Nuffnang Ads

Tuesday, April 24, 2012

Kepelbagaian Tactical Boot




BEBERAPA JENIS BUT TAKTIKAL

Tactical Boot atau dalam bahasa melayunya But Taktikal biasanya hanya dipakai oleh anggota pasukan khas terutama Komando. Aku masih ingat dahulu bila terlihat sahaja beberapa orang komando mengenakan but taktikal ni ianya nampak lebih kemas. But taktikal dipakai oleh anggota pasukan khas adalah dengan tujuan untuk membantu anggota pasukan khas membuat serbuan mengejut dan terjun payung untuk mengurangkan hentakan pada anggota badan.  Bahagian tapak kasut yang lembut (seakan kasut sukan) dapat memberi keselesaan kepada penggunanya. Kalau dulu kasut yang top dalam senarai equipment RGK adalah but taktikal jenama MAGNUM - Hi-Tech. Sekarang didapati banyak kasut taktikal yang banyak dipasaran seperti 5.11, MAGNUM, SWAT, Delta dan sebagainya... Sekarang pun aku tengok banyak dikalangan anggota tentera telah mengenakan kasut taktikal ini kerana ianya lebih selesa dan ringan. Anggota tentera yang berkhidmat di bawah PBB seperti misi UNIFIL dan ISAF telah diissue but taktikal SWAT yang lebih efisyen di kawasan padang pasir. Cuma kalau ada perbarisan rasmi kasut tu kasi simpan la.... :)

6 comments:

  1. Tuan, masa pameran DSA tempoh hari. Saya ada pergo booth 5.11 di Hall 3. Banyak kasut taktikal mereka pamerkan. Hajat di hati nak beli satu tapi harganya mahal RM300 ke atas. InsyaAllah memang berhajat nak beli, ada beberapa barang yang berkenan di hati seperti seluar, beg, kasut, jam tangan. Sembang2 dengan 3-4 orang pekerja dan bos dia, dapatlah harga diskaun. Tapi belum mampu untuk beli, mereka suruh datang ke kedai di Seri Petaling, harga diskaun seperti diberikan masa DSA.

    ReplyDelete
  2. oo yer ker...saya juga peminat kasut taktikal ni...ia overall...dengan pakaian awam pun bleh pakai...selesa...bukan macam boot biasa

    ReplyDelete
  3. ni lah boot yg asben sy cari merata hari 2,kat kem dia dah abis stok...last2 dapat kat pulada,nak jugak pakai swat boot...ble dia tunjukkan hari 2 memg betul kasut ni sangat2 selesa dipakai coz tapaknya yg tebal dgn span...;)

    ReplyDelete
  4. Yer betul nasha...anggota tentera kita yang menyertai misi di Lubnan di issue kasut jenis swat ni

    ReplyDelete
  5. Yer betul tu tuan.. harap suatu hari nanti dapat pakai... cukup duit pergi sana beli apa yang di hajati.

    ReplyDelete