Nuffnang Ads

Monday, May 3, 2010

H1N1 Pembunuh Dalam Diam
Penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang amat merbahaya kepada kesihatan masyarakat kita pada masa kini. Bila dunia makin maju maka semakin banyak pula penyakit berjangkit yang merbahaya ini timbul. Pecah kepala la saintis-saintis kita mencipta vaksin bagi membunuh atau menuteralkan penyakit tersebut. Jika diperhatikan rakyat dinegara ini memandang rendah perkara ini. Kita boleh lihat berapa ramai yang memakai topeng hidung dan mulut ketika berada dikhalayak ramai... Ramai yang masih tidak menyedari bahawa penyakit ini boleh berjangkit bila-bila masa. Sebagai langkah pencegahan anda hendaklah mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai topeng penutup hidung dan mulut, jangan berada di khalayak ramai jika tidak ada keperluan. Kalau terpaksa, pakailah topeng penutup hidung dan mulut. Sekiranya anda mendapat tanda-tanda berikut, segeralah berjumpa doktor.
Tanda-tanda atau simptom H1N1.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti. Vaksin untuk virus ini ada cuma segalanya terserah pada Allah swt. Dia yang menentukan.

No comments:

Post a Comment