Nuffnang Ads

Thursday, April 12, 2012

Future Soldier

Apa gambaran dalam kepala korang bila disebut Future Soldier?? Mesti anda membayangkan bahawa Future Soldier ni mesti nampak seperti ala2 Ironman, Robocop, Captain Future dan sebagainya seperti apa yang anda gambarkan. Untuk menghadapi dunia yang semakin maju, Malaysia tidak terkecuali dengan pembangunan Future Soldier untuk pasukan tenteranya agar tidaklah ketinggalan zaman. Membangunkan teknologi tinggi kepada anggota tentera bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya mengambil masa yang lama untuk mengkaji dari segi persenjataan masa depan, pakaian, gear dan sebagainya. Sebagai contoh, STRIDE kini sedang mengkaji untuk membuat pakaian tentera (celoreng camo digital) bagi kegunaan anggota tentera. Pakaian ini boleh dikatakan amat berteknologi tinggi kerana ianya adalah anti termal yang membolehkan anggota tentera kita tidak dapat dikesan musuh menggunakan teropong malam umpamanya. Sesuatu yang boleh dibanggakan, kerana kita masih mempunyai rakyat yang mempunyai penilaian yang tinggi dalam penghasilan camo untuk pakaian anggota tentera. Bahagian Kajian Teknologi Pertahanan sedang bertungkus lumus untuk menghasilkan Future Soldier ini. Macam mana agaknya yang dikatakan Future Soldier?? Kita tunggu sahaja hasil titik peluh rakyat kita sendiri nanti.

5 comments:

  1. Salam saudara Canang,

    Future Soldier? Yes!!! Soldiers with advance nanotechnology stormtrooper suits which include every sci-fi technology we can imagine. With heads-up-display helmet to personal cooling and heating systems to a matching weapon that includes a laser-guided target assessment system to fire, just like, mini-missiles. With the bullet-proof helmet-that will include "sub-miniature cameras"-and the next-generation rifle, K-11. The K-11 will have a laser-guided target system which will communicate with the helmet, as well as mini-missiles and a high explosive projectile. The battle suit itself will include a personal cooling and heating system, as well as a backpack designed to control and coordinate all the components. It will also include a friend-or-foe ID system and a GPS and GPSM. Wow...imagine ATM/MAF have all these for our future soldiers!

    p/s Am proud to be Malaysian anyway! With our highly committed and courageous men in the Armed Forces,i'm /we're all indeed in safe hands - provided we all Malaysians, stay united! Bravo and Gracias to all these military unsung heroes!

    ReplyDelete
  2. Wah jauh pandangan nur_emyinda12...heee..siap ada cooling and heating system. Teringat citer back to the future...heee

    ReplyDelete
  3. Saudara Canang,

    Hmmm... jauh berjalan, luas pandangan; jauh pandangan, macam2 yang diangan...hahaha ;-p Mudah2an suatu hari nanti ATM akan maju jauh lebih terkehadapan dalam teknologi pertahanannya berbanding negara kuasa besar lain spt USA, Russia, Korea dan China. Nothing is impossible, kan! After Abraham Lincoln words, determine that the thing can and shall be done, and then we shall find the way. Semoga ATM terus maju dan gah di rantau Asia khususnya dan dunia amnya.

    ReplyDelete
  4. ade x gamba baju celoreng camo utk atm dari STRIDE? Sape2 ade tlon share.... minat nak tahu pasal Soldier Advanced Kombat Technology Integrated (SAKTI)developed by Sapura Thales... cost around 160 million

    ReplyDelete
  5. Mohd Hazimin: Saya ada tgk gambar camo terbaru dari STRIDE (Digital Camo). Ada dipersembahkan di pameran pertahanan baru-baru ini yang mana camo yang dicipta oleh STRIDE anti termal...wallahualam...gambar tu tak ada sebab mungkin dalam kajian lagi

    ReplyDelete