Nuffnang Ads

Tuesday, September 4, 2012

Special Forces: Malaysia GGK in HISTORY CHANNEL

Pada 02 Sept 12 yang lalu Astro telah menyiarkan satu rancangan khas dan eksklusif bagaimana seorang anggota komando itu dilatih. Rancangan ini pada dasarnya tidak menampilkan keseluruhan latihan tetapi cukup memberi gambaran kepada rakyat Malaysia yang mereka seharusnya berbangga dengan pasukan khas sendiri dari mengagung-agungkan pasukan khas negara luar. Walaupun produksi yang membuat pengambaran ini adalah dari negara luar, kita sebagai rakyat Malaysia berterima kasih kerana mereka mempunyai inisiatif untuk mengetengahkan latihan komando kita. Apa yang dipaparkan hanyalah 30% sahaja daripada latihan sebenar dan dokumentari ini adalah cerita benar penuntut Asas Gerakhas dan bukan dilakon semula oleh anggota komando. Video dari siaran tersebut aku letakkan di bawah dan anda nilaikan sendiri pengorbanan anggota Gerakhas yang menyabung nyawa berlatih demi keamanan dan keselesaan anda semua. Bravo to GGK.
 
 

4 comments:

  1. baca komen kat FB, ramai x puas hati ye dgn jalan cerita dokumentari tu?

    ReplyDelete
  2. Depa tak puashati sebab dalam latihan tersebut tidak ditunjukkan skil yang dirahsiakan dan tidak sesuai untuk tontonan....dokumentari hanya sekadar memberi sedikit gambaran kepada masyarakat. Yang komen banyak tu sebab diaorang tak pk sebab apa kita tak bleh siarkan semua taktikal komando kita....

    ReplyDelete
  3. Salam saudara Canang,

    Demi kedaulatan, keselamatan dan maruah negara tercinta ini, memang sepatutnya ada beberapa isu dan agenda pertahanan negara dijadikan KERAHSIAAN UTAMA NEGARA.

    TO THE SENSIBLE MINDS, IT'S LOGICAL!

    p/s...berhati2lah wahai anak bangsaku - M'sia, AWAS dan waspadalah dengan musuh dalam selimut!!!

    ReplyDelete
  4. tulah...lepas tengok kat youtube, mmg bagus pun just tunjuk setakat tu je. sama mcm martial arts, kan x byk sgt dokumentari pasal 'silat'. dulu x faham, now faham...nak rahsiakan drpd diorang...

    ReplyDelete