Nuffnang Ads

Thursday, April 26, 2012

Peluang Melanjutkan Pengajian Tinggi di Dalam Perkhidmatan Tentera



Konvokesyen Khas UMTECH untuk anggota tentera

Baucer Buku 1 Malaysia aku punya...heeee

Siapa kata berkhidmat dalam tentera tidak boleh meningkat?? Kalau ada soalan bodoh macam ni dikemukakan pada aku, aku cakap masuk tentera dulu baru tahu berapa banyak faedah dan peluang yang korang akan dapat sepanjang hidup korang dalam tentera. Jangan kita menilai melalui cakap2 orang yang hanya melalui dengar2 cakap. Masa sekolah aku berjaya dalam SPM tetapi memandangkan aku anak yang sulong daripada 9 orang adik beradik maka hasrat aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang tinggi terpaksa lah dikuburkan dan serta merta aku memohon untuk mengikuti temuduga menyertai ATM ketika itu berumur 18 tahun (masa tu lepas paper terakhir SPM Subjek Bahasa Malaysia) bersama-sama adik aku jadi peneman ketika sesi temuduga pertama di Sek Men Khir Johari, Tg Malim. Pada tahun 2007 aku telah memohon untuk mengikuti pengajian tinggi dan tawaran tersebut telah diterima oleh pihak Universiti Tun Abdul Razak dan MINDEF untuk mengikuti pengajian peringkat  Diploma di bawah program K-Force (Knowledge Force) hasil usahasama Kementerian Pertahanan dan UNITAR (sekarang dikenali UMTECH - University of Management and Technology). Walaupun sukar untuk membahagikan masa meneruskan pengajian, tetapi berkat usaha tinggal 3 subjek lagi sebelum aku menghabiskannya. Biasala... otak dah lama tak diperah untuk belajar tetapi untuk berperang jer...heee.... So jangan lagi ada jawapan bodoh mengatakan askar ni tak ada masa depan. Waima orang yang nak bersara pun diberi peluang untuk mengikuti Kursus Peralihan dimana2 kolej atau tempat yang dihajati untuk menuntut ilmu sebagai persediaan menamatkan perkhidmatan. Sebenarnya bukan offer diploma jer aku dapat tetapi aku telah pun mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di bawah MLVK sebelum ni. Syukur sebelum aku menamatkan pengajian, sekurang2 aku ada sedikit kelulusan dan sedikit pengalaman untuk meneruskan kehidupan. Kalau ada dikalangan anggota tentera tidak merebut peluang ini, adalah menjadi satu kerugian buat mereka dan ada juga suara2 sinis "berhenti askar duk rumah jer...buat apa sijil besar ponco"...lantak korang lah...masing2 punya hal...aku bagi lubang cari peluang, nak tak nak korang pikir sendiri. Klik Sini Sekitar Konvo Khas

28 comments:

  1. setuju tu...tapi dulu pun lepas SPM saya tak pernah terfikir option masuk askar. bila tgk byk jugak kerja2 askar yg selalu travel ni ye.
    majlis konvo encik canang ke? tahniah!!! hehe, lepas ni sambungla master pulak heheh...pencen nanti insya allah banyak peluang di luar.

    ReplyDelete
  2. Saya belum lagi...hehehehe...coming soon...ni nak g misi tangguh pengajian

    ReplyDelete
  3. pssst cik faye...petang ni nak tukar baucer buku ni dengan novel...hahahaha...bleh kan..kan..kan..

    ReplyDelete
  4. Salam saudara Canang,

    TAHNIAH saudara Canang kerana mempunyai semangat menimba ilmu demi peningkatan dan kemajuan diri. Semoga lebih ramai lagi, terutamanya di kalangan anggota lain2 pangkat meneruskan kesinambungan menimba telaga ilmu ini. Ianya suatu harta kita yang tidak dapat diambil dan dirampas oleh sesiapapun. Hendak seribu daya, tak hendak beribu dalih. Walau apapun kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib dan berbagai saluran yang ada dalam isu dan proses pembelajaran sepanjang hayat ini, asasnya terletak pada diri sendiri; seperti kata pepatah Inggeris,
    "Learning is a lifelong process. We can promote, have and be given every avenues to acquire knowledge; thus, we can bring the horses to the river, but we can't force the horses to drink the waters".

    p/s Sesuatu yang perlu diingat...Peperangan pada masakini ialah Peperangan Minda...High-Order Thinking...inilah yang menentukan strategi yang membuahkan kemenangan bagi sesuatu pasukan! Sejarah jatuh bangunnya sesuatu bangsa berkaitan dengan budaya ilmu yang dihayatinya. So, sama2lah kita fikirkan...
    Tepuk dada, akseslah minda masing2...hahaha...pepatah saya sendiri niii...TAHNIAH sekali lagi saudara Canang. Semoga terus berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa syarat untuk anggota llp yang ingin sambung pengajian ke ijazah

      Delete
  5. thus, we can bring the horses to the river, but we can't force the horses to drink the waters". I like this sentences... sapa kita nak paksa2 orang lain kan...kita cuma galakkan mereka belajar...nak tak nak terpulang pada diri masing2

    ReplyDelete
  6. Betul tuan, saya setuju siapa kita nak memaksa orang untuk belajar.

    Saya teringin sangat nak sambung belajar tapi kelulusan SPM cukup2 makan, nak minta kerja Gov pon tak layak. BM setakat lulus P7, BI F9. Lagi pun saya jenis susah ilmu nak masuk dalam kepala, mudah lupa.

    Tuan ada masa sambunglah belajar tuan. Saya tahun 2009 ambil Diploma Eksekutif di UUM tapi Diploma tidak diiktiraf oleh GOV sebab tidak menepati syarat2 yang ditetapkan. Saya ambil pun sebab nak sangat ada Diploma, lagi pun ianya untuk golongan pekerja swasta. Ada kawan cakap membazir duit ambil Diploma tidak diiktiraf. Sekarang ni banyak IPTA adakan kursus program Eksekutif - Diploma, Ijazah dan Master.

    ReplyDelete
  7. Betul macam kawan2 saudara tu bagitahu. Jangan terburu2 membuat keputusan. Sijil Kemahiran pun laku sekarang ni... mana2 pergi pun orang cari yang lebih mahir daripada hanya belajar melalui buku tanpa amali

    ReplyDelete
  8. dkna pon sedang belajar..memang susah nak bahagikan masa dengan belajar..semangat perlu kuat..kadang2 dkna tertekan ngn kesibukan kerja sehingga mengabaikan pelajaran.. InsyaAllah, dengan usaha kita pasti akan berjaya kelak.

    bak kata pepatah, menuntut ilmu biarlah sampai ke negara china..tak rugi kita belajar :)

    ReplyDelete
  9. Bagus ka dkna..proses pembelajaran adalah berterusan dan ianya tidak terbatas masa dan waktu

    ReplyDelete
  10. beli novel pun bagus, bagi minda kita satu input yang berbeza...hihi, saya dah selamat habiskan baucar tu...tapi buku2nya baru satu tgh baca. nanti saya share novel cerita perang yg saya pernah beli heheh...

    ReplyDelete
  11. sama la... semalam saya perabiskan shopping beli buku...tak larat aku nak angkut...hahahaha... beli 2 novel untuk isteri dan 1 buku untuk anak.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum...sy nk brtnye pndapat..sy ad diploma awam..dan kini sy tlh pon berkhidmat..n now..sy nk smbung degree..so mcm mne cre2 nye...boley tnjuk langkah2 ap perlu sy buat..tq...

    ReplyDelete
  13. assalam,,sy nk tny,dlu sy pernh smbung blajar dlau teknologi pengurusan perakaunan,,tp xhabis bljar,,trusasuk rekrut,,skrg sy nk smbung blajar,,mcm mne yeee,boleh sy thu cra nk mohon

    ReplyDelete
  14. assalam,,sy nk tny,dlu sy pernh smbung blajar dlau teknologi pengurusan perakaunan,,tp xhabis bljar,,trusasuk rekrut,,skrg sy nk smbung blajar,,mcm mne yeee,boleh sy thu cra nk mohon

    ReplyDelete
  15. nk tnya .. bulan november ni dah msuk tudm . sya baru abis spm tkde diploma atau sjil kemahiran. kalo kita msuk tentera kemudian baru mohon utk sambung belajar .. kita akan dpt naik pngkat tk kalo dah berjaya dptkan diploma atau degree... ??

    ReplyDelete
  16. contoh dri pangkat LLP dpt tk jdi pegawai jika dah dpt diploma atau ijazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea, dapat. Boleh mohon masuk pegawai jika berminat.

      Delete
  17. Kalau dri LLP diploma vokasional boleh sambung ke degree?

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum mcm mtk pdgan smua.. mcm mna klau sy nk smbu blaja dri llp utk upgrade ke pgwai.. tpi sjil takde spm ta mmuaskan..

    ReplyDelete
  19. Nk tanya.. Sya tentera. Spm sya tk lh pandai sangat tapi sya nak sngat smbung belajar ni. Kat mana sya boleh smbung berlajar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik SPM blk, pastu mohon PJJ dgn bhgian pendidikan (ATM) boleh dpt kat UNITAR. Tahun 2009 incas sya pernah ambik PJJ sampai dpt degree semasa dlm service.

      Delete
  20. Macam mana sy nk mohon pjj sy ad jumpa kpa ajar dia ad guide sy to dia sruh sy hbiskn kursus kerjaya terlebih dahulu mcm mn cara sy nk mohon slps sy habis kursus kerjyaa nanti moho pencerahan

    ReplyDelete
  21. klau smbung belajar masa berkhidmat . boleh ke amik kos yg kita nak? contoh hbis bljar dlm tu nk keje dlm unit kkd mcm nurse ke .

    ReplyDelete
  22. adakah kerajaan tanggung perbelanjaan tuan ? saya llp baru habis rekrut tuan. mohon tuan detailkan tuan. tujuan saya masuk atm nak smbung belajar tuan.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum tuan, saya nak tanya, tuan umur berapa masa ambil diploma

    ReplyDelete
  24. Masih ade peluang ke untuk ditauliahkan sebagai pegawai utk perajurit muda ?

    ReplyDelete