Nuffnang Ads

Thursday, April 26, 2012

Statistik Kemalangan Payung Terjun Melibatkan Anggota Tentera


Allahyarhamah Pbt Awanis ketika bersama 10 Bgd PARA

Sejak era perang Dunia Kedua, banyak kemalangan payung terjun dicatatkan dalam sejarah. Aku bukan nak cerita pasal kemalangan payung terjun melibatkan tentera luar negara, tetapi nak sentuh pasal kemalangan yang melibatkan anggota tentera dalam negara ini sepanjang perkhidmatan aku di dalam tentera. Masih teringat aku dengan kisah 3 srikandi 10 Bgd PARA apabila pertama kali dalam sejarah negara, anggota tentera dari kalangan kaum hawa menyertai Pasukan Aturgerak Cepat tersebut iaitu Pbt Talasiah (ketika itu dan sekarang menjadi Jurulatih payung terjun wanita di 10 Bgd PARA), Pbt DIna dan arwah Pbt Awanis sehinggalah pada 31 Jul 98 Pbt Awanis yang ketika itu sedang menjalani latihan penerjunan bebas telah terlibat dengan kemalangan payung terjun apabila payung utama anggota telah gagal berfungsi dan menyebabkan jurulatihnya mengambil tindakan berani terjun dari pesawat untuk memautnya tetapi turut sama terkorban kerana payung nya juga gagal berfungsi dengan baik menyebabkan kedua-duanya terbunuh di Kem Terendak Melaka. Menurut cerita dari sumber tak rasmi, sebelum kejadian anggota telah minta tukar payung terjun dengan seorang pegawai tentera dan tidak disangka payung tersebut gagal berfungsi dengan baik. Wallahualam. Itu adalah salah satu dari siri kemalangan yang melibatkan anggota tentera ketika menjalani latihan payung terjun. Cuba kita lihat pula senarai di bawah ini:

              Kemalangan payung terjun di LIMA 07 Langkawi    

                   a.   Sep 06 - 2 orang anggota komando terbunuh apabila berlaku pelanggaran di udara
                         ketika sesi latihan terjun bebas melibatkan seorang Pegawai Waren dan Lans Koperal.

                   b.   Dis 07 - Semasa demonstrasi penerjunan anggota 10 Bgd PARA semasa LIMA 07
                         3 anggota dari 10 Bgd PARA telah terbunuh apabila payung terjun mereka tiba-tiba
                         telah dibawa angin ke laut menyebabkan mereka lemas dan hiportemia.

                   c.  Jun 09 - Seorang anggota komando dari Rejimen Gerakhas yang menjalani latihan
                        penerjunan bersama 67 anggota termasuk 12 anggota Rejimen Gerakhas telah
                        terbunuh ketika menjalani latihan penerjunan di Kampung Padang Meha, Kulim.

                   d.  Apr 11 - Limit ak Amis, 38 terbunuh ketika menjalani latihan payung terjun di
                        Sandakan Sabah apabila pada ketinggian 2,438.4 meter anggota menghadapi masalah
                        ketika membuka payung terjun dan mayat ditemua di muara sungai.

Walaupun peratus payung kembang bagi payung jenis statik adalah 99% boleh kembang, jika dibandingkan dengan payung penerjunan bebas dianggarkan 50% untuk kembang (menurut pakar payung terjun) tetapi kemalangan seperti ini tidak dapat dielakkan samada ia disebabkan kecuaian manusia mahupun teknikal. Apapun kita serahkan kepada yang esa. Ini adalah diantara kemalangan melibatkan anggota payung terjun yang digazetkan di dada2 akhbar. Mudahan keluarga2 anggota ini diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan terutama yang telah mempunyai anak isteri semoga tabah. Doa kami dari ATM semoga kehidupan anda lebih sempurna dan berbanggalah bahawa anak, suami anda berlatih untuk berperang demi keamanan bumi bertuah ini. Al-Fatihah  

7 comments:

  1. teringat dulu semasa saya terbaca di dada akhbar.
    Dua anggota komando terbunuh semasa menjalani latihan payung terjun. PW tersebut tak silap saya dah beratus kali terjun dan Lkpl tersebut baru bebrapa puluh kali. Lkpl tesebut jatuh atas atap seorang penduduk kampung. Isteri beliau seorang jururawat di kem sungai udang, ada seorang anak yang baru dilahirkan.
    Pasal 10 Briged para ada anggota pranita meninggal dunia.

    ReplyDelete
  2. Peristiwa yang tuan hamba sebutkan itu adalah cerita di Para A. PW tu orang Bagan Serai Perak manakala pelatih dia tu orang Sarawak kalau tak silap saya

    ReplyDelete
  3. saya baca dalam suratkhabar...kesian isteri yang ditinggalkan. dan khabarnya selepas kejadian pranita mati lemas tu...dah tak ada pranita lagi dalam infantri/para kan???
    yang dah meninggal, hanya doa boleh kita berikan...yang hidup...keluarga mereka adakah nasib mereka terbela???

    ReplyDelete
  4. Masih ada lagi anggota tentera wanita dalam Briged PARA cik fayeku

    ReplyDelete
  5. Oh yeke... Al-fatihah utk anggota komando terkorban, amin. Kawan-kawan saya unit TA ada ambil payung terjun.
    Cik Faye : Unit infantry masih ramai pranita.

    ReplyDelete
  6. 10 bgd para ada jurulatih payung terjun perempuan ke????

    ReplyDelete
  7. pada hari arwah awanis meninggal pada masa tu hari jumaat jam menunjukan hampir puku 12,saya pada masa tu hendak balik ke bilik bujang memerhatikan dari jauh anggota 10 bgd membuat latihan penerjunan bebas,saya lihat arwah dan arwah sjn ali keluar dalam keadaan link(pegang antara satu sama lain dalam ketinggian 6'000 kaki......




    ReplyDelete