Nuffnang Ads

Saturday, March 19, 2011

Pembangunan Tenaga Nuclear di Malaysia

Sebagai rakyat biasa saya tidak tahu apa kelebihan menggunakan tenaga nuclear ini dalam menjanakan kuasa elektrik kepada sesebuah negara. Mungkin nuclear ni lebih power kut...apa pun pada pandangan saya sebagai rakyat Malaysia berkenaan isu ini bahawa nuclear bukanlah satu sumber tenaga yang stabil dan ia memerlukan kepakaran yang khusus dalam menanganinya apabila berlaku kebocoran radiasi terhadap loji tersebut. Mengambil contoh dan iktibar apa yang berlaku kepada negara Jepun ketika ini menunjukkan bahawa nuclear bukan sahaja merbahaya kepada negara yang menggunakan sumber tenaga tersebut tetapi juga kepada negara berjiran dengannya. Memang benar pendapat Tun Dr Mahathir mengenai perkara ini. Pada beliau, nuclear bukanlah satu sumber tenaga yang stabil dan untuk melaksanakan projek ini, kerajaan harus memandang jauh sebelum sesuatu berlaku kepada loji yang dirancang hendak dibangunkan kerana kesannya amat dahsyat sekiranya berlaku kebocoron radiasi. Sepanjang pemerintahan beliau sendiri, beliau tidak membenarkan pembangunan loji nuclear di negara di kerana beliau sedar akan implikasi yang akan dihadapi. Itu tidak termasuk kemungkinan terdapat bantahan dari rakyat di negara sendiri atau negara berjiran yang lain. Pada pendapat saya, menggunakan sumber tenaga yang sedia adalah lebih baik bagi menjamin keselamatan serantau dari pencemaran radiasi sekiranya berlaku kebocoron. Diharapkan pemimpin-pemimpin kita akan menilai perkara ini sedalam-dalamnya dan jadikan iktibar dengan apa yang berlaku di Jepun. Ada rahmat disebalik apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment