Nuffnang Ads

Saturday, April 21, 2012

Adakah Anda Gembira Bila Sudah Berpencen Dari Perkhidmatan Tentera??


Soalan yang sentiasa bermain difikiran saya.. Adakah mereka2 yang telah berpencen gembira sekarang dengan hidup diaorang?? Banyak yang telah aku baca dan menyelidik perihal anggota tentera yang berpencen atau tidak berpencen. Yang berjaya diharapkan terus berjaya dan yang kecundang inilah yang menjadi masalah kepada kehidupan. Kadang2 aku terpikir macam mana nasib aku nanti bila sudah berpencen samada aku menjadi seorang yang berjaya atau sebaliknya. Maklumlah aku hidup selama hampir 18 tahun di dalam perkhidmatan tentera dan tidak banyak pengalaman di dalam kehidupan sebagai orang awam. Di dalam perkhidmatan semua rasa plan akan berjalan baik seperti yang kita rancang dan bila sampai masanya apa yang akan jadi pun tak tahu. Sebagai seorang anggota tentera aku mengingatkan kepada sahabat2 diluar sana agar meneruskan perkhidmatan sehingga berpencen. Walau kita tak ada kerja sekalipun bila berpencen nanti, sekurang2 kita telah ada wang pencen untuk menyara kehidupan isteri dan anak2. Kita tidak tahu masa bila kita akan susah dan bila kita akan senang kerana rezeki Allah yang berikan. Maka beringat itu adalah penting dan janganlah kita kecundang selepas berhenti dari perkhidmatan padahal semasa kita berkhidmat kita lah yang terbaik dan terpilih tetapi kenapa berakhir dengan kegagalan bila kita diluar sana. Tidak dinafikan unit tempur dan unit bantuan tempur merupakan unit paling menguji tahap kesabaran kita dengan operasi, latihan sana sini serta tekanan yang dihadapi di tempat kerja. Bersabarlah wahai sahabat semua sama ada susah atau senang. Fikirkanlah keluarga kita sebelum kita membuat sesuatu keputusan yang salah yang akhirnya merugikan kita. Aku mengingatkan diri aku dan sahabat2 semua bertahanlah sehingga sampai umur persaraan demi keluarga dan bukan kerana kepentingan diri kita. Kepada sahabat2 kita yang gagal diluar sana, perjalanan masih jauh dan berusahalah sepertimana anda pernah berkhidmat sepenuh hati di dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda dulu. Jangan mengalah dengan keadaan sebaliknya jadikan kegagalan sebagai permulaan satu kehidupan baru. Klik sini cerita pasal duit pencen

5 comments:

  1. semua bergantung pada individu...kalau mereka beringat ttg masa depan, insya Allah mereka dah ada perancangan selepas pencen. setahu saya ada kursus sebelum keluar service utk mereka yg berminat nak menceburi bidang perniagaan, mereka patut ambil peluang yang disediakan. banyak saya baca kisah2 pesara tentera yang berjaya dalam perniagaan. saya pun doakan saudara canang pun begitu juga, sudah ada perancangan apa nak buat selepas tamat perkhidmatan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ingatan tersebut. Perancangan saya selepas bersara mungkin buka butik pengantin kut...hehehehe...

    ReplyDelete
  3. aikkk...butik pengantin? hehehe, usahasama dengan isteri ke? okay gak bisnes butik pengantin ni, wife sewakan baju pengantin & buat mekap, husband buat pakej fotografi memang masyukkk hehehe...

    ReplyDelete
  4. balik Congo nanti, sure duit masyuk kan...simpanlah buat menabung.pemilihan tu dibuat mcm mana? rotate secara automatik atau boleh apply? mcm unifil, rotate unit2 seluruh Msia kan? dan pergi tu sekali saja dlm perkhidmatan atau boleh 2-3 kali? hehhe, nak suruh bf saya pergi Afghanistanla heheh, kumpul duit (joking je)

    ReplyDelete
  5. Pemilihan mengikut Jabatanarah Rejimen/Kor masing2 oleh Pengarah. Selepas tu kena g sesi ujian bahasa inggeris untuk ujian subjektif/objektif, mendengar, esei dan ujian lisan. Sekiranya seseorang itu pernah bertugas untuk misi, kali kedua mungkin tak dapat dah. Kasik can orang lain...hehehehe... Afghanistan misi ISAF kawasan paling "panas" dan berbahaya bagi anggota tentera luar. Member yang pernah g ISAF telah beberapa kali berlaku tembakan dari pihak taliban.

    ReplyDelete