Nuffnang Ads

Wednesday, April 25, 2012

Definasi Perjuangan


Perjuangan,
Apa erti perjuangan pada dirimu
Adakah hanya pekikan merdeka...merdeka...merdeka..?
Adakah ianya hanya mengusung senjata?
Ah...banyak sungguh definasinya perjuangan

Bagiku..
Perjuangan adalah sesuatu besar ertinya dalam kehidupan
Menjangkau masa depan memikirkannya
Perjuangan adalah lebih dari segala-galanya..
Bila difikir sedalam-dalam di benak hati ini
Adakah kita seorang pejuang menegak kebenaran?

Biarlah orang menilai siapa kita
Janganlah kita menilai siapa diri kita
Samada pejuang ataupun tidak kepada sesiapa jua
Tidak kira apa asas perjuangannya
Agar dapat memberi manfaat kepada anak bangsa juga negara
Kekal aman seluruh semesta
Itulah erti sebuah perjuangan...




8 comments:

  1. Pada negara ini
    segala kesetiaanku
    tidak ke mana lagi

    di antara berbilang bangsa
    sebuah dangau didirikan
    dengan harmoni
    penghuni-penghuni sukaria
    tanpa menghiraukan
    keturunan bangsa
    pelukan agama
    pertuturan bahasa
    saling mewujudkan
    suasana muhibbah
    sentiasa eratkan
    tali persaudaraan!

    negara ini
    tanah tumpah darahku
    ibu pertiwiku!

    pada negara ini
    kucurahkan
    segala kesetiaanku
    segala cintaku
    selama-lamanya!

    Biar mandi peluh jangan mandi darah
    Pantang maut sebelum ajal
    Satu peluru satu musuh
    ATM - Tunggak Pertahanan Negara


    P/S : Sumpah satria yang ku ikrar dulu, akanku dipegang dengan seketat-ketatnya.

    ReplyDelete
  2. wah pandai tuan hamba bersajak yer...dalam blog saya ni ada seorang lagi pandai bersajak...heee

    ReplyDelete
  3. Tuan Canang... Saya tak pandai sajak atau puisi tapi saya suka sangat puitis. Dalam FB saya banyak puitis saya post di wall. Minat ni sebab dulu saya ambil sastera melayu masa sekolah menengah. Puitis ni kena dengan jiwa saya. ATM memang dekat di hati, zaman sekolah dulu cita2 nak jadi askar, mana2 kawan2 ayah di kampung atau sepupu yang jadi askar mereka kata saya tak layak sebab perwatakan saya yang lembut tapi jiwa saya seorang lelaki. Mereka kata saya macam perempuan, budak2 lelaki lain lasak masa kecil hingga dewasa, bergaul sana sini sebaliknya tidak saya. Dalam Famili saya seorang lelaki yang lainnya perempuan, pergi mana2 akak saya yang bawa. Maybe tu la kot stail saya mcam perempuan. Saya pon tidak ada kecergasan / kekentalan untuk jadi seorang askar. Kerap jatuh sakit.Saya juga dulu pernah dipandang rendah. Saya bangkit untuk buktikannya. Usia 24tahun saya join wataniah, walaupun masa tu mak ayah menghalang saya semasa nak menjalani latihan. Betul sangkaan mereka semasa menjalani latihan saya kerap jatuh sakit, sapai terpaksa MC rest kat berek. Ada dikalangan jurulatih suruh tarik diri/nak keluarkan saya dari perajurit muda dan ada juga yang pertahankan suruh saya habiskan latihan alang2 dah masuk. Pernah juga saya join latihan kem tahunan, saya jatuh saya beberapa kali jumpa DR tentera. Lumpuh separuh badan sekejap. Tapi memang seronok sertai latihan ia kena dengan jiwa saya walaupon selama ini saya tak pernah sertai aktiviti lasak dan lain2 sebab famili tak bagi. Ye mereka tahu kemampuan saya. Dalam kem pun kekawan tau saya ni macam mana. Mereka nak suruh buat apa2 tengok apa saya boleh tolong buat kerja. Saya nak buktikan pada famili saya dan kawan2 lain saya pun mampu walaupun saya lemah, kerap jatuh sakit. Saya rasa satu kepuasan dalam jiwa saya bila sertai latihan tentera dan join outdoor. Dulu famili tak bagi pun saya buat itu ini, semuanya mereka yang tentukannya. Saya join outdoor sekarang ni pun mereka risau terutama ayah. Apa saya nak sebelum saya meninggal dunia saya nak cari kepuasan dalam hidup saya dengan sertai outdoor janji saya tak buat maksiat atau memalukan mnereka. Itu saya bagitau famili saya. Cukuplah selama ini mereka bataskan pergerakan saya. Maaf ye tuan canang saya banyak merepek pula.. :D InsyaAllah saya akan terus berpuisi selagi hidup sebab kekawan FB dan forum internet suka. Wassalam

    ReplyDelete
  4. saya suka perenggan ini :

    Biarlah orang menilai siapa kita
    Janganlah kita menilai siapa diri kita

    Ye itulah yang selalu dipesan oleh ayah dan kakak disaat saya mengalami masalah.

    ReplyDelete
  5. salam 'Saya Hamba', salam perkenalan. saya pun ada cita2 nak masuk askar wataniah. Tapi tgklah kalau ada rezeki dan peluang hihihi...sebab utama ialah saya tak tahan panas, cepat sgt kena migrain. Larat ke nak pergi training semua tu kan.

    canang & 'Saya Hamba', apa2 perjuangan sekali pun yang paling penting ialah NIAT kita. untuk siapa? pastilah untuk Allah kan...perjuangan tak semestinya terhad pada fizikal saya, tapi boleh juga melalui mata pena...seperti yang saya dan tuan2 buat sekarang ini...semoga Allah berkati usaha kita ini.

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan cik faye. InsyaAllah ada peluang dan rezeki tak ke mana pun tapi kena lah berusaha untuk pergi kem dan menjalani ujian kesihatan dll. Di KL / Selangor banyak unit wataniah ni, pilih je nak pasukan mana. :)

    Saya dulu pun ada masalah kesihatan, stamina dan fizikal lemah sangat. lembik, lembut mengalah perempuan..huhuhu.. selalu sakit. tapi saya kuatkan diri walaupun arwah ibu tak bagi sehingga saya nak masuk menjalani latihan AW, ibu datang dari kampung hantar saya. Selalu berpesan.

    Ya betul niat kita "Naiwatu Lillahi Taala". Dulu masuk saya join nak sertai wataniah ramai yang perli-perli dan sindir saya sebabkan keadaan diri saya tapi saya tak pedulikan semua tu. Janji kerana minta dan ilmu saya masuk juga sebab nak merasai sendiri alam tentera ni macam mana. Saya buktikan orang macam saya pun boleh sertai dengan jayanya. Sebenarnya masa saya sertai latihan askar wataniah dulu, baru keluar hospital selepas beberapa kali keluar masuk hospital kerana sakit.

    Cayok3 cik faye... :)

    ReplyDelete
  7. Salam saudara Canang,

    TAHNIAH! Pandai pun saudara ni bersajak. Berjiwa puitis jugak ni ya...Keep it up! InsyaAllah suatu masa dan ketika nanti boleh jadi penulis terkenal dalam ATM seperti yang ada sekarang ni. Segalanya bermula dengan penulisan puisi...

    Betul kata saudara, "Tidak kira apa asas perjuangannya
    Agar dapat memberi manfaat kepada anak bangsa juga negara"

    Well, mata pena itu lebih tajam dari mata pisau! Semoga perjuangan melalui penulisan yang bernas dan bermakna memberi berganda lagi makna kepada pembangunan manusiawi...insyaAllah.

    BRAVO and EXCELLENTE monseiur for a very meaningful definition of "Perjuangan".

    ReplyDelete
  8. Terima kasih nuremyinda....saya pun lama tak menulis sajak selepas masuk tentera ni..dulu pernah bagi sajak kat marka...hehehehe...panjang lebar....

    ReplyDelete