Nuffnang Ads
Monday, May 9, 2011
Wednesday, May 4, 2011
Selasa, 03/05/2011 -Timbaan Ketua Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata bahawa pergerakannya mencapai persetujuan dengan delegasi Fatah di Kaherah dan paksi Palestin itu akan bertemu pada Rabu untuk menandatangani persetujuan untuk bergabung.
Abu Marzouk berkata pada sidang media selepas menandatangani persefahaman tentang petang Rabu lepas di Kaherah. Beliau berkata bahawa persefahaman yang telah dipersetuju oleh delegasi Fatah dan Hamas termasuk pembentukan kerajaan bersatu, penyambungan tugas ahli Parlimen di Tebing Barat dan melaksanakan pilihanraya.
Ketua delegasi Fatah ke Kaherah, Azzam al-Ahmed menyuarakan kegembiraan apabila Palestin yang berpecah akan tamat, dan Israel mula memberi amaran kepada Mahmoud Abbas tentang hal ini kerana penglibatan Hamas. Dalam konteks yang sama, paksi pejuang Palestin yang lain menyokong Hamas dan Fatah kerana menandatangani perjanjian itu di Kaherah pada Rabu lepas.
“Kami sangat menerima perkembangan yang penting dan pantas ini dan menghargai usaha yang telah dibuat untuk menamatkan perpisahan dalaman dan membuang penderitaan besar yang ditanggng oleh rakyat Palestin kerana perpecahan ini,” kata pegawai tinggi Jihad Islam Khaled al-Batsh kepada Pusat Info Palestin (PIC)
“Kami menyeru penggabungan berlaku dengan cepat atas dasar mengekalkan pergerakan negara, meluruskan perjuangan rakyat palestin dan melindungi penentangan dan menutup kes penahanan politik antara kedua pihak,” tambah Batsh lagi.
Beliau juga menekankan kepentingan mempertahan dasar-dasar dalam perjanjian penggabungan itu.
Pegawai tinggi Pasukan Pembebasan Popular Palestin, Rabah Muhanna berkata bahawa Kaherah akan menjemput paksi itu berbincang dalam masa dua hari dan bersetuju dalam pembentukan kerajaan yang bersatu dan persediaan untuk pilihanraya dalam masa setahun.
Khaled Abu Hilal, ketua Pergerakan Pembebasan (Ahrar Movement), menyatakan keyakinan dalam kemampuan Hamas untuk mencapai persetujuan ke atas persefahaman itu dan melindungi pergerakan penentang dan memenuhi aspirasi penduduk Palestin.
Lihat SiniMonday, May 2, 2011
Betul ke ini gambar Osama Laden

Saturday, April 30, 2011
Kenaikan gaji tentera dapat bantu tingkat profesionalisme ATM
2011/04/28
CADANGAN Kementerian Pertahanan memperkenalkan skim gaji baru anggota tentera selepas kali terakhir disemak pada 2004 adalah wajar dan kena pada masanya. Sebagai pasukan keselamatan yang berada di barisan hadapan negara, adalah wajar kebajikan anggota tentera diberi perhatian serius oleh kerajaan. Semakan gaji anggota tentera yang dibuat pada Oktober 2004 membabitkan kenaikan antara satu hingga 42.85 peratus atau antara RM44.66 hingga RM719.01, bergantung kepada pangkat dan kelayakan.Kita percaya anggota tentera mengharapkan skim gaji baru yang dicadangkan itu, jika tidak berlaku kenaikan tinggi sekalipun, setidak-tidaknya menyamai skim gaji penjawat awam lain. Dengan menyediakan skim gaji yang setimpal dengan bidang tugas, sudah pasti ia akan turut menaikkan moral setiap anggota tentera terbabit.
Justeru, dengan kenaikan kos sara hidup semasa adalah perlu skim gaji baru itu diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan. Ini berdasarkan perbelanjaan isi rumah yang perlu ditanggung anggota tentera terbabit. Kita percaya anggota tentera dan keluarga masing-masing juga mahu hidup selesa, apatah lagi yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, yang mana kos sara hidupnya begitu tinggi.
Setiap anggota tentera perlu sentiasa siap siaga bagi memastikan negara dapat menangkis sebarang ancaman musuh secara tiba-tiba, sama ada dari luar mahu pun dalam negara. Khidmat mereka juga boleh dimanfaatkan pada bila-bila masa sekiranya negara dilanda bencana.
Melalui skim gaji yang lebih baik, ia akan turut meningkatkan lagi tahap profesionalisme angkatan tentera kita. Ini secara tidak langsung mampu menarik lebih ramai belia, terutama berpendidikan tinggi menyertai bidang ketenteraan. Kita tentunya tidak mahu melihat ada anggota tentera beralih ke sektor lain, termasuk swasta disebabkan skim gaji ditawarkan lebih menarik. Jika keadaan itu berlaku, ia sudah tentu merugikan negara kerana kehilangan anggota yang cekap dan berpengalaman.
Kita yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab mengumumkan perubahan struktur gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2004, dapat melihat perkara ini dari perspektif yang lebih luas demi menjaga kebajikan anggota tentera. Pada masa sama, kita juga mahu setiap anggota tentera pelbagai jawatan dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka, sekiranya skim gaji baru yang dicadangkan itu mendapat kelulusan kerajaan.