Nuffnang Ads

Sunday, December 12, 2010

GAJI BARU TENTERA

Jangan pertikai selaras gaji baru tentera - Zahid
KUALA TERENGGANU 11 Dis. - Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan pelarasan skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji anggota tentera.

Katanya, warga ATM berhak mendapat pelarasan skim gaji baru sekurang-kurangnya menyamai gaji anggota polis memandangkan ia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Ahmad berkata, berdasarkan Perlembagaan Malaysia, gaji anggota tentera sepatutnya lebih tinggi berbanding gaji kakitangan perkhidmatan awam lain.

Katanya, atas asas itulah beliau berharap supaya kerajaan mempertimbangkan bagi membolehkan anggota tentera mendapat pelarasan skim gaji baru seperti yang dikemukakan kementerian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Parlimen Kemaman, Dungun, Setiu dan Besut di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Penaung Askar Wataniah Terengganu dan Pemangku Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim.

Pada majlis itu juga, Ahmad turut menerima pengurniaan pemakaian pangkat Kolonel Kehormat (K) daripada Ahmad Zahid yang berkuatkuasa 25 Jun tahun lalu dan dijangka dikurniakan pangkat Brigedier Jeneral Askar Wataniah selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.

Ahmad Zahid seterusnya berharap semua pihak supaya memperbetulkan persepsi negatif berhubung permohonan pelarasan skim gaji baru tentera itu kerana anggota keselamatan itu tetap memainkan peranan penting kepada rakyat dan negara.

"Walaupun ada yang mempertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji kononnya askar banyak berehat dan tak banyak perang, tapi adakah perlu berperang dulu baru nak naik gaji?.

"Jadi, dalam perkara ini persepsi masyarakat perlu diperbetulkan dan ATM adalah sebuah pasukan profesional dan banyak memainkan peranan menjaga keamanan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, bermula tahun depan, pihaknya merancang melaksanakan program jiwa murni dalam membantu kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan pedalaman di seluruh negara.

Beliau berkata, usaha itu merupakan sebahagian sumbangan angkatan tentera membantu agensi kerajaan lain dalam membantu memulih serta menambah baik prasarana untuk dinikmati penduduk luar bandar termasuk Orang Asli.

2 comments:

  1. masalahnyer bila yg nak diselaraskan nih...xdak pun...pastu byk potongan merapu..duit kelab la..fund regimen la..pastu slip gaji depa pegang..tah la konpius tul

    ReplyDelete
  2. tak per la...bersama la kita berdoa (ATM) moga allah murahkan rezeki kita semua...harap ia jadi kenyataan

    ReplyDelete