Nuffnang Ads

Friday, July 6, 2012

Tentera French Foreign Legion




"Legion Etrangere atau French Foreign Legion terbuka kepada semua lelaki tanpa mengira kewarganegaraan termasuk warganegara Perancis sendiri yang berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan kad pengenalan yang sah dan tahap kesihatan yang baik".  Itu adalah kelayakan bagi anda yang berminat untuk menyertai tentera French Foreign Legion. Memang pelik tetapi itulah kelayakan yang diperlukan oleh pasukan tentera ini. Tentera ini mirip kepada tentera upahan walaupun ianya adalah sebahagian dari ketumbukan pasukan tentera negara Perancis.  Terdiri daripada berbagai kerakyatan memberikan sedikit keunikan kepadanya dan ianya lebih mirip seperti Rejimen Renjer Diraja (RRD) kerana terdiri dari berbagai bangsa serta kemasukan ke pasukan ini adalah secara sukarela. Seperti awal penubuhannya dahulu, kebanyakan mereka yang menyertai pasukan ini adalah terdiri daripada penjenayah yang melarikan dari negara masing-masing dan tidak seperti pada hari ini, pemilihan adalah lebih ketat kemasukannya iaitu mereka yang mempunyai rekod jenayah tidak akan diterima memandangkan setiap pemohon harus lulus tapisan keselamatan daripada Polis Antarabangsa (INTERPOL). Seseorang legionaire yang telah dipilih untuk menyertai pasukan ini akan menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun dan boleh menyambung perkhidmatan selama 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 15 tahun atau lebih lama lagi sekiranya masih berminat untuk meneruskan perkhidmatan tetapi bergantung kepada rekod perkhidmatan yang baik.  Legionaire berhak mendapat pencen selepas berkhidmat melebihi 15 tahun dan boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan kerakyatakan Perancis sekiranya berminat untuk menjadi warganegara atau taraf penduduk Perancis (boleh diperbaharui selepas 10 tahun). Hak ini walau bagaimanapun adalah hanya untuk legionaire bukan warganegara Perancis yang memperolehi sijil perkhidmatan tentera yang baik dan tidak menggunakan pengenalan yang diistiharkan (pengenalan negara masing-masing). Seperti di dalam ATM juga, di akhir perkhidmatan seseorang legionaire mereka akan dibantu untuk menyesuaikan diri kembali kepada kehidupan awam.

P/S: Khabar-khabar mengatakan ada terdapat warganegara Malaysia pernah berkhidmat dengan French Foreign Legion ni.. Macam kisah Orang Melayu Didalam Perkhidmatan Tentera US dahulu. Adakah kesetiaan mereka kepada French Foreign Legion ini boleh menjejaskan ketaat setiaan mereka kepada negara masing-masing? Terpulang kepada empunya badan. Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri. Aku tetap sayangkan negaraku sendiri.



14 comments:

  1. tapi kalau dah masuk army negara tu, meaning orang Melayu tu memang dah jadi warganegara sanalah. Cuma keturunan Melayu...bukan warganegara Msialah kan.

    ReplyDelete
  2. Tak juga...kalau dia masih berminat balik ke Malaysia pun tak per dan kalau nak jadi warganegara Perancis pun boleh sebab sumbangan besar mereka kepada pertahanan haruslah dibalas dengan jasa memberi kewarganegaraan. Ada yang asal Malaysia berkhidmat dengan pasukan tentera FFL ni

    ReplyDelete
  3. ooo ye ke? ingatkan hanya warganegara negara tu saja yg boleh jadi tentera. so, kalau contohnya warganegara lain dari UK atau Indonesia nak masuk ATM boleh ke? yang ni belum buat kajian lagi hehehe.

    ReplyDelete
  4. Mana boleh...Malaysia tak ada polisi macam France punya tentera FFL ni..

    ReplyDelete
  5. hehehe, i see...kalau buat polisi tentera upahan, mesti ramai Bangla, Nepalese, Indon masuk ATM heheh.

    ReplyDelete
  6. Pelbagai buku mengenainya telah ditulis. Ada sebab ia ditubuhkan dan latihan yang keras menyebabkan mereka hanya berjuang dengan rakan mereka hingga akhir nyawa mereka. Dalam blog saya pun ada pasal rencana legionnaire

    ReplyDelete
  7. Saudara Hafizie saya dah follow blog anda...terima kasih melawat blog saya

    ReplyDelete
  8. Saya Pernah Pergi Interview Nya di Paris

    ReplyDelete
  9. X kisah la ke mana arah kesetiaan dia. tetapi apabila kita menjadi tentera dan pergi berperang.sebenaranya kita berpetang untuk rakan kita.kita bermatian untuk diri dan rakan-rakan agar kita semua dapat balik bersama

    ReplyDelete
  10. ada sesiapa tahu siapa mereka yang pernah join FFL tu.nak dengar cerita mereka.aku dah bosan dengar cerita tentera malaysia ni

    ReplyDelete
  11. Aku ada pengelaman ada kepakaran dlm tentera malaysia. Dan aku juga akan diberhentikan dlm perhimatan kerana bmi lebih. Kepakaran aku tak dipandang zaman sekarang tapi bmi. Jadi sekarang ni tgh usha nak turun bmi utk join PMC mana2 yg sudi terima kepakaran saya utk saya menyara hidup. Nak bayar rumah, kereta yg penting menyara keluarga

    ReplyDelete
  12. Sapa2 ada lubang PMC mintak pm saya nak cari makan n menyara keluarga

    ReplyDelete