Nuffnang Ads

Monday, April 16, 2012

Pameran DSA 2012 - Pameran Pertahanan Terbesar Asia

Demo ULK 11 RGK - Gambar oleh NS Shah

Defence Services Asia adalah pameran pertahanan terbesar di asia yang kini sedang berlangsung di PWTC mulai 16 sehingga 19 Apr 12. Pameran ini telah mula dilaksanakan pada tahun 1988 dan sehingga kini, Malaysia telah menyaksikan angkatan tentera kita telah melalui proses permodenan sebagai contoh pembelian Sukhoi, Kapal Selam Scorpene, Persenjataan dan Kenderaan-kenderaan darat untuk kegunaan ATM. Sehubungan itu, kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk mengambil photoshoot boleh la ke PWTC pada tarikh yang dinyatakan. Terdapat beberapa negara mengambil bahagian di dalam acara ini dan Malaysia di wakili DRB Hicom, Sapura Telecomunication, DEFTECH dan beberapa syarikat lagi. Pada pameran itu juga ada dilaksanakan demonstrasi pertunjukan dari unit antikeganasan 11 Rejimen Gerakhas yang cukup dikenali sebagai Man In Black dan pernah membuat demonstrasi menyelamat tebusan di Dataran Merdeka pada tahun lalu. Jangan lepaskan peluang. Enjoy it...

Thursday, April 12, 2012

Future Soldier

Apa gambaran dalam kepala korang bila disebut Future Soldier?? Mesti anda membayangkan bahawa Future Soldier ni mesti nampak seperti ala2 Ironman, Robocop, Captain Future dan sebagainya seperti apa yang anda gambarkan. Untuk menghadapi dunia yang semakin maju, Malaysia tidak terkecuali dengan pembangunan Future Soldier untuk pasukan tenteranya agar tidaklah ketinggalan zaman. Membangunkan teknologi tinggi kepada anggota tentera bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya mengambil masa yang lama untuk mengkaji dari segi persenjataan masa depan, pakaian, gear dan sebagainya. Sebagai contoh, STRIDE kini sedang mengkaji untuk membuat pakaian tentera (celoreng camo digital) bagi kegunaan anggota tentera. Pakaian ini boleh dikatakan amat berteknologi tinggi kerana ianya adalah anti termal yang membolehkan anggota tentera kita tidak dapat dikesan musuh menggunakan teropong malam umpamanya. Sesuatu yang boleh dibanggakan, kerana kita masih mempunyai rakyat yang mempunyai penilaian yang tinggi dalam penghasilan camo untuk pakaian anggota tentera. Bahagian Kajian Teknologi Pertahanan sedang bertungkus lumus untuk menghasilkan Future Soldier ini. Macam mana agaknya yang dikatakan Future Soldier?? Kita tunggu sahaja hasil titik peluh rakyat kita sendiri nanti.

Penyanyi dan Pelakon Korea RAIN Menyertai Tentera

Kalau sebut sahaja nama RAIN pasti rakyat di negara ini mengenali siapa dia. Sapa lagi kalau tak penyanyi K-Pop pujaan wanita...heee...RAIN diberitakan telah menyertai latihan ketenteraan dan seterusnya di kerah untuk menyertai tentera. Kalau kita perhatikan, walau sepopular mana pun RAIN ni tapi hati tetap ada nilai-nilai patriotik untuk mempertahankan negara. Berapa banyakkah artis yang betul-betul komitmen seperti RAIN ni. Sepanjang tempoh 21 bulan, RAIN akan bergiat aktif dengan dunia ketenteraan. Ingat kalau Malaysia buat macam ni ada jer alasan mak bapak tak bagi anaknya terlibat dengan dunia tersebut. Lihat sahaja program PLKN pada asalnya hendak dibuat seperti NS Singapore tetapi terlalu banyak alasan remeh temeh dan kebimbangan mak bapak yang tak tentu pasal. Tidak dinafikan latihan ketenteraan adalah amat mencabar tetapi apa salahnya kalau ia untuk kebaikan negara. Maka fikir-fikirkanlah natijahnya kalau kita tak berubah dari sekarang. Aku berani katakan, kalau rakyat Korea ini diberi senjata, mereka tidak ada masalah menggunakannya disebabkan latihan NS mereka mirip kepada ketenteraan sedangkan PLKN kita tidak ubah seperti kem musim cuti sekolah. Korang fikir lah sendiri

Tuesday, April 10, 2012

Daulat Tuanku. Sembah Tahniah di Atas Perlantikan Sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong


Ampun Tuanku, patik merapat sembah tahniah
kepada Tuanku berdua, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri
Agong.
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU


Sekitar pengambaran filem BRAVO LIMA





Filem Bravo Lima

Filem melayu bergenre perang akan ditayangkan ke layar perak tidak lama lagi. Majlis pelancaran filem tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Wisma Transit Kuala Lumpur pada 09 Apr 12. Diberitakan filem tersebut adalah berdasarkan kisah sebenar dari operasi Rahsia Rejimen Gerakhas semasa penjajahan komunis. Walau pun kita tidak ada lagi pengalaman dalam pembanterasan gerakan pelampau selepas insiden Sauk, kisah-kisah sebegini haruslah sentiasa diketengahkan supaya dapat membuka mata orang ramai betapa tentera kita juga terlibat dengan banyak misi "bunuh diri" yang meletakkan kepentingan negara melebihi keperluan sendiri. Jangan kita terlupa pada kemakmuran yang dikecapi kini kerana ianya pasti suatu masa tidak akan kekal jika ada antara kita masih bermusuhan sesama sendiri. Moga filem ini memberi kejayaan yang baik dan berharap pada tahun 2012 lebih banyak filem epik perang boleh diketengahkan oleh pengarah-pengarah filem muda yang mantap. Harap mutunya adalah lebih baik sekurang2 nya seperti filem Lt Adnan yang diarahkan oleh Aziz M Osman. Pelakon utama filem ini adalah Remy Ishak, memegang watak Lt Azri (RGK - Rejimen Gerakhas).