Nuffnang Ads

Thursday, June 28, 2012

Pahit Manis Zaman Rekrut

Bagi orang awam pengalaman hidup bersama kalangan anggota tentera adalah sesuatu yang menarik. Teringat masa zaman persekolahan aku setiap kali kenderaan tentera yang melewati di hadapan aku bersama konvoi kenderaan tentera ketika menunggu bas untuk kesekolah, pasti aku melambai kepada abg-abg tentera itu. Disebabkan semangat yang menebal untuk menyertai tentera terutama tentera darat, maka selepas tamat peperiksaan SPM aku telah memohon untuk menyertai tentera darat. Zaman aku memohon untuk menyertai tentera tidak sehebat pada hari ini yang semakin ramai untuk menyertainya kerana gaji yang boleh dikatakan lebih baik dari zaman aku dulu. Teringat masa sesi temuduga pertama di Sek Men Khir Johari, Tg Malim ditemani adik aku, hanya terdapat dalam 8 orang sahaja yang memohon untuk ditemuduga. Itulah realiti pada zaman aku dulu kalau nak memohon menyertai tentera.

Rupanya menyertai tentera darat bukanlah seindah yang digambarkan dan semudah abc nak dituturkan tetapi memerlukan komitmen yang jitu dalam melaksanakan latihan selama 6 bulan dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tersebut amat memeritkan. Ada yang sanggup mencederakan diri semata-mata untuk dikeluarkan dari latihan ketenteraan ini. Sepanjang latihan 6 bulan ini 2 sahabat aku telah meninggal dunia disebabkan demam dan minum air ketika badan sedang panas dan berpeluh (mengikut amalan tidak boleh meminum sebaik selepas berlari dan berada dalam keadaan penat kerana apa tak tahu. Doktor mungkin tahu sebabnya). Dalam tempoh latihan ini juga ada sebuah produksi drama telah membuat dramanya disini (PUSASDA) dan kamilah berbaris beramai-ramai dalam rehearsal penuh dengan pakaian istiadat (No 1 Dress) rasa macam nak passing out jer...hehehe.... Sepanjang masa disana, memang tak kering bulu roma dibuatnya....begitulah hidup seorang rekrut yang mendambakan diri untuk berkhidmat kepada negara ini.

Tiba masanya aku dan kawan-kawan bakal menamatkan latihan dan ianya bukanlah pengakhiran aku dalam tentera tetapi adalah permulaan di dalam perkhidmatan yang menuntut pengorbanan yang lebih besar dan amanah yang perlu ditanggung di bahu demi keamanan negara ini. Itulah kehidupan pahit manis dalam sebuah perjalanan seorang rekrut.

P/S: Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat yang telah meninggalkan dunia ini. Bila dalam keadaan begini, kenangan tersebut sebenarnya amat manis untuk dikenang dan akan kekal terpahat di dalam hati buat selamanya. Semoga sahabat-sahabat yang masih berkhidmat dan masih dapat melihat dunia ini, aku doakan kalian berjaya di dalam bidang masing-masing. Moga kita akan bertemu lagi dan janganlah kita lupa siapa kita dulu sebelum kita berjaya kini. TETAP GAGAH TETAP SETIA



10 comments:

  1. innalillah utk kawan2 mr canang yg telah pergi...memang,asben pun ada citer benda yg sama time dia kadet dulu,membernya meninggal coz dehydrate yg teruk masa dl latihan...time dah keje pu stil xmudah utk nya,keje xkira masa n tempat...redha jelah kan...;)

    ReplyDelete
  2. Yer...banyak kes askar meninggal salah satu sebab hidrate. Nasihatkan husband agar minum air masak selalu. Petua JL saya dulu kalau nak laksanakan latihan yang lasak. Minum air masak sebelah malam sebelum melaksanakan latihan lasak pada esok

    ReplyDelete
  3. salam...jenguk dulu,esok la baru komen panjang sikit. x sempat nak baca detail...hehehe dah ngantuk. mana hutang entry sukan inter kor tu, hihihi...

    ReplyDelete
  4. hahaha...k nanti kita masukkan..

    ReplyDelete
  5. Salam saudara Canang,

    Sesungguhnya Allah swt lebih menyayangi rakan2 saudara. Semoga mereka dihimpunkan bersama para solihin di sana. Dia juga lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Appun jua profesion @ pekerjaan yang kita ceburi sekarang, itulah ketetapan yang dijanjikan kepada kita. Jasa budi kalian, pengorbanan nyawa, darah dan keringat; tiada dapat disetarakan dengan apapun, waimah dengan timbunan wang ringgit dan emas menggunung. Berbanggalah saudara menjadi seorang Tentera...satu profesion yang mulia dan amat bermakna pada Agama, Bangsa dan Negara. Semoga mendapat keberkatan berpanjangan...

    ReplyDelete
  6. Banyak juga cerita2 sedih menyayat hati yang saya dengar ttg keperitan hidup terutama anggota LLP dalam perkhidmatan...semoga balasan yang baik Allah jualah yang memberi. Teringat otw pergi pekan, terserempak askar tgh buat pasak bumi, muka seposen...adik hon kereta dan kami 3 beradik perempuan melambai2 kat diorang, diorang lambai balas...tersengih2 terus bersemangat...:-)

    ReplyDelete
  7. Moral tu kalau ada yang melambai...hehehe..Tau gak pasal EKS PASAK BUMI yer

    ReplyDelete
  8. taulah sikit2...kena banyak baca & tanya2 lagi hahaha...

    ReplyDelete
  9. Memang kaki tanya Cik Faye ni

    ReplyDelete
  10. Lepas abis latihan tentera 6 bula tuhh..
    lpas tuh boleh ke balik dberi cuti?

    ReplyDelete