Nuffnang Ads

Thursday, January 6, 2011

Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan

Seorang anggota ATM sedang membuat pemerhatian ketika menjalankan tugas di Lubnan








Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan bahawa Perkhidmatan ATM merupakan perkhidmatan terkanan di antara Perkhidmatan Awam yang lain. Ini bermaksud kedudukan ATM lebih tinggi dari PDRM dan Perkhidmatan Awam. Dengan keputusan ini, gaji Tentera adalah lebih ‘superior’ dari gaji awam dan polis, dengan mengikut ranking seperti berikut:

- Perkhidmatan Tentera;

- Perkhidmatan Polis; dan

- Perkhidmatan Awam.

Keputusan ini dibuat berdasarkan fakta bahawa tempoh perkhidmatan Tentera adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan perkhidmatan Polis dan Awam, di samping risiko tugas dan persekitaran tempat kerja yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, perbezaan di antara ketiga-tiga perkhidmatan itu perlulah dikekalkan dengan memberi gaji permulaan yang lebih baik kepada Angkatan Tentera

Berkhidmat untuk negara, 24 jam sehari dan 365 hari sepanjang tahun. Ini bermakna, anggota tentera mempunyai tangggungjawab untuk memberikan perkhidmatan tanpa had masa tertentu dan boleh dipanggil bila-bila masa untuk bertugas.

Anggota ATM tidak boleh meletak jawatan walaupun telah berhenti dari perkhidmatan. Mereka boleh dipanggil balik untuk berkhidmat semula sekiranya negara dalam keadaan huru hara atau terlibat dalam kancah peperangan.

Kemudahan cuti yang diberikan kepada setiap anggota ATM sekarang hanyalah suatu keistimewaan dan bukannya hak mutlak. Ini menyebabkan seseorang anggota ATM mestilah akur dengan arahan memanggilnya untuk bertugas sekiranya keadaan memerlukan walaupun mereka sedang bercuti.

Anggota ATM tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri atau menyertai mana-mana parti atau pertubuhan politik sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang dalam perkhidmatan.

Anggota ATM tidak mempunyai kebebasan selain daripada mengikut perintah dan arahan. Anggota ATM telah ditanamkan dengan sifat-sifat taat dan setia kepada pemerintah dan negara serta sedia berkhidmat pada sebilang masa demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

Anggota yang berkhidmat dalam mana-mana perkhidmatan ATM mestilah sihat dari segi mental dan fizikal untuk menjalani latihan serta menghadapi peperangan. Setiap anggota tentera perlu memastikan tahap kesihatan sentiasa dikekalkan pada tahap yang tinggi supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ATM dan negara.

No comments:

Post a Comment