Nuffnang Ads

Saturday, August 4, 2012

ATM Merentas Selat Inggeris


Pada 16 September 2012 Angkatan Tentera Malaysia akan mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila 14 anggota tentera yang terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan akan melakukan renangan merentasi Selat Inggeris. Penyerahan bendera Malaysia telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera kepada wakil ATM untuk misi tersebut. Anggota tentera ini telah diberikan latihan yang mencukupi termasuk melaksanakan latihan di dalam kolam yang diisi dengan ketulan ais bagi membiasakan mereka dengan suhu sejuk air di Selat Inggeris tersebut. Menurut Muhamad Muqharabin selaku penganjur ekspedisi, kesemua anggota akan berenang secara berganti-ganti sejauh 80km dengan suhu diantara 16 hingga 18 darjah celcius. Apa yang dibimbangkan beliau bukanlah kerana keadaan suhu kerana beliau yakin anggota tentera tersebut dapat mengatasinya tetapi yang dibimbangkan adalah gelombang laut yang bergelora yang boleh membataskan pergerakan dan mengurangkan momentom renangan anggota terbabit. Renangan dimulai dari Dover UK ke Cap Gris Nez, Calais, Perancis sebelum berpatah balik ke Dover UK. KLIK SINI berita selanjutnya. Sumber Kosmo

1 comment:

  1. Salam saudara Canang,

    Selamat kembali ke blog ya Canang! Yes...Yakin ATM Boleh! Sbg anggota military, sy yakin dan pasti kesemua anggota mempunyai stamina yang hebat. Yang penting utk tujuan ini ialah deep waters survival skills untuk terus dapat menghadapi dan menawan arus deras yang sejuk dan mencabar, serta cuaca yang berubah2 di tengah2 selat tu. Pengalaman mereka2 yang telah berenang di sana haruslah juga dijadikan panduan, misalnya Datuk Abd Malik Maidin.

    p/s entry yang mengimbau masa lalu...English Channel. Pernah sy menyeberanginya dari Dover ke Calais untuk ke France - The Netherlands...tapi dgn P&O Ferries, empat tingkat, bukannya tulang empat kerat! ;-D

    So, go MAF go! YOU CAN DO IT. I believe you can! Make MAF proud! My prayers go with all of you...MAF heroes in the making! InsyaAllah...God bless!

    ReplyDelete