesin cash deposit. Malang aku tidak menemui mesin tersebut. Jadi aku mendapat idea iaitu memohon tolong dari seseorang untuk transferkan wang tu ke akaun isteri aku. Disitu aku bertemu dengan seorang gentlemen (kononnya kalau cakap dengan wanita) aku memohon bantuan dia untuk transferkan ke akaun isteri aku dan aku telah awal2 memegang wang tunai untuk diberi kepadanya sekiranya dia dapat transfer ke akaun isteri aku (takut dia ingat aku nak kapur duit dia). Dalam aku mintak no akaun isteri aku tu (asalnya ok mamat tu nak tolong katanya la tapi ngangguk macam paksa je) dia bleh kata dia dah keluarkan semua duit dalam akaun dia. Lepas tu boleh kata minta maaf kata nak cepat. Ada akai ka?? Tapi aku redha jer la sebab bukan duit aku. Tapi aku kesal dengan sikap orang sebegini yang terlalu berhati2. Nak hati2 pun tgk keadaan la..bukan aku tak ada wang tunai untuk diberi balik. Masalah aku cuma tak ada duit dalam akaun maybank. Cuma wang tunai sahaja. Takkan lah aku kena tunjuk MyTentera aku dengan uniform aku dulu baru nak tolong kut..... Tapi mamat ni aku tengok macam keret skit...berbeza dengan seorang wanita yang aku mintak tolong kenalpasti lokasi TBS semasa di Stesen LRT Masjid Jamek dengan panjang lebar menceritakan macam mana nak pergi sana. Aku ingat kalau aku menyamar jadi perempuan mesti mamat ni cepat jer nak tolong kan.... Yer la aku muka pun tak berseri asyik kena panas jer, sebijik macam muka orang pecah pintu....hahahaha... Aku harap Allah membalas sikap dan perbuatan mamat ni...aku tak salahkan dia cuma aku kesal dengan perbuatannya itu. Korang bayangkan anak aku nak minum susu pada masa tu duit tak ada nak beli susu. Isteri aku pun bagitahu last minit mana aku nak cari cash deposit kat TBS tu. Harap kalau ada sesiapa yang bekerja di mana2 bank atau di TBS mohon kemukakan cadangan meletakkan mesin cash deposit di TBS kerana tiada tempat lain yang boleh pergi lagi kalau dah sampai kat stesen tu. Ambik lah iktibar dari kejadian ini dan kalau nak berhati-hati pun tengok lah situasi sebenarnya.
Thursday, April 19, 2012
Kemalangan melibatkan kenderaan tentera

Satu pengalaman yang tidak boleh aku lupakan apabila semalam aku terlibat dengan kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan yang aku naiki bersama-sama dengan anggota pasukan aku terlibat dengan kemalangan. Masa tu rasa seperti ajal aku telah tiba bila sebuah kenderaan awam telah merempuh sebelah kanan kenderaan yang dinaiki aku menyebabkan kenderaan tentera yang dinaiki berguling dua kali menyebabkan beberapa orang dari anggota aku cedera ringan. Walau pada semalamnya tidak ada apa-apa kesakitan dirasai, tetapi hari baru dapat aku rasakan beberapa bahagian badan aku mulai sakit walau aku tidak mengalami luka2 serius.. Allah telah memberi harapan kepada aku untuk bertakwa kepadanya. Aku bersyukur apabila kesemua anggota aku terselamat dalam kejadian tersebut dan pada malam ini pasukan aku akan mengadakan tahlil dan doa selamat serta kesyukuran di atas kejadian ini. Semoga antara kita sentiasa beringat bahawa kemalangan tidak mengira usia, pekerjaan, kaya atau miskin dan apabila Allah berkehendakkan sesuatu itu berlaku maka akan berlakulah ia.
Monday, April 16, 2012
Pameran DSA 2012 - Pameran Pertahanan Terbesar Asia
Demo ULK 11 RGK - Gambar oleh NS Shah
Defence Services Asia adalah pameran pertahanan terbesar di asia yang kini sedang berlangsung di PWTC mulai 16 sehingga 19 Apr 12. Pameran ini telah mula dilaksanakan pada tahun 1988 dan sehingga kini, Malaysia telah menyaksikan angkatan tentera kita telah melalui proses permodenan sebagai contoh pembelian Sukhoi, Kapal Selam Scorpene, Persenjataan dan Kenderaan-kenderaan darat untuk kegunaan ATM. Sehubungan itu, kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk mengambil photoshoot boleh la ke PWTC pada tarikh yang dinyatakan. Terdapat beberapa negara mengambil bahagian di dalam acara ini dan Malaysia di wakili DRB Hicom, Sapura Telecomunication, DEFTECH dan beberapa syarikat lagi. Pada pameran itu juga ada dilaksanakan demonstrasi pertunjukan dari unit antikeganasan 11 Rejimen Gerakhas yang cukup dikenali sebagai Man In Black dan pernah membuat demonstrasi menyelamat tebusan di Dataran Merdeka pada tahun lalu. Jangan lepaskan peluang. Enjoy it...
Friday, April 13, 2012
Thursday, April 12, 2012
Future Soldier

Apa gambaran dalam kepala korang bila disebut Future Soldier?? Mesti anda membayangkan bahawa Future Soldier ni mesti nampak seperti ala2 Ironman, Robocop, Captain Future dan sebagainya seperti apa yang anda gambarkan. Untuk menghadapi dunia yang semakin maju, Malaysia tidak terkecuali dengan pembangunan Future Soldier untuk pasukan tenteranya agar tidaklah ketinggalan zaman. Membangunkan teknologi tinggi kepada anggota tentera bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya mengambil masa yang lama untuk mengkaji dari segi persenjataan masa depan, pakaian, gear dan sebagainya. Sebagai contoh, STRIDE kini sedang mengkaji untuk membuat pakaian tentera (celoreng camo digital) bagi kegunaan anggota tentera. Pakaian ini boleh dikatakan amat berteknologi tinggi kerana ianya adalah anti termal yang membolehkan anggota tentera kita tidak dapat dikesan musuh menggunakan teropong malam umpamanya. Sesuatu yang boleh dibanggakan, kerana kita masih mempunyai rakyat yang mempunyai penilaian yang tinggi dalam penghasilan camo untuk pakaian anggota tentera. Bahagian Kajian Teknologi Pertahanan sedang bertungkus lumus untuk menghasilkan Future Soldier ini. Macam mana agaknya yang dikatakan Future Soldier?? Kita tunggu sahaja hasil titik peluh rakyat kita sendiri nanti.
Penyanyi dan Pelakon Korea RAIN Menyertai Tentera


Kalau sebut sahaja nama RAIN pasti rakyat di negara ini mengenali siapa dia. Sapa lagi kalau tak penyanyi K-Pop pujaan wanita...heee...RAIN diberitakan telah menyertai latihan ketenteraan dan seterusnya di kerah untuk menyertai tentera. Kalau kita perhatikan, walau sepopular mana pun RAIN ni tapi hati tetap ada nilai-nilai patriotik untuk mempertahankan negara. Berapa banyakkah artis yang betul-betul komitmen seperti RAIN ni. Sepanjang tempoh 21 bulan, RAIN akan bergiat aktif dengan dunia ketenteraan. Ingat kalau Malaysia buat macam ni ada jer alasan mak bapak tak bagi anaknya terlibat dengan dunia tersebut. Lihat sahaja program PLKN pada asalnya hendak dibuat seperti NS Singapore tetapi terlalu banyak alasan remeh temeh dan kebimbangan mak bapak yang tak tentu pasal. Tidak dinafikan latihan ketenteraan adalah amat mencabar tetapi apa salahnya kalau ia untuk kebaikan negara. Maka fikir-fikirkanlah natijahnya kalau kita tak berubah dari sekarang. Aku berani katakan, kalau rakyat Korea ini diberi senjata, mereka tidak ada masalah menggunakannya disebabkan latihan NS mereka mirip kepada ketenteraan sedangkan PLKN kita tidak ubah seperti kem musim cuti sekolah. Korang fikir lah sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)
