Nuffnang Ads

Saturday, February 18, 2012

Cabaran Mendaki Gunung Lambak, Kluang, Johor

Jumaat 17 Feb 12 (1500H) - Cabaran Mendaki Gunung Lambak adalah acara terakhir bagi pasukan aku melaksanakan Sukan Karnival dan sebagai acara kemuncak, banyak kumpulan berharap dapat melaksanakan dengan jayanya dan menjadi johan Cabaran Gunung sekaligus menaikkan nama kumpulan. Pada cabaran ini ianya amat meletihkan dan mencabar kerana perlu membawa peralatan perubatan seperti oksigen dan beberapa peralatan lain dengan berlari2 anak mendaki gunung tersebut.... Pada pertengahan cabaran ini, hujan lebat telah menjadikan keadaan menjadi sukar kerana laluan yang licin dan pakaian basah membuatkan keadaan menjadi kurang selesa... Setelah melalui cabaran ini dengan penuh kegigihan pasukan aku telah mengalahkan 4 pasukan yang lain dengan catatan masa bagi cabaran mendaki dan menuruni gunung tersebut 1 jam 24 min. Masa aku membuat catatan ini, badan masih merasa sakit terutama bahagian belakang badan dan kaki... Aku tak menjangkakan cabaran tersebut menjadi sukar dan tidak begitu mudah yang dibayangkan....mungkin cabaran ini tidaklah sehebat BUKIT BESI CHALLENGE tapi cukup merasai kesukaran itu.

4 comments:

  1. Salam saudara Canang,

    Lama saudara bertapa ni...hmmm, rupa2nya ke Gunung Lambak...;-D Tahniah berjaya mendahului yang lain dalam pendakian Gunung Lambak. Pernah sy ke resortnya leadership course. Jauh perjalanan tapi berbaloilah jugak! Nyaman dan tenang udara dan suasana di hutan. Yang x bestnya kena 'berperang' dengan musuh utama saya...pacat2...Memang tak boleh ngam...geli betul!!! Wlapapun saudara Canang, selamat kembali ke blog ya.

    The struggle of the fittest - When the going gets tough, the tough gets going.So, the best men win! Bravo!

    ReplyDelete
  2. Saya selalu ada tapi blur la apa maklumat baru nak masuk...biasa la penulis blog amatur jer...heeee.... Pacat tak jumpa plak..mungkin tak sempat naik kut sebab berlari hahahaha

    ReplyDelete
  3. berapa lama jungle trekking ni ya agak2?

    ReplyDelete
  4. Ambil masa 2 jam lebih untuk perjalanan naik dan turun

    ReplyDelete