Nuffnang Ads

Thursday, April 26, 2012

Muzium Tentera Darat Port Dickson


Trademark Alpha Company

Tahukah anda bahawa banggunan yang telah dijadikan Muzium Tentera Darat adalah merupakan tempat penginapan Kompeni A iaitu kompeni aku semasa menjalani latihan rekrut pada tahun 1995. Tempat ini meninggalkan seribu kenangan menyaksikan aku dan sahabat2 aku menjalani latihan disini dengan berbagai kisah suka duka dan pahit manis. Aku bersyukur kerana masih berpeluang untuk melihat lagi kompeni aku yang kini dijadikan Muzium Tentera Darat walaupun beberapa bangunan kompeni lain terpaksa dirobohkan atas matlamat pembangunan iaitu Kompeni Echo dan Kompeni Foxtrot yang hanya tinggal nama tetapi bangunan asalnya telah robohkan dan dijadikan bangunan penginapan yang baru untuk Perajurit Muda (dulu panggil rekrut). Pernah aku sekali ke bangunan ni tiba-tiba airmata aku berlinang mengingatkan aku kepada sahabat2 aku dulu kerana ada diantara mereka sekarang telah kembali kerahmatullah kerana sakit ataupun kemalangan. Juga tak lupa kepada Jurulatih2 aku yang mendidik aku sehingga aku boleh sampai ke tahap ini. Aku harap mereka sihat2 sahaja dan kalau ada diantaranya yang telah kembali kerahmatullah aku ucapkan takziah kepada keluarga mereka.

p/s: Pertandingan yang pernah aku sertai semasa rekrut adalah pertandingan kawad, merempuh halangan, jalan lasak 16km dan merentas desa. Tinju last minute kena buang sebab terlebih berat yang dikehendaki. Berat untuk kategori aku pin weight sepatutnya. Trademark Kompeni A adalah Komando Rest iaitu cara berehat menggunakan kepala di atas tar.

6 comments:

  1. al-fatihah saja yg boleh kita berikan, semoga roh mereka berada di tempat org2 beriman.
    saya pergi muzium TD...perghhhh panassss ya rabbiii, tak tahan hehehe...mcm manalah askar2 ni blh tahan berlatih...tulang besi urat dawai!

    ReplyDelete
  2. Memang panas...dulu air kolah kat bilik air tu yang dihadapnya...hahahaha... Masa berlari ada la nyanyi lagu urat dawai tulang besi

    ReplyDelete
  3. Seksanya nak menjadi seorang komando terlatih ye tuan.

    ASKAR - Azab Sengsara Kau Akan Rasa

    KOMANDO apa dia tuan?

    ReplyDelete
  4. "Saya Hamba", RAMD lak...yg saya pernah dengar sendiri, katanya Ramai Anak Melayu Derita...hahaha betoi ke canang?

    ReplyDelete
  5. haah...Commando - Command and Do - Perintah dan Laksana

    ReplyDelete