Nuffnang Ads

Thursday, June 9, 2011

Keberanian Tentera Darat Malaysia di Mogadishu

Satu lagi peristiwa yang berlaku di Somalia adalah kejadian yang melibatkan arwah Prebet Aznan dan seorang lagi anggota komando (sekarang pegawai). Pada masa itu,konvoi arwah berhenti di Hunter base dan mempelawa Kolonel Robbani dan seorang anggota menyertai mereka. Apabila diserang, hanya komando kita yang melawan dan enggan menyerahkan senjata hinggalah mereka tidak lagi berdaya melawan sambil tidak berhenti henti menyebut "ya Allah', ya Allah."


Sememangnya angkatan komando Malaysia telah diasuh dengan dengan disiplin islam yang tegas. Namun, mereka dibebaskan setelah Jeneral Aboo Samah ketua pemerintah UNOSOM 11,iaitu kompeni ATM yang terlibat memberi amaran, tentera Malaysia akan 'amuk' kubu kuat Jeneral Farah Aidit jika mereka tidak dilepaskan dalam masa 24 jam.


Peristiwa lain, bagaimana keberanian Jeneral Aboo Samah yang cuma diiringi oleh sekumpulan kecil (kalau tak silap seramai 7-10 orang) escort dari komando bertemu empat mata dengan Jeneral Farah Aidit, di kubu kuat Farah Aidit. Cerita komando kita yang kerdil berbanding saiz orang Somalia itu, menguak dan merempuh barisan pengawal Farah Aidit, hebat dan beraninya mereka itu hanya Allah yang tahu.

Kita perlulah bersyukur kerana dikurniakan angkatan tentera yang melindungi tanah berdaulat ini, yang bukan sahaja memiliki keberanian malah iman yang teguh walaupun ada juga sebilangan kecil yang hampeh terlibat dengan penyelewengan dan rasuah. Memang mana-mana institusi pun ada kekurangannya.

Walaupun saya tidak berapa bersetuju kerana negara kita agak rapat dengan US dalam bidang ketenteraan kerana umum telah mengetahui US telah melakukan banyak konspirasi untuk melemahkan umat islam.
Apa-apa pun, sikap anggota tentera kita di Somalia menunjukkan mereka juga masih lagi mempunyai maruah yang tinggi untuk menjatuhkan ego tentera US. Angkatan komando US yang dibangga-baggakan telah diselamatkan oleh sejumlah komando kita yang kerdil, melayu dan yang paling penting islam. KLIK SINI

2 comments:

  1. Wahai para Perwira tunjang kedaulatan negara; SYABAS... BRAVO... keberanian,komitmen dan semangat kentalmu tidak dapat disangkal lagi. Pengorbanan mu tiada setandingnya. Maruah harga dirimu tiada yang dapat dikompromi dan dijual beli. Keteguhan keimananmu tak semudah itu dilentur dek ujian dan dugaan yang diberi. Jiwamu seteguh tugu negara lambang semangatmu yang jitu. Nyawamu tiada galang gantinya. Perginya dirimu pasti ditangisi. Namun perginya kalian; adalah bak pejuang mujahidin,yang syahid di sisi Allah. Yang pasti; roh dan jasadmu tersenyum mengadap Illahi atas pengorbananmu yang suci. Semoga dirimu sekalian wahai perwira senantiasa dilindungi, dipelihara, dilimpahi keberkatan dan dirahmati kasihNya Allah...Selamat berjuang wahai para perwira negaraku...

    ReplyDelete